Ustaz Wan Mahmud Kembali Ke Rahmatullah
Selasa, Oktober 14, 2008
- Berita daripada Alumni KIAS
Random Picture |
![]() |
Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Husin |
Selamat Hari Raya 'Idulfitri 1429 H
Eid Saeed !!!
Ramadhan Kareem !!!
Jangan Lupa Bermaafan Selalu...
Read more...Tafsirnya: “Dan mereka (yang diredai oleh Allah itu ialah) mereka yang apabila membelanjakan harta, mereka tidak melampaui batas dan tidak bakhil kedekut; dan perbelanjaan mereka itu adalah sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil itu).” (Surah Al-Furqan, ayat 67)
Dari aspek membelanjakan harta, ukuran sederhana mengikut pandangan syara‘, hendaklah perbelanjaan itu berada di antara dua batas, iaitu tidak melampaui batas atau tidak boros dan tidak pula kurang daripada batas yang sepatutnya atau tidak bakhil. Dalam keghairahan menyambut Hari Raya, sikap bersederhana dalam berbelanja tidak terkecuali daripada menjadi tuntutan agama. Walaupun pada Hari Raya disunatkan memakai pakaian yang sebagus-bagusnya kerana ia merupakan hari untuk berhias-hias dan berelok-elok, akan tetapi ini tidak bermakna dibolehkan berlaku perkara yang berlebih-lebihan yang melewati batasan yang dibenarkan syara‘.
Oleh itu, bersederhana di dalam menyambut Hari Raya itu tentulah bermaksud tidak ada berlaku pembaziran di dalamnya dan tidak pula berlaku kekurangan daripada yang sepatutnya (bakhil atau kedekut), bersesuaian dengan kemampuan dan keperluan masing-masing, sama ada dari aspek keperluan makan minum, pakaian, hiasan dan sebagainya.
Read more...1. Mandi (الاغتسال) : ia merupakan salah satu dari adab yang baik sebelum keluar bersolat. Ia telah dilaporkan oleh Sa'id Ibnu Jubair, berkata :"3 perkara yang menjadi sunnah pada hari Eid: berjalan kaki (ke tmpat solat), mandi, dan makan sebelum keluar (jika ianya Eidul-Fitr) {سنة العيد ثلاث المشي والاغتسال والأكل قبل الخروج }.
2. Menjamah makanan sebelum keluar (الأكل قبل الخروج ): Seseorang janganlah hendaknya pergi ke tempat Solat pada hari Eidul-Fitr sebelum makan beberapa tamar, kerana diriwayatkan oleh Bukhari dari Anas Ibnu Malik berkata :"Rasulullah saw tidak akan keluar pada pagi Eidul-Fitri sehingga dia memakan beberapa tamar.... dan beliau akan makan bilangan ganjil".{عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَغْدُو يَوْمَ الْفِطْرِ حَتَّى يَأْكُلَ تَمَرَاتٍ .. وَيَأْكُلُهُنَّ وِتْرًا }
3. Bertakbir pada hari Eid (التكبير يوم العيد ) : Ini merupakan sunnah yang terbesar pada hari tersebut. Al-Daraqutni dan lain meriwayatkan bahawa Ibnu Umar semasa keluar pada hari Eidul-Fitr dan Eidul-Adha akan sedaya-upaya melakukan Takbir sehingga tiba ke tempat Solat, kemudian ia akan meneruskannya sehingga Imam tiba.{وروى الدارقطني وغيره أن ابن عمر كان إذا غدا يوم الفطر ويوم الأضحى يجتهد بالتكبير حتى يأتي المصلى ، ثم يكبر حتى الإمام }.
4. Mengucapkan tahniah (التهنئة) : Orang Islam boleh mengucapkan tahniah dan ucapan-ucapan yang baik dihari Eid, tidak kira apa bentuk ucapan sekalipun {أيا كان لفظها }. Misalnya mereka boleh mengucap diantara satu sama lain ucapan :"Taqabbal Allahu minnaa wa minkum" - Semoga Allah menerima amalan baik dari kami dan dari kamu atau Eid Mubarak {تقبل الله منا ومنكم أو عيد مبارك }. Di riwayatkan oleh Ibnu Hajar dengan ucapan : "Taqabbal minnaa wa minka" - semoga diterima amalan dari kamu dan dari kamu {تُقُبِّل منا ومنك . ابن حجر إسناده حسن }.
5. Memakai baju yang baik/cantik untuk Eid (التجمل للعيدين ) : dari Jabir r.a. berkata :"Nabi saw, mempunyai Jubbah yang beliau akan memakainya pada hari Eid dan hari Jumaat" {وعن جابر رضي الله عنه قال : كان للنبي صلى الله عليه وسلم جبة يلبسها للعيدين ويوم الجمعة }. Al-Baihaqi meriwayatkan bahawa Ibnu Umar biasanya memakai pakaian yang baik pada hari Eid, jadi kaum lelaki haruslah memakai baju yang baik yang mereka miliki apabila keluar untuk Eid {صحيح ابن خزيمة 1765 وروى البيهقي بسند صحيح أن ابن عمر كان يلبس للعيد أجمل ثيابه فينبغي للرجل أن يلبس أجمل ما عند من الثياب عند الخروج للعيد }.
6. Menggunakan jalan yang berlainan apabila pulang dari bersolat (الذهاب من طريق والعودة من آخر ): Dari Jabir r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw menukar jalannya pada hari Eid - {عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ يَوْمُ عِيدٍ خَالَفَ الطَّرِيقَ رواه البخاري 986 }(Riwayat Al-Bukhari).
1. Berpuasa : Haram berpuasa pada hari-hari Eid kerana dari Hadis Abu Sa'ed Al-Khudri r.a., dimana Rasulullah saw telah melarang berpuasa satu hari didalam Eid Fitr dan satu hari didalam Eid Adha.{يحرم صوم يومي العيد لحديث أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى عَنْ صِيَامِ يَوْمَيْنِ يَوْمِ الْفِطْرِ وَيَوْمِ النَّحْرِ . " رواه مسلم 827 حكم صلاة العيدين } (Riwayat Muslim, 827).
2. Melakukan solat Eid : Beberapa ulama' mengatakan bahawa Solat Eid ini hukumnya wajib - Ini adalah pandangan ulama'-ulama' kalangan Hanafi dan juga Sheikh al-Islam Ibn Taimiyah. Beberapa ulama-ulama yang lain pula mengatakan bahawa Solat Eid ini hukumnya Fardu Kifayah. Ini adalah pandangan Mazhab Hanbali. Kumpulan ketiga pula mengatakan hukum solat Eid ialah Sunat Mu'akkad (مؤكدة). Ini adalah pandangan mazhab Maliki dan Shafie.
3. Solat Sunat : Tidak terdapat Solat Sunat sebelum atau sesudah Solat Eid yang boleh dilakukan, sebagaimana yang dilaporkan oleh Ibnu Abbas bahawa Nabi saw biasanya akan keluar dihari Eid dan bersolat 2 rakaat, tidak dilakukan apa-apa sebelum dan sesudahnya. {رواه البخاري معلقا مجزوما به النافلة في المصلى: لا نافلة قبل صلاة العيد ولا بعدها كما جاء عن ابن عباس أن النبي صلى الله عليه وسلم خرج يوم العيد فصلى ركعتين لم يصل قبلهما ولا بعدهما }. Ini didalam hal solat dilakukan dikwasan terbuka. Walaubagaimana pun, bagi mereka yang bersolat Eid dimasjid, maka mereka seharusnya bersolat 2 rakaat Tahiyat Al-Masjid sebelum duduk {وهذا إذا كانت الصلاة في المصلى أو في مكان عام وأما إن صلى الناس العيد في المسجد فإنه يصلي تحية المسجد إذا دخله قبل أن يجلس }.
4. Wanita yang menyertai Solat Eid : Menurut sunnah Nabi saw, setiap orang digalakkan menghadiri Solat Eid, dan berkerjasama diantara satu sama lain. Wanita yang datang haid, janganlah lupa mengingati Allah atau pergi ketempat perhimpunan yang bermatlamatkan penambahan ilmu dan mengingati Allah selain dari masjid. Wanita, tidak dapat dinafikan lagi, tidak boleh pergi tanpa memakai Hijab!
Semoga sedikit sebanyak dari kisah-kisah di atas dapat kita mengambil pelajaran darinya. Walaupun diakui sukar untuk kita lakukan lebih-lebih lagi di akhir zaman ini, tetapi kita mestilah bertekad untuk mendapatkan fadhilat Lailatul-Qadr tahun ini. Siapa tahu kita tidak akan berjumpa lagi Ramadhan pada tahun hadapan.
Puasa umum adalah tingkatan yang paling rendah iaitu menahan dari makan, minum dan perkara haram. Puasa khusus, di samping menahan yang tiga hal tadi, juga memelihara seluruh anggota tubuh dari perbuatan maksiat atau tercela. Sedangkan puasa khusus yang lebih khusus adalah puasa hati dari segala kehendak hina dan segala fikiran duniawi serta mencegahnya memikirkan apa-apa yang selain Allah.
Antara hujah-hujah dijawab dengan menarik bagi kedua-dua pihak adalah :
Wanita menangis meminta pertolongan, tetapi tiada yang sanggup membantu | Wanita yang berhias bukan kerana suaminya |
Wanita digantung pada rambutnya, otaknya menggelegak dalam periuk | Wanita yang tidak menutup aurat |
Wanita berkepala seperti manusia, tetapi berbadan seperti kaldai | Wanita yang membuat fitnah, bermusuh sesame jiran dan membuat dusta (domba) |
Wanita yang mukanya hitam dan memamah isi perutnya sendiri | Wanita yang menggoda dan menghairahkan lelaki |
Lelaki dan wanita yang ditarik kemaluannya ke depan dan ke belakang, dan dilontarkan mukanya ke dalam api neraka. Kemudian ditarik dan dipukul hingga keluar api neraka dari badan | Orang yang besarkan diri dan takabbur |
Lelaki dan wanita dimasukkan besi pembakar daging dari duburnya, dan keluar hingga ke mulut | Orang yang buat fitnah dan mencaci |
Wanita tergantung rambutnya di pokok zakkum, lalu dibakar api neraka hingga kering kecut tubuhnya | Wanita yang makan ubat untuk membunuh janin |
Wanita dibelenggu api neraka, mulutnya terbuka luas,keluar api dari perut | Wanita penyanyi tak sempat bertaubat |
Lelaki dan wanita yang dimasukkan api dalam perut melalui duburnya, lalu keluar dari mulut | Orang yang makan harta anak yatim |
Lelaki dan wanita yang kepalanya terbenam ke dalam api, dituang pula air panas ke badannya | Orang yang berusaha kea rah pergaduhan sesama manusia |
PERISTIWA | BALASAN |
Orang bercucuk tanam dan mengeluarkan hasil yang banyak dan cepat | Orang yang infaq harta fi sabilillah |
Mencium bau wangi | Bau tukang sikat firaun yang beriman |
Sekumpulan manusia menghempap kepada dengan batu berulangkali | Orang yang berat mendirikan solat fardhu |
Sekumpulan manusia bertelanjang makan rumput berduri, buah zakum yang pahit dan bara api jahannam | Orang yang tidak suka menderma, bersedekah dan tidak keluarkan zakat |
Orang yang gunting lidah tanpa henti-henti | Orang yang bercakap tetapi tidak melaksanakannya |
Sekumpulan manusia memakan daging busuk sedangkan daging yang baik ada | Orang yang berzina, sedangkan ad isteri |
Orang yang tengelam timbul dalam lautan darah dan dilemparkan dengan batu | Orang mana riba |
Sekumpulan manusia mencakar muka, dan dada dengan kuku yang tajam | Orang yang suka mengumpat |
Orang yang bawa berkas kayu yang banyak tetapi tidak terangkat olehnya | Orang yang menerima amanah tetapi tidak sanggup melaksananya |
Seekor lembu yang keluar dari lubang yang kecil tetapi tidak dapat masuk semula ke dalam lebang tersebut | Orang yang suka bercakap besar |
Assalamualaikum Wrt. Wbh
Selamat Datang
Sebarang cadangan dan komen antum untuk tujuan penambahbaikan amatlah dialu-alukan.
Syukran
© Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009
Back to TOP