Cuti pada setiap hujung minggu lazimnya dimanfaatkan sepenuhnya dengan pelbagai program dan aktiviti menarik dan berguna. Kalau tidak program berkaitan kerja, mungkin program tersebut berkaitan jamaah dan parti. Kalau tidak barangkali aktiviti bersama keluarga. Begitu juga dengan saya sekeluarga, cuti hari ini dimanfaatkan dengan berehlah ke Taman Rekreasi Air Panas (TRIP) Sg. Klah, Perak Darul Ridzuan yang perlah dirasmikan oleh YAB. Dato’ Seri Mohd Najib Tun Hj. Abdul Razak pada 12 Mei 2005. Bertolak dari rumah di SK. Besout 4, Sungkai seawall jam 8.00 pagi mengambil masa kira-kira 45 minit untuk sampai ke sana. Jaraknya hampir 50 km untuk sampai ke sana dan 8.3 km dari jalan utama tidaklah menyukarkan sangat pergerakan ke sana. Inilah rehlah kami kali pertama sejak kedatangan orang ketiga, Muhammad Faiz Farhan dalam keluarga kira-kira 3 bulan setengah lalu.
0 comments:
Catat Ulasan