Santapan Rohani
Perjalanan Hidupku...Faiz
Khamis, April 08, 2010
Kawe minat ...Tok Guru.
Ni kawe maso kecik.. meme atah riba abi..
Majlis Istiadat Konvokesyen UPSI Kali Ke 12 Sidang Pertama 2010
Khamis, Mac 18, 2010
17 Mac, Rabu - Admin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua graduan yang berjaya menamatkan pengajian dalam bidang masing-masing dalam Majlis Istiadat Konvokesyen UPSI Kali Ke 12 Sidang Pertama 2010 bertempat di Dewan SITC. Seramai 419 orang graduan yang menerima ijazah dan diploma pada Majlis Konvokesyen Sidang Pertama sesi keempat.
Zaujah admin turut menerima Diploma Pendidikan daripada YBhg. Datuk Seri Dr. Abdul Shukor Abdullah, Pro Canselor UPSI pada majlis konvokesyen.
Ulang Tahun Perkahwinan Ke 3
Isnin, Mac 15, 2010
13 Mac 2010 merupakan hari bersejarah bagi saya sekeluarga. Setelah diijabqabulkan 3 tahun lalu pada tanggal tersebut pada tahun 2007, kini saya dan zaujah memiliki dua cahaya mata yang comel - putera, bernama Muhammad Faiz Farhan berusia setahun 11 bulan dan yang puteri, Nur Aisyah Humaira' berusia 2 bulan lebih.
Selamat Bercuti Kepada Semua Warga Pendidik dan Murid
Isnin, November 23, 2009
Blog master mengucapkan "Selamat Bercuti" kepada semua guru dan pelajar / murid sekolah. Isikan cuti antum dengan pelbagai aktiviti berfaedah.
Read more...Jumpa Dr. Fakhrul di APIUM
23 November - Hari blog master sekali lagi ke Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Kuala Lumpur bagi meneruskan agenda pengajian sarjana yang tertangguh selama dua bulan lebih. Sepatutnya dah masuk semester defend, tetapi tertangguh gara-gara sibuk dengan urusan kajian tindakan sekolah baru-baru ini. Penulis terpilih membentangkan kajian tindakan di Konvensyen Kajian Tindakan Negeri Perak 2009 di Grand Kampar Hotel, Perak pada 21 - 23 Oktober 2009. Sekarang ini pun masih sibuk lagi tengah prepare untuk membentangkan laporan inovasi ke Persidangan Inovasi Pendidikan Islam Peringkat Kebangsaan 2009 yang bakal diadakan di Villa Hotel, Subang, Selangor pada 1 - 4 Disember 2009 depan. Penulis rasa gembira dengan perkembangan ini dan doakan kejayaan di sana. Terima kasih banyak-banyak kepada Pn. Hjh. Latifah dan pentadbir SK. Besout 4 yang telah memberikan peluang kepada penulis untuk menjalankan kajian. Juga kepada semua guru dan rakan sejawat. Juga kepada bonda tercinta Siti Meriam, isteri tersayang Rosnaniza dan putera tunggal yang comel, Faiz. Tanpa kalian pasti tidak ke mana penulis.
Read more...Kongsi Islamik Gambar
Ahad, November 08, 2009
Assalamualaikum,
Blog master nak berkongsi gambar cantik ni dengan pembaca sekalian.
Klik : http://tintadakwah.multiply.com/photos
Konvensyen Kajian Tindakan Negeri Perak 2009
Jumaat, Oktober 23, 2009
21-23 Oktober - Blog master menghadiri "Konvensyen Kajian Tindakan Negeri Perak 2009" bertempat di Grand Kampar Hotel, Kampar, Perak. Sebanyak 90 pembentang dari SK dan SMK seluruh negeri Perak telah berkunjung dan berkampung di sini selama hampir 3 hari semata-mata berkongsi idea dan fikrah, berkongsi kreativiti dan inovatif yang telah dihasilkan. Pembentangan telah dikategorikan kepada 5 bidang :
1. Bahasa
2. Kemanusiaan
3. Sains dan Teknologi
4. Vokasional dan Teknik
5. Sains dan Teknologi
Setiap satu bidang mempunyai 17 pembentangan dan sesi tersebut diadakan dalam bentuk pembentangan 5 selari. Turut diadakan ialah pembentangan kajian tindakan dan bengkel daripada guru cemerlang. Tn. Hj. Mohd Yasin Mahmod, Ketua Penolong Pengarah Bahasa Inggeris telah merasmikan konvensyen mewakili Pengarah Jabatan Pelajaran Perak. Blog master sebelum ini telah membentangkan kajian tindakan peringkat Daerah Batang Padang di PKG Slim, Slim River, Perak.
Urusan Posting di JPN Perak
19 Oktober - Hari ini blog master bercuti selama satu hari kerana berkunjung ke Jabatan Pelajaran Negeri Perak atas urusan penempatan isteri tercinta. Isteri blog master lulusan program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) ambilan Januari 2009 dari Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) baru sahaja tamat menjalani praktikum di SMK (F) Besout, Sungkai, Perak dan akan diposting pada Januari 2010 nanti. Sebelum ini pada bulan Ogos, blog master telah berkunjung ke Putrajaya.
Read more...Inovasi : Zon Tengah di JPN Selangor
15-16 Oktober - Inovasi Blog master telah terpilih ke peringkat Zon Tengah bertempat di Jabatan Pelajaran Negeri Selangor, Shah Alam, Selangor. Selain daripada wakil daripada JPN Perak, beberapa negeri lain turut terlibat seperti Melaka, Kuala Lumpur dan Selangor. Sebanyak 6 wakil daripada JPN Perak termasuk penulis telah membentangkan "Laporan Inovasi" di hadapan Ketua Sektor Pendidikan Islam, pegawai BPI dan pegawai JPN.
Read more...Inovasi Pendidikan Islam : Bukit Merah Lake Town
11-12 Oktober - Blog master berada di Bukit Merah Lake Town Resort selama 2 hari kerana menghadiri pembentangan "Laporan Inovasi Peringkat Jabatan Pelajaran Negeri Perak. Inovasi yang bertajuk "SIFRUL ARQAM" telah dicalonkan oleh Unit Pendidikan Islam Daerah Batang Padang untuk ke Persidangan Inovasi Pendidikan Islam 2009
Read more...Pertunangan Adindaku
Jumaat, Oktober 16, 2009
22 September, Isnin – Tahniah kepada adindaku, Munirah yang selamat bertunang dengan lelaki pilihan hatinya, Ije. Insyaallah, harapnya dapat dikekalkan sehingga tiba majlis perkahwinan yang dijadualkan pada pertengahan tahun 2010 nanti. Pastinya, jagalah adab dan akhlaq sebagai muslimah.
Read more...Pulang Kampung
21 September 2009, Ahad – Kemeriahan perayaan pada tahun ini amat dirasakan setiap kali balik kampong khususnya bagi anak-anak Kelantan di Perautauan. Terima kasih kepada kerajan negeri Kelantan yang menganjurkan Majlis Ijtima’ Anak-Anak Kelantan di Perautauan (PERAKAN). Walau bagaimana pun, keterujaan bailk kampung terisi dengan pelbagai aktiviti menarik setiap kali balik kampong. Bagi saya, walau pun tidak berkesempatan menziarahi kawan-kawan sebagaimana lazimnya, namun perayaan ini cukup memberikan erti yang mendalam. Berpeluang mengimami solat raya dan membaca khutbah, di samping mengetuai majlis tahlil sanak saudara di perkuburan dan majlis kematian semestinya manis rasanya sebagaimana lazimnya. Tambahan pula, pada hari raya pertama, bapa saudara meninggal dunia dan pada hari raya kedua, datuk saudara pula meninggal. Segala-galanya sangat beerti kepada diri ini, walau pun jauh di perantauan, namun setiap kali pulang, masyarakat dan keluarga sangat dekat rasanya.
Read more...Anakku Kini Mencecah Setahun 4 Bulan
Jumaat, September 04, 2009
Kecil, tapi lasak. Itulah reaksi pertama nenda-nenda di Kelantan sekembalinya blog master sekeluarga ke sana di ambang ramadhan setelah beberapa bulan tidak berkesempatan pulang.
Ramadhan : Bertadarruslah Al-Quran
Pada bulan yang baik dan penuh barakah ini, marilah kita sama-sama memperbanyakkan membuat amalan yang baik dan menghabiskan masa dengan membaca Al-Quran dan bertadarrus, di samping ibadat-ibadat yang lain. Berikut adalah gambar murid SK. Besout 4, Sungkai, Perak bertadarrus Al-Quran.