Saya tertarik dan merasa terpanggil untuk sama-sama membincangkan isu solat cadangan YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan yang digembar-gemburkan oleh pelbagai pihak, terutamanya pihak media, kerajaan dan NGO. Persoalannya : Kenapakah isu ini yang dipersebarkan sehingga Presiden Cuepacs, Omar Osman sendiri mengeluarkan kenyataan sinis dan mempertikaikan cadangan Kerajaan PAS Kelantan menjadikan solat lima waktu dan Jumaat sebagai syarat kenaikan pangkat serta pengambilan baru kakitangan awam di negeri itu. Tidak muslimkah mereka? Diharapkan Omar sedar bahawa beliau masih lagi seorang muslim dan wajib untuk menyokong cadangan ini dengan akal fikiran bukan membantah membuta tuli hanya kerana ingin jadi hero kepada kerajaan pemerintah. - Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (JPA), Tan Sri Ismail Adam juga tidak sepatutnya khuatir tentang mekanisme perlaksanaan peraturan ini. Perkara tersebut tidaklah terlalu sukar. Sekiranya peraturan itu dikuatkuasakan, dengan sendirinya mereka yang solat akan solat. Mereka yang tidak solat sudah awal-awal lagi tidak diambil bekerja.
0 comments:
Catat Ulasan