Sabtu, Januari 24, 2009
Cara Menutup Aurat Yang Betul Bagi Wanita
Semoga kalian menjadi wanita solehah yang dikasihi Allah, dicintai suami dan ibu idaman anak-anak bakal penghuni syurga-Nya.
| Random Picture |
| Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Husin |
Cara Menutup Aurat Yang Betul Bagi Wanita
Semoga kalian menjadi wanita solehah yang dikasihi Allah, dicintai suami dan ibu idaman anak-anak bakal penghuni syurga-Nya.





Boikot Semua Barangan Yahudi dan Israel
Sehingga artikel ini ditulis, jumlah mangsa keganasan dan korban rasmi yang dicatatkan di Gaza telah meningkat mendadak sehingga hampir 900 orang dan lebih 3000 orang tercedera, walaupun serangan baru sahaja mencecah hampir 2 minggu. Entah bila agaknya Yahudi dan Israel akan menamatkan kekejaman mereka. AS, Britain dan sekutu mereka ternyata berdiam diri seribu bahasa tampak seolah-olah tiada perkara yang berlaku. Ternyata nyawa umat Islam Palestin di tangan mereka tiada harganya. Kalau kita meninjau kembali ke dalam Talmud dan 24 Protokol Zionis hasil tangan-tangan mereka pun, kita mendapati para Yahudi dan Israel menghalalkan darah, maruah dan jiwa umat Islam dinodai dan dipijak-pijak selumat-lumatnya. Seluruh pemimpin dunia ada yang bersidang dan tak kurang juga yang cuba menandatangani gencatan senjata, tetapi ia hanya mampu bertahan selama 3 hari sahaja. Bahkan Israel dengan sinis dan sewenang-wenangnya memperkotak-katikkan para pemimpin Arab bahawa merekalah yang berkuasa semenjak berjaya menduduki Baitul Maqdis pada tahun 1948 secara haram hingga kini. Para pemimpin Arab telah diasak dengan pemikiran arab secular dan bukannya arab islam. Fahaman demokrasi asahan AS dan sekutunya begitu menebal sepertimana tebalnya fahaman sekular di bawah kepimpinan seorang yahudi berbangsa Turki bernama Mustafa Kamal Attarturt dan menumbangkan sistem khilafah Islamiyah. Presiden Hosni Mubarak, Raja Abdullah Jordan, Raja Saudi Arabia, pemimpin Syria, Kuwait, Qatar, Iraq, UEA dan berpuluh negara umat arab dan Islam lainnya hanya duduk menongkat dagu termanggu, berpeluk tubuh kaku, hanya tunggu dan lihat tanpa ada sebarang tindakan drastic yang berkesan. Setakat ini yang bertindak mempertahankan diri adalah Hamas sendiri dan laungan jihad daripada Hezbollah dari Labenon. Kedua-dua pasukan jihad tersebut pernah bertempur samada dalam pilihanraya mahupun medan perang. Israel pernah dimalukan oleh Hezbollah pimpinan Syeikh Hassan Nasrullah dalam serangan mereka ke atas Syria setahun yang lepas. Manakala Hamas pula yang diasaskan oleh Syeikh Ahmad Yasin mencatat sejarah apabila pernah memenangi pilihanraya umum di Palestin mengalah kerajaan pimpinan Fatah dan banyak menjaga kebajikan hal-ehwal Islam di sana. Seterusnya Ismail Haniya dilantik sebagai Perdana Menteri Palestin, namun Fatah pula yang semenjak dahulu yang banyak berkrompomi dengan Israel tetap meneruskan agenda kebangsaan mereka apabila senantiasa bersidang di meja bulat bersama Netayahu, Sharon dan Olmert. Lebih parah, Israel pula menyalurkan bantuan kepada Fatah untuk menumbangkan Hamas di Palestin. Kini, sejarah telah membuktikan bahawa perjuangan umat Islam Palestin terletak di bahu Hamas dan umat Islam seluruh dunia. Manakala para pemimpin dunia termasuk Liga Arab dan OIC hanya banyak beretorik, hipokrit dan berkepentingan sahaja. Justeru, marilah kita umat Islam membantu pergerakan Hamas dengan menyalur sumbangan bantuan untuk mangsa serangan, boikot semua barangan keluaran AS dan sekutunya tanpa bermusim. Hakikatnya terbukti apabila Denmark yang pernah menghina Islam menerusi karikaturnya telah kerugian jutaan ringgit dalam masa satu hari. Ayuh umat Islam, teruskan usaha kearah itu dan perbanyakkan doa dan qubut nazilah sepanjang masa.
Faiz Bersama Pengasuh Ketiga
Dalam usia lapan bulan lebih, Faiz nampaknya lebih banyak tinggal bersama Kak Ina kerana Abi mengajar di sekolah pada waktu pagi dan petang, manakala Ummi pula mengikuti kursus Pendidikan islam di UPSI, Tanjong Malim. Jarak 70 km tidak memungkinkan Ummi atau Abi berulang alik setiap hari kerana jadual waktu yang padat saban hari. Kalau tahun lepas, Faiz pernah tinggal bersama Imam Hamdan dan Mat Som, tetapi nampaknya tahun ini berbeza sikit. Kalau dahulu bermula jam 3.00 ptg hingga 5.30 ptg kerana Ummi mengajar di SAR, tetapi kini Faiz bersama Kak Ina boleh dikatakan sepanjang hari dan malamnya pula bersama Abi.
Selamat Pengantin Baru Ustaz Hafiz dan ustazah Siti Rohani
20 Disember 2008 – Selamat pengantin baru diucapkan kepada dua orang bekas pelajar KIAS, Ustaz Mohd Hafiz bin Mahmud dan pasangannya Ustazah Siti Ruhani binti Abd Samat yang telah mendirikan rumah tangga hari ini. Ustaz Hafiz merupakan siswa Maahad Dakwah wal Imamah (sebelum ditukar kepada KIAS) sesi 1999/2002 manakala Ustazah Siti Ruhani pula siswi Diploma Usuluddin 2000/2003. Kedua-dua mereka merupakan bekas pimpinan PMKIAS di mana Ustaz Hafiz merupakan bekas presiden PMKIAS sesi 2000/2001 dan isterinya bekas exco PMKIAS 2001/2002. Ustaz Hafiz yang juga merupakan bekas Yang di Pertua KPKM Mesir kini bertugas sebagai guru di sebuah sekolah YIK di Pasir Puteh manakala Ustazah Siti Ruhani juga bertugas sebagai guru YIK di Gua Musang. Majlis kesyukuran telah diadakan hari ini di rumah Siti Ruhani di Kg Pangkal Gong, Pulai Chondong. Tahniah diucapkan kepada pasangan ini. Bagaimanapun, penulis sekeluarga berkesempatan berkunjung ke rumah pengantin perempuan pada petang 23 Disember di Pulau Chondong.
PAS Selangor melalui detik bersejarah dengan kemasukan Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan, Kapten (B) Dato' Zahar Hashim beserta 13 orang AJK bahagian dan 28 orang Ketua Umno cawangan hari ini. Beliau digantung jawatannya oleh Majlis Tertinggi Umno berikutan kelantangannya membuat teguran terhadap kepimpinan parti yang didokonginya selama 26 tahun. Selama lapan bulan masa diambil untuk berbincang mengenai pro dan kontra menyertai parti pembangkang (yang sudah menjadi kerajaan di Selangor) sesama rakan-rakan Umno di PJ Selatan. 26 tahun menganggotai Umno, sebagai Ketua Bahagian, Ahli Dewan Undangan Negeri, banyak lagi faedah, kemudahan sebagainya telah dinikmati beliau dan rakan-rakan.
Keputusannya menyertai PAS tidak didorong sesiapa, tiada permintaan apa-apa, tiada tawaran apa-apa, katanya beliau sudah lama memikirkannya, sejak Mac 2008 lagi. Bahkan keperluan material bukan matlamat untuk menyertai parti pembangkang. tahniah kepada beliau, semoga senantiasa istiqamah dengan kemasukan tersebut. Lain padang, lain kemuncupnya ...
Tanggal 20 Disember baru-baru genaplah 8 bulan usia faiz. Harapan buat anakanda tersayang agar senantiasa sihat walafiat selalu. Anugerah anak daripada Allah kadang kala diuji dengan seribu macam kesulitan. Sebagai ibubapa pastinya perlu banyak bersabar dengan pelbagai kerenah anak yang tidak diduga. Kini dengan usia tersebut, anakanda sudah boleh berdiri dan ...
Read more...Hilangnya Sebutir Permata
Tahun 2009 bakal menyaksikan perjuangan dan pengorbanan PAS Kawasan Tanjong Malim bakal teruji lagi. Terdahulu, setelah penghijrahan AF Ust Zulqarnain Hj. Hassan ke Kelantan kerana menguruskan ayahanda yang sakit (jumpa doktor pakar), seterusnya memaksa beliau menukar haluan dengan bertugas sebagai pensyarah di KIAS, Nilam Puri dan meninggalkan jawatan PK. HEM Maahad al-Abbasiyah, Sungkai, Perak. Pernah menjawat jawatan sebagai Setiausaha Dewan Ulama’ Negeri Perak, YDP PAS Kawasan Tanjong Malim dan calon pilihan raya N.58 Slim dalam pilihanraya umum ke-12 baru-baru ini. Dan terkini, Dewan Pemuda PAS Kawasan Tanjong Malim pula akan lebih merasai situasi yang sama apabila Cikgu Asri Abdul Hamid pula bakal meninggalkan alam kepemudaan PAS Tanjong Malim setelah kembali ke kampung halaman di Sik, Kedah dan bertugas di sana. Beliau bertugas di SMK(F) Besout selama hampir 10 tahun dan pernah memegang pelbagai jawatan penting dalam pemuda dan MTD. Jawatan Bendahari, Lajnah Ekonomi, Jabatan Pasti dan Portfolio Keculaan adalah sebahagian daripada jawatan yang pernah disandang beliau. Juga merupakan seorang yang aktif di sekolah dengan jawatan Setiausaha PIBG dan sukan sekolah.
Perginya Seorang ‘Amilin
Semasa artikel ini ditulis, sudah hampir sebulan pemergian ayahanda Yusuf yang lebih dikenali “Ayah Mat” ke Rahmatullah akibat kanser. Beliau mula dilantik sebagai Penghulu di Mukim Pasir Kelang, Kuala Krai, Kelantan sejak kemenangan APU dalam pilihan raya 1990 sehinggalah 15 tahun kemudian akibat masalah kesihatan. Beliau yang ringan tulang, mudah didekati, mesra dan suka berterus terang tanpa berselindung adalah seorang petugas atau “’amilin” dalam kerja-kerja jamaah, politik dan kemasyarakatan. Beliau ayahanda angkat penulis semasa berlangsungnya Projek Bakti Siswa (Baksis) pada April 2001 di sana sehinggalah ke hari ini. Dikenali kerana kebun yang luas hinggakan orang tempatan menggelarkannya “Pok Mat Sodok”, suatu istilah yang sinonim dengan beliau lantaran kegigihan dan bersiap sedia dalam apa jua situasi. AL-FATIHAH untuk Allahuyarham …
Kepada sahabat yang telah menghadiri temuduga Diploma Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI)Ambilan Januari 2009, semakan kemasukan ke IPTA boleh dibuat mulai sekarang. Klik here
Read more...
Untuk download teks khutbah Teks Khutbah 'Aidil-Adha 1429H, anda boleh klik di sini

Dewan Pemuda PAS Pusat terlebih dahulu mengucapkan takziah kepada Isteri dan seluruh ahli keluarga MP Kuala Terengganu merangkap Timbalan Menteri Pelajaran Dato' Razali Ismail yang meninggal dunia di Genting Highland jam 6.30 petang kelmarin .
Beliau merupakan ahli parlimen Kuala Terengganu selama dua penggal berturut-turut. Difahamkan Allahyarham Dato' Razali 59' , rebah etika bermain badminton di institut Aminudin Baki. Semoga mencucuri rahmatnya kepada almarhum dan menggolongkannya dikalangan hamba - hambanya yang soleh .
Dalam pilihanraya umum Mac lalu, beliau menewaskan Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu dan calon bebas, Maimun Yusuf. Dato' Razali menang dengan majoriti tipis 628 undi. Allahyarham mendapat 32,562 undi, manakala Mohamad memperolehi 31,934 undi. Maimun, seorang nenek yang dipercayai calon paling tua, pula mendapat 685 undi. Berikutan kematian al marhum , satu pilihanraya kecil akan diadakan Kuala Terengganu dalam tempoh 60 hari ini .
Umumnya dalam apa jua keadaan , Dewan Pemuda PAS telah diletakkan dalam keadaan bersiap sedia menghadapi pilihanraya samaada pilihanraya umum atau pun pilihanraya kecil . Ekoran kekosongan kerusi di Parlimen KuaLA Terengganu dengan kembalinya penyandang MP sebelum ini ke rahmatillah , insyaallah Dewan Pemuda PAS Pusat akan segera memanggil seluruh exconya untuk mengadakan mesyuarat bagi menyusun tindakan akhir demi merampas kembali kerusi Parlimen Kuala Terengganu .
Sebelumnya , Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu pasti sahaja telah meletakkan seluruh kekuatannya mengambil peranan utama bagi menggerakkan jentera pilihanraya pemuda menghadapi pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu ini Insyaallah .
Bahkan saya mengharap agar semua anggota pemuda di seluruh negara bersiap sedia dengan segala upaya untuk bila - bila masa dikerah turun bagi membantu jentera PAS memenangi semula kerusi Parlimen Kuala Terengganu itu .
Berasaskan statistik pilihanraya lepas dan perkembangan politik tanahair dewasa kini , saya yakin kita ( PAS ) mampu memenangi kerusi Parlimen Kuala Terengganu .
Justeru itu , persiapan yang saya maksudkan tadi bukan sahaja terhenti pada persiapan material dan fizikal tetapi apa yang lebih penting ialah persiapan spiritual berupa munajat dan pergantungan kepada Allah swt .
Mulai sekarang , semua pemuda jangan lupa untuk terus menitip doa ke hadhrat Azza wa Jalla sebagaimana biasa atau rutin kita lakukan dalam kehidupan kita sebagai seorang pejuang agar Allah swt terus membekalkan kekuatan dan ketabahan serta kesabaran untuk mara berjuang memburu kemenangan bagi Islam atau kita syahid kerananya .
Aktiviti dakwah fardiyyah sewajarnya di pertingkatkan lagi oleh semua anggota pemuda bukan sahaja terhad kepada kawasan pilihanraya semata - mata tetapi disemua peringkat dan kawasan setelah banyak perkara yang telah kita lakukan dalam usaha memahamkan masyarakat kepada Islam dan perjuangannya. Kerana kita tidak pernah berpuas hati apa yang kita lakukan . Insyaallah kita pemuda PAS akan senantiasa melakukan suatu yang terbaik demi perjuangan Islam ini .
Kita masuk pilihanraya dan kita hadapi pilihanraya adalah kerana Islam . Kita mahu kemenangan adalah kerana Islam . Kita mengharapkan kita berjaya untuk terus memartabatkan Islam di negara kita ini khasnya .
Sekali lagi , kepada seluruh anggota pemuda PAS khasnya pemuda PAS Terengganu agar siap untuk kita menawan kembali kerusi Parlimen Kuala Terengganu .
Maklumat lanjut : Sila klik
Hakikatnya, bukan wanita saja yang lupa pada agama. Lelaki juga bahkan tanggungjawab mereka sebenarnya lebih berat kerana Allah Apakah gejala lupa kepada agama berpunca daripada kurangnya pendidikan ibu bapa? Pernyataan itu sebenarnya menggambarkan apa yang disebut Rasulullah SAW dalam hadisnya yang bermaksud: "Setiap anak Adam itu dilahirkan dalam keadaan fitrah, ibu bapanya yang menjadikan ia Yahudi, Majusi dan Nasrani". Ibu bapa adalah madrasah (sekolah) pertama bagi anak. Sebelum anak dihantar ke institusi pendidikan formal bermula dari tadika, sekolah dan peringkat lebih tinggi, anak mempelajari asas pembentukan pandangan hidup (akidah) dan sahsiah (keperibadian dan akhlak) daripada ibu bapa mereka. Inilah objektif pendidikan sebenar. Pendidikan ialah menurunkan nilai sehingga lahir insan mempunyai pegangan hidup yang mantap dan jitu. Bagi umat Islam, nilai itu ialah nilai Islam yang berteraskan tauhid. Asas tauhid yang mantap menatijahkan tingkah laku, tutur kata dan tindakan didasarkan tuntutan syariat Islam. Jika hari ini kita melihat anak perempuan dan lelaki mendedahkan aurat, bergaul bebas tanpa batas, terbabit dengan pelbagai gejala sosial, maka itu adalah natijah daripada pendidikan yang mereka terima di rumah - pastinya tidak menepati apa yang dikehendaki Islam. Mereka mungkin terpelajar dan mencapai kejayaan cemerlang dalam akademik, tetapi itu bukan matlamat pendidikan. Pendidikan Islam bukan sekadar menguasai bidang teknikal dan akademik, tetapi lebih menjurus pemupukan nilai dan pembentukan akhlak. Ia tidak bermakna Islam mengetepikan akademik kerana ia adalah bahagian penting daripada pembinaan kebudayaan dan tamadun, tetapi mesti diasaskan atas pendidikan tauhid yang mantap. Beberapa kajian menunjukkan kesilapan mendidik anak pada peringkat awal (antara umur tiga hingga tujuh tahun) menyebabkan kecelaruan nilai dan keruntuhan akhlak pada peringkat umur 13 hingga 20 tahun. Berdasarkan penilaian ini, masalah yang berlaku pada kelompok umur remaja sebenarnya boleh dikesan pada peringkat awal pendidikan. Siapakah yang bertanggungjawab pada peringkat umur di bawah tujuh tahun kalau bukan ibu bapa. Boleh kita simpulkan di sini ibu bapa menjadi satu daripada punca kepada sikap umat Islam yang melupakan agama mereka hari ini. Pendidikan awal penting dan Rasulullah SAW berpesan kepada ibu bapa supaya menyuruh anak mendirikan sembahyang pada usia tujuh tahun. Ia bermakna pada umur itu anak tadi sudah patut menerima dan mematuhi suruhan agama. Ia juga bermakna anak sudah terbiasa dengan suasana ibu bapa dan keluarga yang mendirikan dan mementingkan ibadat solat di rumah. Jika mereka tidak terbiasa melihat ibu bapa dan seisi keluarga mendirikan solat, bagaimana mungkin anak boleh meniru dan melakukan perbuatan sama. Sebenarnya, ini juga satu isyarat bahawa pendidikan yang sebenar ialah dengan amal. Pendidikan hanya akan berlaku apabila pengajaran berlaku dalam bentuk amal, bukan dalam bentuk kata-kata. Ia juga menunjukkan hanya ibu bapa yang terdidik dengan kehidupan Islam mampu mendidik anak dalam acuan dikehendaki agama. Kemudian kita lihat Rasulullah SAW menyuruh ibu bapa memukul anak yang masih meninggalkan solat ketika berusia 10 tahun. Pengajarannya ialah apabila anak sudah berusia 10 tahun, nilai kehidupan sepatutnya sudah mewarnai jiwanya sehingga dia akan melakukan suruhan agama dan meninggalkan larangannya tanpa disuruh. Jika masih meninggalkan solat pada usia itu, ia satu petanda nilai belum terbina dengan baik sehingga hukuman perlu digunakan bagi memperbetulkan keadaan. Apabila anak memasuki umur baligh keadaan menjadi lebih sukar jika jiwa mereka tidak dipupuk dengan nilai yang berlandaskan syariat Islam. - Penulis ialah pensyarah di Universiti Putra Malaysia dan boleh dihubungi di e-mel wanitajim0@yahoo.comThis e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it |
Selamat Hari Raya 'Idulfitri 1429 H
Eid Saeed !!!
Ramadhan Kareem !!!
Jangan Lupa Bermaafan Selalu...
Read more...Tafsirnya: “Dan mereka (yang diredai oleh Allah itu ialah) mereka yang apabila membelanjakan harta, mereka tidak melampaui batas dan tidak bakhil kedekut; dan perbelanjaan mereka itu adalah sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil itu).” (Surah Al-Furqan, ayat 67)
Dari aspek membelanjakan harta, ukuran sederhana mengikut pandangan syara‘, hendaklah perbelanjaan itu berada di antara dua batas, iaitu tidak melampaui batas atau tidak boros dan tidak pula kurang daripada batas yang sepatutnya atau tidak bakhil. Dalam keghairahan menyambut Hari Raya, sikap bersederhana dalam berbelanja tidak terkecuali daripada menjadi tuntutan agama. Walaupun pada Hari Raya disunatkan memakai pakaian yang sebagus-bagusnya kerana ia merupakan hari untuk berhias-hias dan berelok-elok, akan tetapi ini tidak bermakna dibolehkan berlaku perkara yang berlebih-lebihan yang melewati batasan yang dibenarkan syara‘.
Oleh itu, bersederhana di dalam menyambut Hari Raya itu tentulah bermaksud tidak ada berlaku pembaziran di dalamnya dan tidak pula berlaku kekurangan daripada yang sepatutnya (bakhil atau kedekut), bersesuaian dengan kemampuan dan keperluan masing-masing, sama ada dari aspek keperluan makan minum, pakaian, hiasan dan sebagainya.
Read more...
Assalamualaikum Wrt. Wbh
Selamat Datang
Sebarang cadangan dan komen antum untuk tujuan penambahbaikan amatlah dialu-alukan.
Syukran
© Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009
Back to TOP