Santapan Rohani
Ustaz Wan Mahmud Kembali Ke Rahmatullah
Selasa, Oktober 14, 2008
- Berita daripada Alumni KIAS
Majlis Ihtifal & Hari Anugerah Cemerlang Pasti
- Tarikh : 19 Oktober 2008
- Masa : 8.00 pagi
- Tempat : Maahad Abbasiah, Sungkai
- Perasmi : Ustaz Tarmizi bin Ab Rahman (AJK Badan Perhubungan Pas Perak)
Selamat Menyambut Ramadhan dan 'Idulfitri 1429H
Jumaat, September 26, 2008
Selamat Hari Raya 'Idulfitri 1429 H
Eid Saeed !!!
Ramadhan Kareem !!!
Jangan Lupa Bermaafan Selalu...
Read more...Faiz Berpuasa
Bersederhana Dalam Berbelanja Ketika Menyambut Hari Raya
Tafsirnya: “Dan mereka (yang diredai oleh Allah itu ialah) mereka yang apabila membelanjakan harta, mereka tidak melampaui batas dan tidak bakhil kedekut; dan perbelanjaan mereka itu adalah sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil itu).” (Surah Al-Furqan, ayat 67)
Dari aspek membelanjakan harta, ukuran sederhana mengikut pandangan syara‘, hendaklah perbelanjaan itu berada di antara dua batas, iaitu tidak melampaui batas atau tidak boros dan tidak pula kurang daripada batas yang sepatutnya atau tidak bakhil. Dalam keghairahan menyambut Hari Raya, sikap bersederhana dalam berbelanja tidak terkecuali daripada menjadi tuntutan agama. Walaupun pada Hari Raya disunatkan memakai pakaian yang sebagus-bagusnya kerana ia merupakan hari untuk berhias-hias dan berelok-elok, akan tetapi ini tidak bermakna dibolehkan berlaku perkara yang berlebih-lebihan yang melewati batasan yang dibenarkan syara‘.
Oleh itu, bersederhana di dalam menyambut Hari Raya itu tentulah bermaksud tidak ada berlaku pembaziran di dalamnya dan tidak pula berlaku kekurangan daripada yang sepatutnya (bakhil atau kedekut), bersesuaian dengan kemampuan dan keperluan masing-masing, sama ada dari aspek keperluan makan minum, pakaian, hiasan dan sebagainya.
Read more...Adab-adab Eid (آداب العيد)
1. Mandi (الاغتسال) : ia merupakan salah satu dari adab yang baik sebelum keluar bersolat. Ia telah dilaporkan oleh Sa'id Ibnu Jubair, berkata :"3 perkara yang menjadi sunnah pada hari Eid: berjalan kaki (ke tmpat solat), mandi, dan makan sebelum keluar (jika ianya Eidul-Fitr) {سنة العيد ثلاث المشي والاغتسال والأكل قبل الخروج }.
2. Menjamah makanan sebelum keluar (الأكل قبل الخروج ): Seseorang janganlah hendaknya pergi ke tempat Solat pada hari Eidul-Fitr sebelum makan beberapa tamar, kerana diriwayatkan oleh Bukhari dari Anas Ibnu Malik berkata :"Rasulullah saw tidak akan keluar pada pagi Eidul-Fitri sehingga dia memakan beberapa tamar.... dan beliau akan makan bilangan ganjil".{عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَغْدُو يَوْمَ الْفِطْرِ حَتَّى يَأْكُلَ تَمَرَاتٍ .. وَيَأْكُلُهُنَّ وِتْرًا }
3. Bertakbir pada hari Eid (التكبير يوم العيد ) : Ini merupakan sunnah yang terbesar pada hari tersebut. Al-Daraqutni dan lain meriwayatkan bahawa Ibnu Umar semasa keluar pada hari Eidul-Fitr dan Eidul-Adha akan sedaya-upaya melakukan Takbir sehingga tiba ke tempat Solat, kemudian ia akan meneruskannya sehingga Imam tiba.{وروى الدارقطني وغيره أن ابن عمر كان إذا غدا يوم الفطر ويوم الأضحى يجتهد بالتكبير حتى يأتي المصلى ، ثم يكبر حتى الإمام }.
4. Mengucapkan tahniah (التهنئة) : Orang Islam boleh mengucapkan tahniah dan ucapan-ucapan yang baik dihari Eid, tidak kira apa bentuk ucapan sekalipun {أيا كان لفظها }. Misalnya mereka boleh mengucap diantara satu sama lain ucapan :"Taqabbal Allahu minnaa wa minkum" - Semoga Allah menerima amalan baik dari kami dan dari kamu atau Eid Mubarak {تقبل الله منا ومنكم أو عيد مبارك }. Di riwayatkan oleh Ibnu Hajar dengan ucapan : "Taqabbal minnaa wa minka" - semoga diterima amalan dari kamu dan dari kamu {تُقُبِّل منا ومنك . ابن حجر إسناده حسن }.
5. Memakai baju yang baik/cantik untuk Eid (التجمل للعيدين ) : dari Jabir r.a. berkata :"Nabi saw, mempunyai Jubbah yang beliau akan memakainya pada hari Eid dan hari Jumaat" {وعن جابر رضي الله عنه قال : كان للنبي صلى الله عليه وسلم جبة يلبسها للعيدين ويوم الجمعة }. Al-Baihaqi meriwayatkan bahawa Ibnu Umar biasanya memakai pakaian yang baik pada hari Eid, jadi kaum lelaki haruslah memakai baju yang baik yang mereka miliki apabila keluar untuk Eid {صحيح ابن خزيمة 1765 وروى البيهقي بسند صحيح أن ابن عمر كان يلبس للعيد أجمل ثيابه فينبغي للرجل أن يلبس أجمل ما عند من الثياب عند الخروج للعيد }.
6. Menggunakan jalan yang berlainan apabila pulang dari bersolat (الذهاب من طريق والعودة من آخر ): Dari Jabir r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw menukar jalannya pada hari Eid - {عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ يَوْمُ عِيدٍ خَالَفَ الطَّرِيقَ رواه البخاري 986 }(Riwayat Al-Bukhari).
Peraturan Hari Raya
1. Berpuasa : Haram berpuasa pada hari-hari Eid kerana dari Hadis Abu Sa'ed Al-Khudri r.a., dimana Rasulullah saw telah melarang berpuasa satu hari didalam Eid Fitr dan satu hari didalam Eid Adha.{يحرم صوم يومي العيد لحديث أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى عَنْ صِيَامِ يَوْمَيْنِ يَوْمِ الْفِطْرِ وَيَوْمِ النَّحْرِ . " رواه مسلم 827 حكم صلاة العيدين } (Riwayat Muslim, 827).
2. Melakukan solat Eid : Beberapa ulama' mengatakan bahawa Solat Eid ini hukumnya wajib - Ini adalah pandangan ulama'-ulama' kalangan Hanafi dan juga Sheikh al-Islam Ibn Taimiyah. Beberapa ulama-ulama yang lain pula mengatakan bahawa Solat Eid ini hukumnya Fardu Kifayah. Ini adalah pandangan Mazhab Hanbali. Kumpulan ketiga pula mengatakan hukum solat Eid ialah Sunat Mu'akkad (مؤكدة). Ini adalah pandangan mazhab Maliki dan Shafie.
3. Solat Sunat : Tidak terdapat Solat Sunat sebelum atau sesudah Solat Eid yang boleh dilakukan, sebagaimana yang dilaporkan oleh Ibnu Abbas bahawa Nabi saw biasanya akan keluar dihari Eid dan bersolat 2 rakaat, tidak dilakukan apa-apa sebelum dan sesudahnya. {رواه البخاري معلقا مجزوما به النافلة في المصلى: لا نافلة قبل صلاة العيد ولا بعدها كما جاء عن ابن عباس أن النبي صلى الله عليه وسلم خرج يوم العيد فصلى ركعتين لم يصل قبلهما ولا بعدهما }. Ini didalam hal solat dilakukan dikwasan terbuka. Walaubagaimana pun, bagi mereka yang bersolat Eid dimasjid, maka mereka seharusnya bersolat 2 rakaat Tahiyat Al-Masjid sebelum duduk {وهذا إذا كانت الصلاة في المصلى أو في مكان عام وأما إن صلى الناس العيد في المسجد فإنه يصلي تحية المسجد إذا دخله قبل أن يجلس }.
4. Wanita yang menyertai Solat Eid : Menurut sunnah Nabi saw, setiap orang digalakkan menghadiri Solat Eid, dan berkerjasama diantara satu sama lain. Wanita yang datang haid, janganlah lupa mengingati Allah atau pergi ketempat perhimpunan yang bermatlamatkan penambahan ilmu dan mengingati Allah selain dari masjid. Wanita, tidak dapat dinafikan lagi, tidak boleh pergi tanpa memakai Hijab!
Kesempurnaan Puasa Ramadhan
Jumaat, Ogos 29, 2008
- menahan pandangan dari segala hal yang dicela dan dimakruhkan serta dari tiap-tiap yang membimbangkan dan melalaikan dari mengingat Allah. Rasulullah SAW bersabda : Barang siapa meninggalkan pandangan karena takut kepada Allah, niscaya Allah menganugerahkan padanya keimanan yang mendatangkan kemanisan dalam hatinya.
- menjaga lidah dari perkataan yang sia-sia, berdusta, mengumpat, berkata keji, dan mengharuskan berdiam diri, menggunakan waktu untuk berzikir kepada Allah serta membaca Alquran. "Dua perkara merosakkan puasa," sabda Rasulullah SAW, "iaitu mengumpat dan berbohong."
- menjaga pendengaran dari mendengar kata-kata yang tidak baik, karena tiap-tiap yang haram diucapkan maka haram pula mendengarnya. Rasulullah SAW menjelaskan: Yang mengumpat dan yang mendengar, bergelumang dalam dosa. Keempat, mencegah anggota-anggota tubuh yang lain dari perbuatan dosa. Seperti mencegah tangan dan kaki dari berbuat maksiat dan mungkar, mencegah perut dari memakan yang syubhat dan haram.
- tidak berlebih-lebihan dalam berbuka sampai perutnya penuh makanan. Orang yang berbuka secara berlebihan tentu tidak akan dapat memetik manfaat dan hikmah puasa. Bagaimana dia berusaha mengalahkan musuh Allah dan mengendalikan hawa nafsunya, jika saat berbuka dia justru memanjakan nafsunya dengan makanan yang terhitung banyak dan jenisnya.
- hatinya senantiasa diliputi perasaan cemas (khauf) dan harap (raja'), karena tidak diketahui apakah puasanya diterima atau tidak oleh Allah. Rasa cemas diperlukan untuk meningkatkan kualiti puasa yang telah dilakukan, sedangkan penuh harap berperanan dalam menumbuhkan optimisme.
Iktibar Puasa Para Sahabat dan Wali Allah
- Umar Al-Khattab r.a. akan sentiasa bersolat setiap malam sehingga waktu Subuh menjelma.
- Uthman r.a. setelah berpuasa sepanjang hari, akan menghabiskan malam dengan bersolat. Beliau hanya tidur sekejap di bahagian permulaan malam. Beliau akan mengkhatamkan Al-Quran di dalam satu rokaat solatnya.
- Qatadah r.a. mengkhatamkan seluruh Al-Quran di dalam setiap tiga malam Ramadhan. Sementara di dalam sepuluh malam terakhir beliau akan mengkhatamkannya setiap malam.
- Seorang Wali Allah yang terkenal iaitu Ibrahim Adham pula sepanjang Ramadhan tidak akan tidur sama ada siang ataupun malam.
- Imam Syafie r.a. pula di sepanjang Ramadhan menghabiskan enam puluh kali Al-Quran di dalam solatnya sama ada di waktu siang ataupun malam.
Semoga sedikit sebanyak dari kisah-kisah di atas dapat kita mengambil pelajaran darinya. Walaupun diakui sukar untuk kita lakukan lebih-lebih lagi di akhir zaman ini, tetapi kita mestilah bertekad untuk mendapatkan fadhilat Lailatul-Qadr tahun ini. Siapa tahu kita tidak akan berjumpa lagi Ramadhan pada tahun hadapan.
Fadhilat Puasa
- Umar ibnul Khathab r.a. berkata : "Orang yang berzikir kepada Allah pada bulan Ramadhan akan diampuni dosa-dosanya dan yang memohon kepada Allah pada bulan Ramadhan tidak akan kecewa.
- Puasa mengatur keseragaman ummat. Selama Ramadhan, umat berseragam dalam sahur dan berbuka, dalam bekerja dan beristirahat, serta dalam shalat, istighfar, dan bertaubat kepada Allah. Lidahpun seragam dalam bertakbir, bertasbih, dan bertahmid sehingga tercegah dari kata-kata buruk dan menyakiti orang lain, menjauhi perbuatan keji dan munkar, mengisi hati dengan cinta kasih kepada sesama hamba Allah, selalu baik dan bersih lahir bathin, serta sabar meng- hadapi segala macam kesulitan hidup.
- Imam Al Ghazali berkata, "Betapa banyak orang berpuasa yang sebenarnya berbuka, dan yang berbuka padahal berpuasa. Yang berbuka tetapi sebenarnya berpuasa adalah yang makan dan minum, tetapi menjaga seluruh anggota tubuhnya dari perbuatan dosa. Dan yang berpuasa tetapi sebenarnya berbuka adalah yang lapar dan haus, tetapi tercemar anggota tubuhnya (dalam perbuatan dosa).
Tingkatan Puasa
- puasa umum
- puasa khusus
- puasa khusus yang lebih khusus lagi
Puasa umum adalah tingkatan yang paling rendah iaitu menahan dari makan, minum dan perkara haram. Puasa khusus, di samping menahan yang tiga hal tadi, juga memelihara seluruh anggota tubuh dari perbuatan maksiat atau tercela. Sedangkan puasa khusus yang lebih khusus adalah puasa hati dari segala kehendak hina dan segala fikiran duniawi serta mencegahnya memikirkan apa-apa yang selain Allah.
Puasa tahap ketiga tadi adalah puasa para nabi-nabi, siddiqin, dan muqarrabin. Sedangkan puasa tahap kedua adalah puasa orang-orang salih. Puasa tingkat ini yang seharusnya kita tuju untuk mencapainya.
Marhaban Ya Ramadhan
Rasulullah SAW sendiri senantiasa menyambut dengan kegembiraan setiap kali datangnya Ramadhan. Dan berita gembira itu disampaikan pula kepada para sahabatnya seraya bersabda :
"Sungguh telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan. Allah telah memfardlukan atas kamu puasanya. Di dalam bulan Ramadhan dibuka segala pintu surga dan dikunci segala pintu neraka dan dibelenggu seluruh setan. Padanya ada suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Barangsiapa tidak diberikan kepadanya kebaikan malam itu maka sesungguhnya dia telah dijauhkan dari kebajikan" (Hr. Ahmad)
Marhaban Ramadhan, kita ucapkan untuk bulan suci itu, karena kita mengharapkan agar jiwa raga kita diasah dan diasuh guna melanjutkan perjalanan menuju Allah swt.
Taklimat Calon Naib Kadi Negeri Perak
Jumaat, Ogos 15, 2008
Antara panel temuduga pada kali ini ialah SS Dato’ Seri (Dr) Hj. Harussani bin Hj. Zakaria (Mufti Negeri Perak), AF Syeikh Mohamad Noor Mansor Al-Hafiz (Imama Masjid Negeri Perak) dan Ust Aswad (Seorang Pensyarah). Penulis blog turut berkesempatan menghadiri temuduga berkenaan, walaupun tiba agak lewat daripada waktu yang ditetapkan.
Peperiksaan Bertulis Tauliah Mengajar Agama Negeri Perak Darul Ridzuan
Ulasan Menarik Ketua Penerangan DPP Pusat Tentang Debat Anwar-Shabery
Rabu, Ogos 06, 2008
Antara hujah-hujah dijawab dengan menarik bagi kedua-dua pihak adalah :
Hujah Debat Anwar-Shabery


Isu Meletak Kalungan Bunga Pada Binaan

Abdullah memulakan upacara meletakkan kalungan bunga itu, diikuti Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal; Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan; Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin; Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Abdul Aziz Jaafar dan Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin. Terdahulu, Abdullah menerima tabik hormat dan memeriksa kawalan penghormatan membabitkan 103 anggota dan pegawai Askar Melayu Diraja.
“Perbuatan mana-mana individu muslim sama ada pemimpin atau rakyat yang meletakkan kalungan bunga, tabik hormat dan bertafakur yang dilakukan untuk Tugu Negara adalah bercanggah dengan prinsip-prinsip akidah Islam yang anti kepada sebarang unsur keberhalaan,” jelas Dr Asri. Kata beliau lagi, perbuatan seperti itu seakan menjadikan tugu berkenaan berhala yang dihormati. “Sekiranya pun pelakunya tidak mempunyai sebarang iktikad bahawa itu semua memberi manfaat dan mudarat, maka perbuatan itu adalah sia-sia dan bodoh. Ia tetap haram kerana meniru perbuatan musyrikin,” jelas Dr Asri.. Menurut Dr Asri, jika pelaku beriktikad itu memberikan kemanfaatan kepada keamanan, kedamaian ruh mereka yang telah meninggal dunia, maka itu adalah perbuatan syirik yang jelas. Firman Allah: (maksudnya) “Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberi kepada Ibrahim sebelum itu jalan yang benar (dalam bertauhid), dan Kami mengetahui akan halnya. Ketika dia berkata kepada bapanya dan kaumnya: “Apakah patung-patung ini yang kamu berdiri di hadapannya (memujanya)? Mereka menjawab: “Kami dapati datuk nenek kami selalu menyembahnya. Ibrahim berkata: “Sesungguhnya kamu dan datuk-nenek kamu adalah dalam kesesatan yang nyata”. (Surah al-Anbiya 50-54)”
Perbuatan menyempurnakan istiadat meletak kalungan bunga di Tugu Peringatan Negara ini juga difahamkan melanggar Fatwa Mufti (Edisi 2008). Di bawah SubSeksyen 36(1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991 setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak mengikut SubSeksyen 39(6) Enakmen menyatakan, ” Meletakkan kalungan bunga di Tugu Negara sempena upacara sambutan Hari Pahlawan dan upacara-upacara lain adalah haram dan hendaklah ditinggalkan”.
1) Fatwa Mufti Pulau Pinang - Bahawa haram tiupan dan bertafakur dengan menundukan kepala selama 20 saat dengan meletakan kalung bunga ditugu, bacaan sajak yang boleh menimbulkan semangat kepahlawanan adalah diharuskan, tetapi dengan syarat tidak dilakukan dihadapan tugu, atau di dalam suasana yang dilarang oleh syarak kerana semua ini adalah upacara agama juga.
2) Fatwa Mufti Pahang - Fatwa berikut yang dibuat oleh Mufti Negeri di bawah subseksyen 36 (1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991 setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 39 (6) Enakmen itu adalah disiarkan menurut subseksyen 36(2) Enakmen itu : “Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan sempena upacara sambutan Hari Pahlawan dan upacara-upacara lain adalah haram dan hendaklah ditinggalkan.”
3) Fatwa Mufti Perlis - Berdoa di tugu peringatan adalah ditegah oleh syara’ dan hukumnya haram kerana perbuatan seumpama itu termasuk di dalam larangan firman Allah, surah al Maidah ayat 90 yang bermaksud:”Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi dan al-ansab(menyembah berhala) dan al azlam (bertenung nasib) adalah najis daripada amalan syaitan. Maka hendaklah kamu jauhkan daripadanya moga-moga kamu berjaya”.
4) Keterangan: “Al-Ansab” maknanya batu orang-orang jahiliyah sembelih korban disisinya dan beribadat kepadanya. Berdoa adalah ibadat, berdoa di batu tugu peringatan sama seperti orang-orang jahiliyah beribadat di al-Ansab yang dimaksudkan di dalam ayat 90 itu.
Kemasukan Ke Program Pascasiswazah Bagi Semester 2 (Disember) Sesi 2008/2009

Peristiwa Semasa Mikraj dan Hikmahnya
Wanita menangis meminta pertolongan, tetapi tiada yang sanggup membantu | Wanita yang berhias bukan kerana suaminya |
Wanita digantung pada rambutnya, otaknya menggelegak dalam periuk | Wanita yang tidak menutup aurat |
Wanita berkepala seperti manusia, tetapi berbadan seperti kaldai | Wanita yang membuat fitnah, bermusuh sesame jiran dan membuat dusta (domba) |
Wanita yang mukanya hitam dan memamah isi perutnya sendiri | Wanita yang menggoda dan menghairahkan lelaki |
Lelaki dan wanita yang ditarik kemaluannya ke depan dan ke belakang, dan dilontarkan mukanya ke dalam api neraka. Kemudian ditarik dan dipukul hingga keluar api neraka dari badan | Orang yang besarkan diri dan takabbur |
Lelaki dan wanita dimasukkan besi pembakar daging dari duburnya, dan keluar hingga ke mulut | Orang yang buat fitnah dan mencaci |
Wanita tergantung rambutnya di pokok zakkum, lalu dibakar api neraka hingga kering kecut tubuhnya | Wanita yang makan ubat untuk membunuh janin |
Wanita dibelenggu api neraka, mulutnya terbuka luas,keluar api dari perut | Wanita penyanyi tak sempat bertaubat |
Lelaki dan wanita yang dimasukkan api dalam perut melalui duburnya, lalu keluar dari mulut | Orang yang makan harta anak yatim |
Lelaki dan wanita yang kepalanya terbenam ke dalam api, dituang pula air panas ke badannya | Orang yang berusaha kea rah pergaduhan sesama manusia |