Maksud Ayat : ... pada hari ini telah Ku-sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-redhai Islam itu menjadi agama bagimu... (Surah al-Maaidah : 3)
Photobucket

Selasa, April 14, 2009

Dakwah Kepada Non Muslim





Zaman Rasulullah dahulu, Baginda merupakan perintis kepada gerakan dakwah kepada bangsa Arab dan 'ajam. Tidak terkecuali bangsa Yahudi dan Nasrani. Baginda menghantar beberapa risalahnya yang masyhur dan ditambah dengan guru untuk mengajar dan mendidik. Zaman baginda, semua agama selain Islam turut mengiktiraf agama Islam dan keperibadian unggul Baginda. Sifat terpuji tersebut telah menarik golongan non muslim termasuk Yahudi untuk menganut Islam. Antara tokoh Yahudi yang dipaparkan dalam sejarah ialah Abdullah bin Salam. Tetapi realitinya, bagaimanakah pula konsep dakwah Islamiyah bergerak pada hari ini. Adakah melalui qudwah hasanah sebagaimana baginda, atau melalui pelbagai ruangan yang lain seperti penulisan dan penerangan. Tindakan Nga Kor Meng, Setiausaha DAP Perak membaca sepotong ayat al-Quran beserta terjemahannya semasa berceramah dan berkempen di Bukit Gantang tidak wajar dipolitikkan. Adakah menjadi kesalahan kepada seorang berbangsa Tionghua memetik sedikit ayat al-Quran semata-mata untuk memotivasikan segelintir masyarakat Melayu beragama Islam tetapi tidak mengamalkan Islam sebagai ad-Din? Kalau seorang non muslim boleh mendekati Islam melalui al-Quran, orang Melayu bila lagi agaknya. Pemimpin UMNO dan BN yang pandai bercakap tidak pula menjadikan ayat al-Quran sebagai hujjah atau Islam sebagai manhajul hayah.

Read more...

Jumaat, Mac 27, 2009

Letihnya Buat Master





Hari ni daku ke UM Kuala Lumpur. Esoknya akan ke Kuala Lumpur. tapi bertindan dengan Kursus Dalam Perkhidmatan (LDP) peringkat Daerah Batang Padang, Perak. Terpaksalah kena berkorban, mana-mana satu. Satu di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, satu lagi di Dewan Felda Trolak Jaya, Sungkai, Perak. Kedua-duanya wajib. Lusa pula akan ke penamaan calon Bukit Gantang. Sebenarnya ini bukan kali pertama situasi demikian, bahkan berkali-kali. Ditambah pula dengan anak dikasihi, Muhammad Faiz pula tinggal bersama. Sebab Ummi sambung belajar kat UPSI, terpaksalah abi jadi ummi...Itulah rutin harian yang perlu dihadapi oleh pelajar ijazah tinggi dan 'amilin sebuah gerakan Islam. Nampaknya tak siap-siap juga, tapi kuatkan semangat dan jangan putus asa.

Read more...

Ahad, Mac 22, 2009




21 Mac, Sabtu - Tahniah kepada Ustaz Maimon binti Mohd Hasim, Ketua Panitia Agama Islam SK. Besout 4 yang selamat mengadakan kenduri perkahwinan anakanda sulungnya, Along dan menyambut menantu di Ipoh. Along yang merupakan seorang graduan dan sedang berkhidmat di Hospital Taiping selamat diijabkabulkan dengan pasangannya seorang tentera laut. Baarakallahu lakuma... Tahniah dan semoga berbahagia hingga ke anak cucu.

Read more...








21 Mac, Sabtu - Student DPLI UPSI ambilan Januari 2009 telah mengadakan Rehlah Kasih ke Kolumpang Resort Training Centre. Pada asalnya, hanya penuntut UPSI sahaja yang mengada dan menyertai program berkenaan, tetapi setelah bersembang dengan zaujati, ternyata beliau berkeinginan sangat agak ambo dan Faiz, cahaya mata sulungku ke sana. Bertolak seawal pagi dari Besout 4 dan solat subuh di Masjid Slim River, kami sekeluarga tiba di UPSI, seterusnya ke KRCC seawal jam 8.30 pagi. Tahniah diucapkan kepada student UPSI yang berjaya mengadakan program dengan sebaik mungkin. Ada sukaneka, cari harta karun, mandi manda, jungle tracking dan sebagainya. Faiz pula nampaknya menjadi sasaran sang ibu dan gadis UPSI yang turut serta dalam program berkenaan, tapi.... nangis.

Read more...

Menanti Giliran Presiden UMNO Diarah Lepaskan Jawatan




Larangan bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO kepada Datuk Seri Mohd Ali Rustam pada pemilihan kali ini telah menimbulkan pelbagai reaksi. Apa yang bersahaja, ramai juga yang agak terkejut. Macam-macam telahan timbul kononnya kambing hitam, tak kurang juga kambing putih. Yang terkejut mungkin di kalangan penyokong dan pengikut pemimpin berkenaan. Mungkin tak puas hati, mungkin juga melepas. Awal-awal lagi gagal dapat habuan lebih. Mungkin targetnya dapat, sebab dah selalu turun macam durian runtuh. Bagi yang tak terkejut mungkin mereka dah tahu siapa Ali Rustam. Memang patut kena dengan Lembaga Disiplin parti. Tetapi hakikatnya, beberapa pemimpin yang dikenakan tindakan melanggar etika UMNO sebenarnya hanya sekelumit sahaja berbanding ramai lagi di luar sana. Itu baru setakat tak boleh bertanding, belum lagi kena letak jawatan Ketua Menteri dan pelbagai lagi jawatan. Kalau nak berubah, ubahlah semuanya...rakyat pandai membuat penilaian.

Read more...

Ahad, Mac 15, 2009

Bangga Jadi Anak Kelantan.. Tahniah Adik Nik Nurmadiha








Saya sebagai salah seorang guru j-QAF di sekolah ini melahirkan perasaan bangga dan gembira kerana negeri kelahiran saya, Kelantan telah berjaya melahirkan ramai murid, pelajar dan graduan berbakat, berjaya dan berkemahiran tinggi dalam apa jua bidang. Kejayaan demi kejayaan telah diraih. Tahun lepas adik Siti Fatimah Mokhtar berjaya dalam SPMnya. Terdahulu adik Abdullah Fahmi menjuarai AQ1. Terbaru, kejayaan adik Nik Nur Madihah yang berjaya memperolehi 20A dalam SPM yang baru diumumkan. Mengenang kejayaan tersebut, ramailah rakyat Malaysia tertanya-tanya apa resipi kejayaan tersebut. Kelas tambahan di sekolahkah? atau kelas tuisyen elit? atau sekolah berasramakah? Ikut kem motivasi manakah? atau apa-apa lagi... Pendedahan adik Nik Nur Madihah tentu sedikit sebanyak mengejutkan ramai pihak. Tidak pernah ikut kelas tambahan luar, yakin pada guru yang mengajar di sekolah, banyakkan solat hajat dan tahajjud serta senantiasa berpuasa dan belajar pada waktu pagi. Sewajarnya itulah rutin sebagai seorang student muslim. Bagaimana dengan masyarakat hari ini, kenapa susah belajar, banyak gejala sosial, bahan siber terlampau, akhlaq yang teruk dan ... lagi.

Read more...

Dakwah Agenda Mulia, Teruskan Lagi Dakwah JAIP






Terima kasih kepada Jabatan Agama Islam dan Istiadat Perak (JAIP) yang telah melantik saya ke jawatan Guru Agama Dakwah Negeri Perak (kawasan Tapah) berkuatkuasa 01 Januari 2009. Insyaallah, platform ini akan saya gunakan sebaik mungkin untuk menyebarluaskan Islam di negeri ini.

Read more...

Lesen Dah Dapat, Khidmat Juga Perlu Ditingkat






12 Mac 2009 – Hari ini hari paling gembira dalam hidupku. Apa tidaknya masa yang dinanti-nantikan akhirnya tiba juga. Pengesahan dalam perkhidmatan daripada SPP akhirnya sampai juga. Terima kasih kepada pihak sekolah yang membantu. Nampaknya peluang untuk meningkatkan potensi diri cerah. Setelah 3 tahun lebih di SK. Besout 4, nampaknya bermacam-macam cabaran dan mehnah yang ku hadapi. Moga hati ini terus tabah menghadapi kerenah anak didik dan ibubapa.

Read more...

Happy Aniversary My Wife, Moga Kekal Abadi








11 Mac 2009, Rabu – Selamat Menyambut Ulang Tahun Ke-2. Hari ini genap dua tahun perkahwinan kami. Ini bermakna telah dua tahun kami hidup bersama. Lebih meriah dengan lahirnya orang ketiga. Empat belum lagi ye...Kelahiran Muhammad Faiz Farhan, 10 bulan 21 hari pada 20 April 2008 memeriahkan lagi suasana kehidupan berkeluarga. Insyaallah Insyaallah 20 April nanti genap setahun usia Faiz. Nampaknya tak sabar-sabar nak berjalan. Bercakap dah banyak, tetapi dalam bahasa baby. Hanya baby-baby sahaja yang faham.

Read more...

Sabtu, Januari 24, 2009

Cara Menutup Aurat Yang Betul Bagi Wanita




Semoga kalian menjadi wanita solehah yang dikasihi Allah, dicintai suami dan ibu idaman anak-anak bakal penghuni syurga-Nya.

Read more...

Ahad, Januari 11, 2009






Boikot Semua Barangan Yahudi dan Israel




Sehingga artikel ini ditulis, jumlah mangsa keganasan dan korban rasmi yang dicatatkan di Gaza telah meningkat mendadak sehingga hampir 900 orang dan lebih 3000 orang tercedera, walaupun serangan baru sahaja mencecah hampir 2 minggu. Entah bila agaknya Yahudi dan Israel akan menamatkan kekejaman mereka. AS, Britain dan sekutu mereka ternyata berdiam diri seribu bahasa tampak seolah-olah tiada perkara yang berlaku. Ternyata nyawa umat Islam Palestin di tangan mereka tiada harganya. Kalau kita meninjau kembali ke dalam Talmud dan 24 Protokol Zionis hasil tangan-tangan mereka pun, kita mendapati para Yahudi dan Israel menghalalkan darah, maruah dan jiwa umat Islam dinodai dan dipijak-pijak selumat-lumatnya. Seluruh pemimpin dunia ada yang bersidang dan tak kurang juga yang cuba menandatangani gencatan senjata, tetapi ia hanya mampu bertahan selama 3 hari sahaja. Bahkan Israel dengan sinis dan sewenang-wenangnya memperkotak-katikkan para pemimpin Arab bahawa merekalah yang berkuasa semenjak berjaya menduduki Baitul Maqdis pada tahun 1948 secara haram hingga kini. Para pemimpin Arab telah diasak dengan pemikiran arab secular dan bukannya arab islam. Fahaman demokrasi asahan AS dan sekutunya begitu menebal sepertimana tebalnya fahaman sekular di bawah kepimpinan seorang yahudi berbangsa Turki bernama Mustafa Kamal Attarturt dan menumbangkan sistem khilafah Islamiyah. Presiden Hosni Mubarak, Raja Abdullah Jordan, Raja Saudi Arabia, pemimpin Syria, Kuwait, Qatar, Iraq, UEA dan berpuluh negara umat arab dan Islam lainnya hanya duduk menongkat dagu termanggu, berpeluk tubuh kaku, hanya tunggu dan lihat tanpa ada sebarang tindakan drastic yang berkesan. Setakat ini yang bertindak mempertahankan diri adalah Hamas sendiri dan laungan jihad daripada Hezbollah dari Labenon. Kedua-dua pasukan jihad tersebut pernah bertempur samada dalam pilihanraya mahupun medan perang. Israel pernah dimalukan oleh Hezbollah pimpinan Syeikh Hassan Nasrullah dalam serangan mereka ke atas Syria setahun yang lepas. Manakala Hamas pula yang diasaskan oleh Syeikh Ahmad Yasin mencatat sejarah apabila pernah memenangi pilihanraya umum di Palestin mengalah kerajaan pimpinan Fatah dan banyak menjaga kebajikan hal-ehwal Islam di sana. Seterusnya Ismail Haniya dilantik sebagai Perdana Menteri Palestin, namun Fatah pula yang semenjak dahulu yang banyak berkrompomi dengan Israel tetap meneruskan agenda kebangsaan mereka apabila senantiasa bersidang di meja bulat bersama Netayahu, Sharon dan Olmert. Lebih parah, Israel pula menyalurkan bantuan kepada Fatah untuk menumbangkan Hamas di Palestin. Kini, sejarah telah membuktikan bahawa perjuangan umat Islam Palestin terletak di bahu Hamas dan umat Islam seluruh dunia. Manakala para pemimpin dunia termasuk Liga Arab dan OIC hanya banyak beretorik, hipokrit dan berkepentingan sahaja. Justeru, marilah kita umat Islam membantu pergerakan Hamas dengan menyalur sumbangan bantuan untuk mangsa serangan, boikot semua barangan keluaran AS dan sekutunya tanpa bermusim. Hakikatnya terbukti apabila Denmark yang pernah menghina Islam menerusi karikaturnya telah kerugian jutaan ringgit dalam masa satu hari. Ayuh umat Islam, teruskan usaha kearah itu dan perbanyakkan doa dan qubut nazilah sepanjang masa.

Read more...

Faiz Bersama Pengasuh Ketiga



Dalam usia lapan bulan lebih, Faiz nampaknya lebih banyak tinggal bersama Kak Ina kerana Abi mengajar di sekolah pada waktu pagi dan petang, manakala Ummi pula mengikuti kursus Pendidikan islam di UPSI, Tanjong Malim. Jarak 70 km tidak memungkinkan Ummi atau Abi berulang alik setiap hari kerana jadual waktu yang padat saban hari. Kalau tahun lepas, Faiz pernah tinggal bersama Imam Hamdan dan Mat Som, tetapi nampaknya tahun ini berbeza sikit. Kalau dahulu bermula jam 3.00 ptg hingga 5.30 ptg kerana Ummi mengajar di SAR, tetapi kini Faiz bersama Kak Ina boleh dikatakan sepanjang hari dan malamnya pula bersama Abi.

Read more...

Rabu, Disember 24, 2008

Selamat Pengantin Baru Ustaz Hafiz dan ustazah Siti Rohani




20 Disember 2008 – Selamat pengantin baru diucapkan kepada dua orang bekas pelajar KIAS, Ustaz Mohd Hafiz bin Mahmud dan pasangannya Ustazah Siti Ruhani binti Abd Samat yang telah mendirikan rumah tangga hari ini. Ustaz Hafiz merupakan siswa Maahad Dakwah wal Imamah (sebelum ditukar kepada KIAS) sesi 1999/2002 manakala Ustazah Siti Ruhani pula siswi Diploma Usuluddin 2000/2003. Kedua-dua mereka merupakan bekas pimpinan PMKIAS di mana Ustaz Hafiz merupakan bekas presiden PMKIAS sesi 2000/2001 dan isterinya bekas exco PMKIAS 2001/2002. Ustaz Hafiz yang juga merupakan bekas Yang di Pertua KPKM Mesir kini bertugas sebagai guru di sebuah sekolah YIK di Pasir Puteh manakala Ustazah Siti Ruhani juga bertugas sebagai guru YIK di Gua Musang. Majlis kesyukuran telah diadakan hari ini di rumah Siti Ruhani di Kg Pangkal Gong, Pulai Chondong. Tahniah diucapkan kepada pasangan ini. Bagaimanapun, penulis sekeluarga berkesempatan berkunjung ke rumah pengantin perempuan pada petang 23 Disember di Pulau Chondong.

Read more...


PAS Selangor melalui detik bersejarah dengan kemasukan Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan, Kapten (B) Dato' Zahar Hashim beserta 13 orang AJK bahagian dan 28 orang Ketua Umno cawangan hari ini. Beliau digantung jawatannya oleh Majlis Tertinggi Umno berikutan kelantangannya membuat teguran terhadap kepimpinan parti yang didokonginya selama 26 tahun. Selama lapan bulan masa diambil untuk berbincang mengenai pro dan kontra menyertai parti pembangkang (yang sudah menjadi kerajaan di Selangor) sesama rakan-rakan Umno di PJ Selatan. 26 tahun menganggotai Umno, sebagai Ketua Bahagian, Ahli Dewan Undangan Negeri, banyak lagi faedah, kemudahan sebagainya telah dinikmati beliau dan rakan-rakan.

Keputusannya menyertai PAS tidak didorong sesiapa, tiada permintaan apa-apa, tiada tawaran apa-apa, katanya beliau sudah lama memikirkannya, sejak Mac 2008 lagi. Bahkan keperluan material bukan matlamat untuk menyertai parti pembangkang. tahniah kepada beliau, semoga senantiasa istiqamah dengan kemasukan tersebut. Lain padang, lain kemuncupnya ...

Read more...

Tanggal 20 Disember baru-baru genaplah 8 bulan usia faiz. Harapan buat anakanda tersayang agar senantiasa sihat walafiat selalu. Anugerah anak daripada Allah kadang kala diuji dengan seribu macam kesulitan. Sebagai ibubapa pastinya perlu banyak bersabar dengan pelbagai kerenah anak yang tidak diduga. Kini dengan usia tersebut, anakanda sudah boleh berdiri dan ...

Read more...

Selasa, Disember 23, 2008

Hilangnya Sebutir Permata






Tahun 2009 bakal menyaksikan perjuangan dan pengorbanan PAS Kawasan Tanjong Malim bakal teruji lagi. Terdahulu, setelah penghijrahan AF Ust Zulqarnain Hj. Hassan ke Kelantan kerana menguruskan ayahanda yang sakit (jumpa doktor pakar), seterusnya memaksa beliau menukar haluan dengan bertugas sebagai pensyarah di KIAS, Nilam Puri dan meninggalkan jawatan PK. HEM Maahad al-Abbasiyah, Sungkai, Perak. Pernah menjawat jawatan sebagai Setiausaha Dewan Ulama’ Negeri Perak, YDP PAS Kawasan Tanjong Malim dan calon pilihan raya N.58 Slim dalam pilihanraya umum ke-12 baru-baru ini. Dan terkini, Dewan Pemuda PAS Kawasan Tanjong Malim pula akan lebih merasai situasi yang sama apabila Cikgu Asri Abdul Hamid pula bakal meninggalkan alam kepemudaan PAS Tanjong Malim setelah kembali ke kampung halaman di Sik, Kedah dan bertugas di sana. Beliau bertugas di SMK(F) Besout selama hampir 10 tahun dan pernah memegang pelbagai jawatan penting dalam pemuda dan MTD. Jawatan Bendahari, Lajnah Ekonomi, Jabatan Pasti dan Portfolio Keculaan adalah sebahagian daripada jawatan yang pernah disandang beliau. Juga merupakan seorang yang aktif di sekolah dengan jawatan Setiausaha PIBG dan sukan sekolah.

Read more...

Perginya Seorang ‘Amilin




Semasa artikel ini ditulis, sudah hampir sebulan pemergian ayahanda Yusuf yang lebih dikenali “Ayah Mat” ke Rahmatullah akibat kanser. Beliau mula dilantik sebagai Penghulu di Mukim Pasir Kelang, Kuala Krai, Kelantan sejak kemenangan APU dalam pilihan raya 1990 sehinggalah 15 tahun kemudian akibat masalah kesihatan. Beliau yang ringan tulang, mudah didekati, mesra dan suka berterus terang tanpa berselindung adalah seorang petugas atau “’amilin” dalam kerja-kerja jamaah, politik dan kemasyarakatan. Beliau ayahanda angkat penulis semasa berlangsungnya Projek Bakti Siswa (Baksis) pada April 2001 di sana sehinggalah ke hari ini. Dikenali kerana kebun yang luas hinggakan orang tempatan menggelarkannya “Pok Mat Sodok”, suatu istilah yang sinonim dengan beliau lantaran kegigihan dan bersiap sedia dalam apa jua situasi. AL-FATIHAH untuk Allahuyarham …

Read more...

Selasa, Disember 02, 2008

Kepada sahabat yang telah menghadiri temuduga Diploma Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI)Ambilan Januari 2009, semakan kemasukan ke IPTA boleh dibuat mulai sekarang. Klik here

Read more...


Untuk download teks khutbah Teks Khutbah 'Aidil-Adha 1429H, anda boleh klik di sini

Read more...


Dewan Pemuda PAS Pusat terlebih dahulu mengucapkan takziah kepada Isteri dan seluruh ahli keluarga MP Kuala Terengganu merangkap Timbalan Menteri Pelajaran Dato' Razali Ismail yang meninggal dunia di Genting Highland jam 6.30 petang kelmarin .

Beliau merupakan ahli parlimen Kuala Terengganu selama dua penggal berturut-turut. Difahamkan Allahyarham Dato' Razali 59' , rebah etika bermain badminton di institut Aminudin Baki. Semoga mencucuri rahmatnya kepada almarhum dan menggolongkannya dikalangan hamba - hambanya yang soleh .

Dalam pilihanraya umum Mac lalu, beliau menewaskan Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu dan calon bebas, Maimun Yusuf. Dato' Razali menang dengan majoriti tipis 628 undi. Allahyarham mendapat 32,562 undi, manakala Mohamad memperolehi 31,934 undi. Maimun, seorang nenek yang dipercayai calon paling tua, pula mendapat 685 undi. Berikutan kematian al marhum , satu pilihanraya kecil akan diadakan Kuala Terengganu dalam tempoh 60 hari ini .

Umumnya dalam apa jua keadaan , Dewan Pemuda PAS telah diletakkan dalam keadaan bersiap sedia menghadapi pilihanraya samaada pilihanraya umum atau pun pilihanraya kecil . Ekoran kekosongan kerusi di Parlimen KuaLA Terengganu dengan kembalinya penyandang MP sebelum ini ke rahmatillah , insyaallah Dewan Pemuda PAS Pusat akan segera memanggil seluruh exconya untuk mengadakan mesyuarat bagi menyusun tindakan akhir demi merampas kembali kerusi Parlimen Kuala Terengganu .

Sebelumnya , Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu pasti sahaja telah meletakkan seluruh kekuatannya mengambil peranan utama bagi menggerakkan jentera pilihanraya pemuda menghadapi pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu ini Insyaallah .

Bahkan saya mengharap agar semua anggota pemuda di seluruh negara bersiap sedia dengan segala upaya untuk bila - bila masa dikerah turun bagi membantu jentera PAS memenangi semula kerusi Parlimen Kuala Terengganu itu .

Berasaskan statistik pilihanraya lepas dan perkembangan politik tanahair dewasa kini , saya yakin kita ( PAS ) mampu memenangi kerusi Parlimen Kuala Terengganu .


Justeru itu , persiapan yang saya maksudkan tadi bukan sahaja terhenti pada persiapan material dan fizikal tetapi apa yang lebih penting ialah persiapan spiritual berupa munajat dan pergantungan kepada Allah swt .

Mulai sekarang , semua pemuda jangan lupa untuk terus menitip doa ke hadhrat Azza wa Jalla sebagaimana biasa atau rutin kita lakukan dalam kehidupan kita sebagai seorang pejuang agar Allah swt terus membekalkan kekuatan dan ketabahan serta kesabaran untuk mara berjuang memburu kemenangan bagi Islam atau kita syahid kerananya .

Aktiviti dakwah fardiyyah sewajarnya di pertingkatkan lagi oleh semua anggota pemuda bukan sahaja terhad kepada kawasan pilihanraya semata - mata tetapi disemua peringkat dan kawasan setelah banyak perkara yang telah kita lakukan dalam usaha memahamkan masyarakat kepada Islam dan perjuangannya. Kerana kita tidak pernah berpuas hati apa yang kita lakukan . Insyaallah kita pemuda PAS akan senantiasa melakukan suatu yang terbaik demi perjuangan Islam ini .

Kita masuk pilihanraya dan kita hadapi pilihanraya adalah kerana Islam . Kita mahu kemenangan adalah kerana Islam . Kita mengharapkan kita berjaya untuk terus memartabatkan Islam di negara kita ini khasnya .

Sekali lagi , kepada seluruh anggota pemuda PAS khasnya pemuda PAS Terengganu agar siap untuk kita menawan kembali kerusi Parlimen Kuala Terengganu .

Read more...

Sambutan Hari AIDS Sedunia 2008

Isnin, Disember 01, 2008


Tanggal 1 Disember 2008 merupakan ulang tahun ke-20 sambutan Hari AIDS Sedunia yang mula diperkenalkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 1988. Konsep Hari AIDS Sedunia bermula pada 1988 dengan Sidang Kemuncak Menteri-Menteri Kesihatan Sedunia untuk Program Pencegahan AIDS. Semenjak tahun itu, Hari AIDS Sedunia disambut di seluruh dunia dengan membawa slogan dan tema yang berbeza hampir setiap tahun. Tema yang berbeza-beza diberikan WHO adalah berkaitan dengan kumpulan sasaran dan hala tuju tertentu dalam usaha menentang penularan HIV dan AIDS bagi tahun tersebut.

Untuk tahun ini, ‘kepemimpinan’ dipilih sebagai tema sambutan kerana telah terbukti bahawa komitmen yang baik dan berterusan oleh pemimpin amatlah penting bagi memastikan kejayaan sesuatu usaha menangani masalah tertentu, terutama sekali dalam aspek menangani wabak HIV/AIDS. Kepemimpinan yang baik datang dari pemimpin yang berani bertindak, inovatif, berwawasan dan sanggup bertahan dalam menghadapi rintangan dan cabaran yang mendatang.

Dalam aspek HIV/AIDS, kepemimpinan amat penting dan perlu ada di setiap peringkat iaitu peringkat keluarga, masyarakat, negara dan antarabangsa. Tema sambutan ini diharap dapat membantu menggalakkan usaha kepemimpinan serta melahirkan jaguh menentang AIDS di setiap sektor dan peringkat masyarakat di Malaysia dan juga di peringkat antarabangsa.

Ini dapat dilihat melalui aktiviti-aktiviti sambutan yang telah dirancang dan dilaksanakan di seluruh Malaysia.

Aktiviti :

Seperti tahun-tahun sebelumnya, kempen sambutan Hari AIDS Sedunia 2008 tertumpu kepada aktiviti-aktiviti yang dapat memberi kesedaran kepada masyarakat. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dirancang sempena kempen sambutan Hari AIDS Sedunia tahun ini ialah :




  • Sambutan Hari AIDS Sedunia Peringkat Kebangsaan dan Negeri.

  • Seminar berkaitan Kepemimpinan di peringkat agensi kerajaan, badan bukan kerajaan dan individu dalam menangani HIV/AIDS.

  • Larian AIDS oleh Persatuan Pegawai Penerangan (Pelajaran Kesihatan) dengan kerjasama Kelab PROSTAR Malaysia.

  • Aktiviti pendidikan kesihatan di kemudahan kesihatan dan hospital kerajaan.

  • Aktiviti pendidikan kesihatan melalui media massa.

Maklumat lanjut : Sila klik

Read more...

Sikap ibu bapa antara punca anak lupa agama

Hakikatnya, bukan wanita saja yang lupa pada agama. Lelaki juga bahkan tanggungjawab mereka sebenarnya lebih berat kerana Allah (SWT) meletakkan kelebihan kepada lelaki sehingga mereka menjadi pelindung kepada wanita. Jika ramai wanita hari ini melupakan agama, sebahagiannya berpunca daripada lelaki yang juga meninggalkan agama sehingga mereka gagal melindungi wanita mereka daripada melanggar hukum agama.

Apakah gejala lupa kepada agama berpunca daripada kurangnya pendidikan ibu bapa? Pernyataan itu sebenarnya menggambarkan apa yang disebut Rasulullah SAW dalam hadisnya yang bermaksud: "Setiap anak Adam itu dilahirkan dalam keadaan fitrah, ibu bapanya yang menjadikan ia Yahudi, Majusi dan Nasrani".

Ibu bapa adalah madrasah (sekolah) pertama bagi anak. Sebelum anak dihantar ke institusi pendidikan formal bermula dari tadika, sekolah dan peringkat lebih tinggi, anak mempelajari asas pembentukan pandangan hidup (akidah) dan sahsiah (keperibadian dan akhlak) daripada ibu bapa mereka. Inilah objektif pendidikan sebenar. Pendidikan ialah menurunkan nilai sehingga lahir insan mempunyai pegangan hidup yang mantap dan jitu. Bagi umat Islam, nilai itu ialah nilai Islam yang berteraskan tauhid. Asas tauhid yang mantap menatijahkan tingkah laku, tutur kata dan tindakan didasarkan tuntutan syariat Islam.

Jika hari ini kita melihat anak perempuan dan lelaki mendedahkan aurat, bergaul bebas tanpa batas, terbabit dengan pelbagai gejala sosial, maka itu adalah natijah daripada pendidikan yang mereka terima di rumah - pastinya tidak menepati apa yang dikehendaki Islam.

Mereka mungkin terpelajar dan mencapai kejayaan cemerlang dalam akademik, tetapi itu bukan matlamat pendidikan. Pendidikan Islam bukan sekadar menguasai bidang teknikal dan akademik, tetapi lebih menjurus pemupukan nilai dan pembentukan akhlak. Ia tidak bermakna Islam mengetepikan akademik kerana ia adalah bahagian penting daripada pembinaan kebudayaan dan tamadun, tetapi mesti diasaskan atas pendidikan tauhid yang mantap. Beberapa kajian menunjukkan kesilapan mendidik anak pada peringkat awal (antara umur tiga hingga tujuh tahun) menyebabkan kecelaruan nilai dan keruntuhan akhlak pada peringkat umur 13 hingga 20 tahun.

Berdasarkan penilaian ini, masalah yang berlaku pada kelompok umur remaja sebenarnya boleh dikesan pada peringkat awal pendidikan. Siapakah yang bertanggungjawab pada peringkat umur di bawah tujuh tahun kalau bukan ibu bapa. Boleh kita simpulkan di sini ibu bapa menjadi satu daripada punca kepada sikap umat Islam yang melupakan agama mereka hari ini.

Pendidikan awal penting dan Rasulullah SAW berpesan kepada ibu bapa supaya menyuruh anak mendirikan sembahyang pada usia tujuh tahun. Ia bermakna pada umur itu anak tadi sudah patut menerima dan mematuhi suruhan agama. Ia juga bermakna anak sudah terbiasa dengan suasana ibu bapa dan keluarga yang mendirikan dan mementingkan ibadat solat di rumah. Jika mereka tidak terbiasa melihat ibu bapa dan seisi keluarga mendirikan solat, bagaimana mungkin anak boleh meniru dan melakukan perbuatan sama.

Sebenarnya, ini juga satu isyarat bahawa pendidikan yang sebenar ialah dengan amal. Pendidikan hanya akan berlaku apabila pengajaran berlaku dalam bentuk amal, bukan dalam bentuk kata-kata. Ia juga menunjukkan hanya ibu bapa yang terdidik dengan kehidupan Islam mampu mendidik anak dalam acuan dikehendaki agama. Kemudian kita lihat Rasulullah SAW menyuruh ibu bapa memukul anak yang masih meninggalkan solat ketika berusia 10 tahun. Pengajarannya ialah apabila anak sudah berusia 10 tahun, nilai kehidupan sepatutnya sudah mewarnai jiwanya sehingga dia akan melakukan suruhan agama dan meninggalkan larangannya tanpa disuruh.

Jika masih meninggalkan solat pada usia itu, ia satu petanda nilai belum terbina dengan baik sehingga hukuman perlu digunakan bagi memperbetulkan keadaan. Apabila anak memasuki umur baligh keadaan menjadi lebih sukar jika jiwa mereka tidak dipupuk dengan nilai yang berlandaskan syariat Islam.

- Penulis ialah pensyarah di Universiti Putra Malaysia dan boleh dihubungi di e-mel wanitajim0@yahoo.comThis e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it

Read more...

Al-Fatihah




26 November - Hisyam Mat Jusoh, sahabatku di SMU(A) Arabiah Pasir Mas meninggal dunia dalam kemalangan di Kg. Nyiur Tujuh, Jerteh, Terengganu. Aku tak sempat menziarahi jenazah beliau, bagaimana pun berkesempaan bertahlil pada malam kedua dengan widda, juni an gulit. Berita lanjut boleh dibaca di blog sahabatku : Widda

Read more...

Selamat Hari Lahir Buat Presiden PAS

Isnin, Oktober 20, 2008

"Tanggal 20 Oktober 1947, lahirlah seorang pejuang Islam yang bernama Abdul Hadi bin Awang.... Tanggal 20 Oktober 2008, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang akan berumur 61 tahun, Selamat Hari Lahir, buat Tuan Guru. Semoga Hari ini lebih baik daripada hari semalam..... Semoga Tuan Guru dikurniakan nikmat panjang umur dan bagi meneruskan perjuangan ini. Semoga perjuangan Tuan Guru terus berterusan dengan semangat yang membara dengan obor-obor perjuangan Islam yang berpandukan Al-Qur'an dan Al-Sunnah.


Read more...

Ustaz Wan Mahmud Kembali Ke Rahmatullah

Selasa, Oktober 14, 2008

11 Oktober 2008 – Bekas pensyarah subjek Bahasa Arab KIAS yang cukup dikenali di kalangan bekas-bekas pelajar khususnya, Ustaz Wan Mahmood bin Daud meninggal dunia hari ini kira-kira pukul 9.00 pagi di rumahnya di Pasir Puteh. Allahyarham merupakan tenaga pengajar di KIAS selama hampir 7 tahun dan mengambil cuti sakit pada pertengahan tahun 2005 akibat barah otak yang dihidapinya. Bagaimanapun, allahyarham tidak dapat menyambung kembali perkhidmatan di KIAS kerana penyakitnya tidak berjaya diubati. Jenazahnya telah disembahyangkan di Masjid Pondok Tok Guru Daud Bukit Abal iaitu masjid allahyarham bapanya sendiri yang merupakan seorang tuan guru yang terkemuka. Turut sama hadir untuk menyembahyangkan jenazah ialah Ketua Ekesekutif KIAS, Dr Johari bin Mat serta para pensyarah yang lain. Tidak ketinggalan beberapa orang bekas pelajar KIAS yang turut sama hadir mengiringi perjalanan terakhir seorang guru yang dikasihi. Allahyarham pastinya akan dikenang sebagai seorang guru yang telah memberikan banyak sumbangan dalam mendidik pelajar-pelajarnya. Sepanjang berada di KIAS, allahyarham pernah dilantik sebagai penasihat PMKIAS dan penyelaras pusat bahasa. Semoga Allah merahmati roh allahyarham dan mengganjarinya dengan sebaik-baik ganjaran.

  • Berita daripada Alumni KIAS

Read more...

Majlis Ihtifal & Hari Anugerah Cemerlang Pasti

Makluman kepada semua, program Ihtifal & Hari Anugerah Cemerlang Pasti Kawasan Tanjong Malim akan diadakan pada ketetapan berikut:
  • Tarikh : 19 Oktober 2008
  • Masa : 8.00 pagi
  • Tempat : Maahad Abbasiah, Sungkai
  • Perasmi : Ustaz Tarmizi bin Ab Rahman (AJK Badan Perhubungan Pas Perak)
Semua rakyat Malaysia dijemput bersama menjuayakan majlis tersebut.

Read more...

Selamat Menyambut Ramadhan dan 'Idulfitri 1429H

Jumaat, September 26, 2008

Selamat Hari Raya 'Idulfitri 1429 H

Eid Saeed !!!

Ramadhan Kareem !!!

Jangan Lupa Bermaafan Selalu...

Read more...

Faiz Berpuasa

Alhamdulillah, nampaknya tahun ni tahun pertama abi dan umie beraya dengan orang ketiga. Kelahiran Faiz 5 bulan 1 minggu yang lalu nampaknya lebih memeriahkan lagi suasana Ramadhan dan Hari Raya 'Idulfitri tahun ini. Manakan tidak, tahun lepas hanya abi dan umie berdua sahaja.

Read more...

Bersederhana Dalam Berbelanja Ketika Menyambut Hari Raya

Sikap bersederhana di dalam semua perkara dan tindakan seperti ketika berbelanja adalah dituntut di dalam Islam, kerana menurut pandangan Islam, perkara yang berada di luar kesederhanaan dikatakan sebagai, sama ada melampaui batas yakni berlebih-lebihan atau mengurangi batas yang sepatutnya yakni bakhil atau kikir. Perkara ini dapat diambil petunjuk daripada firman Allah Ta‘ala :

Tafsirnya: “Dan mereka (yang diredai oleh Allah itu ialah) mereka yang apabila membelanjakan harta, mereka tidak melampaui batas dan tidak bakhil kedekut; dan perbelanjaan mereka itu adalah sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil itu).” (Surah Al-Furqan, ayat 67)

Dari aspek membelanjakan harta, ukuran sederhana mengikut pandangan syara‘, hendaklah perbelanjaan itu berada di antara dua batas, iaitu tidak melampaui batas atau tidak boros dan tidak pula kurang daripada batas yang sepatutnya atau tidak bakhil. Dalam keghairahan menyambut Hari Raya, sikap bersederhana dalam berbelanja tidak terkecuali daripada menjadi tuntutan agama. Walaupun pada Hari Raya disunatkan memakai pakaian yang sebagus-bagusnya kerana ia merupakan hari untuk berhias-hias dan berelok-elok, akan tetapi ini tidak bermakna dibolehkan berlaku perkara yang berlebih-lebihan yang melewati batasan yang dibenarkan syara‘.

Oleh itu, bersederhana di dalam menyambut Hari Raya itu tentulah bermaksud tidak ada berlaku pembaziran di dalamnya dan tidak pula berlaku kekurangan daripada yang sepatutnya (bakhil atau kedekut), bersesuaian dengan kemampuan dan keperluan masing-masing, sama ada dari aspek keperluan makan minum, pakaian, hiasan dan sebagainya.

Read more...

Adab-adab Eid (آداب العيد)

1. Mandi (الاغتسال) : ia merupakan salah satu dari adab yang baik sebelum keluar bersolat. Ia telah dilaporkan oleh Sa'id Ibnu Jubair, berkata :"3 perkara yang menjadi sunnah pada hari Eid: berjalan kaki (ke tmpat solat), mandi, dan makan sebelum keluar (jika ianya Eidul-Fitr) {سنة العيد ثلاث المشي والاغتسال والأكل قبل الخروج }.

2. Menjamah makanan sebelum keluar (
الأكل قبل الخروج ): Seseorang janganlah hendaknya pergi ke tempat Solat pada hari Eidul-Fitr sebelum makan beberapa tamar, kerana diriwayatkan oleh Bukhari dari Anas Ibnu Malik berkata :"Rasulullah saw tidak akan keluar pada pagi Eidul-Fitri sehingga dia memakan beberapa tamar.... dan beliau akan makan bilangan ganjil".{عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَغْدُو يَوْمَ الْفِطْرِ حَتَّى يَأْكُلَ تَمَرَاتٍ .. وَيَأْكُلُهُنَّ وِتْرًا }

3. Bertakbir pada hari Eid (
التكبير يوم العيد ) : Ini merupakan sunnah yang terbesar pada hari tersebut. Al-Daraqutni dan lain meriwayatkan bahawa Ibnu Umar semasa keluar pada hari Eidul-Fitr dan Eidul-Adha akan sedaya-upaya melakukan Takbir sehingga tiba ke tempat Solat, kemudian ia akan meneruskannya sehingga Imam tiba.{وروى الدارقطني وغيره أن ابن عمر كان إذا غدا يوم الفطر ويوم الأضحى يجتهد بالتكبير حتى يأتي المصلى ، ثم يكبر حتى الإمام }.

4. Mengucapkan tahniah (
التهنئة) : Orang Islam boleh mengucapkan tahniah dan ucapan-ucapan yang baik dihari Eid, tidak kira apa bentuk ucapan sekalipun {أيا كان لفظها }. Misalnya mereka boleh mengucap diantara satu sama lain ucapan :"Taqabbal Allahu minnaa wa minkum" - Semoga Allah menerima amalan baik dari kami dan dari kamu atau Eid Mubarak {تقبل الله منا ومنكم أو عيد مبارك }. Di riwayatkan oleh Ibnu Hajar dengan ucapan : "Taqabbal minnaa wa minka" - semoga diterima amalan dari kamu dan dari kamu {تُقُبِّل منا ومنك . ابن حجر إسناده حسن }.

5. Memakai baju yang baik/cantik untuk Eid (
التجمل للعيدين ) : dari Jabir r.a. berkata :"Nabi saw, mempunyai Jubbah yang beliau akan memakainya pada hari Eid dan hari Jumaat" {وعن جابر رضي الله عنه قال : كان للنبي صلى الله عليه وسلم جبة يلبسها للعيدين ويوم الجمعة }. Al-Baihaqi meriwayatkan bahawa Ibnu Umar biasanya memakai pakaian yang baik pada hari Eid, jadi kaum lelaki haruslah memakai baju yang baik yang mereka miliki apabila keluar untuk Eid {صحيح ابن خزيمة 1765 وروى البيهقي بسند صحيح أن ابن عمر كان يلبس للعيد أجمل ثيابه فينبغي للرجل أن يلبس أجمل ما عند من الثياب عند الخروج للعيد }.

6. Menggunakan jalan yang berlainan apabila pulang dari bersolat (
الذهاب من طريق والعودة من آخر ): Dari Jabir r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw menukar jalannya pada hari Eid - {عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ يَوْمُ عِيدٍ خَالَفَ الطَّرِيقَ رواه البخاري 986 }(Riwayat Al-Bukhari).

Read more...

Peraturan Hari Raya

1. Berpuasa : Haram berpuasa pada hari-hari Eid kerana dari Hadis Abu Sa'ed Al-Khudri r.a., dimana Rasulullah saw telah melarang berpuasa satu hari didalam Eid Fitr dan satu hari didalam Eid Adha.{يحرم صوم يومي العيد لحديث أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى عَنْ صِيَامِ يَوْمَيْنِ يَوْمِ الْفِطْرِ وَيَوْمِ النَّحْرِ . " رواه مسلم 827 حكم صلاة العيدين } (Riwayat Muslim, 827).

2. Melakukan solat Eid : Beberapa ulama' mengatakan bahawa Solat Eid ini hukumnya wajib - Ini adalah pandangan ulama'-ulama' kalangan Hanafi dan juga Sheikh al-Islam Ibn Taimiyah. Beberapa ulama-ulama yang lain pula mengatakan bahawa Solat Eid ini hukumnya Fardu Kifayah. Ini adalah pandangan Mazhab Hanbali. Kumpulan ketiga pula mengatakan hukum solat Eid ialah Sunat Mu'akkad (
مؤكدة). Ini adalah pandangan mazhab Maliki dan Shafie.

3. Solat Sunat : Tidak terdapat Solat Sunat sebelum atau sesudah Solat Eid yang boleh dilakukan, sebagaimana yang dilaporkan oleh Ibnu Abbas bahawa Nabi saw biasanya akan keluar dihari Eid dan bersolat 2 rakaat, tidak dilakukan apa-apa sebelum dan sesudahnya. {
رواه البخاري معلقا مجزوما به النافلة في المصلى: لا نافلة قبل صلاة العيد ولا بعدها كما جاء عن ابن عباس أن النبي صلى الله عليه وسلم خرج يوم العيد فصلى ركعتين لم يصل قبلهما ولا بعدهما }. Ini didalam hal solat dilakukan dikwasan terbuka. Walaubagaimana pun, bagi mereka yang bersolat Eid dimasjid, maka mereka seharusnya bersolat 2 rakaat Tahiyat Al-Masjid sebelum duduk {وهذا إذا كانت الصلاة في المصلى أو في مكان عام وأما إن صلى الناس العيد في المسجد فإنه يصلي تحية المسجد إذا دخله قبل أن يجلس }.

4. Wanita yang menyertai Solat Eid : Menurut sunnah Nabi saw, setiap orang digalakkan menghadiri Solat Eid, dan berkerjasama diantara satu sama lain. Wanita yang datang haid, janganlah lupa mengingati Allah atau pergi ketempat perhimpunan yang bermatlamatkan penambahan ilmu dan mengingati Allah selain dari masjid. Wanita, tidak dapat dinafikan lagi, tidak boleh pergi tanpa memakai Hijab!

Read more...

Koleksi Kuliah Online

Soal jawab agama Online

Allah

Photobucket

Muhammad

Photobucket

About This Blog

“Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu menelan api sepenuh perutnya dan mereka akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala. (An-Nisa'i : ayat 10)”

Wadi Arbain

Wadi Arbain

Kembali Dari Ardil Kinanah

Kembali Dari Ardil Kinanah

Jaulah Ke Semenanjung Sinai

Jaulah Ke Semenanjung Sinai

Doa Hari Sukan SK. Besout 4

Doa Hari Sukan SK. Besout 4

Ceramah Maulid SK. Besout 4

Ceramah Maulid SK. Besout 4

Kelas Tasmik

Kelas Tasmik

Our Blogger Templates

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP