Maksud Ayat : ... pada hari ini telah Ku-sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-redhai Islam itu menjadi agama bagimu... (Surah al-Maaidah : 3)
Photobucket
Memaparkan catatan dengan label Belasungkawa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Belasungkawa. Papar semua catatan

Belasungkawa : Al-Fatihah Buat Pejuang Ilahi

Ahad, November 13, 2011


Tarikh 11.11.2011 bersamaan Hari Jumaat,kita kehilangan tiga butir mutiara yang berharga. Al-Marhum Syeikh Muhammad An-Najjar (pengasas gerakan Ikhwan Al-Muslimin di Gaza dan rakan As-Syahid Syeikh Ahmad Yasin), saudara Kamarulzaman Abdullah (pegawai Khas YB Dato' Husam Musa) yang gigih mempejuangkan isu Royalti Kelantan dan saudara Fareez Izhar (aktivis PMRAM yang komited dengan kerja dakwah).Walaupun mereka berlainan posisi kerja, tetapi matlamat mereka tetap satu, iaitu MARDHATILLAH. Damailah mereka di sisi Tuhan mereka. "Dari ALLAH mereka datang, kpd ALLAH mereka telah kembali.

Read more...

Jumaat, Mei 15, 2009

Ustaz Safuan Meninggal ...






8 Mei, Sabtu - Seorang sahabat MDI-KIAS sesi 1999/2002, Ust Safuan Yusof telah kembali kerahmatullah pada hari ini jam, 10.00 mlm. Beliau yang berasal di Felda Perasu, Gua Musang adalah lulusan MDI-KIAS dan graduan dari Universiti Al-Azhar cawangan Zagagiz. Allahuyarham sememangnya diketahui menghidap penyakit lelah tidak dijangka akan menghembuskan nafasnya pada usia semuda ini. Berkenalan agak rapat dengan penulis semasa di KIAS dan pernah memegang jawatan exco di KIAS. Jenazahnya selamat dikebumukan di batu Jong, Kuala Krai Kelantan. Terima kasih kepada sahabat yang menziarahi jenazah allahuyarham, Alfatihah ...

Read more...

Sabtu, Mei 02, 2009

Kematian Rupanya...Kepulangan Penuh Makna







Hampir sebulan lalu, daku dan zaujah merancang untuk balik klate, setelah 4 bulan lebih tak menjenguk negeri Cik Siti Wan Kembang. Kebetulan kaum kerabat dan keluarga juga selalu tertanya-tanya khabar Faiz yang dah masuk setahun usianya. Macam mana agaknya, makin montel ke? Jadi pada 30 April, jam 3.35 ptg (1 Mei cuti Hari Pekerja) kami bertolak pulang ke Pasir Mas, sampai di sana hampir jam 12.00 malam. Maklumlah singgah di banyak destinasi. Cameron, Gua Musang...ada anak, biasalah. Rupa-rupanya malam tersebut, Mohd Zain jiran paling hampir dengan rumahku kembali ke Rahmatullah. Beliau dikatakan accident pada petang tersebut dan menghembuskan nafas terakhirnya di HUSM, Kubang Kerian. Jadi sempatlah daku membacakan tahlil, bacakan al-Quran dan mentalqin beliau. Kebetulan ayah juga kurang sihat. Kepulanganku kali ini kepulangan penuh makna. Bersyukur kepada Allah kerana memberkati setiap amal kebajikanku.

Read more...

Selasa, Disember 23, 2008

Perginya Seorang ‘Amilin




Semasa artikel ini ditulis, sudah hampir sebulan pemergian ayahanda Yusuf yang lebih dikenali “Ayah Mat” ke Rahmatullah akibat kanser. Beliau mula dilantik sebagai Penghulu di Mukim Pasir Kelang, Kuala Krai, Kelantan sejak kemenangan APU dalam pilihan raya 1990 sehinggalah 15 tahun kemudian akibat masalah kesihatan. Beliau yang ringan tulang, mudah didekati, mesra dan suka berterus terang tanpa berselindung adalah seorang petugas atau “’amilin” dalam kerja-kerja jamaah, politik dan kemasyarakatan. Beliau ayahanda angkat penulis semasa berlangsungnya Projek Bakti Siswa (Baksis) pada April 2001 di sana sehinggalah ke hari ini. Dikenali kerana kebun yang luas hinggakan orang tempatan menggelarkannya “Pok Mat Sodok”, suatu istilah yang sinonim dengan beliau lantaran kegigihan dan bersiap sedia dalam apa jua situasi. AL-FATIHAH untuk Allahuyarham …

Read more...

Selasa, Disember 02, 2008


Dewan Pemuda PAS Pusat terlebih dahulu mengucapkan takziah kepada Isteri dan seluruh ahli keluarga MP Kuala Terengganu merangkap Timbalan Menteri Pelajaran Dato' Razali Ismail yang meninggal dunia di Genting Highland jam 6.30 petang kelmarin .

Beliau merupakan ahli parlimen Kuala Terengganu selama dua penggal berturut-turut. Difahamkan Allahyarham Dato' Razali 59' , rebah etika bermain badminton di institut Aminudin Baki. Semoga mencucuri rahmatnya kepada almarhum dan menggolongkannya dikalangan hamba - hambanya yang soleh .

Dalam pilihanraya umum Mac lalu, beliau menewaskan Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu dan calon bebas, Maimun Yusuf. Dato' Razali menang dengan majoriti tipis 628 undi. Allahyarham mendapat 32,562 undi, manakala Mohamad memperolehi 31,934 undi. Maimun, seorang nenek yang dipercayai calon paling tua, pula mendapat 685 undi. Berikutan kematian al marhum , satu pilihanraya kecil akan diadakan Kuala Terengganu dalam tempoh 60 hari ini .

Umumnya dalam apa jua keadaan , Dewan Pemuda PAS telah diletakkan dalam keadaan bersiap sedia menghadapi pilihanraya samaada pilihanraya umum atau pun pilihanraya kecil . Ekoran kekosongan kerusi di Parlimen KuaLA Terengganu dengan kembalinya penyandang MP sebelum ini ke rahmatillah , insyaallah Dewan Pemuda PAS Pusat akan segera memanggil seluruh exconya untuk mengadakan mesyuarat bagi menyusun tindakan akhir demi merampas kembali kerusi Parlimen Kuala Terengganu .

Sebelumnya , Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu pasti sahaja telah meletakkan seluruh kekuatannya mengambil peranan utama bagi menggerakkan jentera pilihanraya pemuda menghadapi pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu ini Insyaallah .

Bahkan saya mengharap agar semua anggota pemuda di seluruh negara bersiap sedia dengan segala upaya untuk bila - bila masa dikerah turun bagi membantu jentera PAS memenangi semula kerusi Parlimen Kuala Terengganu itu .

Berasaskan statistik pilihanraya lepas dan perkembangan politik tanahair dewasa kini , saya yakin kita ( PAS ) mampu memenangi kerusi Parlimen Kuala Terengganu .


Justeru itu , persiapan yang saya maksudkan tadi bukan sahaja terhenti pada persiapan material dan fizikal tetapi apa yang lebih penting ialah persiapan spiritual berupa munajat dan pergantungan kepada Allah swt .

Mulai sekarang , semua pemuda jangan lupa untuk terus menitip doa ke hadhrat Azza wa Jalla sebagaimana biasa atau rutin kita lakukan dalam kehidupan kita sebagai seorang pejuang agar Allah swt terus membekalkan kekuatan dan ketabahan serta kesabaran untuk mara berjuang memburu kemenangan bagi Islam atau kita syahid kerananya .

Aktiviti dakwah fardiyyah sewajarnya di pertingkatkan lagi oleh semua anggota pemuda bukan sahaja terhad kepada kawasan pilihanraya semata - mata tetapi disemua peringkat dan kawasan setelah banyak perkara yang telah kita lakukan dalam usaha memahamkan masyarakat kepada Islam dan perjuangannya. Kerana kita tidak pernah berpuas hati apa yang kita lakukan . Insyaallah kita pemuda PAS akan senantiasa melakukan suatu yang terbaik demi perjuangan Islam ini .

Kita masuk pilihanraya dan kita hadapi pilihanraya adalah kerana Islam . Kita mahu kemenangan adalah kerana Islam . Kita mengharapkan kita berjaya untuk terus memartabatkan Islam di negara kita ini khasnya .

Sekali lagi , kepada seluruh anggota pemuda PAS khasnya pemuda PAS Terengganu agar siap untuk kita menawan kembali kerusi Parlimen Kuala Terengganu .

Read more...

Al-Fatihah

Isnin, Disember 01, 2008




26 November - Hisyam Mat Jusoh, sahabatku di SMU(A) Arabiah Pasir Mas meninggal dunia dalam kemalangan di Kg. Nyiur Tujuh, Jerteh, Terengganu. Aku tak sempat menziarahi jenazah beliau, bagaimana pun berkesempaan bertahlil pada malam kedua dengan widda, juni an gulit. Berita lanjut boleh dibaca di blog sahabatku : Widda

Read more...

Ustaz Wan Mahmud Kembali Ke Rahmatullah

Selasa, Oktober 14, 2008

11 Oktober 2008 – Bekas pensyarah subjek Bahasa Arab KIAS yang cukup dikenali di kalangan bekas-bekas pelajar khususnya, Ustaz Wan Mahmood bin Daud meninggal dunia hari ini kira-kira pukul 9.00 pagi di rumahnya di Pasir Puteh. Allahyarham merupakan tenaga pengajar di KIAS selama hampir 7 tahun dan mengambil cuti sakit pada pertengahan tahun 2005 akibat barah otak yang dihidapinya. Bagaimanapun, allahyarham tidak dapat menyambung kembali perkhidmatan di KIAS kerana penyakitnya tidak berjaya diubati. Jenazahnya telah disembahyangkan di Masjid Pondok Tok Guru Daud Bukit Abal iaitu masjid allahyarham bapanya sendiri yang merupakan seorang tuan guru yang terkemuka. Turut sama hadir untuk menyembahyangkan jenazah ialah Ketua Ekesekutif KIAS, Dr Johari bin Mat serta para pensyarah yang lain. Tidak ketinggalan beberapa orang bekas pelajar KIAS yang turut sama hadir mengiringi perjalanan terakhir seorang guru yang dikasihi. Allahyarham pastinya akan dikenang sebagai seorang guru yang telah memberikan banyak sumbangan dalam mendidik pelajar-pelajarnya. Sepanjang berada di KIAS, allahyarham pernah dilantik sebagai penasihat PMKIAS dan penyelaras pusat bahasa. Semoga Allah merahmati roh allahyarham dan mengganjarinya dengan sebaik-baik ganjaran.

  • Berita daripada Alumni KIAS

Read more...

Koleksi Kuliah Online

Soal jawab agama Online

Allah

Photobucket

Muhammad

Photobucket

About This Blog

“Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu menelan api sepenuh perutnya dan mereka akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala. (An-Nisa'i : ayat 10)”

Wadi Arbain

Wadi Arbain

Kembali Dari Ardil Kinanah

Kembali Dari Ardil Kinanah

Jaulah Ke Semenanjung Sinai

Jaulah Ke Semenanjung Sinai

Doa Hari Sukan SK. Besout 4

Doa Hari Sukan SK. Besout 4

Ceramah Maulid SK. Besout 4

Ceramah Maulid SK. Besout 4

Kelas Tasmik

Kelas Tasmik

Our Blogger Templates

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP