Maksud Ayat : ... pada hari ini telah Ku-sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-redhai Islam itu menjadi agama bagimu... (Surah al-Maaidah : 3)
Photobucket

1 April 2013 : Tarikh Keramat Buatku

Rabu, April 03, 2013

1 April 2013, Isnin - Inilah tarikh keramat buatku yang mula bercuti selama 3 tahun bagi menyelesaikan misi pengajian. Terima kasih kepada Bahagian Tajaan KPM yang memilih dan memberikan peluang keemasan kepadaku daripada ribuan pemohon untuk meneruskan pengajian di peringkat kedoktoran. Namun di sebalik itu, ku bersyukur di atas rahmat dan kurniaanNya Yang Maha Esa, kerana mengundang pengorbanan yang tidak sedikit. Rakan sejawat dan guru di sekolah masih berhempas pulas untuk mendapatkan guru ganti yang difahamkan bermula 1 April baru dionkan e-GTukar. Misi ini ini turut mengundang pengorbanan yang tidak ternilai daripada isteri tersayang yang terpaksa berulang ke sekolah sejauh 30km sehala dan mengambil alih tugas membawa dan menghantar anak-anak tercinta ke Pasti Al-Barakah san rumah pengasuh. Anak-anak juga terpaksa berkorban demi abinya kerana seawal jam 6.30 pagi terpaksa tidur dalam kereta umi dan balik tidak menentu, mungkin jam 4.oo ptg atau 5.30 ptg. Pengorbanan inilah menjadi sebahagian motivasi kepadaku untuk bermujahadah dalam mengapai impian. Terima kasih semua. Langkah pertamaku pada tarikh berkenaan ialah membuat rujukan di APIUM, KL.


0 comments:

Catat Ulasan

Koleksi Kuliah Online

Soal jawab agama Online

Allah

Photobucket

Muhammad

Photobucket

About This Blog

“Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu menelan api sepenuh perutnya dan mereka akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala. (An-Nisa'i : ayat 10)”

Wadi Arbain

Wadi Arbain

Kembali Dari Ardil Kinanah

Kembali Dari Ardil Kinanah

Jaulah Ke Semenanjung Sinai

Jaulah Ke Semenanjung Sinai

Doa Hari Sukan SK. Besout 4

Doa Hari Sukan SK. Besout 4

Ceramah Maulid SK. Besout 4

Ceramah Maulid SK. Besout 4

Kelas Tasmik

Kelas Tasmik

Our Blogger Templates

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP