13 Januari 2014 - Tugas mendidik adalah antara tugas paling mulia. Setelah bercuti selama lebih 9 bulan, kerinduan yang membuak-buak terhadap tugas sunnah Rasulullah s.a.w dan para Anbiya' r.a sedikit terubat apabila ambo dipanggil untuk berkhidmat di MTQ ADDIN 15 (Cawangan Kg. Kelan, Slim River, Perak), iaitu MTQ ADDIN paling muda yang memulakan sesi persekolahan pertamanya pada 06 Januari 2013. Tahniah yang tidak terhingga kepada semua Ahli Lembaga Pengarah yang sentiasa mencurah khidmat bakti demi memastikan MTQ dapat direalisasikan di Slim River, termasuk juga para guru dan pelajar yang sudi mendidik dan bersedia dididik di sini.
Read more...