Selamat Bercuti Kepada Semua Warga Pendidik dan Murid
Isnin, November 23, 2009
Blog master mengucapkan "Selamat Bercuti" kepada semua guru dan pelajar / murid sekolah. Isikan cuti antum dengan pelbagai aktiviti berfaedah.
Read more...
| Random Picture |
| Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Husin |
Blog master mengucapkan "Selamat Bercuti" kepada semua guru dan pelajar / murid sekolah. Isikan cuti antum dengan pelbagai aktiviti berfaedah.
Read more...23 November - Hari blog master sekali lagi ke Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Kuala Lumpur bagi meneruskan agenda pengajian sarjana yang tertangguh selama dua bulan lebih. Sepatutnya dah masuk semester defend, tetapi tertangguh gara-gara sibuk dengan urusan kajian tindakan sekolah baru-baru ini. Penulis terpilih membentangkan kajian tindakan di Konvensyen Kajian Tindakan Negeri Perak 2009 di Grand Kampar Hotel, Perak pada 21 - 23 Oktober 2009. Sekarang ini pun masih sibuk lagi tengah prepare untuk membentangkan laporan inovasi ke Persidangan Inovasi Pendidikan Islam Peringkat Kebangsaan 2009 yang bakal diadakan di Villa Hotel, Subang, Selangor pada 1 - 4 Disember 2009 depan. Penulis rasa gembira dengan perkembangan ini dan doakan kejayaan di sana. Terima kasih banyak-banyak kepada Pn. Hjh. Latifah dan pentadbir SK. Besout 4 yang telah memberikan peluang kepada penulis untuk menjalankan kajian. Juga kepada semua guru dan rakan sejawat. Juga kepada bonda tercinta Siti Meriam, isteri tersayang Rosnaniza dan putera tunggal yang comel, Faiz. Tanpa kalian pasti tidak ke mana penulis.
Read more...Assalamualaikum,
Blog master nak berkongsi gambar cantik ni dengan pembaca sekalian.
Klik : http://tintadakwah.multiply.com/photos
21-23 Oktober - Blog master menghadiri "Konvensyen Kajian Tindakan Negeri Perak 2009" bertempat di Grand Kampar Hotel, Kampar, Perak. Sebanyak 90 pembentang dari SK dan SMK seluruh negeri Perak telah berkunjung dan berkampung di sini selama hampir 3 hari semata-mata berkongsi idea dan fikrah, berkongsi kreativiti dan inovatif yang telah dihasilkan. Pembentangan telah dikategorikan kepada 5 bidang :
1. Bahasa
2. Kemanusiaan
3. Sains dan Teknologi
4. Vokasional dan Teknik
5. Sains dan Teknologi
Setiap satu bidang mempunyai 17 pembentangan dan sesi tersebut diadakan dalam bentuk pembentangan 5 selari. Turut diadakan ialah pembentangan kajian tindakan dan bengkel daripada guru cemerlang. Tn. Hj. Mohd Yasin Mahmod, Ketua Penolong Pengarah Bahasa Inggeris telah merasmikan konvensyen mewakili Pengarah Jabatan Pelajaran Perak. Blog master sebelum ini telah membentangkan kajian tindakan peringkat Daerah Batang Padang di PKG Slim, Slim River, Perak.
19 Oktober - Hari ini blog master bercuti selama satu hari kerana berkunjung ke Jabatan Pelajaran Negeri Perak atas urusan penempatan isteri tercinta. Isteri blog master lulusan program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) ambilan Januari 2009 dari Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) baru sahaja tamat menjalani praktikum di SMK (F) Besout, Sungkai, Perak dan akan diposting pada Januari 2010 nanti. Sebelum ini pada bulan Ogos, blog master telah berkunjung ke Putrajaya.
Read more...15-16 Oktober - Inovasi Blog master telah terpilih ke peringkat Zon Tengah bertempat di Jabatan Pelajaran Negeri Selangor, Shah Alam, Selangor. Selain daripada wakil daripada JPN Perak, beberapa negeri lain turut terlibat seperti Melaka, Kuala Lumpur dan Selangor. Sebanyak 6 wakil daripada JPN Perak termasuk penulis telah membentangkan "Laporan Inovasi" di hadapan Ketua Sektor Pendidikan Islam, pegawai BPI dan pegawai JPN.
Read more...11-12 Oktober - Blog master berada di Bukit Merah Lake Town Resort selama 2 hari kerana menghadiri pembentangan "Laporan Inovasi Peringkat Jabatan Pelajaran Negeri Perak. Inovasi yang bertajuk "SIFRUL ARQAM" telah dicalonkan oleh Unit Pendidikan Islam Daerah Batang Padang untuk ke Persidangan Inovasi Pendidikan Islam 2009
Read more...22 September, Isnin – Tahniah kepada adindaku, Munirah yang selamat bertunang dengan lelaki pilihan hatinya, Ije. Insyaallah, harapnya dapat dikekalkan sehingga tiba majlis perkahwinan yang dijadualkan pada pertengahan tahun 2010 nanti. Pastinya, jagalah adab dan akhlaq sebagai muslimah.
Read more...21 September 2009, Ahad – Kemeriahan perayaan pada tahun ini amat dirasakan setiap kali balik kampong khususnya bagi anak-anak Kelantan di Perautauan. Terima kasih kepada kerajan negeri Kelantan yang menganjurkan Majlis Ijtima’ Anak-Anak Kelantan di Perautauan (PERAKAN). Walau bagaimana pun, keterujaan bailk kampung terisi dengan pelbagai aktiviti menarik setiap kali balik kampong. Bagi saya, walau pun tidak berkesempatan menziarahi kawan-kawan sebagaimana lazimnya, namun perayaan ini cukup memberikan erti yang mendalam. Berpeluang mengimami solat raya dan membaca khutbah, di samping mengetuai majlis tahlil sanak saudara di perkuburan dan majlis kematian semestinya manis rasanya sebagaimana lazimnya. Tambahan pula, pada hari raya pertama, bapa saudara meninggal dunia dan pada hari raya kedua, datuk saudara pula meninggal. Segala-galanya sangat beerti kepada diri ini, walau pun jauh di perantauan, namun setiap kali pulang, masyarakat dan keluarga sangat dekat rasanya.
Read more...Kecil, tapi lasak. Itulah reaksi pertama nenda-nenda di Kelantan sekembalinya blog master sekeluarga ke sana di ambang ramadhan setelah beberapa bulan tidak berkesempatan pulang.
Pada bulan yang baik dan penuh barakah ini, marilah kita sama-sama memperbanyakkan membuat amalan yang baik dan menghabiskan masa dengan membaca Al-Quran dan bertadarrus, di samping ibadat-ibadat yang lain. Berikut adalah gambar murid SK. Besout 4, Sungkai, Perak bertadarrus Al-Quran.

"SELAMAT MENJAWAB UPSR" kepada semua murid tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR 2009, khususnya murid-murid SK. Besout 4, Sungkai, Perak.
Berikut adalah teks penuh Presiden PAS bwehubung isu "hukuman sebat ke atas orang Islam yang minum arak" " : sila klik.
Read more...
BUKIT MERTAJAM: PAS mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir dengan majoriti 4,551 undi.Pada pilihan raya kecil ini, PAS diwakili Pesuruhjaya Pulau Pinang, Mohd. Salleh Man manakala Barisan Nasional (BN) pula Setiausaha Umno Permatang Pauh, Rohaizat Othman.Salleh memperoleh 9,618 undi. Rohaizat pula 5,067 undi.Undi rosak adalah sebanyak 83. Seramai 14,832 orang ataupun 73.1 peratus keluar mengundi pada pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir hari ini. Jumlah pemilih adalah seramai 20,290 orang.Pada Mac 2008, PAS memenangi kerusi Permatang Pasir buat kali ketiga dengan kelebihan 5,433 undi.
maklumat lanjut : Sila Klik
"SELAMAT BERPUASA KEPADA SELURUH MUSLIMIN DAN MUSLIMAT, SEMOGA ALLAH MEMBERIKAN KEMENANGAN DAN KEKUATAN KEPADA SEMUA"'
Read more...22 Ogos 2009 – Hari ini hari pertama Ramadhan…Saya sekeluarga kembali ke Kelantan setelah sekolah bercuti Cuti Pertengahan Semester Kedua. Walau bagaimana pun, saya terpaksa kembali ke sekolah lebih awal kerana bakal menduduki peperiksaan PTK pada 27 Ogos nanti di SMK. Sungai Kruit. Sungkai, Perak. Terasa kemeriahan tatkala berasa di negeri yang mendapat jolokan "Serambi Mekah" itu.
Read more...15 Ogos 2009 – Tahniah Ust Arman di atas kelahiran putera kedua beliau seminggu lepas dan ini menambahkan lagi pejuang Allah di alam ini. Saya sebenarnya berkesempatan menziarahi beliau pada petang ini.
Read more...15 Ogos 2009 – Ramainya graduan... Saya sekeluarga sebenarnya berkesempatan ke Pesta Konvokesyen UPSI yang berlangsung selama seminggu di kampus utamanya di Tanjong Malim, Perak.
Read more...13 Ogos 2009 – Bacaan Yaasin dan Solat Hajat Perdana khusus untuk murid-murid tahun enam yang bakal menduduki peperiksaan UPSR telah dilaksanakan di Masjid Salamuddin Felda Besout 4, Sungkai, Perak. Selain daripada saya yang diwajibkan hadir, terima ksih kepada En. Zulkapli Piai, En. Mohamad Zahrani dan En. Shamsol Kamal serta Pengerusi PIBG, En. Mahhadee Ramli yang meluangkan masa hadir bersama-sama. Datang lagi yee...
Read more...08 Ogos 2009 – Makluman buat sahabat-sahabat yang mengenali atau terputus hubungan, saya kini menggunakan nombor baru 013-5195057.
Read more...
Assalamualaikum Wrt. Wbh
Selamat Datang
Sebarang cadangan dan komen antum untuk tujuan penambahbaikan amatlah dialu-alukan.
Syukran
© Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009
Back to TOP