Maksud Ayat : ... pada hari ini telah Ku-sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-redhai Islam itu menjadi agama bagimu... (Surah al-Maaidah : 3)
Photobucket
Memaparkan catatan dengan label Pendapat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pendapat. Papar semua catatan

Jumaat, April 24, 2009

Apa Dah Jadi Dengan Dr. Zambry





Sejak berlakunya rampasan kuasa di Perak pada Februari 2009, nampaknya rakyat Perak senantiasa mengikuti segala perkembangan terkini yang berlaku di negeri ini. Apa sahaja kenyataan yang keluar daripada mana-mana pemimpin negeri yang berkepentingan, pasti pantas sahaja rakyat yang menghukum mereka. Apatah lagi tindak tanduk mereka yang mencurigakan rakyat. Terbaru, SS Mufti Perak Dato' Seri Harussani Zakaria diminta memberikan penjelasan segera berhubung Konsert Jom Heboh TV3 di Lumut yang akan bermula esok yang difatwakan haram sebelum ini.

Read more...

Selasa, April 14, 2009

Perjuangan Antara Dua Bukit






Sudah ditakdirkan pilihanraya kecil di Bukit Gantang dan Bukit Selambau diadakan pada 7 April 2009. Namun ia menjadi pengajaran berguna buat BN dan UMNO, di mana rakyat menolak mereka lantaran kerakusan dan keangkuhan kuasa yang ada pada mereka. Najib yang baru seketiak jagung cuba mengambarkan kepada rakyat bahawa dialah penyelamat maruah bangsa dan UMNO, orang yang cuba membersihkan dalaman UMNO, mencuci segala keaiban yang ada pada zaman pak lah, seterusnya menyambung legasi ayahnya dan Tun Dr. Mahathir. Hingga kini, para pemimpin UMNO tidak dapat memaafkan Pak lah lantaran kekalahan teruk dalam pilihanraya umum lalu, namun agaknya api kemarahan tersebut akan berterusan lantaran kekalahan dalam dua lagi pilihanraya di dua bukit baru-baru ini. Sudahlah kena 2-0 di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, nampaknya kekalahan tersebut makin merebak menjadi 4-0 di Semenanjung. Badi Pak Lah dan Khairi seboleh-bolehnya cuba dijauhi sejauh mungkin oleh Najib, seolah-olah ia lebih bahaya dari segala penyakit. Daripada mencari nahas tinggal dalam rumah yang sama takut berjangkit, lebih baik nyah awal-awal dari kabinet. Agaknya kalau ada tiga bukit pilihanraya diadakan serentak, ketiga-tiga sekali terlentok.

Read more...

Dakwah Kepada Non Muslim





Zaman Rasulullah dahulu, Baginda merupakan perintis kepada gerakan dakwah kepada bangsa Arab dan 'ajam. Tidak terkecuali bangsa Yahudi dan Nasrani. Baginda menghantar beberapa risalahnya yang masyhur dan ditambah dengan guru untuk mengajar dan mendidik. Zaman baginda, semua agama selain Islam turut mengiktiraf agama Islam dan keperibadian unggul Baginda. Sifat terpuji tersebut telah menarik golongan non muslim termasuk Yahudi untuk menganut Islam. Antara tokoh Yahudi yang dipaparkan dalam sejarah ialah Abdullah bin Salam. Tetapi realitinya, bagaimanakah pula konsep dakwah Islamiyah bergerak pada hari ini. Adakah melalui qudwah hasanah sebagaimana baginda, atau melalui pelbagai ruangan yang lain seperti penulisan dan penerangan. Tindakan Nga Kor Meng, Setiausaha DAP Perak membaca sepotong ayat al-Quran beserta terjemahannya semasa berceramah dan berkempen di Bukit Gantang tidak wajar dipolitikkan. Adakah menjadi kesalahan kepada seorang berbangsa Tionghua memetik sedikit ayat al-Quran semata-mata untuk memotivasikan segelintir masyarakat Melayu beragama Islam tetapi tidak mengamalkan Islam sebagai ad-Din? Kalau seorang non muslim boleh mendekati Islam melalui al-Quran, orang Melayu bila lagi agaknya. Pemimpin UMNO dan BN yang pandai bercakap tidak pula menjadikan ayat al-Quran sebagai hujjah atau Islam sebagai manhajul hayah.

Read more...

Ahad, Mac 22, 2009

Menanti Giliran Presiden UMNO Diarah Lepaskan Jawatan




Larangan bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO kepada Datuk Seri Mohd Ali Rustam pada pemilihan kali ini telah menimbulkan pelbagai reaksi. Apa yang bersahaja, ramai juga yang agak terkejut. Macam-macam telahan timbul kononnya kambing hitam, tak kurang juga kambing putih. Yang terkejut mungkin di kalangan penyokong dan pengikut pemimpin berkenaan. Mungkin tak puas hati, mungkin juga melepas. Awal-awal lagi gagal dapat habuan lebih. Mungkin targetnya dapat, sebab dah selalu turun macam durian runtuh. Bagi yang tak terkejut mungkin mereka dah tahu siapa Ali Rustam. Memang patut kena dengan Lembaga Disiplin parti. Tetapi hakikatnya, beberapa pemimpin yang dikenakan tindakan melanggar etika UMNO sebenarnya hanya sekelumit sahaja berbanding ramai lagi di luar sana. Itu baru setakat tak boleh bertanding, belum lagi kena letak jawatan Ketua Menteri dan pelbagai lagi jawatan. Kalau nak berubah, ubahlah semuanya...rakyat pandai membuat penilaian.

Read more...

Ahad, Mac 15, 2009

Bangga Jadi Anak Kelantan.. Tahniah Adik Nik Nurmadiha








Saya sebagai salah seorang guru j-QAF di sekolah ini melahirkan perasaan bangga dan gembira kerana negeri kelahiran saya, Kelantan telah berjaya melahirkan ramai murid, pelajar dan graduan berbakat, berjaya dan berkemahiran tinggi dalam apa jua bidang. Kejayaan demi kejayaan telah diraih. Tahun lepas adik Siti Fatimah Mokhtar berjaya dalam SPMnya. Terdahulu adik Abdullah Fahmi menjuarai AQ1. Terbaru, kejayaan adik Nik Nur Madihah yang berjaya memperolehi 20A dalam SPM yang baru diumumkan. Mengenang kejayaan tersebut, ramailah rakyat Malaysia tertanya-tanya apa resipi kejayaan tersebut. Kelas tambahan di sekolahkah? atau kelas tuisyen elit? atau sekolah berasramakah? Ikut kem motivasi manakah? atau apa-apa lagi... Pendedahan adik Nik Nur Madihah tentu sedikit sebanyak mengejutkan ramai pihak. Tidak pernah ikut kelas tambahan luar, yakin pada guru yang mengajar di sekolah, banyakkan solat hajat dan tahajjud serta senantiasa berpuasa dan belajar pada waktu pagi. Sewajarnya itulah rutin sebagai seorang student muslim. Bagaimana dengan masyarakat hari ini, kenapa susah belajar, banyak gejala sosial, bahan siber terlampau, akhlaq yang teruk dan ... lagi.

Read more...

Ahad, Januari 11, 2009






Boikot Semua Barangan Yahudi dan Israel




Sehingga artikel ini ditulis, jumlah mangsa keganasan dan korban rasmi yang dicatatkan di Gaza telah meningkat mendadak sehingga hampir 900 orang dan lebih 3000 orang tercedera, walaupun serangan baru sahaja mencecah hampir 2 minggu. Entah bila agaknya Yahudi dan Israel akan menamatkan kekejaman mereka. AS, Britain dan sekutu mereka ternyata berdiam diri seribu bahasa tampak seolah-olah tiada perkara yang berlaku. Ternyata nyawa umat Islam Palestin di tangan mereka tiada harganya. Kalau kita meninjau kembali ke dalam Talmud dan 24 Protokol Zionis hasil tangan-tangan mereka pun, kita mendapati para Yahudi dan Israel menghalalkan darah, maruah dan jiwa umat Islam dinodai dan dipijak-pijak selumat-lumatnya. Seluruh pemimpin dunia ada yang bersidang dan tak kurang juga yang cuba menandatangani gencatan senjata, tetapi ia hanya mampu bertahan selama 3 hari sahaja. Bahkan Israel dengan sinis dan sewenang-wenangnya memperkotak-katikkan para pemimpin Arab bahawa merekalah yang berkuasa semenjak berjaya menduduki Baitul Maqdis pada tahun 1948 secara haram hingga kini. Para pemimpin Arab telah diasak dengan pemikiran arab secular dan bukannya arab islam. Fahaman demokrasi asahan AS dan sekutunya begitu menebal sepertimana tebalnya fahaman sekular di bawah kepimpinan seorang yahudi berbangsa Turki bernama Mustafa Kamal Attarturt dan menumbangkan sistem khilafah Islamiyah. Presiden Hosni Mubarak, Raja Abdullah Jordan, Raja Saudi Arabia, pemimpin Syria, Kuwait, Qatar, Iraq, UEA dan berpuluh negara umat arab dan Islam lainnya hanya duduk menongkat dagu termanggu, berpeluk tubuh kaku, hanya tunggu dan lihat tanpa ada sebarang tindakan drastic yang berkesan. Setakat ini yang bertindak mempertahankan diri adalah Hamas sendiri dan laungan jihad daripada Hezbollah dari Labenon. Kedua-dua pasukan jihad tersebut pernah bertempur samada dalam pilihanraya mahupun medan perang. Israel pernah dimalukan oleh Hezbollah pimpinan Syeikh Hassan Nasrullah dalam serangan mereka ke atas Syria setahun yang lepas. Manakala Hamas pula yang diasaskan oleh Syeikh Ahmad Yasin mencatat sejarah apabila pernah memenangi pilihanraya umum di Palestin mengalah kerajaan pimpinan Fatah dan banyak menjaga kebajikan hal-ehwal Islam di sana. Seterusnya Ismail Haniya dilantik sebagai Perdana Menteri Palestin, namun Fatah pula yang semenjak dahulu yang banyak berkrompomi dengan Israel tetap meneruskan agenda kebangsaan mereka apabila senantiasa bersidang di meja bulat bersama Netayahu, Sharon dan Olmert. Lebih parah, Israel pula menyalurkan bantuan kepada Fatah untuk menumbangkan Hamas di Palestin. Kini, sejarah telah membuktikan bahawa perjuangan umat Islam Palestin terletak di bahu Hamas dan umat Islam seluruh dunia. Manakala para pemimpin dunia termasuk Liga Arab dan OIC hanya banyak beretorik, hipokrit dan berkepentingan sahaja. Justeru, marilah kita umat Islam membantu pergerakan Hamas dengan menyalur sumbangan bantuan untuk mangsa serangan, boikot semua barangan keluaran AS dan sekutunya tanpa bermusim. Hakikatnya terbukti apabila Denmark yang pernah menghina Islam menerusi karikaturnya telah kerugian jutaan ringgit dalam masa satu hari. Ayuh umat Islam, teruskan usaha kearah itu dan perbanyakkan doa dan qubut nazilah sepanjang masa.

Read more...

Isu Meletak Kalungan Bunga Pada Binaan

Rabu, Ogos 06, 2008

Upacara meletak kalungan bunga saban tahun pada Hari Pahlawan (31 Julai) sebagai memperingati jasa para pejuang negara merupakan amalan jahiliah, kata Presiden Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Ustaz Salleh Ahmad. Malahan Majlis Fatwa Wilayah Persekutuan di bawah Muftinya, Tan Sri Abdul Kadir Talib tidak lama dahulu memutuskan amalan tersebut adalah haram, katanya. Ustaz Salleh sewaktu dihubungi Harakahdaily menegaskan fatwa tersebut terus kekal walaupun ada pihak termasuk Perdana Menteri pada waktu fatwa itu dikeluarkan, Dr Mahathir Mohamad meminta fatwa pengharamannya ditarik balik.

Abdullah memulakan upacara meletakkan kalungan bunga itu, diikuti Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal; Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan; Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin; Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Abdul Aziz Jaafar dan Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin. Terdahulu, Abdullah menerima tabik hormat dan memeriksa kawalan penghormatan membabitkan 103 anggota dan pegawai Askar Melayu Diraja.

“Perbuatan mana-mana individu muslim sama ada pemimpin atau rakyat yang meletakkan kalungan bunga, tabik hormat dan bertafakur yang dilakukan untuk Tugu Negara adalah bercanggah dengan prinsip-prinsip akidah Islam yang anti kepada sebarang unsur keberhalaan,” jelas Dr Asri. Kata beliau lagi, perbuatan seperti itu seakan menjadikan tugu berkenaan berhala yang dihormati. “Sekiranya pun pelakunya tidak mempunyai sebarang iktikad bahawa itu semua memberi manfaat dan mudarat, maka perbuatan itu adalah sia-sia dan bodoh. Ia tetap haram kerana meniru perbuatan musyrikin,” jelas Dr Asri.. Menurut Dr Asri, jika pelaku beriktikad itu memberikan kemanfaatan kepada keamanan, kedamaian ruh mereka yang telah meninggal dunia, maka itu adalah perbuatan syirik yang jelas. Firman Allah: (maksudnya) “Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberi kepada Ibrahim sebelum itu jalan yang benar (dalam bertauhid), dan Kami mengetahui akan halnya. Ketika dia berkata kepada bapanya dan kaumnya: “Apakah patung-patung ini yang kamu berdiri di hadapannya (memujanya)? Mereka menjawab: “Kami dapati datuk nenek kami selalu menyembahnya. Ibrahim berkata: “Sesungguhnya kamu dan datuk-nenek kamu adalah dalam kesesatan yang nyata”. (Surah al-Anbiya 50-54)”

Perbuatan menyempurnakan istiadat meletak kalungan bunga di Tugu Peringatan Negara ini juga difahamkan melanggar Fatwa Mufti (Edisi 2008). Di bawah SubSeksyen 36(1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991 setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak mengikut SubSeksyen 39(6) Enakmen menyatakan, ” Meletakkan kalungan bunga di Tugu Negara sempena upacara sambutan Hari Pahlawan dan upacara-upacara lain adalah haram dan hendaklah ditinggalkan”.

1) Fatwa Mufti Pulau Pinang - Bahawa haram tiupan dan bertafakur dengan menundukan kepala selama 20 saat dengan meletakan kalung bunga ditugu, bacaan sajak yang boleh menimbulkan semangat kepahlawanan adalah diharuskan, tetapi dengan syarat tidak dilakukan dihadapan tugu, atau di dalam suasana yang dilarang oleh syarak kerana semua ini adalah upacara agama juga.

2) Fatwa Mufti Pahang - Fatwa berikut yang dibuat oleh Mufti Negeri di bawah subseksyen 36 (1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991 setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 39 (6) Enakmen itu adalah disiarkan menurut subseksyen 36(2) Enakmen itu : “Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan sempena upacara sambutan Hari Pahlawan dan upacara-upacara lain adalah haram dan hendaklah ditinggalkan.”

3) Fatwa Mufti Perlis - Berdoa di tugu peringatan adalah ditegah oleh syara’ dan hukumnya haram kerana perbuatan seumpama itu termasuk di dalam larangan firman Allah, surah al Maidah ayat 90 yang bermaksud:”Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi dan al-ansab(menyembah berhala) dan al azlam (bertenung nasib) adalah najis daripada amalan syaitan. Maka hendaklah kamu jauhkan daripadanya moga-moga kamu berjaya”.

4) Keterangan: “Al-Ansab” maknanya batu orang-orang jahiliyah sembelih korban disisinya dan beribadat kepadanya. Berdoa adalah ibadat, berdoa di batu tugu peringatan sama seperti orang-orang jahiliyah beribadat di al-Ansab yang dimaksudkan di dalam ayat 90 itu.

Read more...

Isu Solat

Ahad, Julai 13, 2008

Saya tertarik dan merasa terpanggil untuk sama-sama membincangkan isu solat cadangan YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan yang digembar-gemburkan oleh pelbagai pihak, terutamanya pihak media, kerajaan dan NGO. Persoalannya : Kenapakah isu ini yang dipersebarkan sehingga Presiden Cuepacs, Omar Osman sendiri mengeluarkan kenyataan sinis dan mempertikaikan cadangan Kerajaan PAS Kelantan menjadikan solat lima waktu dan Jumaat sebagai syarat kenaikan pangkat serta pengambilan baru kakitangan awam di negeri itu. Tidak muslimkah mereka? Diharapkan Omar sedar bahawa beliau masih lagi seorang muslim dan wajib untuk menyokong cadangan ini dengan akal fikiran bukan membantah membuta tuli hanya kerana ingin jadi hero kepada kerajaan pemerintah.
  • Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (JPA), Tan Sri Ismail Adam juga tidak sepatutnya khuatir tentang mekanisme perlaksanaan peraturan ini. Perkara tersebut tidaklah terlalu sukar. Sekiranya peraturan itu dikuatkuasakan, dengan sendirinya mereka yang solat akan solat. Mereka yang tidak solat sudah awal-awal lagi tidak diambil bekerja.

Read more...

"Pemantapan Usrah" bagi Memperkasakan Tarbiyah Adalah Langkah Terbaik

Langkah PAS Kawasan Merbok menyusun kembali gerakerja pentarbiyahan di cawangan-cawangan dalam kawasan itu melalui pemerkasaan usrah adalah satu langkah yang betul dan tidak wajar di pandang remeh dalam keadaan PAS di era pemerintah. Melalui kajian yang dijalankan melalui tesis saya tentang usrah dalam PAS dan kebangkitannya, setiap kebangkitan (gelombang) yang berlaku sebenarnya berpunca daripada pemahaman dan maklumat yang sebenar yang diperolehi oleh akar umbi, antaranya melalui perbincangan dalam usrah. Usrah juga mentashihkan maklumat dan fakta yang menyeleweng di kalangan ahli hingga akhirnya mereka pula berperanan sebagai penyampai maklumat kepada orang ramai. Menurut Pengerusi Lajnah Tarbiyah PAS Kawasan Merbok, Ustaz Fakharuddin Fakhrulrazi dalam ucapan aluannya menegaskan kepentingan usrah sebagai pembinaan utama pentarbiyahan di dalam PAS. Melalui penyusunan itu, PAS Kawasan Merbok akan melaksanakan usrah mengikut zon cawangan-cawangan dengan naqib tetap yang dilantik.

Read more...

Koleksi Kuliah Online

Soal jawab agama Online

Allah

Photobucket

Muhammad

Photobucket

About This Blog

“Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu menelan api sepenuh perutnya dan mereka akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala. (An-Nisa'i : ayat 10)”

Wadi Arbain

Wadi Arbain

Kembali Dari Ardil Kinanah

Kembali Dari Ardil Kinanah

Jaulah Ke Semenanjung Sinai

Jaulah Ke Semenanjung Sinai

Doa Hari Sukan SK. Besout 4

Doa Hari Sukan SK. Besout 4

Ceramah Maulid SK. Besout 4

Ceramah Maulid SK. Besout 4

Kelas Tasmik

Kelas Tasmik

Our Blogger Templates

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP