
Langkah PAS Kawasan Merbok menyusun kembali gerakerja pentarbiyahan di cawangan-cawangan dalam kawasan itu melalui pemerkasaan usrah adalah satu langkah yang betul dan tidak wajar di pandang remeh dalam keadaan PAS di era pemerintah. Melalui kajian yang dijalankan melalui tesis saya tentang usrah dalam PAS dan kebangkitannya, setiap kebangkitan (gelombang) yang berlaku sebenarnya berpunca daripada pemahaman dan maklumat yang sebenar yang diperolehi oleh akar umbi, antaranya melalui perbincangan dalam usrah. Usrah juga mentashihkan maklumat dan fakta yang menyeleweng di kalangan ahli hingga akhirnya mereka pula berperanan sebagai penyampai maklumat kepada orang ramai. Menurut Pengerusi Lajnah Tarbiyah PAS Kawasan Merbok, Ustaz Fakharuddin Fakhrulrazi dalam ucapan aluannya menegaskan kepentingan usrah sebagai pembinaan utama pentarbiyahan di dalam PAS. Melalui penyusunan itu, PAS Kawasan Merbok akan melaksanakan usrah mengikut zon cawangan-cawangan dengan naqib tetap yang dilantik.
0 comments:
Catat Ulasan