Maksud Ayat : ... pada hari ini telah Ku-sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-redhai Islam itu menjadi agama bagimu... (Surah al-Maaidah : 3)
Photobucket

Lawatan Dato' Syeikh Mohd Noor Mansur Al-Hafiz Ke MTQ ADDIN 15

Rabu, April 02, 2014

01 April 2014 - Pengerusi Yayasan ADDIN Perak, Dato' Syeikh Mohd Noor Mansur Al-Hafiz melakukan lawatan ke MTQ ADDIN 15 (Cawangan Kg. Kelan, Slim River, Perak). Turut hadir ialah Ahli Lembaga Pengarah dan guru-guru.

Read more...

Alam Persekolahan Baru Di SRITA

01 April 2014 - Muhammad Faiz Farhan memulakan alam baru persekolahan apabila secara rasminya menjadi pelajar di Sekolah Rendah Islam At-Taklim (SRITA), Slim River, Perak. Sebelumnya mendapat pendidikan awal di Pasti Al-Barakah (2 tahun) dan Pasti Ansor (3 Bulan). Terima kasih kepada semua guru yang telah mendidik beliau.

Kepada sesiapa yang berminat untuk menghantar anak ke SRITA, sila layari laman berikut : http://sritaklim.wix.com/slimriver

Read more...

Genap Setahun Cuti Belajar

Selasa, April 01, 2014

01 April - Hari ini genap setahun ambo cuti belajar CBBP TB bawah Bahagian Tajaan Pendidikan KPM 2013. Semangat bekerja kepada semua rakan-rakan tidak kira di mana kalian berada. Kepada rakan-rakan yang sealiran dengan ambo, teruskan perjuangan dengan memanfaatkan masa yang berharga ini.

Read more...

Majlis Penyampaian Anugerah Tauliah Mengajar Agama Islam Perak Bagi Tahun 2012 dan 2013

25 Mac 2014 - Jabatan Mufti Negeri Perak mengadakan Majlis Penyampaian Anugerah Tauliah Mengajar Agama Islam Perak Bagi Tahun 2012 dan 2013 yang diadakan di Amanjaya Convention Centre3, Hotel Casuarina @ Meru, Ipoh.

Read more...

Lawatan Bahagian Tajaan Ke IPS Universiti Malaya

12 Mac 2014 - Bahagain Tajaan Pendidikan KPM telah mengadakan lawatan ke IPS Universiti Malaya. Sesi taklimat dan dialog diadakan di Auditorium IPS, UM.

Read more...

Ulang Tahun Perkahwinan Kali Ke-7

11 Mac 2014 - Hari genap 7 tahun usia ulang tahun perkahwinan ambo dan zaujah. Semoga berbahagia dan beroleh anak cucu yang soleh solehah.

Read more...

Mesyuarat Agung Dan Majlis Silaturrahim Penduduk Taman Sungkai Perdana 2014

22 Februari 2014 - Mesyuarat Agung Dan Majlis Silaturrahim Penduduk Taman Sungkai Perdana telah selamat diadakan dengan jayanya di padang awam TSP, jam 2.30 ptg.

Sila layari FB Taman Sungkai Perdana (https://www.facebook.com/media/set/?set=a.595602270525734.1073741833.432411980178098&type=1)

Read more...

Khidmat Sementara Di MTQ ADDIN 15 (Cawangan Kg. Kelan)

13 Januari 2014 - Tugas mendidik adalah antara tugas paling mulia. Setelah bercuti selama lebih 9 bulan, kerinduan yang membuak-buak terhadap tugas sunnah Rasulullah s.a.w dan para Anbiya' r.a sedikit terubat apabila ambo dipanggil untuk berkhidmat di MTQ ADDIN 15 (Cawangan Kg. Kelan, Slim River, Perak), iaitu MTQ ADDIN paling muda yang memulakan sesi persekolahan pertamanya pada 06 Januari 2013. Tahniah yang tidak terhingga kepada semua Ahli Lembaga Pengarah yang sentiasa mencurah khidmat bakti demi memastikan MTQ dapat direalisasikan di Slim River, termasuk juga para guru dan pelajar yang sudi mendidik dan bersedia dididik di sini.

Read more...

Pelatih Baru Darussyifa' 2014

22 Disember 2013 - Tahniah kepada 145 orang pelatih baru Darussyifa Perak yang telah rasminya menjadi pelatih setelah majlis iqrar bersama Tuan Guru Dato' Dr Haron Din dalam Kuliah Pembukaan di An-Nahdhah Inn, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Read more...

Alhamdulillah Atas Kelahiran Nur Asma Salsabila

25 November 2013 - Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi di atas kurniaan Allah s.w.t yang telah mengurniakan seorang lagi puteri tercinta penyejuk mata memandang kepada ambo.

Read more...

Hijrah Ke Sungkai

Rabu, April 03, 2013


Inilah rumah yang didiami sejak 24 Mac 2013.

Read more...

1 April 2013 : Tarikh Keramat Buatku

1 April 2013, Isnin - Inilah tarikh keramat buatku yang mula bercuti selama 3 tahun bagi menyelesaikan misi pengajian. Terima kasih kepada Bahagian Tajaan KPM yang memilih dan memberikan peluang keemasan kepadaku daripada ribuan pemohon untuk meneruskan pengajian di peringkat kedoktoran. Namun di sebalik itu, ku bersyukur di atas rahmat dan kurniaanNya Yang Maha Esa, kerana mengundang pengorbanan yang tidak sedikit. Rakan sejawat dan guru di sekolah masih berhempas pulas untuk mendapatkan guru ganti yang difahamkan bermula 1 April baru dionkan e-GTukar. Misi ini ini turut mengundang pengorbanan yang tidak ternilai daripada isteri tersayang yang terpaksa berulang ke sekolah sejauh 30km sehala dan mengambil alih tugas membawa dan menghantar anak-anak tercinta ke Pasti Al-Barakah san rumah pengasuh. Anak-anak juga terpaksa berkorban demi abinya kerana seawal jam 6.30 pagi terpaksa tidur dalam kereta umi dan balik tidak menentu, mungkin jam 4.oo ptg atau 5.30 ptg. Pengorbanan inilah menjadi sebahagian motivasi kepadaku untuk bermujahadah dalam mengapai impian. Terima kasih semua. Langkah pertamaku pada tarikh berkenaan ialah membuat rujukan di APIUM, KL.


Read more...

Selamat Bercuti Dan Teruskan Kecemerlangan

Jumaat, Mac 22, 2013

Doaku agar seluruh warga sekolah sentiasa dilimpahi rahmat dan cemerlang alam apa jua bidang. Khusus untuk murid-murid, capailah barakah dalam kehidupan ini. Tunaikanlah perintah Allah s.w.t, jangan sesekali menderhaka kepada kedua ibubapa dan guru. Kejayaan mengapai 5A tidak akan bererti tanpa memiliki akhlak dan sahsiah mahmudah. Murid yang tidak mendapat 5A tidak bermakna tidak berjaya, andai kata kehidupan mereka dilimpahi barakah Allah s.w.t. Apa pun selamat bercuti buat semua..


Read more...

Selamat Tinggal SKAB



22 Mac, Jumaat - Tepat jam 1.00 tgh, diriku keluar dari bilik guru dan melangkah masuk ke pejabat sekolah untuk menandatangani buku kedatangan staf sekolah. Pen dan buku menjadi saksi, setakat ini sajalah perkhidmatanku di sekolah kebangaanku ini. Setelah menabur khidmat bakti hanya selama 6 bulan 6 hari sejak 16 September 2012. Sebelum itu, aku pernah berkhidmat di SK Besout 4 bermula 5 Februari 2006 sebagai guru j-QAF. Titipan terima kasih kepada GB, PK, Ketua Panitia, guru-guru, staf dan murid-murid yang telah memberikan banyak kerjasama dan spoorting dalam apa jua urusan, termasuk Ust. Che Muhsin yang akan buat relief apabila daku menjadi fasilitator KLaQ di Ayer Tawar, Manjung selama 10 hari pada bulan Okt dan Nov 2012, berkursus selama 3 hari di IAB Genting pada 20-22 Jan 2013 dan kursus selama lebih 3 minggu di PLGDP Sungai Karangan pada 28 Jan- 21Februari 2013. Pendek kata selalu keluar, meminjam kata kawan-kawan macam chip smore.


Read more...

Latihan Kebakaran : Perkhidmatan Terakhir Untuk Warga Sekolah





22 Mac, Jumaat - Hari ini merupakan hari bersejarah bagiku kerana satu program sekolah, iaitu latihan kebakaran bersama Pasukan Bomba Slim River berjaya dilaksanakan untuk warga sekolah, meskipun diriku di ambang perpisahan. Banyak tugasan dan tanggungjawab yang perlu disettlekan pada detik-detik terakhir perkhidmatanku di sini, namun harapan dan tanggungjawab yang diamanahkan kepadaku selaku Setiausaha Keselamatan sekolah perlu juga direalisasikan. Terima kasih kepada PK HEM, Pn. Hjh Haslina Abdul Hamid yang memberikan sepenuh kepercayaan kepadaku. Juga seluruh warga sekolah yang telah mengambil bahagian samada secara langsung atau tidak langsung.



Read more...

Jamuan Perpisahan Di SK Aminuddin Baki Slim River

20 Mac, Rabu - Setinggi-tinggi penghargaan kepada warga sekolah yang telah menganjurkan satu majlis yang ringkas, tetapi cukup bermakna. Majlis diadakan sempena pengunduran diriku yang bakal menamatkan perkhidmatan di sekolah ini bermula pada 01 April 2013. Terima kasih kepada kelab guru dan Pengerusinya, Pn. Noridah Misran merangkap GC dan Pengacara majlis tersebut. Terima kasih juga kepada semua guru yang hadir. Tidak lupa juga kepada GB yang sudi membatalkan mesyuarat beliau bersama pihak JPN dan PPD pada hari tersebut semata-mata meraikan majlis yang diadakan, semua PK-PK dan rakan-rakan panitia. GB turut berucap. Sempat juga kurakamkan ucapan ringkas, terima kasih kepada warga sekolah dan mohon ampun dan maaf sekiranya terdapat kelemahan dan kecuaian sepanjang menjalankan tugas di sini.

Read more...

Kursus Persediaan Program Pengajian Peringkat Ph.D Bagi Penerima HLP / CBBPTB 2013

Kursus persediaan ini bermula pada 28 Januari dan berakhir pada 21 Februari 2013 bertempat di Pusat Latihan Guru Dalam Perkhimatan (PLGDP), Sungai Karangan, Kedah.



Read more...

Daurah Mursyid Program Bina Upaya GPI Kebangsaan 2013

terima kasih

Read more...

Daurah Mursyid Program Bina Upaya GPI Negeri Perak 2013

mknsfsfhsdkgbdfg

Read more...

Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Pengawas, PSS Dan Ketua Kelas 2013



Majlis diadakan pada 11 Mac 2013 bertempat di dewan SK Aminuddin Baki, Slim River, Perak.

Read more...

Kem Motivasi Al-Muqri



Read more...

Latihan Memanah


Memanah adalah sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Ia sebahagian daripada saranan Rasulullah s.a.w agar mengajar anak-anak dengan tiga aktiviti berfaedah, iaitu menunggang kuda, berenang dan memanah. Namun, mutakhir ini didapati aktiviti tersebut kurang diambil peduli oleh masyarakat Islam, sebaliknya dipelopori oleh golongan Barat.

Aktiviti diatas adalah persediaan pasukan memanah sekolah untuk mewakili Daerah Batang Padang ke peringkat negeri Perak.

Read more...

11 Mac 2013 : Ulang Tahun Perkahwinan Kali Ke

Bersama anak-anak tersayang, setelah 6 tahun melayari alam rumahtangga bersama isteri tercinta, Rosnaniza Ismail. Tanpa sedar, kehadiran mereka menambahkan lagi seri dan sinar kebahagian suami isteri. Anak-anak - Muhammad Faiz Farhan (4 tahun 11 bulan), Nur Aisyah Humaira' (3 tahun 3 bulan) dan Nur Fatehah Syarha (6 bulan).

Read more...

Majlis Sambutan Maulidur Rasul S.A.W Peringkat Sekolah 1434H / 2013







25 Januari, Jumaat - Tahniah kepada semua warga sekolah yang telah mengambil bahagian dalam menjayakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul s.a.w peringkat sekolah.  Pihak sekolah dengan bantuan pasukan trafik Slim River telah mengambil langkah berani mengadakan perarakan di dalam bandar Slim River, pasar dan kedai-kedai berhampiran semata-mata meninggikan syiar Islam, turut disertai oleh seluruh warga sekolah. Beberapa acara sampingan turut diadakan.

Read more...

Taklimat Hari Akhir Persekolahan 2012

Taklimat disampaiakan oleh Pn. Suraya Harun yang bakal meneruskan khidmat bakti beliau di SK Tualang Sekah, Malim Namaw, Perak

Read more...

Kem Literasi Al-Quran Negeri Perak 2012 (Ambilan 3)


Read more...

Hari Anugerah Cemerlang 2012







Read more...

Kem Bestari Solat Siri Akhir 2012




Read more...

Sambutan Hari Kanak-Kanak 2012





Read more...

Perkhemahan Unit Badan Beruniform 2012


Read more...

Sayembara Penulisan Tazkirah Kebangsaan Sempena Maulidur Rasul 1434H

Sabtu, Oktober 27, 2012


Syarat sayembara penulisan tazkirah peringkat Kebangsaan digubal bagi memberikan panduan kepada para peserta yang ingin menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh Bahagian Pendidikan Islam (BPI) Kementerian Pelajaran Malaysia Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1434 H. Ia dianjurkan oleh Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam, Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sila klik untuk maklumat lanjut.

Read more...

Gambar Keluarga Sempena Hari Raya Aidil Adha 1433H

Jumaat, Oktober 26, 2012

Gambar ini dirakam pada 26 Oktober 2012, sempena Hari Raya Aidil Adha 1433H bersamaan 10 Zulhijjah 1433H yang jatuh pada hari Jumaat. Bersama isteri dan anak-anak - Muhammad Faiz Farhan (4 tahun 6 bulan 6 hari), Nur Aisyah Humaira' (2 tahun 10 bulan) dan terbaru Nur Fatehah Syarha (2 bulan 3 hari).

Read more...

Selamat Hari Raya Aidil Adha 1433H


Read more...

Kem Literasi Al-Quran Negeri Perak 2012 (Ambilan 2)






Kem KLAQ Ambilan 2 diadakan pada 16-18 Oktober 2012 di Amir Chalet, Kg Baru, Ayer Tawar, Manjung, Perak dan disertai oleh 12 orang Urusetia dan Fasilitator serta 58 orang peserta.

Read more...

Kem Literasi Al-Quran Negeri Perak 2012 (Ambilan 1)




Kem KLAQ Ambilan 1 diadakan pada 09-11 Oktober 2012 di Amir Chalet, Kg Baru, Ayer Tawar, Manjung, Perak dan disertai oleh 12 orang Urusetia dan Fasilitator serta 62 orang peserta.

Read more...

Koleksi Kuliah Online

Soal jawab agama Online

Allah

Photobucket

Muhammad

Photobucket

About This Blog

“Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu menelan api sepenuh perutnya dan mereka akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala. (An-Nisa'i : ayat 10)”

Wadi Arbain

Wadi Arbain

Kembali Dari Ardil Kinanah

Kembali Dari Ardil Kinanah

Jaulah Ke Semenanjung Sinai

Jaulah Ke Semenanjung Sinai

Doa Hari Sukan SK. Besout 4

Doa Hari Sukan SK. Besout 4

Ceramah Maulid SK. Besout 4

Ceramah Maulid SK. Besout 4

Kelas Tasmik

Kelas Tasmik

Our Blogger Templates

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP