Santapan Rohani
Falsafah Korban Menurut Islam
Perkataan korban diambil daripada Bahasa Arab iaitu “ Qurban” yang membawa maksud menghampirkan diri atau mendekatkan diri iaitu segala bentuk ketaatan yang dilakukan untuk mendekatkan diri kepada Allah. Perkataan Qurban adalah sinonim dengan perkataan “al-Udhhiyah” yang bermaksud “sembelihan”. Dari segi syara’ pula, ia memberikan pengertian “menyembelih binatang yang dikhususkan dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah yang dilakukan pada waktu yang tertentu”.Read more...
Ibadah korban dilakukan untuk menunjukkan tanda kesyukuran kepada Allah di atas segala nikmatnya, dipanjangkan umur kesejahteraan akal fikiran dan agama sebagai ikutan kepada peristiwa Nabi Ibrahim ketika hendak menyembelih anaknya Ismail yang diadaptasikan semula oleh junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. dalam syariatnya.
Pensyariatan ibadah korban ini telah dijelaskan oleh Allah (s.w.t) didalam firmanNya dalam surah al-Kauthar yang bermaksud: “Maka sembahlah Tuhan engkau dan berkorbanlah”.
Kalimah “dan berkorbanlah” atau “wanhar” dalam ayat ini boleh diertikan dengan sembelihan yang dilakukan selepas solat Hari Raya Aidil Adha. Didalam ayat ini, perintah untuk melakukan korban diterangkan secara berturut selepas perintah sembahyang. Ini menunjukkan betapa pentingnya ibadah korban sehingga Allah memilih untuk meletakkannya seiring dengan kewajiban sembahyang. Perkara ini dikuatkan lagi dengan munajat Nabi Ibrahim yang diceritakan oleh Allah dalam firmanNya yang bermaksud, “ Sesungguhnya solatku, sembelihanku, hidupku serta matiku hanyalah untuk Allah tuhan semesta alam”. ( al-An’am : 163)
Pensyariatan mengenai ibadah korban tersebut mempunyai falsafahnya yang tersendiri iaitu bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan mengalirkan darah melalui ibadah tersebut. Konsep korban yang dijelaskan oleh syariat jika dilihat secara terperinci mempunyai beberapa rahsianya yang tersendiri yang tidak dapat dinilai melalui penglihatan mata kasar.Konsep ta’abbudiyah yang dijelaskan dalam ibadah korban ini hanyalah sebagai salah satu daripada hakikat memperhambakan diri kepada Allah kerana konsep ini jika dihayati adalah mencakupi seluruh syariat itu sebenarnya. Islam sebagai agama yang agung diatas muka bumi ini senantiasa menganjurkan umatnya untuk berkorban ke jalan Allah tanpa mengira waktu senang atau susahnya.
Apa yang penting seseorang itu mestilah bersiap sedia untuk berkorban dengan seluruh dirinya dan jiwa raganya sepertimana firman Allah yang bermaksud “ Berjuanglah kamu dengan harta dan dirimu (jiwa raga ) kejalan Allah, itu yang paling baik untuk kamu kalau kamu mengetahui” ( al-Taubah: 41). Ayat ini memerintahkan kepada kita untuk berjihad kepada Allah melalui dua cara iaitu melalui diri dan juga melalui harta. Jadi ibadah korban ini juga termasuk didalam ibadah yang berteraskan kepada harta yang memerlukan kepada kemampuan dari segi kewangan untuk melaksanakannya.Oleh itu saranan ini juga adalah untuk mengikis sifat bakhil dan kedekut yang ada pada jiwa seseorang dan melatihnya supaya ikhlas dalam melakukan sesuatu ibadah.
Selain daripada itu ibadah korban juga melatih diri dalam melahirkan individu yang berani. Tanpa keberanian sesuatu ibadah dan tuntutan Ilahi yang berbentuk pencegahan sudah pasti tidak akan terlaksana. Keberanian ini diaplikasikan di dalam ibadah tersebut dimana orang yang melakukan ibadah korban tersebut disunatkan untuk menyembelih sendiri binatang yang dikorbankannya dan jika ini tidak dapat dilakukan maka disunatkan juga untuk dia melihat dengan mata kepalanya sendiri darah yang mengalir keluar daripada binatang tersebut. Keberanian ini jika dilihat bukannya tertumpu kepada ibadah ini sahaja tetapi terdapat juga dalam ibadah-ibadah lain seperti berjihad di medan peperangan yang memerlukan kepada keberanian untuk memacu kuda, bermain senjata, memanah dan sebagainya.
Konsep kerjasama juga dititikberatkan dalam pensyariatan tersebut dimana ianya didapati melalui kerjasama semasa melakukan penyembelihan binatang korban tersebut. Kerjasama masyarakat yang menjadi amalan masyarakat Islam sebenarnya menjadi asas kepada mewujudkan masyarakat yang sihat dan saling bermuafakat dalam gerak kerja sama ada berkerjasama dalam melakukan perkara al-Ma’ruf atau mencegah daripada melakukan perkara yang mungkar.
Konsep lain yang juga diterapkan disini adalah mengenai hakikat perkongsian yang diterapkan melalui perkongsian tujuh bahagian binatang yang boleh dikorbankan. Pengkongsian yang dianjurkan oleh Islam itu bukannya sekadar berkongsi semata-mata dalam satu bahagian daripada tujuh bahagian bahkan menekankan kepada perkongsian tentang cara pengagihan supaya tidak berlaku ketidak adilan dan berat sebelah dalam mengagihkan daging binatang sembelihan. Persepakatan dalam ibadah ini juga nantinya akan melahirkan sifat toleransi dalam masyarakat dimana seseorang dalam bahagiannya akan bertolak ansur dengan yang lainnya dan meredhai antara satu sama lain tanpa mempertikaikan tentang banyak atau kurangnya bahagian yang diterima.
Pendek kata amalan korban tersebut bukannya untuk melahirkan manusia yang mementingkan diri sendiri,ego dan sebagainya tetapi adalah untuk mewujudkan ikatan ukhuwwah dan menjalin kerjasama antara masyarakat setempat untuk melahirkan ummah yang utuh demi kepentingan agama yang dicintai.
Majlis Konvokesyen Universiti Malaya 2011


Setelah bergelumang hampir 4 tahun antara belajar, kerjaya dan jama'ah, hari ini admin berjaya menamatkan penantian tersebut dengan menggenggam segulung ijazah sarjana..
Majlis Khatam Al-Quran dan Penutup Program Ihya' Ramadhan 1432H - 1
Mantan Ketua Pemuda Dipilih Sebagai YDP Pas Kawasan Tg Malim
Isnin, April 25, 2011

Sekalung tahniah kepada Tn Hj Aminuddin bin Zulkipli yang telah dipilih sebagai YDP yang baru bagi sesi 2011-2013 pada pemilihan Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kawasan Tg Malim yang diadakan pada 24 April bertempat di Markas Pas Serigala.
Dewan Pemuda akan sentiasa memberi sokongn dan dokongan bagi memajukan lagi Pas Tanjong Malim pada masa akan datang.
Semoga Tn Hj Aminuddin dapat memikiul amanah ini sebaik mungkin dengan dibantu oleh barisan jawatankuasa yang terdiri daripada gabungan muka lama dan muka baru.
Isu Video Seks : Suara Mufti Ditunggu
Jumaat, April 01, 2011
Di mana para ulama dan mufti dalam isu yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim? Umno sebenarnya yang menutup mulut mufti dari memberi pandangan berhubung isu video seks yang didakwa membabitkan Ketua Pembangkang
Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini
Mesyuarat Agung PAS Kawasan Tanjong Malim
PAS kawasan Tanjong Malim akan mengadakan Mesyuarat Agung pada 10 April 2011 bertempat di Markaz PAS Kawasan Serigala. Mesyuarat akan dimulakan pada jam 8.30 pagi.
Read more...Program Usrah Terus Subur
Program usrah PAS cawangan Klan nampaknya terus subur sejak bermula tahun 2011. Selain daripada membaca Al-Ma'thurat, pendedahan terhadap bahan usrah dan huraian tafsir / hadis turut menambahkan thaqafah dan motivasi ahli. Perbincangan usrah diakhiri dengan perbincangan isu-isu semasa. Semoga program usrah di kawasan Tanjong Malim terus hidup.
Read more...Peperiksaan Memohon Tauliah JAIPk 2011
26 Mac 2011 - Hari ini diadakan Peperiksaan Memohon Tauliah JAIPk 2011. Peperiksaan tersebut diadakan selama 2 hari. Antara mata pelajaran yang dinilai ialah Feqah, Tauhid, Sirah, Tafsir, Hadis dan Tasauf. Ramai juga pemohon yang ingin mendapatkan tauliah tersebut. Bagi admin, tauliah bukanlah mencari habuan dunia, sebaliknya hanya sebagai lesen bagi melengkapkan kerja-kerja dakwah sahaja. Nampaknya, ramai juga dalam kalangan pemohon yang datang menjalani peperiksaan sedikit merungut kerana kerja yang mulia (menyampaikan ilmu kepada masyarakat) perlu mengikuti peperiksaan. Ramai yang datang mempunyai pelbagai latarbelakang, seperti pondok, universiti Al-Azhar, Syria, Yaman, Jordan, Indonesia, Pakistan dan lain-lain.
Admin sendiri pun memiliki tauliah, tetapi dari negeri lain dan tidak digunapakai di negeri ini. Harapnya, pada masa akan datang akan lebih dipermudahkan Allah s.w.t.
Ulang Tahun Perkahwinan Yang Ke-4

12 Mac 2011 - Hari ini genap 4 tahun usia perkahwinan admin bersama zaujah. Insyaallah, ikatan ini terus kekal dan kehadiran 2 orang cahaya mata yang comel, Muhammad Faiz Farhan (hampir 3 tahun) dan Nur Aisyah Humaira' (1 tahun lebih) menjadi penyeri kehidupan.





























