Maksud Ayat : ... pada hari ini telah Ku-sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-redhai Islam itu menjadi agama bagimu... (Surah al-Maaidah : 3)
Photobucket

Mantan Ketua Pemuda Dipilih Sebagai YDP Pas Kawasan Tg Malim

Isnin, April 25, 2011


Sekalung tahniah kepada Tn Hj Aminuddin bin Zulkipli yang telah dipilih sebagai YDP yang baru bagi sesi 2011-2013 pada pemilihan Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kawasan Tg Malim yang diadakan pada 24 April bertempat di Markas Pas Serigala.

Dewan Pemuda akan sentiasa memberi sokongn dan dokongan bagi memajukan lagi Pas Tanjong Malim pada masa akan datang.

Semoga Tn Hj Aminuddin dapat memikiul amanah ini sebaik mungkin dengan dibantu oleh barisan jawatankuasa yang terdiri daripada gabungan muka lama dan muka baru.

Read more...

Isu Video Seks : Suara Mufti Ditunggu

Jumaat, April 01, 2011

Di mana para ulama dan mufti dalam isu yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim? Umno sebenarnya yang menutup mulut mufti dari memberi pandangan berhubung isu video seks yang didakwa membabitkan Ketua Pembangkang

Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini

Read more...

Mesyuarat Agung PAS Kawasan Tanjong Malim

PAS kawasan Tanjong Malim akan mengadakan Mesyuarat Agung pada 10 April 2011 bertempat di Markaz PAS Kawasan Serigala. Mesyuarat akan dimulakan pada jam 8.30 pagi.

Read more...

Mesyuarat Agung DPPK Tanjong Malim

Read more...

Program Usrah Terus Subur

Program usrah PAS cawangan Klan nampaknya terus subur sejak bermula tahun 2011. Selain daripada membaca Al-Ma'thurat, pendedahan terhadap bahan usrah dan huraian tafsir / hadis turut menambahkan thaqafah dan motivasi ahli. Perbincangan usrah diakhiri dengan perbincangan isu-isu semasa. Semoga program usrah di kawasan Tanjong Malim terus hidup.

Read more...

Peperiksaan Memohon Tauliah JAIPk 2011

26 Mac 2011 - Hari ini diadakan Peperiksaan Memohon Tauliah JAIPk 2011. Peperiksaan tersebut diadakan selama 2 hari. Antara mata pelajaran yang dinilai ialah Feqah, Tauhid, Sirah, Tafsir, Hadis dan Tasauf. Ramai juga pemohon yang ingin mendapatkan tauliah tersebut. Bagi admin, tauliah bukanlah mencari habuan dunia, sebaliknya hanya sebagai lesen bagi melengkapkan kerja-kerja dakwah sahaja. Nampaknya, ramai juga dalam kalangan pemohon yang datang menjalani peperiksaan sedikit merungut kerana kerja yang mulia (menyampaikan ilmu kepada masyarakat) perlu mengikuti peperiksaan. Ramai yang datang mempunyai pelbagai latarbelakang, seperti pondok, universiti Al-Azhar, Syria, Yaman, Jordan, Indonesia, Pakistan dan lain-lain.

Admin sendiri pun memiliki tauliah, tetapi dari negeri lain dan tidak digunapakai di negeri ini. Harapnya, pada masa akan datang akan lebih dipermudahkan Allah s.w.t.

Read more...

Ulang Tahun Perkahwinan Yang Ke-4



12 Mac 2011 - Hari ini genap 4 tahun usia perkahwinan admin bersama zaujah. Insyaallah, ikatan ini terus kekal dan kehadiran 2 orang cahaya mata yang comel, Muhammad Faiz Farhan (hampir 3 tahun) dan Nur Aisyah Humaira' (1 tahun lebih) menjadi penyeri kehidupan.

Read more...

Lawatan Ke KUIZM

08 Mac 2011 - Admin berkesempatan menziarahi Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad (KUIZM) di Taman Melewar, Selangor yang diasaskan pada September 2010. Kolej yang dibina bersempena dengan nama mantan Pemangku Presiden PAS itu dilihat mempunyai potensi yang cerah untuk berkembang dan prospek yang cemerlang. Terima kasih kepada para penderma yang budiman.

Read more...

Tahniah SK. Ulu Lubai, Sarawak Yang Terpilih Sebagai SBT

Selasa, Februari 22, 2011



Tahniah kepada SK. Ulu Lubai yang terpilih sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi 2011.

Layari : Klik 1, Klik 2, Klik 3

Read more...

Tahniah Kepada Wee Soo Yen

Admin mengucapkan syabas dan tahniah kepada adik Wee Soo Yen, 16 pelajar Cina daripada Kelantan yang telah menjadi penerima Anugerah Tokoh Maulidur Rasul kerana mendapat A subjek Bahasa Arab Komunikasi dan semua A subjek yang lain dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) lalu. Apabila diwawancara, cara beliau berbahasa Melayu begitu fasih sekali.

Layari : Klik atau Klik

Read more...

Senarai Individu Terkaya Di Malaysia 2011

1. Tan Sri Robert Kuok Hock Nien (Kerry Group/Kuok Group) RM50.04b
2. Tan Sri T. Ananda Krishnan (Usaha Tegas) RM45.78b
3. Tan Sri Teh Hong Piow (Public Bank) RM12.77b
4. Tan Sri Lee Shin Cheng (IOI Group) RM12.74b
5. Tan Sri Lim Kok Thay (Genting Group) RM10.89b
6. Tan Sri Quek Leng Chan (Hong Leong Group) RM10.75b
7. Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary (Al-Bukhary Foundation) RM8.84b
8. Puan Sri Lee Kim Hua (Genting Group) RM7.43b
9. Tan Sri Tiong Hiew King (Rimbunan Hijau) RM4.77b
10. Ong Beng Seng (HPL) RM3.98b


Senarai Individu Terkaya Di Malaysia Tahun 2010 :



Layari : Klik atau 2010

Read more...

Ulang Tahun Kelahiran Nabi Muhammad SAW 1432 H

Isnin, Februari 14, 2011




15 Februari 2011, Selasa - Esok merupakan tarikh yang dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam di dunia amnya dan di Malaysia khususnya. Tanggal 12 Rabiul Awwal saban tahun dirayakan oleh umat Islam sebagai memperingati, menghayati dan mencontohi peribadi agung yang ada pada Rasulullah SAW.

Read more...

Valentine's Day : Haram Bagi Umat Islam Menyambutnya




Firman Allah swt dalam Surah Al Baqarah ayat 120 :“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka.

Katakanlah : “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu”.

Layari : KLIK

Read more...

Taklimat Guru Tauliah Negeri Perak

12 Februari - Admin berkesempatan ke Maahad Al-Abbasiah, Sungkai, Perak yang menjadi lokasi taklimat menghadapi peperiksaan bagi bakal guru tauliah negeri Perak. Walau pun telah memiliki tauliah sebagai Guru Agama Dakwah (GAD) Negeri Perak, Daerah Tapah tetapi bagi admin ia masih belum mencukupi kerana keperluan masyarakat Islam di negeri ini. Pengkuliah atau penceramah tanpa tauliah dilarang daripada menyampaikan ceramah atau kuliah walaupun ia memiliki ilmu yang tinggi, sijil bertaraf Ph.D atau kebolehan berpidato yang hebat. Ia terbukti pernah menimpa beberapa orang public figure, seperti mantan Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainal Abidin.

Read more...

PRK Tenang : Tahniah Cikgu Mala

Ahad, Januari 23, 2011

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pn. Normala Sudirman, 38 tahun kerana telah terpilih sebagai calon PAS dalam pilihanraya kecil Dun Tenang. Beliau yang merupakan bekas guru pemulihan khas di SMK. Tenang adalah Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Johor dan Ketua Dewan Muslimat PAS kawasan labis, Johor. Beliau telah memberikan notis 24 jam berhenti sebagai guru bagi membolehkannya bertanding dalam pilihan raya kecil nanti.

Read more...

Adik Muhammad Al Hafiz, Contoh Remaja Muslim Malaysia

Jumaat, Januari 07, 2011








Muhammad bin Ahmad Zahid berasal dari Kuala Lumpur. Dilahirkan pada 6 Januari 1995. Tamat hafaz Al-Quran pada usia 10 tahun. Antara kejayaan yang telah di capai ialah:

A) Johan hafazan Al-quran peringkat kebangsaan 2009 (1-30 juzuk) dan 2007 (1-15 juzuk)
B) Johan kategori bacaan/suara terbaik di Dubai International Holy Quran Award 2008.
C) Penerima tokoh Maulid Rasul peringkat kebangsaan 2009 & Anugerah Saidini Ali peringkat Negeri Selangor 2009.
D) Naib Johan Akademi Al Quran 2010.

Nama: Muhammad bin Ahmad Zahid
Umur: 15 tahun
Status: Bujang
Alamat: No3, Lorong Burhanuddin Helmi 6, Taman Tun Dr. Ismail, 60000, Kuala Lumpur
Hobi: Bersukan
Cita-cita: Ulama Profesional
Ikutan: Rasulullah SAW
Kerjaya: Pelajar Darul Hikmah, Ampang
Kelayakan: Johan Tilawah Remaja Petronas 2008/2009

Layari Facebook Adik Muhammad bin Ahmad Zahid
Layari juga blog Mohamad Azhan

Read more...

Setiap Tahun Umur Semakin Bertambah.. Muhasabah

6 Januari - Tanggal ini merupakan detik yang akan mengingatkanku untuk menoleh sejenak ke belakang, bukan sekadar mengimbas kenangan lama atau memori silam, sebaliknya sebagai muhasabah diri. Detik tersebut merupakan satu tarikh keramat buat diriku yang tidak mungkin dilupakan kerana itulah detik-detik kelahiranku. Terima kasih ibu dan bapaku.

Read more...

Semangat Hijrah Rasulullah Perlu Diperkasa Untuk Golongan Muda

Rabu, Januari 05, 2011

Read more...

Selamat Tahun Baru 2011

Selasa, Januari 04, 2011

Read more...

Selamat Hari Lahir Yang Pertama - Nur Aisyah Humaira'

27 Disember 2010 - Abi dan ummi mengucapkan selamat hari lahir yang pertama buat adik chah yang baru berusia genap setahun. Semoga tahun baru ini, lebih banyak kebaikan dan ilmu diperolehi.

Read more...

Koleksi Kuliah Online

Soal jawab agama Online

Allah

Photobucket

Muhammad

Photobucket

About This Blog

“Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu menelan api sepenuh perutnya dan mereka akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala. (An-Nisa'i : ayat 10)”

Wadi Arbain

Wadi Arbain

Kembali Dari Ardil Kinanah

Kembali Dari Ardil Kinanah

Jaulah Ke Semenanjung Sinai

Jaulah Ke Semenanjung Sinai

Doa Hari Sukan SK. Besout 4

Doa Hari Sukan SK. Besout 4

Ceramah Maulid SK. Besout 4

Ceramah Maulid SK. Besout 4

Kelas Tasmik

Kelas Tasmik

Our Blogger Templates

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP