Santapan Rohani
Mantan Ketua Pemuda Dipilih Sebagai YDP Pas Kawasan Tg Malim
Isnin, April 25, 2011

Sekalung tahniah kepada Tn Hj Aminuddin bin Zulkipli yang telah dipilih sebagai YDP yang baru bagi sesi 2011-2013 pada pemilihan Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kawasan Tg Malim yang diadakan pada 24 April bertempat di Markas Pas Serigala.
Dewan Pemuda akan sentiasa memberi sokongn dan dokongan bagi memajukan lagi Pas Tanjong Malim pada masa akan datang.
Semoga Tn Hj Aminuddin dapat memikiul amanah ini sebaik mungkin dengan dibantu oleh barisan jawatankuasa yang terdiri daripada gabungan muka lama dan muka baru.
Isu Video Seks : Suara Mufti Ditunggu
Jumaat, April 01, 2011
Di mana para ulama dan mufti dalam isu yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim? Umno sebenarnya yang menutup mulut mufti dari memberi pandangan berhubung isu video seks yang didakwa membabitkan Ketua Pembangkang
Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini
Mesyuarat Agung PAS Kawasan Tanjong Malim
PAS kawasan Tanjong Malim akan mengadakan Mesyuarat Agung pada 10 April 2011 bertempat di Markaz PAS Kawasan Serigala. Mesyuarat akan dimulakan pada jam 8.30 pagi.
Read more...Program Usrah Terus Subur
Program usrah PAS cawangan Klan nampaknya terus subur sejak bermula tahun 2011. Selain daripada membaca Al-Ma'thurat, pendedahan terhadap bahan usrah dan huraian tafsir / hadis turut menambahkan thaqafah dan motivasi ahli. Perbincangan usrah diakhiri dengan perbincangan isu-isu semasa. Semoga program usrah di kawasan Tanjong Malim terus hidup.
Read more...Peperiksaan Memohon Tauliah JAIPk 2011
26 Mac 2011 - Hari ini diadakan Peperiksaan Memohon Tauliah JAIPk 2011. Peperiksaan tersebut diadakan selama 2 hari. Antara mata pelajaran yang dinilai ialah Feqah, Tauhid, Sirah, Tafsir, Hadis dan Tasauf. Ramai juga pemohon yang ingin mendapatkan tauliah tersebut. Bagi admin, tauliah bukanlah mencari habuan dunia, sebaliknya hanya sebagai lesen bagi melengkapkan kerja-kerja dakwah sahaja. Nampaknya, ramai juga dalam kalangan pemohon yang datang menjalani peperiksaan sedikit merungut kerana kerja yang mulia (menyampaikan ilmu kepada masyarakat) perlu mengikuti peperiksaan. Ramai yang datang mempunyai pelbagai latarbelakang, seperti pondok, universiti Al-Azhar, Syria, Yaman, Jordan, Indonesia, Pakistan dan lain-lain.
Admin sendiri pun memiliki tauliah, tetapi dari negeri lain dan tidak digunapakai di negeri ini. Harapnya, pada masa akan datang akan lebih dipermudahkan Allah s.w.t.
Ulang Tahun Perkahwinan Yang Ke-4

12 Mac 2011 - Hari ini genap 4 tahun usia perkahwinan admin bersama zaujah. Insyaallah, ikatan ini terus kekal dan kehadiran 2 orang cahaya mata yang comel, Muhammad Faiz Farhan (hampir 3 tahun) dan Nur Aisyah Humaira' (1 tahun lebih) menjadi penyeri kehidupan.
Lawatan Ke KUIZM
08 Mac 2011 - Admin berkesempatan menziarahi Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad (KUIZM) di Taman Melewar, Selangor yang diasaskan pada September 2010. Kolej yang dibina bersempena dengan nama mantan Pemangku Presiden PAS itu dilihat mempunyai potensi yang cerah untuk berkembang dan prospek yang cemerlang. Terima kasih kepada para penderma yang budiman.
Read more...Tahniah SK. Ulu Lubai, Sarawak Yang Terpilih Sebagai SBT
Selasa, Februari 22, 2011

Tahniah kepada SK. Ulu Lubai yang terpilih sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi 2011.
Layari : Klik 1, Klik 2, Klik 3
Tahniah Kepada Wee Soo Yen
Admin mengucapkan syabas dan tahniah kepada adik Wee Soo Yen, 16 pelajar Cina daripada Kelantan yang telah menjadi penerima Anugerah Tokoh Maulidur Rasul kerana mendapat A subjek Bahasa Arab Komunikasi dan semua A subjek yang lain dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) lalu. Apabila diwawancara, cara beliau berbahasa Melayu begitu fasih sekali.
Layari : Klik atau Klik
Senarai Individu Terkaya Di Malaysia 2011
1. Tan Sri Robert Kuok Hock Nien (Kerry Group/Kuok Group) RM50.04b
2. Tan Sri T. Ananda Krishnan (Usaha Tegas) RM45.78b
3. Tan Sri Teh Hong Piow (Public Bank) RM12.77b
4. Tan Sri Lee Shin Cheng (IOI Group) RM12.74b
5. Tan Sri Lim Kok Thay (Genting Group) RM10.89b
6. Tan Sri Quek Leng Chan (Hong Leong Group) RM10.75b
7. Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary (Al-Bukhary Foundation) RM8.84b
8. Puan Sri Lee Kim Hua (Genting Group) RM7.43b
9. Tan Sri Tiong Hiew King (Rimbunan Hijau) RM4.77b
10. Ong Beng Seng (HPL) RM3.98b
Senarai Individu Terkaya Di Malaysia Tahun 2010 :
Layari : Klik atau 2010
Ulang Tahun Kelahiran Nabi Muhammad SAW 1432 H
Isnin, Februari 14, 2011

15 Februari 2011, Selasa - Esok merupakan tarikh yang dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam di dunia amnya dan di Malaysia khususnya. Tanggal 12 Rabiul Awwal saban tahun dirayakan oleh umat Islam sebagai memperingati, menghayati dan mencontohi peribadi agung yang ada pada Rasulullah SAW.





















