Maksud Ayat : ... pada hari ini telah Ku-sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-redhai Islam itu menjadi agama bagimu... (Surah al-Maaidah : 3)
Photobucket
Memaparkan catatan dengan label Siasah Islamiyah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Siasah Islamiyah. Papar semua catatan

Ulama Berjaya : 25 Tahun Menilai Kepimpinan Ulama'

Selasa, Jun 09, 2009

Wawancara bersama DR HARON DIN : Sejak PAs ditubuhkan tahun 1951, ia sebuah parti Islam yang tujuan utamanya untuk melaksanakan tuntutan Allah bagi mengislamkan masyarakat dan negara. Motto besar ketika itu, PAS ingin menegakkan sebuah negara Islam.Sesuai dengan nama, dasar dan matlamat, maka PAS dari awal dipimpin oleh ulama, bermula Almarhum Haji Ahmad Fuad daripada Bukit Mertajam. Pemangkin perjuangan ketika itu terdiri daripada ulama-ulama tanahair yang sejak dari awal dan sudah ada dalam Dewan Ulama PAS, termasuk Haji Ahmad Pahim dan Haji Ahmad Badawi.

Masyarakat pada awalnya sudah memahami bahawa PAS dipimpin oleh ulama-ulama yang berwibawa sehinggalah berlaku sedikit perubahan apabila PAS terpaksa dipimpin oleh Almarhum Dr Abbas Alias daripada kalangan profesional dan kemudiannya Almarhum Dato' Asri Muda. Seolah-olah memperlihatkan PAS tidak semestinya dipimpin oleh ulama tetapi juga boleh di kalangan profesional.

Sehinggalah Muktamar Tahunan 1983 membuat satu ketetapan, PAS mestilah menggariskan dengan jelas, ia mesti berdasarkan kepimpinan ulama.Peruntukan baru Majlis Syura Ulama dimasukkan dalam perlembagaan, dengan kriteria khusus keanggotaan syura ulama. Difahami secara umum dan secara spontan bahawa kepimpinan tertinggi PAS disandang oleh orang-orang yang diterima dalam PAS sebagai ulama.

Lagi

Read more...

PAS – Jamaah Harakah Islamiyyah dan Pilihanraya Umum

Apabila kita berbicara mengenai da’wah dan Jama’ah, sekali lagi kita ingin menegaskan bahawa Parti Islam SeMalaysia atau PAS sejak dilahirkan pada tahun 1951 muncul atas asas dan kesedaran untuk berdakwah dan menyahut tuntutan di dalam al-Qur’an dan as-Sunnah. Sejak kelahirannya 50 tahun dahulu, PAS telah meletakkan Islam sebagai dasarnya, iaitu Islam dari segi Undang-Undang Tubuhnya, perjalanannya, perjuangan setiap ahli dan barisan kepemimpinannya sehinggalah ke matlamatnya untuk memperjuangkan wujudnya didalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana didalamnya nilai nilai hidup islam dan hukum hukumnya menuju keredhaan Allah.

Kemunculan PAS di tengah-tengah masyarakat Malaysia bersama dengan beberapa kumpulan Islam yang lain tidak akan mengubah statusnya sebagai sebuah Jama’ah Harakah Islamiyyah utama berdasarkan ciri-ciri berikut:

(i) PAS adalah sebuah Jama’ah Islam yang ditubuhkan di atas kesedaran untuk melaksanakan tajdid sepenuhnya;

(ii) PAS adalah Jama’ah Islam yang mendukung dan memelihara kesyumulan Agama Islam dan kesejagatannya;

(iii) PAS adalah Jama’ah Islam yang memelihara tradisi ‘ilmiyyah dan ‘aqliyyah;

(iv) PAS adalah Jama’ah Islam yang berada di bawah Kepemimpinan ‘Ulama’;

(v) PAS adalah Jama’ah Islam yang realistik dan praktikal;

(vi) PAS adalah Jama’ah Islam yang berakarumbikan rakyat jelata dari semua lapisan masyarakat;

(vii) PAS adalah Jama’ah Islam yang mempunyai kekuatan dan kemampuan untuk membina sebuah ummah;

(viii) PAS adalah Jama’ah Islam yang menakankan ciri-ciri Hizbu’Llah;

(ix) PAS adalah Jama’ah Islam bersifat tersendiri, bebas dan tidak dikongkong oleh Kerajaan;

(x) PAS adalah Jama’ah Islam yang bersifat ‘Alamiyyah.[3]

Sumber : http://nasharudin.com
Info lanjut, sila klik di sini

Read more...

Keperluan Membaiki Peribadi Sebelum Berdakwah

Rabu, Julai 09, 2008

SESUNGGUHNYA dakwah Islamiyyah tidak akan terhenti selagi mana wujudnya aktivis dakwah (du’at) yang bercita-cita melunaskan tuntutan (1) syahadatain (maksud: mengajak manusia kepada 2 kalimah syahadah); (2) amar ma’ruf nahi mungkar (maksud: menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran); dan (3) mujtama’ as-salim (maksud: masyarakat yang sejahtera) hatta (4) khulafah Islamiyyah jadidah (maksud : neo-Khalifah Islamiyyah).

Maklumat lanjut sila klik di sini.

Read more...

TAKRIF SIYASAH ATAU POLITIK

Isnin, Jun 02, 2008

Siasah menurut bahasa :

"Sasa- yasusu- siyasatan wa riasah" yang membawa maksud tadbir, perintah, mengetuai (Lisan al-Arab, Dar al-kutub al-ilmiah)

Menurut istilah para ulama' terdahulu membahagikan kepada 2 :

1. Makna 'Am : Mentadbir urusan manusia dan urusan dunia mereka dengan syariat Deen.


Dengan ini kita dapati mereka mentakrifkan 'Khilafah'yang mafhumnya sebagai : "Sebagai pengganti tugas Rasul dalam menjaga Agama dan mentadbir Dunia dengan berpaksikan agama".

2. Makna Khas : Tindakan-tindakan yang dibuat oleh Imam bersumberkan hukum2 dan ketetapan2 samada bertujuan untuk menghalang kerosakan atau mencegah kerosakan yang belum melanda atau pemulihan terhadapnya. (Lihat as-Siyasah as-Syariyyah - Dr. Yusoof al-Qaradhawi, Muassasah al-Risalah, hlm 31)

Sebagai contoh, kepelbagian tindakan yang dilakukan oleh Khalifah Abu Bakar ra yang membakar peliwat, Umar ra yang mencukur rambut Nasar bin hajjaj akibat digilai oleh perempuan Madinah semasa pemerintahan mereka. Semua tindakan ini berubah menurut kepentingan maslahat setempat dan zaman.

Menurut As-Syahid Imam Hasan Al-Banna : 'Sasah adalah kajian tentang persoalan umat Islam samada dalam dan luar negeri, ia tidak terikat dengan ikatan kepartian semata-mata" (Mabadi' al-usul fi mu'tamarat al-khassah, muaassah al-islamiyyah, 1980, hlm 104)
Perkataan asal siyasah digunakan oleh Rasulullah SAW dalam mafhum hadithnya : "Dahulunya Bani Israel dipimpin oleh para Nabi, tatkala wafat seorang Nabi maka dibelakangnya terdapat Nabi (lagi) dan sesungguhnya tiada seorang pun lagi Nabi selepas Aku( Rasulullah ), dana diikuti oleh para pemimpin...".

Imam Ibnu Qayyim pula menolak pembahagian kaedah hukum kepada syariat dan siyasah, sebagaimana ada sesetengah kumpulan yang membahagikan Islam kepada Islam syariat, Islam hakikat. Adapun pembahagian yang tepat menurutnya adalah samada shahih atau batil ( Lihat Turuq hukmiyah, hlm 13-19 ).

Read more...

Daulah Islamiyyah

Jumaat, Mei 30, 2008

Al-Sarakhasi : mentakrifkan ia sebagai : "Ianya tempat yang berada di bawah pemerintahan orang Islam, tandanya ialah apabila orang Islam aman di bawahnya".

Al-Khatib al-Baghdadi (429 H) : Negera yang masyarakatnya dapat menyeru dakwah Islam tanpa ada rasa takut dan bimbang, dilaksankan hukum-hakam Islam, manakala ahli Bid'ah tidak bermaharajalela menekan ahli Sunnah" ( Usul al-Din, hlm 270 ).

Al-Imam As-Sya'ari (324 H) : "Negara Islam ialah negara yang berada di abawah penguasaan Islam dan dilaksanakan setiap hukum2 dan Syiar Islam" (Maqalat al-Islamiyyin wa ikhtilaf al-Musollin, hlm 22).

Syeikh Sa'id Hawwa (1989 M) : "Negara yang meletakkan undang2 Islam yang tunggal untuk mentadbir negara, ia dipimpin oleh orang Islam yang komited dengan ajaran agamanya.."( Jundullah thaqafatan wa akhlaqan, hlm 35).

Syeikh Abul A'la al-Maududi (1979 M) : "Negara yang dibentuk berasaskan AL-Quran dan Sunnah Rasullullah SAW, kedua-dua sumber ini berfungsi sebagai pembimbing negara yang memberi keadilan kepada rakyat" ( Nazariyat al-Islamiyyah, hlm 41).

Prof. Dr Muhd Salam Madkury : Para Fuqaha mentakrifkan dar Islam sebg sebuah negara yang dipandu oleh hukum Islam, hukum-hakam Islam juga diamalkan di dlmnya. Sekiranya tidak, maka ia tidak boleh digelar dar Islam yang sempurna" (Ma'alim Dawlah Islamiyyah, hlm 60).

Para Fuqaha' telah membahagiakan Negara Islam ini kepada beberapa jenis :

a. Darul 'adl wa madani : Negara yang diperintah berlandaskan syariat Islam dengan adilnya serta membangunankan negara melalui tatcara yg sihat dan nilai murni.
b. Darul bagh : Negara yang diperintah oleh umat Islam yang menderhaka kepada kerajaan Islam yang adil.
c. Darul Bid'ah : Negara yang diperintah oleh orang Islam yang bercanggah dengan ajaran sebenar Islam
d. Darul Maslubah : Negara umat Islam yang dijajah oleh orang bukan Islam.
Apapun takrifan bagi negara Islam, hakikatnya tiada ertinya sebuah negara Islam tanpa pelaksanaan syariat Islam didalamnya kerana ia tidak akan mampu mengembalikan Islam ke mercunya yang sebenar.

Read more...

Koleksi Kuliah Online

Soal jawab agama Online

Allah

Photobucket

Muhammad

Photobucket

About This Blog

“Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu menelan api sepenuh perutnya dan mereka akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala. (An-Nisa'i : ayat 10)”

Wadi Arbain

Wadi Arbain

Kembali Dari Ardil Kinanah

Kembali Dari Ardil Kinanah

Jaulah Ke Semenanjung Sinai

Jaulah Ke Semenanjung Sinai

Doa Hari Sukan SK. Besout 4

Doa Hari Sukan SK. Besout 4

Ceramah Maulid SK. Besout 4

Ceramah Maulid SK. Besout 4

Kelas Tasmik

Kelas Tasmik

Our Blogger Templates

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP