Maksud Ayat : ... pada hari ini telah Ku-sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-redhai Islam itu menjadi agama bagimu... (Surah al-Maaidah : 3)
Photobucket

Selamat Bercuti Kepada Semua Warga Pendidik dan Murid

Isnin, November 23, 2009

Blog master mengucapkan "Selamat Bercuti" kepada semua guru dan pelajar / murid sekolah. Isikan cuti antum dengan pelbagai aktiviti berfaedah.

Read more...

Jumpa Dr. Fakhrul di APIUM

23 November - Hari blog master sekali lagi ke Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Kuala Lumpur bagi meneruskan agenda pengajian sarjana yang tertangguh selama dua bulan lebih. Sepatutnya dah masuk semester defend, tetapi tertangguh gara-gara sibuk dengan urusan kajian tindakan sekolah baru-baru ini. Penulis terpilih membentangkan kajian tindakan di Konvensyen Kajian Tindakan Negeri Perak 2009 di Grand Kampar Hotel, Perak pada 21 - 23 Oktober 2009. Sekarang ini pun masih sibuk lagi tengah prepare untuk membentangkan laporan inovasi ke Persidangan Inovasi Pendidikan Islam Peringkat Kebangsaan 2009 yang bakal diadakan di Villa Hotel, Subang, Selangor pada 1 - 4 Disember 2009 depan. Penulis rasa gembira dengan perkembangan ini dan doakan kejayaan di sana. Terima kasih banyak-banyak kepada Pn. Hjh. Latifah dan pentadbir SK. Besout 4 yang telah memberikan peluang kepada penulis untuk menjalankan kajian. Juga kepada semua guru dan rakan sejawat. Juga kepada bonda tercinta Siti Meriam, isteri tersayang Rosnaniza dan putera tunggal yang comel, Faiz. Tanpa kalian pasti tidak ke mana penulis.

Read more...

Kongsi Islamik Gambar

Ahad, November 08, 2009

Assalamualaikum,

Blog master nak berkongsi gambar cantik ni dengan pembaca sekalian.

Klik : http://tintadakwah.multiply.com/photos

Read more...

Konvensyen Kajian Tindakan Negeri Perak 2009

Jumaat, Oktober 23, 2009

21-23 Oktober - Blog master menghadiri "Konvensyen Kajian Tindakan Negeri Perak 2009" bertempat di Grand Kampar Hotel, Kampar, Perak. Sebanyak 90 pembentang dari SK dan SMK seluruh negeri Perak telah berkunjung dan berkampung di sini selama hampir 3 hari semata-mata berkongsi idea dan fikrah, berkongsi kreativiti dan inovatif yang telah dihasilkan. Pembentangan telah dikategorikan kepada 5 bidang :

1. Bahasa
2. Kemanusiaan
3. Sains dan Teknologi
4. Vokasional dan Teknik
5. Sains dan Teknologi

Setiap satu bidang mempunyai 17 pembentangan dan sesi tersebut diadakan dalam bentuk pembentangan 5 selari. Turut diadakan ialah pembentangan kajian tindakan dan bengkel daripada guru cemerlang. Tn. Hj. Mohd Yasin Mahmod, Ketua Penolong Pengarah Bahasa Inggeris telah merasmikan konvensyen mewakili Pengarah Jabatan Pelajaran Perak. Blog master sebelum ini telah membentangkan kajian tindakan peringkat Daerah Batang Padang di PKG Slim, Slim River, Perak.

Read more...

Urusan Posting di JPN Perak

19 Oktober - Hari ini blog master bercuti selama satu hari kerana berkunjung ke Jabatan Pelajaran Negeri Perak atas urusan penempatan isteri tercinta. Isteri blog master lulusan program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) ambilan Januari 2009 dari Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) baru sahaja tamat menjalani praktikum di SMK (F) Besout, Sungkai, Perak dan akan diposting pada Januari 2010 nanti. Sebelum ini pada bulan Ogos, blog master telah berkunjung ke Putrajaya.

Read more...

Inovasi : Zon Tengah di JPN Selangor

15-16 Oktober - Inovasi Blog master telah terpilih ke peringkat Zon Tengah bertempat di Jabatan Pelajaran Negeri Selangor, Shah Alam, Selangor. Selain daripada wakil daripada JPN Perak, beberapa negeri lain turut terlibat seperti Melaka, Kuala Lumpur dan Selangor. Sebanyak 6 wakil daripada JPN Perak termasuk penulis telah membentangkan "Laporan Inovasi" di hadapan Ketua Sektor Pendidikan Islam, pegawai BPI dan pegawai JPN.

Read more...

Inovasi Pendidikan Islam : Bukit Merah Lake Town

11-12 Oktober - Blog master berada di Bukit Merah Lake Town Resort selama 2 hari kerana menghadiri pembentangan "Laporan Inovasi Peringkat Jabatan Pelajaran Negeri Perak. Inovasi yang bertajuk "SIFRUL ARQAM" telah dicalonkan oleh Unit Pendidikan Islam Daerah Batang Padang untuk ke Persidangan Inovasi Pendidikan Islam 2009

Read more...

Pertunangan Adindaku

Jumaat, Oktober 16, 2009

22 September, Isnin – Tahniah kepada adindaku, Munirah yang selamat bertunang dengan lelaki pilihan hatinya, Ije. Insyaallah, harapnya dapat dikekalkan sehingga tiba majlis perkahwinan yang dijadualkan pada pertengahan tahun 2010 nanti. Pastinya, jagalah adab dan akhlaq sebagai muslimah.

Read more...

Pulang Kampung

21 September 2009, Ahad – Kemeriahan perayaan pada tahun ini amat dirasakan setiap kali balik kampong khususnya bagi anak-anak Kelantan di Perautauan. Terima kasih kepada kerajan negeri Kelantan yang menganjurkan Majlis Ijtima’ Anak-Anak Kelantan di Perautauan (PERAKAN). Walau bagaimana pun, keterujaan bailk kampung terisi dengan pelbagai aktiviti menarik setiap kali balik kampong. Bagi saya, walau pun tidak berkesempatan menziarahi kawan-kawan sebagaimana lazimnya, namun perayaan ini cukup memberikan erti yang mendalam. Berpeluang mengimami solat raya dan membaca khutbah, di samping mengetuai majlis tahlil sanak saudara di perkuburan dan majlis kematian semestinya manis rasanya sebagaimana lazimnya. Tambahan pula, pada hari raya pertama, bapa saudara meninggal dunia dan pada hari raya kedua, datuk saudara pula meninggal. Segala-galanya sangat beerti kepada diri ini, walau pun jauh di perantauan, namun setiap kali pulang, masyarakat dan keluarga sangat dekat rasanya.

Read more...

Anakku Kini Mencecah Setahun 4 Bulan

Jumaat, September 04, 2009

Kecil, tapi lasak. Itulah reaksi pertama nenda-nenda di Kelantan sekembalinya blog master sekeluarga ke sana di ambang ramadhan setelah beberapa bulan tidak berkesempatan pulang.











Read more...

Ramadhan : Bertadarruslah Al-Quran





Pada bulan yang baik dan penuh barakah ini, marilah kita sama-sama memperbanyakkan membuat amalan yang baik dan menghabiskan masa dengan membaca Al-Quran dan bertadarrus, di samping ibadat-ibadat yang lain. Berikut adalah gambar murid SK. Besout 4, Sungkai, Perak bertadarrus Al-Quran.

Read more...

Selamat Menjawab UPSR Kepada Semua Murid Tahun 6





"SELAMAT MENJAWAB UPSR" kepada semua murid tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR 2009, khususnya murid-murid SK. Besout 4, Sungkai, Perak.

Read more...

Kesyataan Presiden PAS Tentang Sebatan Ke Atas Orang Islam Minum Arak

Khamis, Ogos 27, 2009

Berikut adalah teks penuh Presiden PAS bwehubung isu "hukuman sebat ke atas orang Islam yang minum arak" " : sila klik.

Read more...

PAS Kekalkan Permatang Pasir





BUKIT MERTAJAM: PAS mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir dengan majoriti 4,551 undi.Pada pilihan raya kecil ini, PAS diwakili Pesuruhjaya Pulau Pinang, Mohd. Salleh Man manakala Barisan Nasional (BN) pula Setiausaha Umno Permatang Pauh, Rohaizat Othman.Salleh memperoleh 9,618 undi. Rohaizat pula 5,067 undi.Undi rosak adalah sebanyak 83. Seramai 14,832 orang ataupun 73.1 peratus keluar mengundi pada pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir hari ini. Jumlah pemilih adalah seramai 20,290 orang.Pada Mac 2008, PAS memenangi kerusi Permatang Pasir buat kali ketiga dengan kelebihan 5,433 undi.

maklumat lanjut : Sila Klik

Read more...

Selamat Berpuasa

"SELAMAT BERPUASA KEPADA SELURUH MUSLIMIN DAN MUSLIMAT, SEMOGA ALLAH MEMBERIKAN KEMENANGAN DAN KEKUATAN KEPADA SEMUA"'

Read more...

Puasa dan Kelantan

22 Ogos 2009 – Hari ini hari pertama Ramadhan…Saya sekeluarga kembali ke Kelantan setelah sekolah bercuti Cuti Pertengahan Semester Kedua. Walau bagaimana pun, saya terpaksa kembali ke sekolah lebih awal kerana bakal menduduki peperiksaan PTK pada 27 Ogos nanti di SMK. Sungai Kruit. Sungkai, Perak. Terasa kemeriahan tatkala berasa di negeri yang mendapat jolokan "Serambi Mekah" itu.

Read more...

Tahniah Ustaz Arman Yusof

15 Ogos 2009 – Tahniah Ust Arman di atas kelahiran putera kedua beliau seminggu lepas dan ini menambahkan lagi pejuang Allah di alam ini. Saya sebenarnya berkesempatan menziarahi beliau pada petang ini.

Read more...

Pesta Konvokesyen UPSI 2009

15 Ogos 2009 – Ramainya graduan... Saya sekeluarga sebenarnya berkesempatan ke Pesta Konvokesyen UPSI yang berlangsung selama seminggu di kampus utamanya di Tanjong Malim, Perak.

Read more...

Bacaan Yaasin dan Solat hajat Perdana 2009

13 Ogos 2009 – Bacaan Yaasin dan Solat Hajat Perdana khusus untuk murid-murid tahun enam yang bakal menduduki peperiksaan UPSR telah dilaksanakan di Masjid Salamuddin Felda Besout 4, Sungkai, Perak. Selain daripada saya yang diwajibkan hadir, terima ksih kepada En. Zulkapli Piai, En. Mohamad Zahrani dan En. Shamsol Kamal serta Pengerusi PIBG, En. Mahhadee Ramli yang meluangkan masa hadir bersama-sama. Datang lagi yee...

Read more...

Nombor Baru

08 Ogos 2009 – Makluman buat sahabat-sahabat yang mengenali atau terputus hubungan, saya kini menggunakan nombor baru 013-5195057.

Read more...

Ke Perpustakaan Za'ba

08 Ogos 2009 – Saya berkesempatan mengunjungi Perpustakaan Pendeta Zaa’ba mencari rujukan untuk disertasi yang belum siap lagi. Juga berkesempatan menziarahi FESKUM yang berlangsung hampir 2 minggu.

Read more...

Cuti Rehat : 3+1

06 Ogos 2009 – Satu hari tiga destinasi…Itulah ungkapan yang paling sesuai bagi mengisi cuti rehat pada hari ini. Bertolak awal pagi ke Putrajaya kerana urusan isteri, seterusnya ke Hospital Serdang menziarahi Sdr. Abdul Rahim Hassan yang terlantar di hospital berkenaan setelah mengalami kemalangan jalanraya dalam perjalanan ke tempat kerja berhampiran Sungai Besi. Juga berkesempatan menguruskan pendaftaran pengajian Sarjana untuk semester 4.

Read more...

Bertemu Penyelia : Dr. Fakrul Adabi

31 Julai 2009 – Hari ini saya berkesempatan bertemu dan berbincang dengan penyelia, Dr. Fakrul Adabi Abdul Kadir, seorang pensyarah kanan di Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Pada hari ini juga terdapat pembentangan proposal ijazah tinggi (Sarjana dan Ph.D) di jabatan sama.

Read more...

Pembentangan Kajian Tindakan 2009

25 Julai 2009 – Satu pembentangan laporan Kajian Tindakan peringkat sekolah telah diadakan bertempat di Makmal Komputer SK. Besout 4. Turut diadakan pada hari ini ialah kursus “Attachmeng File Melalui e-Mail” yang disampaikan oleh En. Hamran Ismail dan En. Zulkapli Piai. Kajian Tindakan berkenaan telah dijalankan oleh saya sendiri dalam di bawah panitia Agama Islam yang bertajuk “Meningkatkan Penguasaan RAQMU atau nombor dalam Bahasa Arab di kalangan murid tahun 3 Amanah melalui kaedah “SIFRUL ARQAM”. Sebelum ini pembentangan telah dilakukan kepada Pn. Normah Sulaiman (PK. Ko-Kurikulum merangkap penasihat Kajian Tindakan sekolah) sebanyak beberapa kali dan Pn. Hjh. Latifah Hj. Salleh (Guru Besar) pada 21 Julai 2009.

Read more...

Ceramah Isra' dan Mikraj

24 Julai 2009 – Hari ini isteriku pula dijemput menyampaikan ceramah agama sempena “Israk dan Mikraj Rasulullah saw” di SK. Besout 5. Terima kasih di atas jemputan tersebut.

Read more...

Praktikum...

20 Julai 2009 – Hari ini zaujatiy mula menjalani praktikum di SMK(F) Besout, Sungkai, Perak, setelah tujuh bulan mengikuti kursus Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) ambilan Januari 2009 di UPSI. Semoga najah.

Read more...

Manek Urai

14 Julai 2009 – Tahniah rakyat Manek Urai, bijak memilih pemimpin. Sesuai dengan slogan kita yang inginkan "Baldatun Tayyibatun wa Rabbun Ghafur". Rakyat Manek Urai keluar mengundi bagi menunaikan kewajipan mereka.

Read more...

Seminar Penghayatan Al-Quran

04 Julai 2009 – Seminar Penghayatan Al-Quran khusus untuk Guru-Guru Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah Daerah Batang Padang 2009 diadakan di SMKA Slim River, Slim River, Perah. Ceramah tersebut disampaikan oleh YBhg. Ustaz Anhar Bin Opir, pensyarah Pendidikan Islam UPSI. Saya dan En. Hamran Ismail, PK. Pentadbiran dari SK. Besout 4 turut hadir.

Read more...

Ceramah Remaja Acuan Al-Quran

26 Jun 2009 – Terima ksih kepada pihak pentadbiran Maahas Al-Abbasiah yang telah mengadakan ceramah “Remaja Acuan Al-Quran” di Maahad Al-Abbasiah, Sungkai, Perak. Syukran di atas jemputan.

Read more...

Alhamdulillah, Mikaeel Dikebumi Cara Islam

Jumaat, Julai 03, 2009




LOS ANGELES: Keluarga ikon muzik pop terkenal Amerika Syarikat, Michael Jackson, dilaporkan berkemungkinan besar mengebumikan penyanyi itu mengikut cara Islam. "Keluarganya menimbang pengebumian mengikut Islam kerana mereka percaya Michael mahu dikebumikan mengikut agama barunya," lapor laman web aceshowbiz yang memetik sumber sebagai berkata.

"Abang penyanyi itu, Jermaine atau nama Islamnya, Muhammad Abdul Aziz, menerangkan kepada keluarganya mengenai pengebumian menurut Islam kerana berasa penting jenazah adiknya disempurnakan dengan cara Islam," kata sumber itu.

Di sebalik laporan terdahulu majlis memperingati secara umum dan peribadi untuk penyanyi itu ditetapkan pada minggu ini, tiada pengesahan rasmi daripada keluarga Jackson mengenai lokasi pengebumiannya. Bagaimanapun, aceshowbiz turut melaporkan bahawa pengebumian akan berlangsung pada 7 Julai ini.

Raja Pop itu dilaporkan memeluk Islam pada November 2008 di rumah seorang rakannya di Los Angeles, beberapa tahun selepas menyuarakan minatnya untuk menjadi penganut agama suci itu. Beliau kemudian menukar namanya kepada Mikaeel, sempena nama malaikat yang ditugaskan menurunkan hujan dan memberi rezeki.

Maklumat Lanjut, sila klik di sini

Read more...

Betul Ke Ni... Takkan Pegawai JAIS Main Tangkap Je?

KUALA LUMPUR: Mahkamah Syariah Gombak Timur di sini, hari ini diberitahu bahawa pertuduhan berkhalwat terhadap pasangan pelakon Norman Hakim dan Memey tahun lalu adalah salah dan tidak berasaskan fakta.

Pegawai Penguatkuasa Agama, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Abdul Rahman Lai Abdullah, dalam keterangannya sebagai sebagai saksi pertama pendakwaan bagi kes itu, mengakui pertuduhan itu tidak betul kerana Norman tidak ditemui pada 3 pagi dalam premis yang sama seperti dinyatakan dalam kertas pertuduhan.

Sebaliknya, menurut Abdul Rahman, pelakon itu ditemui dan ditahan ketika berada dalam premis di tingkat atas dari tempat Memey ditemui, yang juga sebuah premis berlainan dan mempunyai alamat yang berlainan.

Berita lanjut, sila klik di sini

Read more...

Abe Uji : Calon PAS di Manek Urai

Tahniah diucapkan kepada Bendahari PAS Kawasan Kuala Krai, Mohd Fauzi Abdullah di atas pemilihannya sebagai calon PAS dalam Pilihan Raya kecil Dun) Manek Urai, 14 Julai 2009 ini. Mohd Fauzi, adalah calon PAS paling popular. Pemilihan calon dalam PAS tidak berdasarkan kepada 'lobi' tetapi dibuat berdasarkan kajian mendalam yang mengambil kira pandangan semua pihak.

Calon PAS akan ditentang oleh calon Barisan Nasional (BN), Tuan Aziz Tuan Mat, 39, merupakan seorang Pengurus Pemantau Projek KESEDAR.

Read more...

Tahniah Ustaz Abu Bakar, PJ Perak baru

Khamis, Jun 18, 2009

IPOH, 17 Jun (Hrkh) - Bekas Ketua Penerangan PAS Negeri Perak, Misbahul Munir Masduki yakin Ustaz Abu Bakar Hussein mampu menerajui PAS Perak dengan baik dengan kerjasama dari dewan dewan dan PAS kawasan-kawasan kerana beliau tidak keseorangan dalam memimpin PAS di negeri ini.
Iklan

Sehubungan itu, beliau mengucapkan tahniah kepada Ustaz Abu Bakar Hussein yang telah dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Perak yang baru seperti yang diumumkan oleh Presiden PAS, Dato' Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang dibuat dalam Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang pertama di Pejabat Agung PAS Pusat baru-baru ini.

Sebelum ini, Ustaz Abu Bakar adalah Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai Yang Dipetua PAS Kawasan Gopeng untuk beberapa penggal yang lalu. Dalam Pilihan raya umum yang lepas, beliau bertanding di DUN Pengkalan Baru dan hanya kalah dengan majoriti yang begitu kecil iaitu 14 undi. Beliau juga adalah pesara guru agama yang pernah berkhidmat di Sekolah Menengah Agama Izuddin Shah, Ipoh. "Pelantikan beliau sebagai Pesuruhjaya PAS Perak disambut baik oleh kawasan-kawasan dan dewan-dewan, " katanya. "Dengan pengalaman sebagai pendidik agama, seluruh PAS Kawasan di Perak mengharapkan agar pengalaman mentarbiyyah digunakan untuk mentarbiyah ahli-ahli PAS," jelasnya. Beliau sememangnya sangat meminati bidang tarbiyah haraki. Menurutnya, Markaz Tarbiyah Air Kuning sentiasa aktif dengan program-program tarbiyah yang dikendalikan oleh Lajnah yang dipengerusikan oleh beliau.

Pengisian tarbiyah begitu hidup sepanjang beliau menerajui lajnah tersebut, pembentangan kertas-kertas tarbiyah tidak hanya terikat dengan teks tertentu, malahan persoalan ekonomi, politik, ISA dan berbagai-bagai isu semasa di peringkat nasional dan antarabangsa turut diketengahkan. Tambahnya,Ustaz Abu Bakar tidak akan bersendirian memimpin negeri Perak, seluruh PAS Kawasan dan dewan-dewan akan membantu beliau bagi melaksanakan amanat dan mandat tersebut. "Saya yakin dengan kemampuan Ustaz Abu Bakar untuk menerajui PAS Perak, saya sependapat dengan Misbah,' kata Adun Titi Serong, Khalil Idham Lim.

Read more...

Mukhayyam Tarbawi : Tahniah DPP Tanjong Malim

Selasa, Jun 16, 2009

Tahniah kepada Dewan Pemuda PAS Kawasan Tanjong Malim kerana berjaya menganjurkan Mukhayyam Tarbawi pada 11 dan 12 Jun lalu. Sdr Amran, Pegawai Khas MB Perak turut hadir memeriahkan lagi suasana mukhayyam yang telah diadakan di Kem Ansor, Sungkai, Perak. Semoga tamrin kepimpinan seumpama ini akan terus menjadi agenda utama kepimpinan pemuda sesi ini. TAHNIAH ...

Read more...

Senarai barisan kepimpinan Pemuda PAS 2009-2011

Ketua : Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi
Timbalan Ketua : Ustaz Azman Shafawi Abd Rani
Naib Ketua : Ahmad Sabki Yusof

Setiausaha : Kamaruzaman Mohamad
Penolong Setiausaha : Khairul Faizi Ahmad Kamil
Bendahari : Mohd Adram Musa
Ketua Penerangan : Suhaizan Kaiat
Pengarah Pilihan Raya : YB Firdaus Jaafar

Ahli Jawatankuasa dipilih :
1 Ustaz Riduan Mohd Nor
2 Ustaz Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz
3 Ustaz Nazri Chik
4 YB Nasir Zakaria
5 Ustaz Kamal Shaari
6 Abdullah Karim
7 Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaakub

Ahli Jawatankuasa dilantik :
1 Zuraidin Abdullah
2 Sanusi Mohd Nor
3 Zamakhshari Muhammad
4 Anuar Ali
5 Yusainee Yahya
6 Mohd Sani Hamzan
7 Wan Sukhairi Abdullah
8 Dr. Mohd Zohdi Marzuki
9 Mohd Nazri Din
10 Mohd Fuad Othman

Read more...

Stadium Runtuh : Di Mana Mutu Sukan Malaysia?

Khamis, Jun 11, 2009

INSIDEN keruntuhan bumbung utama Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, Kuala Terengganu, Selasa (2 Jun) lalu masih diperkatakan masyarakat, terutama di Terengganu. Selain ulasan dan pandangan pelbagai pihak masih diberi liputan lewat media cetak dan elektronik, isu itu juga masih memanaskan forum-forum informal dalam masyarakat.

Kos pembinaan stadium itu dikatakan RM292 juta. Ia memuatkan kapasiti penonton sejumlah 50,000 orang. Selain menempatkan padang bolasepak, ia juga menyediakan gelanggang tertutup untuk prasarana boling dan skuasy.

Semasa pembinaannya dahulu yang tak sampai setahun jagung, di mana-mana saja wujud medan bual bicara, sama ada di anjung masjid dan surau, di atas wakaf dan hentian pengangkutan, di warung dan kafe, mahu pun di bengkel dan pejabat, cerita bumbung stadium runtuh meniti bibir rakyat. Pendek kata, hampir tidak ada warga negeri Terengganu yang mumayyiz dan akil baligh, yang tidak buta, pekak dan bisu, yang tidak ikut serta membicarakan isu tersebut. Projek kerajaan BARISAN NASIONAL, projek TERKINI, TERCANGGIH, ditulis dalam papan tanda yang besar,Bayangkan, hampir tiada lokasi strategik sepanjang beberapa jalan utama sekitar Kuala Terengganu yang tidak dipacakkan dengan papan tanda besar memaparkan gambar stadium yang bakal dibina itu. "Nak stadium? Impian Kini Menjadi Realiti!" begitulah lebih kurang bait tertulis di atasnya. Kata-kata itu disertakan dengan empat gambar projek besar BN yang kononnya sangat-sangat diimpikan seluruh rakyat, sedangkan ia hanyalah pemuas nafsu serakah dan ego para pemimpin BN sendiri. "Nak universiti? Nak lebuh raya? Nak lapangan terbang?" papan-papan tanda itu memasyhurkan projek mega BN itu.

Stadium ini merupakan stadium pertama di Pantai Timur menggunakan rumput TERmoden dikenali sebagai 'cow grass'. Sejarah lebih membanggakan bagi Terengganu ialah apabila SSMZA dikatakan stadium pertama di Asia menggunakan sistem bumbung tanpa kolum (space frame structure), yang mana kesemua 134 meter bumbungnya dibina tanpa tiang sokongan. Kalah semua stadium di Jepun, Korea mahu pun China. Tak usah disebut Thailand, Singapura atau pun Laos!

Sebaik siap, stadium itu menjadi gelanggang utama temasya sukan tahunan yang paling berprestij dalam negara. Sukan Malaysia (Sukma) 2008 berpusat aktiviti utamanya di SSMZA. Maka cerita dan gambar pelbagai sudut stadium yang baru siap dibina itu memenuhi tidak sedikit ruang media dan turut menerobos ruang minda rakyat.

Lokasi kompleks sukan itu yang berdekatan dengan Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) menyebabkan ia menjadi tumpuan untuk tujuan lain. Bermula musim haji lalu stadium tertutup bersebelahan SSMZA dijadikan tempat para hujjaj berhimpun sebelum bertolak ke tanah suci dari LTSM.

Kini, siapakah orang yang paling "panas" dengan insiden tersebut?

Read more...

KIAS Naik Taraf Jadi Kolej Universiti

KOTA BHARU, 7 Jun (Hrkh) - Kerajaan di bawah kepemimpinan ulama di Kelantan maju setapak lagi apabila Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias) akan dinaik taraf menjadi kolej universiti tidak lama lagi. Kias pada peringkat awal diwujudkan iaitu pada 1993 dikenali sebagai Maahad Dakwah Wal Imamah dan beberapa tahun kemudian dinaik taraf menjadi Kias. Kias menawarkan program ijazah berkembar dalam bidang Syariah dan Usuludin dengan beberapa universiti di luar negara. Manakala pengajian di peringkat diploma pula dalam bidang Syariah, Usuludin dan Dakwah Wal Qiadah. Tidak lama lagi Kias akan dikenali sebagai Kolej Universiti iatu setanding dengan Kolej Universiti Insaniah di Kedah dan Kolej Universiti Islam Selangor.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri, Dato' Mohd Amar Abdullah berkata, kolej universiti berkenaan akan dibangunkan di kampus induk di Nilam Puri. "Bagi menjadikan Kias sebagai sebuah kolej universiti beberapa kriteria ditetapkan kerajaan mesti dipenuhi, antaranya mempunyai perpustakaan dan dewan kuliah yang mencukupi. "InsyaAllah tahun hadapan Kias akan dinaik taraf menjadi kolej universiti dan pengambilan pelajar pertama dengan status kolej universiti akan dilakukan," katanya di sini.

Kias terletak kampus induk di Nilam Puri bersebelahan dengan pejabat Yayasan Islam Kelantan (Yik). Yik mempunyai kemudahan pejabat, asrama pelajar dan sebuah dewan. Mohd Amar berkata, pejabat Yik akan dipindahkan ke Pengkalan Chepa dan pembinaan bangunan pejabat baru akan dilaksanakan membabitkan kos sebanyak RM5 juta. "Pemindahan pejabat Yik ke Pengkalan Chepa dibuat memandangkan bangunan Yik di Nilam Puri akan diserahkan sepenuhnya kepada Kias," katanya. Menurutnya juga Kias sehingga kini merupakan antara institusi pengajian tinggi swasta terbaik dalam bidang agama di negara ini. Katanya juga Kias sekarang mempunyai tujuh pensyarah yang berkelulusan di peringkat PhD dan ramai tenaga pengajar mempunyai kelulusan di peringkat sarjana. "Bagi memenuhi kriteria kolej yang bertaraf universiti juga tiga kursus baru akan diperkenalkan iaitu Kejururawatan, Komunikasi serta Muamalat dan Ekonomi Islam," katanya. Beliau juga berkata, Kias juga sekarang mempunyai ramai pelajar dari luar negara termasuk China, Thailand dan Indonesia.

Read more...

Ketahui Fadhilat Bulan Sya'ban

Syaaban adalah bulan Rasulullah saw. Bersabda yang maksudnya " Dinamakan dengan syaaban (berserak-serak) itu adalah kerana di dalamnya terdapat banyak kebajikan yang berserak-serak.

1) Setiap amalam kebajikan akan digandakan oleh Allah dengan 700 kali ganda.
2) Allah akan menurunkan rahmatNya serta memberikan pengampunan umum kepada hambanya.
3) Sesiapa yang berpuasa 3 hari di awal, pertengahan dan di akhirnya maka Allah akan menuliskan baginya pahala 70 orang nabi, pahala beribadat selama 70 tahun.
4) Kelebihan malam nisfu Syaaban pula ialah sesiapa yang mendirikan solat sunat sunat dan menghidupkan malam itu dengan banyak berdoa, berzikir, berselawat, bertasbih, membaca al Quran dan sebagainya maka Allah akan membukakan untuknya 300 pintu rahmat disamping doanya tidak akan ditolak.
5) Orang-orang yang tidak diampunkan oleh Allah pada malam nisfu syaaban ialah mereka yang menyekutukan Allah dengan sesuatu, tukang sihir, tukang nujum, mereka yang suka bermusuhan, peminum arak, penzina, pemakan riba, derhaka terhadap kedua ibu bapa, pembuat fitnah dan mereka yang memutuskan tali silaturrahim.

Read more...

Piramid Antara Tarikan Pelancong ke Mesir

SEBUT saja Mesir, ramai yang terbayang atau teringatkan Piramid, Firaun dan Universiti Al-Azhar.

Piramid dan Firaun sejak sekian lama menjadi kebanggaan dan 'eksport' terkenal Mesir manakala Universiti Al-Azhar pula adalah institusi pengajian tinggi terulung yang banyak melahirkan ulama terkenal dunia.

Sejarah ketamadunan kuno yang lahir di Lembangan Sungai Nil di Kaherah itu menjadikan Mesir destinasi pelancongan yang menjadi tarikan sejak sekian lama.

Piramid di Giza adalah antara tarikan paling popular, hanya kira-kira 25 kilometer dari bandar raya Kaherah yang dianggarkan didiami 22 juta penduduk.

Giza menempatkan dua bahagian monumen dengan kumpulan pertama dikenali dengan tiga piramid utama iaitu Khufu, Khephren dan Menkaure serta Sphinx, patung singa berkepala manusia yang terletak berhampiran tiga piramid besar di situ.

Read more...

Warisan Islam di Timur Tengah

KETIKA berada di tengah kesibukan Chorsu Bazaar di Tashkent, ibu negara Uzbekistan, tiba-tiba seorang lelaki berumur lebih setengah abad menyapa penulis dan bertanya: "Malaysia?"

Penulis mengangguk tanda 'ya' tetapi sedikit hairan kerana bagaimana tekaannya tepat sedangkan rakyat negara itu sudah lama di bawah cengkaman Soviet Union yang membataskan hubungan dengan negara luar.

Lelaki itu terus mendekati dan memberi salam dengan menyebut 'Assalamualaikum'. Penulis segera membalas salamnya, membuatkan dia dilihat semakin berminat untuk meneruskan perbualan.

Dia kemudian mengucapkan dua kalimah syahadah sambil penulis menyebut sama apa yang diucapkannya, diikuti beberapa surah pendek yang dimulakannya dan membiarkan bacaannya disudahkan penulis.

"Amin, Alhamdulillah," kata lelaki berjanggut putih dan berjaket kulit hitam itu sambil bersalaman dengan penulis sebelum beredar dan hilang di celah kesibukan pengunjung bazar berkenaan.

Read more...

Qatar : Keajaiban Doha

DOHA atau nama Arabnya Ad-dawha bermaksud pokok besar adalah ibu negara Qatar, yang kini makmur di bawah pemerintahan Emir Sheikh Hamad Bin Khalifa Al-Thani.

Pada awal abad ke-20, ekonomi Qatar bergantung sepenuhnya kepada hasil perikanan dan mutiara. Oleh itu, tidak hairan apabila Doha mempunyai 350 bot mencari mutiara.

Bagaimanapun, apabila Jepun memperkenalkan pembiakan mutiara secara komersial pada 1930 menyebabkan seluruh rantau itu termasuk Qatar mengalami kemelesetan ekonomi sehingga menjadi sebuah negara miskin serta mundur.

Kesengsaraan rakyat Qatar tidak lama apabila pada 1930an, negara itu dianugerah Tuhan dengan penemuan hasil minyak yang kini boleh mengeluarkan 800,000 tong sehari.

Sejak itu Qatar terus makmur dan pemerintahnya, Sheikh Hamad terus tekun membangunkan negara yang kini menjadi anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC).

Read more...

Kota Cordoba : Kegemilangan Silam Umat Islam di Sepanyol

CORDOBA, satu daripada lapan negeri dalam Wilayah Andalusia di selatan Sepanyol atau dirujuk sebagai al-Andalus ketika di bawah penguasaan Islam yang mengembangkan pengaruhnya ke Eropah di bawah pimpinan Panglima Tariq Ibnu Ziyad.

Bagi umat Islam, pasti berasa sedih apabila melihat bekas masjid yang berubah fungsi menjadi gereja selepas wilayah itu jatuh ke tangan Kristian pimpinan Raja Ferdinand dan Permaisuri Isabelle.
Monumen yang pastinya pilu dilihat umat Islam ialah Le Mezquita, bekas masjid agung yang tersergam indah di tebing Sungai Guadalquiver yang merentasi bandarnya, tetapi kini berubah dengan elemen Kristian padanya.

Masjid berkenaan dibina pada zaman Khalifah Abdul Rahman II dan diteruskan oleh anak cucu baginda selama hampir dua abad sehingga siap seperti sekarang, indah dengan struktur dan seni bina hasil inspirasi arkitek Islam pada zaman itu.

Di dalamnya, ada puluhan atau ratusan tiang bermotif pohon palma yang dicat warna tanah dan merah muda seperti barisan jemaah sedang bersiap untuk bersolat.

Read more...

Persiapan Memasuki Bulan Allah "Rejab SyahrulLah"

Bersabda Rasulullah saw maksudnya " Rejab adalah bulan Allah, Sya'ban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku". Sesiapa yang berpuasa dalam bulan ini dengan penuh ikhlas semata-mata mengharapkan rahmat dari Allah maka ia layak mendapat ganjaran dari Allah seperti yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw maksudnya :

1) Sesiapa yang berpuasa sehari maka ia akan mendapat keredhaan Allah.
2) Sesiapa yang berpuasa 2 hari maka ia akan mendapat kemuliaan yang besar dari Allah.
3) Sesiapa yang berpuasa 3 hari maka ia akan dijauhkan dari Allaj dari dugaan dunia, diselamatkan dari penyakit yang berbahaya dan diselamatkan dari disiksa diakhirat dan fitnah dajjal.
4) Sesiapa yang berpuasa 7 hari maka akan dikunci oleh Allah 7 pintu neraka jahannam baginya.
5) Sesiapa yang berpuasa 10 hari maka akan dieprkenankan oleh Allah hayat dan permintaannya.
6) Sesiapa yang berpuasa 15 hari maka Allah akan menambahkan pula pahala amalannya berlipat kali ganda.
7) Orang yang berpuasa di bulan Rejab kelak di Syurga diberi minum air sungai yang bernama Rejab yang airnya lebih putih dari susu, lebih manis dari manisan dan lebih dingin dari salji.
8) Dalam bulan lain setiap amalan akan digandakan Allah 10 kebajikan, tetapi pada bulan Rejab akan digandakan sebanyak 70 kebajikan.
9) Digalakkan mendengar kisah dan peristiwa yang berlaku dalam bulan Rejab seperti Isra' Mikraj Rasulullah saw.

Read more...

Peristiwa Bulan jamadil Akhir

Terdapat 2 peristiwa penting dalam bulan ini :

1) Perlantikan Saidina Umar al-Khattab sebagai khalifah ar-Rasyidin yang kedua.
2) Berlakunya peperangan Yarmouk pada zaman saidina Umar al-Khattab pada tahun ke-13 Hijrah.

Fadhilat bulan-bulan Islam, sila klik

Read more...

Ulama Berjaya : 25 Tahun Menilai Kepimpinan Ulama'

Selasa, Jun 09, 2009

Wawancara bersama DR HARON DIN : Sejak PAs ditubuhkan tahun 1951, ia sebuah parti Islam yang tujuan utamanya untuk melaksanakan tuntutan Allah bagi mengislamkan masyarakat dan negara. Motto besar ketika itu, PAS ingin menegakkan sebuah negara Islam.Sesuai dengan nama, dasar dan matlamat, maka PAS dari awal dipimpin oleh ulama, bermula Almarhum Haji Ahmad Fuad daripada Bukit Mertajam. Pemangkin perjuangan ketika itu terdiri daripada ulama-ulama tanahair yang sejak dari awal dan sudah ada dalam Dewan Ulama PAS, termasuk Haji Ahmad Pahim dan Haji Ahmad Badawi.

Masyarakat pada awalnya sudah memahami bahawa PAS dipimpin oleh ulama-ulama yang berwibawa sehinggalah berlaku sedikit perubahan apabila PAS terpaksa dipimpin oleh Almarhum Dr Abbas Alias daripada kalangan profesional dan kemudiannya Almarhum Dato' Asri Muda. Seolah-olah memperlihatkan PAS tidak semestinya dipimpin oleh ulama tetapi juga boleh di kalangan profesional.

Sehinggalah Muktamar Tahunan 1983 membuat satu ketetapan, PAS mestilah menggariskan dengan jelas, ia mesti berdasarkan kepimpinan ulama.Peruntukan baru Majlis Syura Ulama dimasukkan dalam perlembagaan, dengan kriteria khusus keanggotaan syura ulama. Difahami secara umum dan secara spontan bahawa kepimpinan tertinggi PAS disandang oleh orang-orang yang diterima dalam PAS sebagai ulama.

Lagi

Read more...

PAS – Jamaah Harakah Islamiyyah dan Pilihanraya Umum

Apabila kita berbicara mengenai da’wah dan Jama’ah, sekali lagi kita ingin menegaskan bahawa Parti Islam SeMalaysia atau PAS sejak dilahirkan pada tahun 1951 muncul atas asas dan kesedaran untuk berdakwah dan menyahut tuntutan di dalam al-Qur’an dan as-Sunnah. Sejak kelahirannya 50 tahun dahulu, PAS telah meletakkan Islam sebagai dasarnya, iaitu Islam dari segi Undang-Undang Tubuhnya, perjalanannya, perjuangan setiap ahli dan barisan kepemimpinannya sehinggalah ke matlamatnya untuk memperjuangkan wujudnya didalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana didalamnya nilai nilai hidup islam dan hukum hukumnya menuju keredhaan Allah.

Kemunculan PAS di tengah-tengah masyarakat Malaysia bersama dengan beberapa kumpulan Islam yang lain tidak akan mengubah statusnya sebagai sebuah Jama’ah Harakah Islamiyyah utama berdasarkan ciri-ciri berikut:

(i) PAS adalah sebuah Jama’ah Islam yang ditubuhkan di atas kesedaran untuk melaksanakan tajdid sepenuhnya;

(ii) PAS adalah Jama’ah Islam yang mendukung dan memelihara kesyumulan Agama Islam dan kesejagatannya;

(iii) PAS adalah Jama’ah Islam yang memelihara tradisi ‘ilmiyyah dan ‘aqliyyah;

(iv) PAS adalah Jama’ah Islam yang berada di bawah Kepemimpinan ‘Ulama’;

(v) PAS adalah Jama’ah Islam yang realistik dan praktikal;

(vi) PAS adalah Jama’ah Islam yang berakarumbikan rakyat jelata dari semua lapisan masyarakat;

(vii) PAS adalah Jama’ah Islam yang mempunyai kekuatan dan kemampuan untuk membina sebuah ummah;

(viii) PAS adalah Jama’ah Islam yang menakankan ciri-ciri Hizbu’Llah;

(ix) PAS adalah Jama’ah Islam bersifat tersendiri, bebas dan tidak dikongkong oleh Kerajaan;

(x) PAS adalah Jama’ah Islam yang bersifat ‘Alamiyyah.[3]

Sumber : http://nasharudin.com
Info lanjut, sila klik di sini

Read more...

KEPIMPINAN DPPP 2009/2011

Sof Kepimpinan Exco DPPP yang baru

Ketua Pemuda : Ust Nasarudin Hassan

Timbalan Ketua Pemuda : Ust Azman Shapawi Abdul Rani

Naib Ketua Pemuda : Sdr Ahmad Sabki Yusof

Exco

Ustaz Riduan Mohamad Noor-197 undi
Ustaz Nik Mohamd Abduh Nik Abdul aziz - 194 undi
Ustaz Mohd Firdaus Jaafar - 176 undi
Ustaz Mohd Nazri Chik Zain - 165 undi
Suhaizan Kaiyat - 165 undi
Ustaz Nasir Zakaria - 152
Ustaz Kamal Ashari - 145
Kamaruzzaman Mohamad - 139 undi
Khairul Faizi Ahmad Kamil - 139 undi
Mohamad Adram Musa - 135 undi
Abdullah Abdul Karim - 127 undi
Dr Raja Ahmad Iskandar 126 - undi

Read more...

Keputusan Penuh Pemilihan AJK PAS Pusat Kali Ke-55 Sesi 2009/2011

Isnin, Jun 08, 2009

SHAH ALAM, 6 Jun (Hrkh) - Di bawah ialah keputusan penuh pemilihan PAS sesi 2009/2011:

Presiden : Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (Menang Tanpa Bertanding)

Timbalan Presiden : Nasharudin Mat Isa, (480)

Naib Presiden :

1)Tuan Ibrahim Tuan Man, (871)
2)Salahuddin Ayub, (824)
3)Mahfuz Omar, (636)


Ahli Jawatankuasa Kerja :

1) Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, (854)
2) Ustaz Idris Haji Ahmad, (799)
3) Dato' Kamarudin Jaffar (769)>
4) Dato' Seri Ustaz Azizan Abd Razak, (653)
5) Dato' Dr Hasan Mohd Ali (642)
6) Dr Mohd Hatta Md Ramli (638)
7) Ustaz Abdul Ghani Samsudin, (637)
8) Dato' Ustaz Abu Bakar Chik (622)
9) Mohamed Hanipa Maidin, (619)
10) Ir Amiruddin Hamzah, (606)
11) Dr Lo' Lo' Haji Mohamad Ghazali, (589)
12) Ustaz Ab Ghani Abdul Rahman,(584)
13) Dr Dzulkefly Ahmad, (576)
14) Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, (536)
15) Ustaz Hashim Jasin, (522)
16) Mazlan Aliman, (513)
17) Ustaz Taib Azamudden Md Taib, (508)
18) Dr Mujahid Yusof Rawa, (488)

Read more...

Rabu, Jun 03, 2009

Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-55

Read more...

Jumaat, Mei 15, 2009

Ummi, Selamat Hari Ibu...






12 Mei - Faiz dan abi mengucapkan "SELAMAT HARI IBU" kepada ummi. Usia Faiz pun dah setahun 21 hari, dan ini menandakan ummi dah bergelar "ibu" dah setahun lebih. Semoga kecekalan ummi dan abi akan menjadi pendorong buat Faiz di masa akan datang. Ibu... nok...

Read more...

Ustaz Safuan Meninggal ...






8 Mei, Sabtu - Seorang sahabat MDI-KIAS sesi 1999/2002, Ust Safuan Yusof telah kembali kerahmatullah pada hari ini jam, 10.00 mlm. Beliau yang berasal di Felda Perasu, Gua Musang adalah lulusan MDI-KIAS dan graduan dari Universiti Al-Azhar cawangan Zagagiz. Allahuyarham sememangnya diketahui menghidap penyakit lelah tidak dijangka akan menghembuskan nafasnya pada usia semuda ini. Berkenalan agak rapat dengan penulis semasa di KIAS dan pernah memegang jawatan exco di KIAS. Jenazahnya selamat dikebumukan di batu Jong, Kuala Krai Kelantan. Terima kasih kepada sahabat yang menziarahi jenazah allahuyarham, Alfatihah ...

Read more...

Gotong PSS SK. Besout 4

9 Mei, Ahad - SK. Besout 4 hari ini telah mengadakan gotong-royong menulis slip kerja buku-buku baru di PSS sekolah ini. Dengan bantuan daripada 12 orang penmgawas PSS dan diketuai oleh Ustaz Khaled dengan bantuan dan bimbingan Cikgu Zulkapli Piai, kerja yang pada awalnya agak sukar berjaya dilaksanakan.

Read more...

Sabtu, Mei 02, 2009

Kematian Rupanya...Kepulangan Penuh Makna







Hampir sebulan lalu, daku dan zaujah merancang untuk balik klate, setelah 4 bulan lebih tak menjenguk negeri Cik Siti Wan Kembang. Kebetulan kaum kerabat dan keluarga juga selalu tertanya-tanya khabar Faiz yang dah masuk setahun usianya. Macam mana agaknya, makin montel ke? Jadi pada 30 April, jam 3.35 ptg (1 Mei cuti Hari Pekerja) kami bertolak pulang ke Pasir Mas, sampai di sana hampir jam 12.00 malam. Maklumlah singgah di banyak destinasi. Cameron, Gua Musang...ada anak, biasalah. Rupa-rupanya malam tersebut, Mohd Zain jiran paling hampir dengan rumahku kembali ke Rahmatullah. Beliau dikatakan accident pada petang tersebut dan menghembuskan nafas terakhirnya di HUSM, Kubang Kerian. Jadi sempatlah daku membacakan tahlil, bacakan al-Quran dan mentalqin beliau. Kebetulan ayah juga kurang sihat. Kepulanganku kali ini kepulangan penuh makna. Bersyukur kepada Allah kerana memberkati setiap amal kebajikanku.

Read more...

Rabu, April 29, 2009

Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Perak







Muktamar Dewan Pemuda Pas Negeri Perak akan diadakan pada 10 Mei 2009 bertempat di Markas Tarbiyah PAS Air Kuning. Para pemerhati amatlah digalakkan hadir. Kepada perwakilan pula, sila buat persediaan untuk muktamar berkenaan.

Read more...

JAWATANKUASA DPPTM SESI 2009-2011



Pengerusi Tetap
Ust Mohd Shafie bin Hamid

Timbalan Pengerusi Tetap
Sdr Salim bin Ariffin

Ketua Pemuda
Tn Hj Aminuddin bin Zulkipli

Timbalan Ketua Pemuda
Sdr Rostam bin Mohd Ramli

Naib Ketua Pemuda
Sdr Abdul Gani bin Ibrahim

Ahli Jawatankuasa
Sdr Azhari bin Yahaya
Sdr Shamsul Hadi bin Mat Saad
Sdr Junaidin bin Yusop
Sdr Rafi bin Mustafa
Ust Arman bin Yusop
Sdr Norazmi bin Abu Bakar
Sdr Nasir bin Din

Pemeriksa Kira-kira
Ust Azizan bin Musa
Sdr Khairul

Read more...

Sekretariat DPP Kawasan Tanjong Malim



No Pendaftaran : PPM/PK 26/52-7672

Alamat surat-menyurat : Dewan Pemuda Pas,

Kawasan Tanjong Malim,

PT 2576, Bandar Baru,

35800 Slim River,

Perak.

Web Site : http://dpptmalim.blogspot.com

Email : dpptmalim@yahoo.com.sg

Read more...

Sukan pasti 2009 Peringkat Kawasan tanjong Malim


Sukan Pasti 2009 telah berlangsung dengan meriahnya di Padang Majlis Daerah Slim River. Majlis bermula seawal jam 8.30 pagi. Semua murid daripada Pasti seluruh Kawasan Tg Malim telah bersiap sedia untuk memulakan acara sukan.


Majlis sukan ini dirasmikan oleh Tn Hj Rosli bin Suhaimi, Bendahari Pasti Negeri Perak. Turut berucap sebelum itu, Pengerusi Pasti Kawasan Tg Malim dan Ketua Pemuda Pas Tg Malim.


Majlis berlangsung meriah dengan kehadiran beberapa orang pimpinan Pas kawasan. Turut hadir memeriahkan majlis ialah pimpinan Muslimat dan Nisa'.


Sukan ini turut dijayakan oleh pegawai-pegawai sukan yang terdiri daripada pemuda-pemuda yang bersiap sedia menyumbang bakti demi menjayakan program-program kemasyarakatan.


Dalam kesibukan dan kemeriahan sukan Pasti juga, turut disediakan pemeriksaan kesihatan percuma. Ramai di antara pengunjung yang tidak melepaskan peluang mendapatkan khidmat secara percuma tersebut.


Majlis berakhir pada jam 12.45 tengah hari. Semua petugas dan pegawai sukan menikmati jamuan tengah hari sebelum bersurai.


TAHNIAH kepada yang berjaya, dan untuk semua, TERUSKAN PERJUANGAN..

Read more...

AJK PAS Kawasan Tanjong Malim 2009-2011


Yang Di Pertua
AF Ustaz Tarmizi bin Ab Rahman
Timb. Yang Di Pertua
Tn Hj Abdul Salam
Naib Yang Di Pertua
AF Ustaz Nuik Abdul Hadi bin Raja Abdullah
Ketua Pemuda
Tn Hj Aminuddin bin Zulkipli
Ketua Muslimat
Pn Hjh Harisah
Ketua Urusan Ulamak
AF Ustaz Hashim bin Hamud
Ahli Jawatankuasa
Tn Hj Kadri
Tn Hj Azali
Mejar (B) Hj Shahabudin
Hj Badiuzzaman
Sdr Rostam bin Ramli
Tn Hj napiah bin Tokoromo
Sdr Abu Bakar
Sdr Ahmad Sabri bin Wahab
Sdr Zulkipli bin Che Nas
Tn Hj Baharin Zainuddin
Ustaz Syed Zamzuri
Ustaz Mohd Shafie Hamid
Hjh Rohana
Pn Roslina

Read more...

Jumaat, April 24, 2009

Apa Dah Jadi Dengan Dr. Zambry





Sejak berlakunya rampasan kuasa di Perak pada Februari 2009, nampaknya rakyat Perak senantiasa mengikuti segala perkembangan terkini yang berlaku di negeri ini. Apa sahaja kenyataan yang keluar daripada mana-mana pemimpin negeri yang berkepentingan, pasti pantas sahaja rakyat yang menghukum mereka. Apatah lagi tindak tanduk mereka yang mencurigakan rakyat. Terbaru, SS Mufti Perak Dato' Seri Harussani Zakaria diminta memberikan penjelasan segera berhubung Konsert Jom Heboh TV3 di Lumut yang akan bermula esok yang difatwakan haram sebelum ini.

Read more...

Selamat Berangkat Ustaz Hafiz





Semalam penulis menerima khidmat pesanan ringkas (sms) daripada rakan seperjuangan jamaah, ustaz hafiz mahmud yang akan meninggalkan malaysia dan berangkat ke Ardhul Kinanah, Mesir. Penulis mengucapkan "Selamat Maju Jaya" dan "Semoga Najah Bilbahir", Insyaallah.

Read more...

Rehlah Saedah Ila "Lata Kinjang" wa "Gua Tempurung"










20 April - Lazimnya apabila seseorang raja atau sultan menyambut ulang tahun keputeraan, maka sesebuah negeri akan bercuti. Seluruh rakyat negeri berkenaan akan mendapat cuti khas. namun pada hari ini tanggal 20 April 2009, nampaknya seluruh rakyat negeri Perak menyambut ulang tahun kelahiran Faiz. Hari ini genap setahun usia Faiz. Sempena hari berkenaan, abi dan ummi bawa Faiz berehlah ke beberapa destinasi terpilih, iaitu : Lata Kinjang dan Gua Tempurung di Perak. Pelbagai suasana menarik dengan alam semulajadinya yang cantik ciptaan Allah telah mengingatkan saya agar menjadi makhluk dan khalifah Allah yang amanah di bumi-Nya.

Read more...

Faiz... Selamat hari lahir kali Pertama




Abi dan Ummi mengucapkan Selamat hari Lahir buat anakku, Muhammad Faiz Farhan, 1 tahun. Dengan pelbagai kerenah dan semakin membesar, nampaknya ragam pun makin banyak. Insyaallah cepat membesar dan belajar. Dalam usia yang muda, Faiz sudah boleh berjalan laju, mungkin seminggu dua lagi boleh berlari. Apa-apa pun, abi...abi...abi.... Dengan ummi tak nak ke? Sebab ummu selalu tinggal Faiz, pi belajar kat UPSI.

Read more...

Selasa, April 14, 2009

Perjuangan Antara Dua Bukit






Sudah ditakdirkan pilihanraya kecil di Bukit Gantang dan Bukit Selambau diadakan pada 7 April 2009. Namun ia menjadi pengajaran berguna buat BN dan UMNO, di mana rakyat menolak mereka lantaran kerakusan dan keangkuhan kuasa yang ada pada mereka. Najib yang baru seketiak jagung cuba mengambarkan kepada rakyat bahawa dialah penyelamat maruah bangsa dan UMNO, orang yang cuba membersihkan dalaman UMNO, mencuci segala keaiban yang ada pada zaman pak lah, seterusnya menyambung legasi ayahnya dan Tun Dr. Mahathir. Hingga kini, para pemimpin UMNO tidak dapat memaafkan Pak lah lantaran kekalahan teruk dalam pilihanraya umum lalu, namun agaknya api kemarahan tersebut akan berterusan lantaran kekalahan dalam dua lagi pilihanraya di dua bukit baru-baru ini. Sudahlah kena 2-0 di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, nampaknya kekalahan tersebut makin merebak menjadi 4-0 di Semenanjung. Badi Pak Lah dan Khairi seboleh-bolehnya cuba dijauhi sejauh mungkin oleh Najib, seolah-olah ia lebih bahaya dari segala penyakit. Daripada mencari nahas tinggal dalam rumah yang sama takut berjangkit, lebih baik nyah awal-awal dari kabinet. Agaknya kalau ada tiga bukit pilihanraya diadakan serentak, ketiga-tiga sekali terlentok.

Read more...

Dakwah Kepada Non Muslim





Zaman Rasulullah dahulu, Baginda merupakan perintis kepada gerakan dakwah kepada bangsa Arab dan 'ajam. Tidak terkecuali bangsa Yahudi dan Nasrani. Baginda menghantar beberapa risalahnya yang masyhur dan ditambah dengan guru untuk mengajar dan mendidik. Zaman baginda, semua agama selain Islam turut mengiktiraf agama Islam dan keperibadian unggul Baginda. Sifat terpuji tersebut telah menarik golongan non muslim termasuk Yahudi untuk menganut Islam. Antara tokoh Yahudi yang dipaparkan dalam sejarah ialah Abdullah bin Salam. Tetapi realitinya, bagaimanakah pula konsep dakwah Islamiyah bergerak pada hari ini. Adakah melalui qudwah hasanah sebagaimana baginda, atau melalui pelbagai ruangan yang lain seperti penulisan dan penerangan. Tindakan Nga Kor Meng, Setiausaha DAP Perak membaca sepotong ayat al-Quran beserta terjemahannya semasa berceramah dan berkempen di Bukit Gantang tidak wajar dipolitikkan. Adakah menjadi kesalahan kepada seorang berbangsa Tionghua memetik sedikit ayat al-Quran semata-mata untuk memotivasikan segelintir masyarakat Melayu beragama Islam tetapi tidak mengamalkan Islam sebagai ad-Din? Kalau seorang non muslim boleh mendekati Islam melalui al-Quran, orang Melayu bila lagi agaknya. Pemimpin UMNO dan BN yang pandai bercakap tidak pula menjadikan ayat al-Quran sebagai hujjah atau Islam sebagai manhajul hayah.

Read more...

Jumaat, Mac 27, 2009

Letihnya Buat Master





Hari ni daku ke UM Kuala Lumpur. Esoknya akan ke Kuala Lumpur. tapi bertindan dengan Kursus Dalam Perkhidmatan (LDP) peringkat Daerah Batang Padang, Perak. Terpaksalah kena berkorban, mana-mana satu. Satu di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, satu lagi di Dewan Felda Trolak Jaya, Sungkai, Perak. Kedua-duanya wajib. Lusa pula akan ke penamaan calon Bukit Gantang. Sebenarnya ini bukan kali pertama situasi demikian, bahkan berkali-kali. Ditambah pula dengan anak dikasihi, Muhammad Faiz pula tinggal bersama. Sebab Ummi sambung belajar kat UPSI, terpaksalah abi jadi ummi...Itulah rutin harian yang perlu dihadapi oleh pelajar ijazah tinggi dan 'amilin sebuah gerakan Islam. Nampaknya tak siap-siap juga, tapi kuatkan semangat dan jangan putus asa.

Read more...

Ahad, Mac 22, 2009




21 Mac, Sabtu - Tahniah kepada Ustaz Maimon binti Mohd Hasim, Ketua Panitia Agama Islam SK. Besout 4 yang selamat mengadakan kenduri perkahwinan anakanda sulungnya, Along dan menyambut menantu di Ipoh. Along yang merupakan seorang graduan dan sedang berkhidmat di Hospital Taiping selamat diijabkabulkan dengan pasangannya seorang tentera laut. Baarakallahu lakuma... Tahniah dan semoga berbahagia hingga ke anak cucu.

Read more...








21 Mac, Sabtu - Student DPLI UPSI ambilan Januari 2009 telah mengadakan Rehlah Kasih ke Kolumpang Resort Training Centre. Pada asalnya, hanya penuntut UPSI sahaja yang mengada dan menyertai program berkenaan, tetapi setelah bersembang dengan zaujati, ternyata beliau berkeinginan sangat agak ambo dan Faiz, cahaya mata sulungku ke sana. Bertolak seawal pagi dari Besout 4 dan solat subuh di Masjid Slim River, kami sekeluarga tiba di UPSI, seterusnya ke KRCC seawal jam 8.30 pagi. Tahniah diucapkan kepada student UPSI yang berjaya mengadakan program dengan sebaik mungkin. Ada sukaneka, cari harta karun, mandi manda, jungle tracking dan sebagainya. Faiz pula nampaknya menjadi sasaran sang ibu dan gadis UPSI yang turut serta dalam program berkenaan, tapi.... nangis.

Read more...

Menanti Giliran Presiden UMNO Diarah Lepaskan Jawatan




Larangan bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO kepada Datuk Seri Mohd Ali Rustam pada pemilihan kali ini telah menimbulkan pelbagai reaksi. Apa yang bersahaja, ramai juga yang agak terkejut. Macam-macam telahan timbul kononnya kambing hitam, tak kurang juga kambing putih. Yang terkejut mungkin di kalangan penyokong dan pengikut pemimpin berkenaan. Mungkin tak puas hati, mungkin juga melepas. Awal-awal lagi gagal dapat habuan lebih. Mungkin targetnya dapat, sebab dah selalu turun macam durian runtuh. Bagi yang tak terkejut mungkin mereka dah tahu siapa Ali Rustam. Memang patut kena dengan Lembaga Disiplin parti. Tetapi hakikatnya, beberapa pemimpin yang dikenakan tindakan melanggar etika UMNO sebenarnya hanya sekelumit sahaja berbanding ramai lagi di luar sana. Itu baru setakat tak boleh bertanding, belum lagi kena letak jawatan Ketua Menteri dan pelbagai lagi jawatan. Kalau nak berubah, ubahlah semuanya...rakyat pandai membuat penilaian.

Read more...

Ahad, Mac 15, 2009

Bangga Jadi Anak Kelantan.. Tahniah Adik Nik Nurmadiha








Saya sebagai salah seorang guru j-QAF di sekolah ini melahirkan perasaan bangga dan gembira kerana negeri kelahiran saya, Kelantan telah berjaya melahirkan ramai murid, pelajar dan graduan berbakat, berjaya dan berkemahiran tinggi dalam apa jua bidang. Kejayaan demi kejayaan telah diraih. Tahun lepas adik Siti Fatimah Mokhtar berjaya dalam SPMnya. Terdahulu adik Abdullah Fahmi menjuarai AQ1. Terbaru, kejayaan adik Nik Nur Madihah yang berjaya memperolehi 20A dalam SPM yang baru diumumkan. Mengenang kejayaan tersebut, ramailah rakyat Malaysia tertanya-tanya apa resipi kejayaan tersebut. Kelas tambahan di sekolahkah? atau kelas tuisyen elit? atau sekolah berasramakah? Ikut kem motivasi manakah? atau apa-apa lagi... Pendedahan adik Nik Nur Madihah tentu sedikit sebanyak mengejutkan ramai pihak. Tidak pernah ikut kelas tambahan luar, yakin pada guru yang mengajar di sekolah, banyakkan solat hajat dan tahajjud serta senantiasa berpuasa dan belajar pada waktu pagi. Sewajarnya itulah rutin sebagai seorang student muslim. Bagaimana dengan masyarakat hari ini, kenapa susah belajar, banyak gejala sosial, bahan siber terlampau, akhlaq yang teruk dan ... lagi.

Read more...

Dakwah Agenda Mulia, Teruskan Lagi Dakwah JAIP






Terima kasih kepada Jabatan Agama Islam dan Istiadat Perak (JAIP) yang telah melantik saya ke jawatan Guru Agama Dakwah Negeri Perak (kawasan Tapah) berkuatkuasa 01 Januari 2009. Insyaallah, platform ini akan saya gunakan sebaik mungkin untuk menyebarluaskan Islam di negeri ini.

Read more...

Lesen Dah Dapat, Khidmat Juga Perlu Ditingkat






12 Mac 2009 – Hari ini hari paling gembira dalam hidupku. Apa tidaknya masa yang dinanti-nantikan akhirnya tiba juga. Pengesahan dalam perkhidmatan daripada SPP akhirnya sampai juga. Terima kasih kepada pihak sekolah yang membantu. Nampaknya peluang untuk meningkatkan potensi diri cerah. Setelah 3 tahun lebih di SK. Besout 4, nampaknya bermacam-macam cabaran dan mehnah yang ku hadapi. Moga hati ini terus tabah menghadapi kerenah anak didik dan ibubapa.

Read more...

Happy Aniversary My Wife, Moga Kekal Abadi








11 Mac 2009, Rabu – Selamat Menyambut Ulang Tahun Ke-2. Hari ini genap dua tahun perkahwinan kami. Ini bermakna telah dua tahun kami hidup bersama. Lebih meriah dengan lahirnya orang ketiga. Empat belum lagi ye...Kelahiran Muhammad Faiz Farhan, 10 bulan 21 hari pada 20 April 2008 memeriahkan lagi suasana kehidupan berkeluarga. Insyaallah Insyaallah 20 April nanti genap setahun usia Faiz. Nampaknya tak sabar-sabar nak berjalan. Bercakap dah banyak, tetapi dalam bahasa baby. Hanya baby-baby sahaja yang faham.

Read more...

Sabtu, Januari 24, 2009

Cara Menutup Aurat Yang Betul Bagi Wanita




Semoga kalian menjadi wanita solehah yang dikasihi Allah, dicintai suami dan ibu idaman anak-anak bakal penghuni syurga-Nya.

Read more...

Ahad, Januari 11, 2009






Boikot Semua Barangan Yahudi dan Israel




Sehingga artikel ini ditulis, jumlah mangsa keganasan dan korban rasmi yang dicatatkan di Gaza telah meningkat mendadak sehingga hampir 900 orang dan lebih 3000 orang tercedera, walaupun serangan baru sahaja mencecah hampir 2 minggu. Entah bila agaknya Yahudi dan Israel akan menamatkan kekejaman mereka. AS, Britain dan sekutu mereka ternyata berdiam diri seribu bahasa tampak seolah-olah tiada perkara yang berlaku. Ternyata nyawa umat Islam Palestin di tangan mereka tiada harganya. Kalau kita meninjau kembali ke dalam Talmud dan 24 Protokol Zionis hasil tangan-tangan mereka pun, kita mendapati para Yahudi dan Israel menghalalkan darah, maruah dan jiwa umat Islam dinodai dan dipijak-pijak selumat-lumatnya. Seluruh pemimpin dunia ada yang bersidang dan tak kurang juga yang cuba menandatangani gencatan senjata, tetapi ia hanya mampu bertahan selama 3 hari sahaja. Bahkan Israel dengan sinis dan sewenang-wenangnya memperkotak-katikkan para pemimpin Arab bahawa merekalah yang berkuasa semenjak berjaya menduduki Baitul Maqdis pada tahun 1948 secara haram hingga kini. Para pemimpin Arab telah diasak dengan pemikiran arab secular dan bukannya arab islam. Fahaman demokrasi asahan AS dan sekutunya begitu menebal sepertimana tebalnya fahaman sekular di bawah kepimpinan seorang yahudi berbangsa Turki bernama Mustafa Kamal Attarturt dan menumbangkan sistem khilafah Islamiyah. Presiden Hosni Mubarak, Raja Abdullah Jordan, Raja Saudi Arabia, pemimpin Syria, Kuwait, Qatar, Iraq, UEA dan berpuluh negara umat arab dan Islam lainnya hanya duduk menongkat dagu termanggu, berpeluk tubuh kaku, hanya tunggu dan lihat tanpa ada sebarang tindakan drastic yang berkesan. Setakat ini yang bertindak mempertahankan diri adalah Hamas sendiri dan laungan jihad daripada Hezbollah dari Labenon. Kedua-dua pasukan jihad tersebut pernah bertempur samada dalam pilihanraya mahupun medan perang. Israel pernah dimalukan oleh Hezbollah pimpinan Syeikh Hassan Nasrullah dalam serangan mereka ke atas Syria setahun yang lepas. Manakala Hamas pula yang diasaskan oleh Syeikh Ahmad Yasin mencatat sejarah apabila pernah memenangi pilihanraya umum di Palestin mengalah kerajaan pimpinan Fatah dan banyak menjaga kebajikan hal-ehwal Islam di sana. Seterusnya Ismail Haniya dilantik sebagai Perdana Menteri Palestin, namun Fatah pula yang semenjak dahulu yang banyak berkrompomi dengan Israel tetap meneruskan agenda kebangsaan mereka apabila senantiasa bersidang di meja bulat bersama Netayahu, Sharon dan Olmert. Lebih parah, Israel pula menyalurkan bantuan kepada Fatah untuk menumbangkan Hamas di Palestin. Kini, sejarah telah membuktikan bahawa perjuangan umat Islam Palestin terletak di bahu Hamas dan umat Islam seluruh dunia. Manakala para pemimpin dunia termasuk Liga Arab dan OIC hanya banyak beretorik, hipokrit dan berkepentingan sahaja. Justeru, marilah kita umat Islam membantu pergerakan Hamas dengan menyalur sumbangan bantuan untuk mangsa serangan, boikot semua barangan keluaran AS dan sekutunya tanpa bermusim. Hakikatnya terbukti apabila Denmark yang pernah menghina Islam menerusi karikaturnya telah kerugian jutaan ringgit dalam masa satu hari. Ayuh umat Islam, teruskan usaha kearah itu dan perbanyakkan doa dan qubut nazilah sepanjang masa.

Read more...

Faiz Bersama Pengasuh Ketiga



Dalam usia lapan bulan lebih, Faiz nampaknya lebih banyak tinggal bersama Kak Ina kerana Abi mengajar di sekolah pada waktu pagi dan petang, manakala Ummi pula mengikuti kursus Pendidikan islam di UPSI, Tanjong Malim. Jarak 70 km tidak memungkinkan Ummi atau Abi berulang alik setiap hari kerana jadual waktu yang padat saban hari. Kalau tahun lepas, Faiz pernah tinggal bersama Imam Hamdan dan Mat Som, tetapi nampaknya tahun ini berbeza sikit. Kalau dahulu bermula jam 3.00 ptg hingga 5.30 ptg kerana Ummi mengajar di SAR, tetapi kini Faiz bersama Kak Ina boleh dikatakan sepanjang hari dan malamnya pula bersama Abi.

Read more...

Koleksi Kuliah Online

Soal jawab agama Online

Allah

Photobucket

Muhammad

Photobucket

About This Blog

“Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu menelan api sepenuh perutnya dan mereka akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala. (An-Nisa'i : ayat 10)”

Wadi Arbain

Wadi Arbain

Kembali Dari Ardil Kinanah

Kembali Dari Ardil Kinanah

Jaulah Ke Semenanjung Sinai

Jaulah Ke Semenanjung Sinai

Doa Hari Sukan SK. Besout 4

Doa Hari Sukan SK. Besout 4

Ceramah Maulid SK. Besout 4

Ceramah Maulid SK. Besout 4

Kelas Tasmik

Kelas Tasmik

Our Blogger Templates

Blog Archive

LIVE PAGE POPULARITY

Life Traffic Feed

LIVE TRAFFIC MAP

LIVE RECOMMENDED READING

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP