Maksud Ayat : ... pada hari ini telah Ku-sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-redhai Islam itu menjadi agama bagimu... (Surah al-Maaidah : 3)
Photobucket

Jumaat, Mac 27, 2009

Letihnya Buat Master





Hari ni daku ke UM Kuala Lumpur. Esoknya akan ke Kuala Lumpur. tapi bertindan dengan Kursus Dalam Perkhidmatan (LDP) peringkat Daerah Batang Padang, Perak. Terpaksalah kena berkorban, mana-mana satu. Satu di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, satu lagi di Dewan Felda Trolak Jaya, Sungkai, Perak. Kedua-duanya wajib. Lusa pula akan ke penamaan calon Bukit Gantang. Sebenarnya ini bukan kali pertama situasi demikian, bahkan berkali-kali. Ditambah pula dengan anak dikasihi, Muhammad Faiz pula tinggal bersama. Sebab Ummi sambung belajar kat UPSI, terpaksalah abi jadi ummi...Itulah rutin harian yang perlu dihadapi oleh pelajar ijazah tinggi dan 'amilin sebuah gerakan Islam. Nampaknya tak siap-siap juga, tapi kuatkan semangat dan jangan putus asa.

Read more...

Ahad, Mac 22, 2009




21 Mac, Sabtu - Tahniah kepada Ustaz Maimon binti Mohd Hasim, Ketua Panitia Agama Islam SK. Besout 4 yang selamat mengadakan kenduri perkahwinan anakanda sulungnya, Along dan menyambut menantu di Ipoh. Along yang merupakan seorang graduan dan sedang berkhidmat di Hospital Taiping selamat diijabkabulkan dengan pasangannya seorang tentera laut. Baarakallahu lakuma... Tahniah dan semoga berbahagia hingga ke anak cucu.

Read more...








21 Mac, Sabtu - Student DPLI UPSI ambilan Januari 2009 telah mengadakan Rehlah Kasih ke Kolumpang Resort Training Centre. Pada asalnya, hanya penuntut UPSI sahaja yang mengada dan menyertai program berkenaan, tetapi setelah bersembang dengan zaujati, ternyata beliau berkeinginan sangat agak ambo dan Faiz, cahaya mata sulungku ke sana. Bertolak seawal pagi dari Besout 4 dan solat subuh di Masjid Slim River, kami sekeluarga tiba di UPSI, seterusnya ke KRCC seawal jam 8.30 pagi. Tahniah diucapkan kepada student UPSI yang berjaya mengadakan program dengan sebaik mungkin. Ada sukaneka, cari harta karun, mandi manda, jungle tracking dan sebagainya. Faiz pula nampaknya menjadi sasaran sang ibu dan gadis UPSI yang turut serta dalam program berkenaan, tapi.... nangis.

Read more...

Menanti Giliran Presiden UMNO Diarah Lepaskan Jawatan




Larangan bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO kepada Datuk Seri Mohd Ali Rustam pada pemilihan kali ini telah menimbulkan pelbagai reaksi. Apa yang bersahaja, ramai juga yang agak terkejut. Macam-macam telahan timbul kononnya kambing hitam, tak kurang juga kambing putih. Yang terkejut mungkin di kalangan penyokong dan pengikut pemimpin berkenaan. Mungkin tak puas hati, mungkin juga melepas. Awal-awal lagi gagal dapat habuan lebih. Mungkin targetnya dapat, sebab dah selalu turun macam durian runtuh. Bagi yang tak terkejut mungkin mereka dah tahu siapa Ali Rustam. Memang patut kena dengan Lembaga Disiplin parti. Tetapi hakikatnya, beberapa pemimpin yang dikenakan tindakan melanggar etika UMNO sebenarnya hanya sekelumit sahaja berbanding ramai lagi di luar sana. Itu baru setakat tak boleh bertanding, belum lagi kena letak jawatan Ketua Menteri dan pelbagai lagi jawatan. Kalau nak berubah, ubahlah semuanya...rakyat pandai membuat penilaian.

Read more...

Ahad, Mac 15, 2009

Bangga Jadi Anak Kelantan.. Tahniah Adik Nik Nurmadiha








Saya sebagai salah seorang guru j-QAF di sekolah ini melahirkan perasaan bangga dan gembira kerana negeri kelahiran saya, Kelantan telah berjaya melahirkan ramai murid, pelajar dan graduan berbakat, berjaya dan berkemahiran tinggi dalam apa jua bidang. Kejayaan demi kejayaan telah diraih. Tahun lepas adik Siti Fatimah Mokhtar berjaya dalam SPMnya. Terdahulu adik Abdullah Fahmi menjuarai AQ1. Terbaru, kejayaan adik Nik Nur Madihah yang berjaya memperolehi 20A dalam SPM yang baru diumumkan. Mengenang kejayaan tersebut, ramailah rakyat Malaysia tertanya-tanya apa resipi kejayaan tersebut. Kelas tambahan di sekolahkah? atau kelas tuisyen elit? atau sekolah berasramakah? Ikut kem motivasi manakah? atau apa-apa lagi... Pendedahan adik Nik Nur Madihah tentu sedikit sebanyak mengejutkan ramai pihak. Tidak pernah ikut kelas tambahan luar, yakin pada guru yang mengajar di sekolah, banyakkan solat hajat dan tahajjud serta senantiasa berpuasa dan belajar pada waktu pagi. Sewajarnya itulah rutin sebagai seorang student muslim. Bagaimana dengan masyarakat hari ini, kenapa susah belajar, banyak gejala sosial, bahan siber terlampau, akhlaq yang teruk dan ... lagi.

Read more...

Dakwah Agenda Mulia, Teruskan Lagi Dakwah JAIP






Terima kasih kepada Jabatan Agama Islam dan Istiadat Perak (JAIP) yang telah melantik saya ke jawatan Guru Agama Dakwah Negeri Perak (kawasan Tapah) berkuatkuasa 01 Januari 2009. Insyaallah, platform ini akan saya gunakan sebaik mungkin untuk menyebarluaskan Islam di negeri ini.

Read more...

Lesen Dah Dapat, Khidmat Juga Perlu Ditingkat






12 Mac 2009 – Hari ini hari paling gembira dalam hidupku. Apa tidaknya masa yang dinanti-nantikan akhirnya tiba juga. Pengesahan dalam perkhidmatan daripada SPP akhirnya sampai juga. Terima kasih kepada pihak sekolah yang membantu. Nampaknya peluang untuk meningkatkan potensi diri cerah. Setelah 3 tahun lebih di SK. Besout 4, nampaknya bermacam-macam cabaran dan mehnah yang ku hadapi. Moga hati ini terus tabah menghadapi kerenah anak didik dan ibubapa.

Read more...

Happy Aniversary My Wife, Moga Kekal Abadi








11 Mac 2009, Rabu – Selamat Menyambut Ulang Tahun Ke-2. Hari ini genap dua tahun perkahwinan kami. Ini bermakna telah dua tahun kami hidup bersama. Lebih meriah dengan lahirnya orang ketiga. Empat belum lagi ye...Kelahiran Muhammad Faiz Farhan, 10 bulan 21 hari pada 20 April 2008 memeriahkan lagi suasana kehidupan berkeluarga. Insyaallah Insyaallah 20 April nanti genap setahun usia Faiz. Nampaknya tak sabar-sabar nak berjalan. Bercakap dah banyak, tetapi dalam bahasa baby. Hanya baby-baby sahaja yang faham.

Read more...

Koleksi Kuliah Online

Soal jawab agama Online

Allah

Photobucket

Muhammad

Photobucket

About This Blog

“Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu menelan api sepenuh perutnya dan mereka akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala. (An-Nisa'i : ayat 10)”

Wadi Arbain

Wadi Arbain

Kembali Dari Ardil Kinanah

Kembali Dari Ardil Kinanah

Jaulah Ke Semenanjung Sinai

Jaulah Ke Semenanjung Sinai

Doa Hari Sukan SK. Besout 4

Doa Hari Sukan SK. Besout 4

Ceramah Maulid SK. Besout 4

Ceramah Maulid SK. Besout 4

Kelas Tasmik

Kelas Tasmik

Our Blogger Templates

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP