Maksud Ayat : ... pada hari ini telah Ku-sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-redhai Islam itu menjadi agama bagimu... (Surah al-Maaidah : 3)
Photobucket

Kesempurnaan Puasa Ramadhan

Jumaat, Ogos 29, 2008

Imam Al-Ghazali menjelaskan lima perkara untuk mencapai kesempurnaan puasa tingkatan kedua :
  • menahan pandangan dari segala hal yang dicela dan dimakruhkan serta dari tiap-tiap yang membimbangkan dan melalaikan dari mengingat Allah. Rasulullah SAW bersabda : Barang siapa meninggalkan pandangan karena takut kepada Allah, niscaya Allah menganugerahkan padanya keimanan yang mendatangkan kemanisan dalam hatinya.
  • menjaga lidah dari perkataan yang sia-sia, berdusta, mengumpat, berkata keji, dan mengharuskan berdiam diri, menggunakan waktu untuk berzikir kepada Allah serta membaca Alquran. "Dua perkara merosakkan puasa," sabda Rasulullah SAW, "iaitu mengumpat dan berbohong."
  • menjaga pendengaran dari mendengar kata-kata yang tidak baik, karena tiap-tiap yang haram diucapkan maka haram pula mendengarnya. Rasulullah SAW menjelaskan: Yang mengumpat dan yang mendengar, bergelumang dalam dosa. Keempat, mencegah anggota-anggota tubuh yang lain dari perbuatan dosa. Seperti mencegah tangan dan kaki dari berbuat maksiat dan mungkar, mencegah perut dari memakan yang syubhat dan haram.
  • tidak berlebih-lebihan dalam berbuka sampai perutnya penuh makanan. Orang yang berbuka secara berlebihan tentu tidak akan dapat memetik manfaat dan hikmah puasa. Bagaimana dia berusaha mengalahkan musuh Allah dan mengendalikan hawa nafsunya, jika saat berbuka dia justru memanjakan nafsunya dengan makanan yang terhitung banyak dan jenisnya.
  • hatinya senantiasa diliputi perasaan cemas (khauf) dan harap (raja'), karena tidak diketahui apakah puasanya diterima atau tidak oleh Allah. Rasa cemas diperlukan untuk meningkatkan kualiti puasa yang telah dilakukan, sedangkan penuh harap berperanan dalam menumbuhkan optimisme.

Read more...

Iktibar Puasa Para Sahabat dan Wali Allah

Di sini marilah kita mengambil iktibar dari beberapa kisah sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. dan Wali-wali Allah s.w.t. yang beribadat ketika berada di Bulan Ramadhan.
  • Umar Al-Khattab r.a. akan sentiasa bersolat setiap malam sehingga waktu Subuh menjelma.
  • Uthman r.a. setelah berpuasa sepanjang hari, akan menghabiskan malam dengan bersolat. Beliau hanya tidur sekejap di bahagian permulaan malam. Beliau akan mengkhatamkan Al-Quran di dalam satu rokaat solatnya.
  • Qatadah r.a. mengkhatamkan seluruh Al-Quran di dalam setiap tiga malam Ramadhan. Sementara di dalam sepuluh malam terakhir beliau akan mengkhatamkannya setiap malam.
  • Seorang Wali Allah yang terkenal iaitu Ibrahim Adham pula sepanjang Ramadhan tidak akan tidur sama ada siang ataupun malam.
  • Imam Syafie r.a. pula di sepanjang Ramadhan menghabiskan enam puluh kali Al-Quran di dalam solatnya sama ada di waktu siang ataupun malam.


Semoga sedikit sebanyak dari kisah-kisah di atas dapat kita mengambil pelajaran darinya. Walaupun diakui sukar untuk kita lakukan lebih-lebih lagi di akhir zaman ini, tetapi kita mestilah bertekad untuk mendapatkan fadhilat Lailatul-Qadr tahun ini. Siapa tahu kita tidak akan berjumpa lagi Ramadhan pada tahun hadapan.

Read more...

Fadhilat Puasa

  • Umar ibnul Khathab r.a. berkata : "Orang yang berzikir kepada Allah pada bulan Ramadhan akan diampuni dosa-dosanya dan yang memohon kepada Allah pada bulan Ramadhan tidak akan kecewa.
  • Puasa mengatur keseragaman ummat. Selama Ramadhan, umat berseragam dalam sahur dan berbuka, dalam bekerja dan beristirahat, serta dalam shalat, istighfar, dan bertaubat kepada Allah. Lidahpun seragam dalam bertakbir, bertasbih, dan bertahmid sehingga tercegah dari kata-kata buruk dan menyakiti orang lain, menjauhi perbuatan keji dan munkar, mengisi hati dengan cinta kasih kepada sesama hamba Allah, selalu baik dan bersih lahir bathin, serta sabar meng- hadapi segala macam kesulitan hidup.
  • Imam Al Ghazali berkata, "Betapa banyak orang berpuasa yang sebenarnya berbuka, dan yang berbuka padahal berpuasa. Yang berbuka tetapi sebenarnya berpuasa adalah yang makan dan minum, tetapi menjaga seluruh anggota tubuhnya dari perbuatan dosa. Dan yang berpuasa tetapi sebenarnya berbuka adalah yang lapar dan haus, tetapi tercemar anggota tubuhnya (dalam perbuatan dosa).

Read more...

Tingkatan Puasa

Menurut Imam al-Ghazali dalam bukunya Ihya Ulumuddin, tingkatan puasa dikategorikan menjadi tiga jenis, iaitu :
  • puasa umum
  • puasa khusus
  • puasa khusus yang lebih khusus lagi


Puasa umum adalah tingkatan yang paling rendah iaitu menahan dari makan, minum dan perkara haram. Puasa khusus, di samping menahan yang tiga hal tadi, juga memelihara seluruh anggota tubuh dari perbuatan maksiat atau tercela. Sedangkan puasa khusus yang lebih khusus adalah puasa hati dari segala kehendak hina dan segala fikiran duniawi serta mencegahnya memikirkan apa-apa yang selain Allah.


Puasa tahap ketiga tadi adalah puasa para nabi-nabi, siddiqin, dan muqarrabin. Sedangkan puasa tahap kedua adalah puasa orang-orang salih. Puasa tingkat ini yang seharusnya kita tuju untuk mencapainya.

Read more...

Marhaban Ya Ramadhan

Marhaban barasal dari kata RAHB yang berarti luas atau lapang. Marhaban menggambarkan suasana penerimaan tetamu yang disambut dan diterima dengan lapang dada, dan penuh kegembiraan. Marhaban ya Ramadhan (selamat datang Ramadhan), mengandungi erti bahwa kita menyambut Ramadhan dengan lapang dada, penuh kegembiraan, tidak dengan keluhan.

Rasulullah SAW sendiri senantiasa menyambut dengan kegembiraan setiap kali datangnya Ramadhan. Dan berita gembira itu disampaikan pula kepada para sahabatnya seraya bersabda :

"Sungguh telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan. Allah telah memfardlukan atas kamu puasanya. Di dalam bulan Ramadhan dibuka segala pintu surga dan dikunci segala pintu neraka dan dibelenggu seluruh setan. Padanya ada suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Barangsiapa tidak diberikan kepadanya kebaikan malam itu maka sesungguhnya dia telah dijauhkan dari kebajikan" (Hr. Ahmad)

Marhaban Ramadhan, kita ucapkan untuk bulan suci itu, karena kita mengharapkan agar jiwa raga kita diasah dan diasuh guna melanjutkan perjalanan menuju Allah swt.

Read more...

Taklimat Calon Naib Kadi Negeri Perak

Jumaat, Ogos 15, 2008

Taklimat calon Naib Kadi telah diadakan pada 7 Ogos 2008 di Pejabat Agama Ipoh, Perak pada jam 9.30 pagi. Taklimat tersebut diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan dan gambaran temuduga yang akan dihadapi oleh semua calon Naib Kadi. Sementara temuduga pula telah diadakan pada 11 Ogos (Perak Utara) dan 12 Ogos (Perak Selatan).

Antara panel temuduga pada kali ini ialah SS Dato’ Seri (Dr) Hj. Harussani bin Hj. Zakaria (Mufti Negeri Perak), AF Syeikh Mohamad Noor Mansor Al-Hafiz (Imama Masjid Negeri Perak) dan Ust Aswad (Seorang Pensyarah). Penulis blog turut berkesempatan menghadiri temuduga berkenaan, walaupun tiba agak lewat daripada waktu yang ditetapkan.

Read more...

Peperiksaan Bertulis Tauliah Mengajar Agama Negeri Perak Darul Ridzuan

Peperiksaan bertulis bagi mendapatkan tauliah mengajar agama dalam negeri Perak telah diadakan pada 11 dan 12 Ogos 2008 yang lalu bertempat di Kompleks Islam Darul Ridzuan (KIDR), Ipoh, Perak. Peperiksaan diadakan bagi menilai kemampuan dan tahap penguasaan ilmu seseorang calon pemegang tauliah sebelum dibenarkan mengajar ilmu agama kepada masyarakat dalam negeri ini. Antara subjek yang akan diuji adalah Tafsir, Aqidah, Fikah, Sirah, Hadith dan lain-lain lagi.

Read more...

Ulasan Menarik Ketua Penerangan DPP Pusat Tentang Debat Anwar-Shabery

Rabu, Ogos 06, 2008

Antara hujah-hujah dijawab dengan menarik bagi kedua-dua pihak adalah :


1. Sabri menuduh IPP ditubuhkan semasa Anwar menjadi Menteri Kewangan. Anwarlah yang menjadi punca kemelut IPP. Anwar menjawab Dato’ Ani Arof, Pengerusi TNB dibawah Anwar sebagai Menteri Kewangan tersingkir dpd TNB kerana tidak bersetuju dengan harga yang dikehendakki oleh Tun Dr Mahathir.

2. Anwar membetulkan fakta yang ditentang bukan Petronas tetapi Kerajaan BN.

3. Sabri menyatakan minyak akan habis 2015. Anwar menjawab minyak habis 2015 adalah jangkaan masakini Petronas sahaja. Itupun jika tiada penemuan baru. Jika ada penemuan baru maka rizeb minyak akan bertambah. 30 tahun lalu kerajaan telah menyatakan minyak akan habis tahun 2005. Tapi Alhamdulillah perolehan minyak berkembang sehingga 2015. Maknanya fakta rizeb minyak akan habis 2015 tidak tetap.

4. Sabri menyatakan jika minyak turun negara akan mengalami implasi. Anwar menjawab minyak naik mendadaklah yang menyebabkan implasi sehingga 8%.

5. Dr Nordin Kardi menyatakan Anwar telah tersalah permis apabila melibatkan IPP dalam kenaikkan harga minyak. Anwar menjawab IPP ada kaitan dengan minyak kerana IPP menggunakan gas. Bagaimana IPP boleh untung tetapi Petronas dan TNB boleh rugi.

6. Sabri menyatakan budaya subsidi tidak baik. Anwar menjawab subsidi kepada kroni, kepada orang kaya ditukar nama sebagai bailout dan insentif. Kepada rakyat miskin dianggap subsidi. Pada hal kedua-duanya sama. Jika orang kaya berhak untuk mendapat subsidi mengapa rakyat terbanyak tidak boleh menerima subsidi.

7. Sabri menyatakan Swedan negara kayapun mengalami kenaikkan harga minyak. Inikan pula Malaysia. Anwar berhujah pendapatan rakyat di Swedan lebih 10 kali lebih banyak daripada rakyat Malaysia. Oleh itu perbandingan ini tidak setara.

Antara hujah-hujah yang tidak dijawab secara berkesan adalah :

1. Tuduhan Sabri Cik kepada persetujuan Anwar terhadap pendekatan Bank Dunia bagi menyelesaikan kemelut ekonomi negara tahun 1997. Bank Dunia mencadangkan kenaikkan cukai, pengurangan subsidi dan pinjaman daripada Bank Dunia. Ini boleh menjerut negara dalam ekonomi yang lebih parah sepertimana Indonesia. Anwar hanya menjawab tuduhan itu hanyalah fitnah tanpa mengemukakan hujah menolak persetujuan Anwar terhadap bank dunia pada masa tersebut.

2. Soalan daripada Zulkifli Sulong kepada Sabri Cik mengenai kegagalan kerajaan untuk memanfaat lebihan RM4 Bilion semasa kenaikkan minyak 30 sen pada 28 Fenruari 2006. Perdana Menteri dan Timbalannya telah berjanji untuk menggunakan wang tersebut bagi membangunkan kemudahan pengangkutan negara. Hujah ini tidak dijawab secara berkesan oleh Sabri. Kebimbangan Zulkifli Sulong terhadap lebihan setelah kenaikkan terbaharu juga tidak dijawab oleh Sabri Cik.

3. Pendekatan menghapuskan kebocoran dan ketirisan dalam pemberian kontrak kerajaan telah menyebabkan kerugian kepada kerajaan. Dengan itu kerajaan tidak mampu menampung kenaikkan harga minyak dunia. Hujah ini tidak djawab oleh Sabri malah Sabri memberi contoh negara Swedan yang mempunyai indek rasuah yang rendah juga mengalami kenaikkan harga minyak yang tinggi.

4. Dr. Nordin Kardi bertanya mengapa Anwar tidak berjanji menurunkan implasi hanya menurunkan minyak sahaja. Sabri pula bertanya oleh kerana Anwar berjanji sebelum kenaikkan harga minyak terbaharu atau berjanji sebelum pilihanraya maka sepatutnya Anwar berjanji menurunkan ke nilai lebih rendah daripada 0.50 iaitu RM1.28 sen bagi petrol. Anwar hanya menjawab penurunan 0.50 adalah angka yang cukup bertanggungjawab sahaja.Walaupun masa terlalu singkat tetapi Sabri masih menggunakan masa tersebut untuk menyerang peribadi Anwar. Seharusnya masa yang terhad itu perlu digunakan secara maksimum menerangkan dasar-dasar kerajaan. Walaubagaimanapun perdebatan ini sangat baik untuk membina minda kelas pertama rakyat Malaysia. Saya impikan perdebatan seterusnya daripada pemimpin-pemimpin berikut :a. Debat Pak Lah – Anwarb. Debat Pak Lah – Hj. Hadic. Debat Pak Lah – Lim Kit SiangDato Sabri Cik cukup berbangga dengan perdebatan beliau dengan Anwar. Sebagai menteri penerangan mampukah Dato’Sabri Cik merelisasikan perdebatan di atas ?http://kentong-suhaizan.blogspot.com/

Read more...

Hujah Debat Anwar-Shabery


Antara hujah-hujah menarik daripada Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk menurunkan harga minyak adalah :

1. Minyak dapat diturunkan jika lebihan tenaga yang dijana oleh Independent Power Producer (IPP) dapat dikurangkan.

2. Minyak dapat diturunkan jika masalah kebocoran/ketirisan dapat dibendung.

3. Minyak dapat diturunkan jika ekonomi diuruskan dengan cekap.4. Minyak dapat diturunkan jika salahguna kuasa dan penyelewengan dana rakyat dapat dibendung.

5. Negara seharusnya lebih mementingkan rakyat miskin sebelum menaikkan harga minyak mendadak.

6. Minyak dunia naik maka keuntungan Petronas akan naik. Lebihan keuntungan perlu digunakan untuk menyerap kenaikkan harga minyak dunia.


Antara hujah Dato Sabri Cik mempertahankan kenaikkan haga minyak adalah :

1. Jika keuntungan pertonas hanya untuk menampung kenaikkan harga minyak dunia maka banyak subsidi akan diterima oleh orang yang tidak memerlukan. Pendekatan memberi terus kepada golongan sasaran adalah lebih berkesan dibandingkan dengan keadah menurunkan harga minyak.

2. Pengeluaran minyak negara tidak boleh disamakan dengan negara-negara luar seperti Saudi dan Iran kerana rizeb minyak negara terlalu kecil dibandingkan dengan negara luar. Oleh itu negara perlu lebih berhati-hati untuk menurunkan harga minyak.

3. Venezula dan Iran mempunyai harga minyak yang rendah tetapi implasi pula tinggi. Jika negara meniru cara Venezula dan Iran maka negara akan mengalami nasib yang sama dengan negara tersebut.

Read more...

Isu Meletak Kalungan Bunga Pada Binaan

Upacara meletak kalungan bunga saban tahun pada Hari Pahlawan (31 Julai) sebagai memperingati jasa para pejuang negara merupakan amalan jahiliah, kata Presiden Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Ustaz Salleh Ahmad. Malahan Majlis Fatwa Wilayah Persekutuan di bawah Muftinya, Tan Sri Abdul Kadir Talib tidak lama dahulu memutuskan amalan tersebut adalah haram, katanya. Ustaz Salleh sewaktu dihubungi Harakahdaily menegaskan fatwa tersebut terus kekal walaupun ada pihak termasuk Perdana Menteri pada waktu fatwa itu dikeluarkan, Dr Mahathir Mohamad meminta fatwa pengharamannya ditarik balik.

Abdullah memulakan upacara meletakkan kalungan bunga itu, diikuti Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal; Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan; Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin; Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Abdul Aziz Jaafar dan Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin. Terdahulu, Abdullah menerima tabik hormat dan memeriksa kawalan penghormatan membabitkan 103 anggota dan pegawai Askar Melayu Diraja.

“Perbuatan mana-mana individu muslim sama ada pemimpin atau rakyat yang meletakkan kalungan bunga, tabik hormat dan bertafakur yang dilakukan untuk Tugu Negara adalah bercanggah dengan prinsip-prinsip akidah Islam yang anti kepada sebarang unsur keberhalaan,” jelas Dr Asri. Kata beliau lagi, perbuatan seperti itu seakan menjadikan tugu berkenaan berhala yang dihormati. “Sekiranya pun pelakunya tidak mempunyai sebarang iktikad bahawa itu semua memberi manfaat dan mudarat, maka perbuatan itu adalah sia-sia dan bodoh. Ia tetap haram kerana meniru perbuatan musyrikin,” jelas Dr Asri.. Menurut Dr Asri, jika pelaku beriktikad itu memberikan kemanfaatan kepada keamanan, kedamaian ruh mereka yang telah meninggal dunia, maka itu adalah perbuatan syirik yang jelas. Firman Allah: (maksudnya) “Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberi kepada Ibrahim sebelum itu jalan yang benar (dalam bertauhid), dan Kami mengetahui akan halnya. Ketika dia berkata kepada bapanya dan kaumnya: “Apakah patung-patung ini yang kamu berdiri di hadapannya (memujanya)? Mereka menjawab: “Kami dapati datuk nenek kami selalu menyembahnya. Ibrahim berkata: “Sesungguhnya kamu dan datuk-nenek kamu adalah dalam kesesatan yang nyata”. (Surah al-Anbiya 50-54)”

Perbuatan menyempurnakan istiadat meletak kalungan bunga di Tugu Peringatan Negara ini juga difahamkan melanggar Fatwa Mufti (Edisi 2008). Di bawah SubSeksyen 36(1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991 setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak mengikut SubSeksyen 39(6) Enakmen menyatakan, ” Meletakkan kalungan bunga di Tugu Negara sempena upacara sambutan Hari Pahlawan dan upacara-upacara lain adalah haram dan hendaklah ditinggalkan”.

1) Fatwa Mufti Pulau Pinang - Bahawa haram tiupan dan bertafakur dengan menundukan kepala selama 20 saat dengan meletakan kalung bunga ditugu, bacaan sajak yang boleh menimbulkan semangat kepahlawanan adalah diharuskan, tetapi dengan syarat tidak dilakukan dihadapan tugu, atau di dalam suasana yang dilarang oleh syarak kerana semua ini adalah upacara agama juga.

2) Fatwa Mufti Pahang - Fatwa berikut yang dibuat oleh Mufti Negeri di bawah subseksyen 36 (1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991 setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 39 (6) Enakmen itu adalah disiarkan menurut subseksyen 36(2) Enakmen itu : “Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan sempena upacara sambutan Hari Pahlawan dan upacara-upacara lain adalah haram dan hendaklah ditinggalkan.”

3) Fatwa Mufti Perlis - Berdoa di tugu peringatan adalah ditegah oleh syara’ dan hukumnya haram kerana perbuatan seumpama itu termasuk di dalam larangan firman Allah, surah al Maidah ayat 90 yang bermaksud:”Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi dan al-ansab(menyembah berhala) dan al azlam (bertenung nasib) adalah najis daripada amalan syaitan. Maka hendaklah kamu jauhkan daripadanya moga-moga kamu berjaya”.

4) Keterangan: “Al-Ansab” maknanya batu orang-orang jahiliyah sembelih korban disisinya dan beribadat kepadanya. Berdoa adalah ibadat, berdoa di batu tugu peringatan sama seperti orang-orang jahiliyah beribadat di al-Ansab yang dimaksudkan di dalam ayat 90 itu.

Read more...

Kemasukan Ke Program Pascasiswazah Bagi Semester 2 (Disember) Sesi 2008/2009

Anda berminat menyambung pengajian di peringkat Ijazah Tinggi atau MA? Kemasukan Ke Program Pascasiswazah Bagi Semester 2 (Disember) Sesi 2008/2009 akan bermula pada Disember 2008 nanti. Untuk dapatkan info, sila klik di sini

Read more...

Peristiwa Semasa Mikraj dan Hikmahnya

Wanita menangis meminta pertolongan, tetapi tiada yang sanggup membantu

Wanita yang berhias bukan kerana suaminya

Wanita digantung pada rambutnya, otaknya menggelegak dalam periuk

Wanita yang tidak menutup aurat

Wanita berkepala seperti manusia, tetapi berbadan seperti kaldai

Wanita yang membuat fitnah, bermusuh sesame jiran dan membuat dusta (domba)

Wanita yang mukanya hitam dan memamah isi perutnya sendiri

Wanita yang menggoda dan menghairahkan lelaki

Lelaki dan wanita yang ditarik kemaluannya ke depan dan ke belakang, dan dilontarkan mukanya ke dalam api neraka. Kemudian ditarik dan dipukul hingga keluar api neraka dari badan

Orang yang besarkan diri dan takabbur

Lelaki dan wanita dimasukkan besi pembakar daging dari duburnya, dan keluar hingga ke mulut

Orang yang buat fitnah dan mencaci

Wanita tergantung rambutnya di pokok zakkum, lalu dibakar api neraka hingga kering kecut tubuhnya

Wanita yang makan ubat untuk membunuh janin

Wanita dibelenggu api neraka, mulutnya terbuka luas,keluar api dari perut

Wanita penyanyi tak sempat bertaubat

Lelaki dan wanita yang dimasukkan api dalam perut melalui duburnya, lalu keluar dari mulut

Orang yang makan harta anak yatim

Lelaki dan wanita yang kepalanya terbenam ke dalam api, dituang pula air panas ke badannya

Orang yang berusaha kea rah pergaduhan sesama manusia

Read more...

Peristiwa Semasa Isra' dan Hikmahnya

PERISTIWA

BALASAN

Orang bercucuk tanam dan mengeluarkan hasil yang banyak dan cepat

Orang yang infaq harta fi sabilillah

Mencium bau wangi

Bau tukang sikat firaun yang beriman

Sekumpulan manusia menghempap kepada dengan batu berulangkali

Orang yang berat mendirikan solat fardhu

Sekumpulan manusia bertelanjang makan rumput berduri, buah zakum yang pahit dan bara api jahannam

Orang yang tidak suka menderma, bersedekah dan tidak keluarkan zakat

Orang yang gunting lidah tanpa henti-henti

Orang yang bercakap tetapi tidak melaksanakannya

Sekumpulan manusia memakan daging busuk sedangkan daging yang baik ada

Orang yang berzina, sedangkan ad isteri

Orang yang tengelam timbul dalam lautan darah dan dilemparkan dengan batu

Orang mana riba

Sekumpulan manusia mencakar muka, dan dada dengan kuku yang tajam

Orang yang suka mengumpat

Orang yang bawa berkas kayu yang banyak tetapi tidak terangkat olehnya

Orang yang menerima amanah tetapi tidak sanggup melaksananya

Seekor lembu yang keluar dari lubang yang kecil tetapi tidak dapat masuk semula ke dalam lebang tersebut

Orang yang suka bercakap besar

Read more...

Rehlah Ke TRIP Sg. Klah

Cuti pada setiap hujung minggu lazimnya dimanfaatkan sepenuhnya dengan pelbagai program dan aktiviti menarik dan berguna. Kalau tidak program berkaitan kerja, mungkin program tersebut berkaitan jamaah dan parti. Kalau tidak barangkali aktiviti bersama keluarga. Begitu juga dengan saya sekeluarga, cuti hari ini dimanfaatkan dengan berehlah ke Taman Rekreasi Air Panas (TRIP) Sg. Klah, Perak Darul Ridzuan yang perlah dirasmikan oleh YAB. Dato’ Seri Mohd Najib Tun Hj. Abdul Razak pada 12 Mei 2005. Bertolak dari rumah di SK. Besout 4, Sungkai seawall jam 8.00 pagi mengambil masa kira-kira 45 minit untuk sampai ke sana. Jaraknya hampir 50 km untuk sampai ke sana dan 8.3 km dari jalan utama tidaklah menyukarkan sangat pergerakan ke sana. Inilah rehlah kami kali pertama sejak kedatangan orang ketiga, Muhammad Faiz Farhan dalam keluarga kira-kira 3 bulan setengah lalu.

Read more...

Koleksi Kuliah Online

Soal jawab agama Online

Allah

Photobucket

Muhammad

Photobucket

About This Blog

“Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu menelan api sepenuh perutnya dan mereka akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala. (An-Nisa'i : ayat 10)”

Wadi Arbain

Wadi Arbain

Kembali Dari Ardil Kinanah

Kembali Dari Ardil Kinanah

Jaulah Ke Semenanjung Sinai

Jaulah Ke Semenanjung Sinai

Doa Hari Sukan SK. Besout 4

Doa Hari Sukan SK. Besout 4

Ceramah Maulid SK. Besout 4

Ceramah Maulid SK. Besout 4

Kelas Tasmik

Kelas Tasmik

Our Blogger Templates

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP