Tahun lepah mari doh, tahun ni mari pulok (Demikianlah kata-kata anak sulungku, Faiz, 3 tahun 11 bulan 10 hari). Kesimpulan yang dapat dibuat, prosedur penganugerahan tauliah mengajar agama di negeri Perak lebih sukar berbanding dengan negeri kelahiranku, Kelantan negeri Serambi Mekah. Walau pun mempunyai ramai alim ulamak, tetapi ilmu agama lebih mudah disebarkan ke segenap ceruk negeri. Namun di Perak, walaupun berisi ilmu agama penuh di dada, tok guru pondok atau ustaz lulusan Ph.D dalam mahupun luar negara, semuanya tidak terkecuali perlu menghadiri peperiksaan bertulis selama 2 hari - Tafsir, Hadith, Tasauf, Feqah, tauhid dan Sirah. Seterusnya melepasi tapisan temuduga.
Read more...