Kesan debat isu minyak Anwar-Shabery kepada BN
Rabu, Julai 30, 2008
Berita lanjut : sila klik di sini
Cadangan ABIM atasi kenaikan harga minyak : klik di sini
Random Picture |
![]() |
Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Husin |
Jambori Unit Amal Kawasan Tanjong Malim akan diadakan pada ketetapan seperti berikut :
Tarikh : 9 & 10hb Ogos 2008 (Sabtu & Ahad)
Tempat : Kem Ansar, Sungkai
Masa : 9.00 pagi (pendaftaran)
Yuran : RM5.00
Cadangan ke arah ini adalah dengan merancang Program Outreach yang akan meliputi kesemua 1,662 kampung yang berada di dalam 806 kampung induk. KPerak INC Corporation, sebagai anak syarikat kerjaaan negeri Perak akan melatih graduan-graduan muda untuk dijadikan sebagai infomediaries/penghubung maklumat di dalam membawa teknologi ke seluruh pelusuk negeri Perak.
Read more...Bermula 1 Jun lalu kolej tersebut yang siap dibina di tapak sebuah bukit itu telah memulakan sesi pengambilan pelajar barunya bagi tahun 2008/2009 yang terdiri penuntut lelaki dan perempuan dari negeri Perak dan negeri-negeri lain di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Pada peringkat awal pembukaannya, seramai 500 orang pelajar yang telah lulus temuduga layak berlajar di sini selama tiga tahun bagi mendapatkan diploma.
Tetapi bagi pelajar yang lemah dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Arab terpaksa menduduki matrikulasi selama setahun sebelum meneruskan pelajaran mereka selama tiga tahun itu bagi menduduki peperiksaan sijil diploma. Menurut maklumat, kolej berkenaan yang dijangka akan dirasmikan pembukaannya Julai depan mempunyai pensyarah-pensyarah terdiri daripada lepasan ijazah luar negara termasuk daripada beberapa fakulti universiti antarabangsa seperti Azhar dan Jordon.
Sepanjang suku pertama tahun ini (Jan-Mac 2006), seramai 7,001 orang penagih dadah telah dikesan.Mereka terdiri daripada 2,933 orang (41.89%) penagih baru dan 4,068 orang (58.11%) penagih berulang. Keseluruhannya berlaku peningkatan sebanyak 1.32% berbanding tempoh masa yang sama tahun lalu (6,910Taburan jumlah penagih yang dikesan menunjukkan;Kedah mencatatkan bilangan penagih paling ramai dikesan berbanding negeri-negeri lain iaitu seramai 1,282 orang dikuti P.Pinang(1,086), Perak (1,000), Kelantan (843) dan WP K.Lumpur (756). Berbanding dengan tahun lalu bagi tempoh yang sama, bilangan penagih dikesan meningkat bagi semua negeri kecuali P.Pinang, WP Kuala Lumpur, Johor, Pahang, Perlis, Sabah dan WP Labuan (Jadual 1). Jumlah Penagih terkumpul yang direkodkan oleh AADK sejak tahun 1988 - Mac 2006 adalah seramai 292,696 orang.Kira-kira 1.10% daripada jumlah penduduk Malaysia. orang).
Jadual 1: Taburan Penagih Yang dikesan Mengikut Negeri
Tahun 2005/2006
Negeri | 2005 | 2006 | Negeri | 2005 | 2006 | ||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Bil | Purata Sebulan | Bil | Purata Sebulan | ||||||
![]() | Kedah | 710 | 1282 | 427 | ![]() | Sarawak | 68 | 210 | 70 |
![]() | P.Pinang | 1155 | 1086 | 362 | ![]() | Pahang | 204 | 201 | 67 |
![]() | Perak | 663 | 1000 | 333 | ![]() | N.Sembilan | 96 | 179 | 60 |
![]() | Kelantan | 332 | 843 | 281 | ![]() | Terengganu | 29 | 86 | 29 |
![]() | WP.K.Lumpur | 1178 | 756 | 252 | ![]() | Perlis | 107 | 67 | 22 |
![]() | Johor | 746 | 565 | 188 | ![]() | Sabah | 1165 | 57 | 19 |
![]() | Selangor | 334 | 459 | 153 | ![]() | WP Labuan | 4 | - | 0 |
![]() | Melaka | 119 | 210 | 70 | Jumlah ![]() | 6910 | 7001 | 2334 |
Jadual 2: Bilangan Penagih Mengikut Jenis Dadah Yang Digunakan, 2005
Penagih | Heroin &Morfin | Candu | Ganja | Gam | Esctasy | Syabu | Lain-Lain | U.Batuk/ Kodein | Jumlah |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Baru | 1378 | 1 | 870 | 3 | 35 | 430 | 192 | 24 | 2933 |
Berulang | 3443 | 1 | 419 | 2 | 8 | 127 | 43 | 25 | 4068 |
Jumlah | 4821 | 2 | 1289 | 5 | 43 | 557 | 235 | 49 | 7001 |
Peratus | 68.86% | 0.03% | 18.41% | 0.07% | 0.61% | 7.96% | 3.36% | 0.70% | 100.00% |
Bulan | Tangkapan |
Januari | 80 |
Februari | 27 |
Mac | 39 |
April | 72 |
Total | 218 |
KUALA LUMPUR, 4 Julai (Hrkh) - Penglibatan tentera mengawas ketenteraman awam adalah tidak perlu dan mungkin bertentangan dengan Perlembagaan berikutan terdapatnya ura-ura pihak polis akan meminta bantuan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam mengawal ketenteraman awam sebagaimana yang disuarakan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hasan kelmarin. Profesor Dr Abdul Aziz Bari ketika dihubungi menegaskan tugas menjaga ketenteraman awam adalah tanggung jawab pasukan polis sebagaimana yang disebut di dalam Akta Polis 1967. Ia bertujuan untuk membolehkan proses demokrasi berjalan dengan lancar. Apa yang berlaku selama ini, ujar beliau, pasukan polis telah menyekat perhimpunan yang aman yang pada satu ketika pernah disahkan oleh Suhakam sendiri tindakan itu sebagai keras dan keterlaluan. Dengan itu, kata Aziz lagi, polis tidak perlu mendapatkan bantuan tentera dan adalah lebih baik mereka menggunakan kekuatan dan sumber yang ada untuk mengawal dan menyelesaikan masalah jenayah yang kian meningkat. Pensyarah Undang-Undang UIAM itu berkata, penggunaan tentera adalah merbahaya dan ura-ura yang disebut oleh Musa Hassan itu telah menghampiri garisan yang ditetapkan oleh Perlembagaan. Katanya, Yang di-Pertuan Agong selaku Panglima Tertinggi Angkatan Tentera sebagaimana yang dipertuntukkan oleh Perlembagaan bertanggungjawab menghalang cubaan untuk mempolitikkan angkatan tentera sebagaimana yang telah berlaku kepada pasukan polis. "Dalam keadaan yang sedemikian baginda wajib bertindak dan tidak membiarkan diri baginda diperalatkan oleh kerajaan melalui nasihat yang berbahaya kepada Perlembagaan," tegas Aziz. Selain Yang di-Pertuan Agong, tegas beliau, kesemua Raja-Raja Melayu adalah Kolonel Yang Dipertua untuk pelbagai regimen, kor dan formasi di dalam Angkatan Tentera Malaysia. Sementara itu Majlis Raja-Raja juga mempunyai wakil di dalam Majlis Angkatan Tentera yang dipengerusikan oleh Menteri Pertahanan. Aziz berpendapat Yang di-Pertuan Agong perlu bertindak kerana sudah tidak ada lagi sesiapa yang boleh diharapkan. Di dalam keadaan biasa mahkamah sepatutnya mentafsirkan peruntukan di dalam Akta Polis - seksyen 27 - yang menyekat perhimpunan aman dengan ketat termasuk membatalkan peruntukan itu. Malangnya, kata Aziz, mahkamah membenarkan sekatan itu meskipun ia tidak munasabah. Polis sering menyebut kekecohan dan gangguan awam meskipun selama ini apa yang menimbulkan kekecohan ialah tindakan keras yang tidak perlu oleh pasukan polis sendiri. Dengan demikian adalah tidak wajar untuk pihak polis menyeret angkatan tentera terlibat sama dalam perkara ini. Berita lanjut dalam harakahdaily. |
Assalamualaikum Wrt. Wbh
Selamat Datang
Sebarang cadangan dan komen antum untuk tujuan penambahbaikan amatlah dialu-alukan.
Syukran
© Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009
Back to TOP