Maksud Ayat : ... pada hari ini telah Ku-sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-redhai Islam itu menjadi agama bagimu... (Surah al-Maaidah : 3)
Photobucket

Tingkatan Puasa

Jumaat, Ogos 29, 2008

Menurut Imam al-Ghazali dalam bukunya Ihya Ulumuddin, tingkatan puasa dikategorikan menjadi tiga jenis, iaitu :
  • puasa umum
  • puasa khusus
  • puasa khusus yang lebih khusus lagi


Puasa umum adalah tingkatan yang paling rendah iaitu menahan dari makan, minum dan perkara haram. Puasa khusus, di samping menahan yang tiga hal tadi, juga memelihara seluruh anggota tubuh dari perbuatan maksiat atau tercela. Sedangkan puasa khusus yang lebih khusus adalah puasa hati dari segala kehendak hina dan segala fikiran duniawi serta mencegahnya memikirkan apa-apa yang selain Allah.


Puasa tahap ketiga tadi adalah puasa para nabi-nabi, siddiqin, dan muqarrabin. Sedangkan puasa tahap kedua adalah puasa orang-orang salih. Puasa tingkat ini yang seharusnya kita tuju untuk mencapainya.

Read more...

Marhaban Ya Ramadhan

Marhaban barasal dari kata RAHB yang berarti luas atau lapang. Marhaban menggambarkan suasana penerimaan tetamu yang disambut dan diterima dengan lapang dada, dan penuh kegembiraan. Marhaban ya Ramadhan (selamat datang Ramadhan), mengandungi erti bahwa kita menyambut Ramadhan dengan lapang dada, penuh kegembiraan, tidak dengan keluhan.

Rasulullah SAW sendiri senantiasa menyambut dengan kegembiraan setiap kali datangnya Ramadhan. Dan berita gembira itu disampaikan pula kepada para sahabatnya seraya bersabda :

"Sungguh telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan. Allah telah memfardlukan atas kamu puasanya. Di dalam bulan Ramadhan dibuka segala pintu surga dan dikunci segala pintu neraka dan dibelenggu seluruh setan. Padanya ada suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Barangsiapa tidak diberikan kepadanya kebaikan malam itu maka sesungguhnya dia telah dijauhkan dari kebajikan" (Hr. Ahmad)

Marhaban Ramadhan, kita ucapkan untuk bulan suci itu, karena kita mengharapkan agar jiwa raga kita diasah dan diasuh guna melanjutkan perjalanan menuju Allah swt.

Read more...

Taklimat Calon Naib Kadi Negeri Perak

Jumaat, Ogos 15, 2008

Taklimat calon Naib Kadi telah diadakan pada 7 Ogos 2008 di Pejabat Agama Ipoh, Perak pada jam 9.30 pagi. Taklimat tersebut diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan dan gambaran temuduga yang akan dihadapi oleh semua calon Naib Kadi. Sementara temuduga pula telah diadakan pada 11 Ogos (Perak Utara) dan 12 Ogos (Perak Selatan).

Antara panel temuduga pada kali ini ialah SS Dato’ Seri (Dr) Hj. Harussani bin Hj. Zakaria (Mufti Negeri Perak), AF Syeikh Mohamad Noor Mansor Al-Hafiz (Imama Masjid Negeri Perak) dan Ust Aswad (Seorang Pensyarah). Penulis blog turut berkesempatan menghadiri temuduga berkenaan, walaupun tiba agak lewat daripada waktu yang ditetapkan.

Read more...

Peperiksaan Bertulis Tauliah Mengajar Agama Negeri Perak Darul Ridzuan

Peperiksaan bertulis bagi mendapatkan tauliah mengajar agama dalam negeri Perak telah diadakan pada 11 dan 12 Ogos 2008 yang lalu bertempat di Kompleks Islam Darul Ridzuan (KIDR), Ipoh, Perak. Peperiksaan diadakan bagi menilai kemampuan dan tahap penguasaan ilmu seseorang calon pemegang tauliah sebelum dibenarkan mengajar ilmu agama kepada masyarakat dalam negeri ini. Antara subjek yang akan diuji adalah Tafsir, Aqidah, Fikah, Sirah, Hadith dan lain-lain lagi.

Read more...

Ulasan Menarik Ketua Penerangan DPP Pusat Tentang Debat Anwar-Shabery

Rabu, Ogos 06, 2008

Antara hujah-hujah dijawab dengan menarik bagi kedua-dua pihak adalah :


1. Sabri menuduh IPP ditubuhkan semasa Anwar menjadi Menteri Kewangan. Anwarlah yang menjadi punca kemelut IPP. Anwar menjawab Dato’ Ani Arof, Pengerusi TNB dibawah Anwar sebagai Menteri Kewangan tersingkir dpd TNB kerana tidak bersetuju dengan harga yang dikehendakki oleh Tun Dr Mahathir.

2. Anwar membetulkan fakta yang ditentang bukan Petronas tetapi Kerajaan BN.

3. Sabri menyatakan minyak akan habis 2015. Anwar menjawab minyak habis 2015 adalah jangkaan masakini Petronas sahaja. Itupun jika tiada penemuan baru. Jika ada penemuan baru maka rizeb minyak akan bertambah. 30 tahun lalu kerajaan telah menyatakan minyak akan habis tahun 2005. Tapi Alhamdulillah perolehan minyak berkembang sehingga 2015. Maknanya fakta rizeb minyak akan habis 2015 tidak tetap.

4. Sabri menyatakan jika minyak turun negara akan mengalami implasi. Anwar menjawab minyak naik mendadaklah yang menyebabkan implasi sehingga 8%.

5. Dr Nordin Kardi menyatakan Anwar telah tersalah permis apabila melibatkan IPP dalam kenaikkan harga minyak. Anwar menjawab IPP ada kaitan dengan minyak kerana IPP menggunakan gas. Bagaimana IPP boleh untung tetapi Petronas dan TNB boleh rugi.

6. Sabri menyatakan budaya subsidi tidak baik. Anwar menjawab subsidi kepada kroni, kepada orang kaya ditukar nama sebagai bailout dan insentif. Kepada rakyat miskin dianggap subsidi. Pada hal kedua-duanya sama. Jika orang kaya berhak untuk mendapat subsidi mengapa rakyat terbanyak tidak boleh menerima subsidi.

7. Sabri menyatakan Swedan negara kayapun mengalami kenaikkan harga minyak. Inikan pula Malaysia. Anwar berhujah pendapatan rakyat di Swedan lebih 10 kali lebih banyak daripada rakyat Malaysia. Oleh itu perbandingan ini tidak setara.

Antara hujah-hujah yang tidak dijawab secara berkesan adalah :

1. Tuduhan Sabri Cik kepada persetujuan Anwar terhadap pendekatan Bank Dunia bagi menyelesaikan kemelut ekonomi negara tahun 1997. Bank Dunia mencadangkan kenaikkan cukai, pengurangan subsidi dan pinjaman daripada Bank Dunia. Ini boleh menjerut negara dalam ekonomi yang lebih parah sepertimana Indonesia. Anwar hanya menjawab tuduhan itu hanyalah fitnah tanpa mengemukakan hujah menolak persetujuan Anwar terhadap bank dunia pada masa tersebut.

2. Soalan daripada Zulkifli Sulong kepada Sabri Cik mengenai kegagalan kerajaan untuk memanfaat lebihan RM4 Bilion semasa kenaikkan minyak 30 sen pada 28 Fenruari 2006. Perdana Menteri dan Timbalannya telah berjanji untuk menggunakan wang tersebut bagi membangunkan kemudahan pengangkutan negara. Hujah ini tidak dijawab secara berkesan oleh Sabri. Kebimbangan Zulkifli Sulong terhadap lebihan setelah kenaikkan terbaharu juga tidak dijawab oleh Sabri Cik.

3. Pendekatan menghapuskan kebocoran dan ketirisan dalam pemberian kontrak kerajaan telah menyebabkan kerugian kepada kerajaan. Dengan itu kerajaan tidak mampu menampung kenaikkan harga minyak dunia. Hujah ini tidak djawab oleh Sabri malah Sabri memberi contoh negara Swedan yang mempunyai indek rasuah yang rendah juga mengalami kenaikkan harga minyak yang tinggi.

4. Dr. Nordin Kardi bertanya mengapa Anwar tidak berjanji menurunkan implasi hanya menurunkan minyak sahaja. Sabri pula bertanya oleh kerana Anwar berjanji sebelum kenaikkan harga minyak terbaharu atau berjanji sebelum pilihanraya maka sepatutnya Anwar berjanji menurunkan ke nilai lebih rendah daripada 0.50 iaitu RM1.28 sen bagi petrol. Anwar hanya menjawab penurunan 0.50 adalah angka yang cukup bertanggungjawab sahaja.Walaupun masa terlalu singkat tetapi Sabri masih menggunakan masa tersebut untuk menyerang peribadi Anwar. Seharusnya masa yang terhad itu perlu digunakan secara maksimum menerangkan dasar-dasar kerajaan. Walaubagaimanapun perdebatan ini sangat baik untuk membina minda kelas pertama rakyat Malaysia. Saya impikan perdebatan seterusnya daripada pemimpin-pemimpin berikut :a. Debat Pak Lah – Anwarb. Debat Pak Lah – Hj. Hadic. Debat Pak Lah – Lim Kit SiangDato Sabri Cik cukup berbangga dengan perdebatan beliau dengan Anwar. Sebagai menteri penerangan mampukah Dato’Sabri Cik merelisasikan perdebatan di atas ?http://kentong-suhaizan.blogspot.com/

Read more...

Hujah Debat Anwar-Shabery


Antara hujah-hujah menarik daripada Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk menurunkan harga minyak adalah :

1. Minyak dapat diturunkan jika lebihan tenaga yang dijana oleh Independent Power Producer (IPP) dapat dikurangkan.

2. Minyak dapat diturunkan jika masalah kebocoran/ketirisan dapat dibendung.

3. Minyak dapat diturunkan jika ekonomi diuruskan dengan cekap.4. Minyak dapat diturunkan jika salahguna kuasa dan penyelewengan dana rakyat dapat dibendung.

5. Negara seharusnya lebih mementingkan rakyat miskin sebelum menaikkan harga minyak mendadak.

6. Minyak dunia naik maka keuntungan Petronas akan naik. Lebihan keuntungan perlu digunakan untuk menyerap kenaikkan harga minyak dunia.


Antara hujah Dato Sabri Cik mempertahankan kenaikkan haga minyak adalah :

1. Jika keuntungan pertonas hanya untuk menampung kenaikkan harga minyak dunia maka banyak subsidi akan diterima oleh orang yang tidak memerlukan. Pendekatan memberi terus kepada golongan sasaran adalah lebih berkesan dibandingkan dengan keadah menurunkan harga minyak.

2. Pengeluaran minyak negara tidak boleh disamakan dengan negara-negara luar seperti Saudi dan Iran kerana rizeb minyak negara terlalu kecil dibandingkan dengan negara luar. Oleh itu negara perlu lebih berhati-hati untuk menurunkan harga minyak.

3. Venezula dan Iran mempunyai harga minyak yang rendah tetapi implasi pula tinggi. Jika negara meniru cara Venezula dan Iran maka negara akan mengalami nasib yang sama dengan negara tersebut.

Read more...

Isu Meletak Kalungan Bunga Pada Binaan

Upacara meletak kalungan bunga saban tahun pada Hari Pahlawan (31 Julai) sebagai memperingati jasa para pejuang negara merupakan amalan jahiliah, kata Presiden Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Ustaz Salleh Ahmad. Malahan Majlis Fatwa Wilayah Persekutuan di bawah Muftinya, Tan Sri Abdul Kadir Talib tidak lama dahulu memutuskan amalan tersebut adalah haram, katanya. Ustaz Salleh sewaktu dihubungi Harakahdaily menegaskan fatwa tersebut terus kekal walaupun ada pihak termasuk Perdana Menteri pada waktu fatwa itu dikeluarkan, Dr Mahathir Mohamad meminta fatwa pengharamannya ditarik balik.

Abdullah memulakan upacara meletakkan kalungan bunga itu, diikuti Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal; Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan; Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin; Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Abdul Aziz Jaafar dan Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin. Terdahulu, Abdullah menerima tabik hormat dan memeriksa kawalan penghormatan membabitkan 103 anggota dan pegawai Askar Melayu Diraja.

“Perbuatan mana-mana individu muslim sama ada pemimpin atau rakyat yang meletakkan kalungan bunga, tabik hormat dan bertafakur yang dilakukan untuk Tugu Negara adalah bercanggah dengan prinsip-prinsip akidah Islam yang anti kepada sebarang unsur keberhalaan,” jelas Dr Asri. Kata beliau lagi, perbuatan seperti itu seakan menjadikan tugu berkenaan berhala yang dihormati. “Sekiranya pun pelakunya tidak mempunyai sebarang iktikad bahawa itu semua memberi manfaat dan mudarat, maka perbuatan itu adalah sia-sia dan bodoh. Ia tetap haram kerana meniru perbuatan musyrikin,” jelas Dr Asri.. Menurut Dr Asri, jika pelaku beriktikad itu memberikan kemanfaatan kepada keamanan, kedamaian ruh mereka yang telah meninggal dunia, maka itu adalah perbuatan syirik yang jelas. Firman Allah: (maksudnya) “Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberi kepada Ibrahim sebelum itu jalan yang benar (dalam bertauhid), dan Kami mengetahui akan halnya. Ketika dia berkata kepada bapanya dan kaumnya: “Apakah patung-patung ini yang kamu berdiri di hadapannya (memujanya)? Mereka menjawab: “Kami dapati datuk nenek kami selalu menyembahnya. Ibrahim berkata: “Sesungguhnya kamu dan datuk-nenek kamu adalah dalam kesesatan yang nyata”. (Surah al-Anbiya 50-54)”

Perbuatan menyempurnakan istiadat meletak kalungan bunga di Tugu Peringatan Negara ini juga difahamkan melanggar Fatwa Mufti (Edisi 2008). Di bawah SubSeksyen 36(1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991 setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak mengikut SubSeksyen 39(6) Enakmen menyatakan, ” Meletakkan kalungan bunga di Tugu Negara sempena upacara sambutan Hari Pahlawan dan upacara-upacara lain adalah haram dan hendaklah ditinggalkan”.

1) Fatwa Mufti Pulau Pinang - Bahawa haram tiupan dan bertafakur dengan menundukan kepala selama 20 saat dengan meletakan kalung bunga ditugu, bacaan sajak yang boleh menimbulkan semangat kepahlawanan adalah diharuskan, tetapi dengan syarat tidak dilakukan dihadapan tugu, atau di dalam suasana yang dilarang oleh syarak kerana semua ini adalah upacara agama juga.

2) Fatwa Mufti Pahang - Fatwa berikut yang dibuat oleh Mufti Negeri di bawah subseksyen 36 (1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991 setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 39 (6) Enakmen itu adalah disiarkan menurut subseksyen 36(2) Enakmen itu : “Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan sempena upacara sambutan Hari Pahlawan dan upacara-upacara lain adalah haram dan hendaklah ditinggalkan.”

3) Fatwa Mufti Perlis - Berdoa di tugu peringatan adalah ditegah oleh syara’ dan hukumnya haram kerana perbuatan seumpama itu termasuk di dalam larangan firman Allah, surah al Maidah ayat 90 yang bermaksud:”Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi dan al-ansab(menyembah berhala) dan al azlam (bertenung nasib) adalah najis daripada amalan syaitan. Maka hendaklah kamu jauhkan daripadanya moga-moga kamu berjaya”.

4) Keterangan: “Al-Ansab” maknanya batu orang-orang jahiliyah sembelih korban disisinya dan beribadat kepadanya. Berdoa adalah ibadat, berdoa di batu tugu peringatan sama seperti orang-orang jahiliyah beribadat di al-Ansab yang dimaksudkan di dalam ayat 90 itu.

Read more...

Kemasukan Ke Program Pascasiswazah Bagi Semester 2 (Disember) Sesi 2008/2009

Anda berminat menyambung pengajian di peringkat Ijazah Tinggi atau MA? Kemasukan Ke Program Pascasiswazah Bagi Semester 2 (Disember) Sesi 2008/2009 akan bermula pada Disember 2008 nanti. Untuk dapatkan info, sila klik di sini

Read more...

Peristiwa Semasa Mikraj dan Hikmahnya

Wanita menangis meminta pertolongan, tetapi tiada yang sanggup membantu

Wanita yang berhias bukan kerana suaminya

Wanita digantung pada rambutnya, otaknya menggelegak dalam periuk

Wanita yang tidak menutup aurat

Wanita berkepala seperti manusia, tetapi berbadan seperti kaldai

Wanita yang membuat fitnah, bermusuh sesame jiran dan membuat dusta (domba)

Wanita yang mukanya hitam dan memamah isi perutnya sendiri

Wanita yang menggoda dan menghairahkan lelaki

Lelaki dan wanita yang ditarik kemaluannya ke depan dan ke belakang, dan dilontarkan mukanya ke dalam api neraka. Kemudian ditarik dan dipukul hingga keluar api neraka dari badan

Orang yang besarkan diri dan takabbur

Lelaki dan wanita dimasukkan besi pembakar daging dari duburnya, dan keluar hingga ke mulut

Orang yang buat fitnah dan mencaci

Wanita tergantung rambutnya di pokok zakkum, lalu dibakar api neraka hingga kering kecut tubuhnya

Wanita yang makan ubat untuk membunuh janin

Wanita dibelenggu api neraka, mulutnya terbuka luas,keluar api dari perut

Wanita penyanyi tak sempat bertaubat

Lelaki dan wanita yang dimasukkan api dalam perut melalui duburnya, lalu keluar dari mulut

Orang yang makan harta anak yatim

Lelaki dan wanita yang kepalanya terbenam ke dalam api, dituang pula air panas ke badannya

Orang yang berusaha kea rah pergaduhan sesama manusia

Read more...

Peristiwa Semasa Isra' dan Hikmahnya

PERISTIWA

BALASAN

Orang bercucuk tanam dan mengeluarkan hasil yang banyak dan cepat

Orang yang infaq harta fi sabilillah

Mencium bau wangi

Bau tukang sikat firaun yang beriman

Sekumpulan manusia menghempap kepada dengan batu berulangkali

Orang yang berat mendirikan solat fardhu

Sekumpulan manusia bertelanjang makan rumput berduri, buah zakum yang pahit dan bara api jahannam

Orang yang tidak suka menderma, bersedekah dan tidak keluarkan zakat

Orang yang gunting lidah tanpa henti-henti

Orang yang bercakap tetapi tidak melaksanakannya

Sekumpulan manusia memakan daging busuk sedangkan daging yang baik ada

Orang yang berzina, sedangkan ad isteri

Orang yang tengelam timbul dalam lautan darah dan dilemparkan dengan batu

Orang mana riba

Sekumpulan manusia mencakar muka, dan dada dengan kuku yang tajam

Orang yang suka mengumpat

Orang yang bawa berkas kayu yang banyak tetapi tidak terangkat olehnya

Orang yang menerima amanah tetapi tidak sanggup melaksananya

Seekor lembu yang keluar dari lubang yang kecil tetapi tidak dapat masuk semula ke dalam lebang tersebut

Orang yang suka bercakap besar

Read more...

Rehlah Ke TRIP Sg. Klah

Cuti pada setiap hujung minggu lazimnya dimanfaatkan sepenuhnya dengan pelbagai program dan aktiviti menarik dan berguna. Kalau tidak program berkaitan kerja, mungkin program tersebut berkaitan jamaah dan parti. Kalau tidak barangkali aktiviti bersama keluarga. Begitu juga dengan saya sekeluarga, cuti hari ini dimanfaatkan dengan berehlah ke Taman Rekreasi Air Panas (TRIP) Sg. Klah, Perak Darul Ridzuan yang perlah dirasmikan oleh YAB. Dato’ Seri Mohd Najib Tun Hj. Abdul Razak pada 12 Mei 2005. Bertolak dari rumah di SK. Besout 4, Sungkai seawall jam 8.00 pagi mengambil masa kira-kira 45 minit untuk sampai ke sana. Jaraknya hampir 50 km untuk sampai ke sana dan 8.3 km dari jalan utama tidaklah menyukarkan sangat pergerakan ke sana. Inilah rehlah kami kali pertama sejak kedatangan orang ketiga, Muhammad Faiz Farhan dalam keluarga kira-kira 3 bulan setengah lalu.

Read more...

Kesan debat isu minyak Anwar-Shabery kepada BN

Rabu, Julai 30, 2008

Banyak kajian yang dibuat berpendapat, perbahasan Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk menurunkan harga minyak lebih menyakinkan daripada Menteri Penerangan, Dato' Ahmad Shabery Cheek yang mempertahankan dasar kerajaan menaikkan harga minyak.

Cadangan Anwar menurunkan harga minyak 50 sen seliter walaupun disifatkan Shabery bukan mengikut janji beliau sebelum pilihan raya umum 8 Mac lalu dimana ketika itu petrol berharga RM1.92 seliter, tetap diterima berdasarkan rakyat mempunyai dua pilihan iaitu satu pihak menaikan harga minyak dan satu lagi menawarkan turun harga minyak.

Berita lanjut : sila klik di sini

Cadangan ABIM atasi kenaikan harga minyak : klik di sini

Read more...

Jom Ke Jambori Unit Amal Kawasan Tanjong Malim 2008..Lawan Jom Heboh

Jambori Unit Amal Kawasan Tanjong Malim akan diadakan pada ketetapan seperti berikut :

Tarikh : 9 & 10hb Ogos 2008 (Sabtu & Ahad)
Tempat : Kem Ansar, Sungkai
Masa : 9.00 pagi (pendaftaran)
Yuran : RM5.00

Pelbagai program menarik menanti peserta jambori sekalian. Daftar segera, jangan lepaskan peluang keemasan ini. Maklumat lanjut, hubungi Sdr Aminuddin bin Matasin di talian : 0165274912. Program dijadualkan berakhir pada jam 12 tengah hari (10 Ogos 2008)

Read more...

KPerak 2010 Menjana Infomediaries

Isnin, Julai 28, 2008

K-Society adalah salah satu komponen dalam strategi untuk mencapai KPerak 2010. K-Society bermatlamat untuk menghubungkan komuniti dengan membina keyakinan berbagai lapisan masyarakat untuk membudayakan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) di dalam kehidupan dengan menyediakan :
  • Akses kepada teknologi;
  • Kemahiran di dalam menggunakan teknologi;
  • Sebab untuk terus menggunakan teknologi.
Berdasarkan hala tuju strategiknya, K-Society bermatlamat untuk :
  • Meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap program-program K-Perak dan K-Society;
  • Menyebarkan kepada masyarakat tentang kepentingan teknologi komunikasi dan maklumat menerusi Program Outreach, terutamanya kepada generasi muda di bawah 40 tahun sebagai langkah melengkapkan generasi masa depan dengan kemahiran ICT sebagai pemacu K-Economy menjelang tahun 2020.

Cadangan ke arah ini adalah dengan merancang Program Outreach yang akan meliputi kesemua 1,662 kampung yang berada di dalam 806 kampung induk. KPerak INC Corporation, sebagai anak syarikat kerjaaan negeri Perak akan melatih graduan-graduan muda untuk dijadikan sebagai infomediaries/penghubung maklumat di dalam membawa teknologi ke seluruh pelusuk negeri Perak.

Read more...

Kampus Baru Kolej Islam Darul Ridzuan

ImageNegeri Perak kini mempunyai bangunan kolej Islamnya sendiri yang dikenali sebagai Kolej Islam Darul Ridzuan, bertempat di Bukit Chandan berhampiran Istana Iskandariah dekat sini. Sebelum ini Kolej Islam Negeri Perak yang baru beberapa tahun diwujudkan itu beroperasi di sebuah bangunan sementara di Ipoh.

Bermula 1 Jun lalu kolej tersebut yang siap dibina di tapak sebuah bukit itu telah memulakan sesi pengambilan pelajar barunya bagi tahun 2008/2009 yang terdiri penuntut lelaki dan perempuan dari negeri Perak dan negeri-negeri lain di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Pada peringkat awal pembukaannya, seramai 500 orang pelajar yang telah lulus temuduga layak berlajar di sini selama tiga tahun bagi mendapatkan diploma.

Tetapi bagi pelajar yang lemah dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Arab terpaksa menduduki matrikulasi selama setahun sebelum meneruskan pelajaran mereka selama tiga tahun itu bagi menduduki peperiksaan sijil diploma. Menurut maklumat, kolej berkenaan yang dijangka akan dirasmikan pembukaannya Julai depan mempunyai pensyarah-pensyarah terdiri daripada lepasan ijazah luar negara termasuk daripada beberapa fakulti universiti antarabangsa seperti Azhar dan Jordon.

Kolej tersebut yang terulung seumpamanya itu di negeri Perak dibina bersebelahan sebuah masjid bagi memudahkan penuntut berjemaah bersama penduduk sekitarnya.

Read more...

Semakan Temuduga KPLI dan KPLI j-QAF Ambilan 2009

Khamis, Julai 24, 2008

Kepada sahabat yang berminat dengan profesyen perguruan dan sedang menanti kursus perguruan lepasan ijazah, anda boleh membuat semakan mulai 24 Julai 2008 (hari ini) di sini. Klik di sini

Read more...

Qazaf

Jumaat, Julai 18, 2008

Qazf dari segi bahasa bererti melontar sesuatu sama ada dengan batu atau seumpamanya. Manakala dari segi istilah syarak ialah melemparkan tuduhan zina kepada orang yang baik lagi suci atau menafikan keturunannya. Adapun melemparkan tuduhan-tuduhan yang lain daripada zina dan menafikan keturunan seperti melemparkan tuduhan kufur, mencuri, minum arak dan sebagainya, termasuk mencerca, memaki hanum yang bertujuan untuk menghina maka pesalah-pesalah yang tersebut tidak dikenakan hukuman had tetapi dikenakan hukuman takzir. Dengan demikian boleh dikatakan bahawa dalam syaraiat Islam ada dua jenis qazf : Qazf yang pesalahnya dikenakan hukuman had dan qazf yang pesalahnya hanya dikenakan hukuman takzir.

Info lebih lanjut sila klik di sini.
Info : Liwat dan Qazaf dari perspektif Islam

Read more...

Statistik Dadah

Sepanjang suku pertama tahun ini (Jan-Mac 2006), seramai 7,001 orang penagih dadah telah dikesan.Mereka terdiri daripada 2,933 orang (41.89%) penagih baru dan 4,068 orang (58.11%) penagih berulang. Keseluruhannya berlaku peningkatan sebanyak 1.32% berbanding tempoh masa yang sama tahun lalu (6,910Taburan jumlah penagih yang dikesan menunjukkan;Kedah mencatatkan bilangan penagih paling ramai dikesan berbanding negeri-negeri lain iaitu seramai 1,282 orang dikuti P.Pinang(1,086), Perak (1,000), Kelantan (843) dan WP K.Lumpur (756). Berbanding dengan tahun lalu bagi tempoh yang sama, bilangan penagih dikesan meningkat bagi semua negeri kecuali P.Pinang, WP Kuala Lumpur, Johor, Pahang, Perlis, Sabah dan WP Labuan (Jadual 1). Jumlah Penagih terkumpul yang direkodkan oleh AADK sejak tahun 1988 - Mac 2006 adalah seramai 292,696 orang.Kira-kira 1.10% daripada jumlah penduduk Malaysia. orang).

Jadual 1: Taburan Penagih Yang dikesan Mengikut Negeri
Tahun 2005/2006

Negeri
2005
2006
Negeri
2005
2006
Bil Purata Sebulan Bil Purata Sebulan
Kedah
710 1282
427
Sarawak
68
210
70
P.Pinang
1155
1086
362
Pahang
204
201
67
Perak
663
1000
333
N.Sembilan
96
179
60
Kelantan
332
843
281
Terengganu
29
86
29
WP.K.Lumpur
1178
756
252
Perlis
107
67
22
Johor
746
565
188
Sabah
1165
57
19
Selangor
334
459
153
WP Labuan
4
-
0
Melaka
119
210
70

Jumlah
6910
7001
2334


PROFIL PENAGIH
Profil penagih-penagih yang dikesan bagi tempoh ini adalah seperti berikut:

  • 97.94% lelaki
  • 72.73% Melayu
  • 69.60% terdiri daripada golongan belia dan majoriti adalah berumur antara 20-29 tahun
  • 78.65% berpendidikan hingga sekolah menengah (sekurang-kurangnya tamat tingkatan 3)
  • 89.74% mempunyai pekerjaan (majoritinya buruh am)
  • 68.86% merupakan penagih heroin/morfin, manakala penagih ATS dan pil psikotropik ( 11.93%)
  • 60.73% mengakui mula terjebak dengan dadah disebabkan oleh pengaruh kawan

Jadual 2: Bilangan Penagih Mengikut Jenis Dadah Yang Digunakan, 2005

Penagih

Heroin &Morfin

Candu
Ganja
Gam
Esctasy
Syabu
Lain-Lain
U.Batuk/
Kodein
Jumlah
Baru
1378
1
870
3
35
430
192
24
2933
Berulang
3443
1
419
2
8
127
43
25
4068
Jumlah
4821
2
1289
5
43
557
235
49
7001
Peratus
68.86%
0.03%
18.41%
0.07%
0.61%
7.96%
3.36%
0.70%
100.00%

Nota :*Bilangan penagih Pil Psikotropik 172 orang, Amphetamine 63 orang

Read more...

Statistik Rasuah Di Malaysia

Khamis, Julai 17, 2008

Baru-baru ini negara kita digemparkan dengan isu rasuah, berikutan penahanan Ketua Pengarah Imegresen dan timbalannya. Berita ini pastinya mengundang rasa tidak senang rakyat Malaysia kerana gambaran kini seolah-olah sebahagian besar penjawat awam mudah terdedah dengan kes seumpama itu. Sebelum ini banyak tangkapan melibatkan Menteri Kabinet juga turut terbabit dengan gejala berkenaan. Berikut adalah statistik 2008 :

BulanTangkapan
Januari80
Februari27
Mac39
April72
Total218

Read more...

Isu Solat

Ahad, Julai 13, 2008

Saya tertarik dan merasa terpanggil untuk sama-sama membincangkan isu solat cadangan YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan yang digembar-gemburkan oleh pelbagai pihak, terutamanya pihak media, kerajaan dan NGO. Persoalannya : Kenapakah isu ini yang dipersebarkan sehingga Presiden Cuepacs, Omar Osman sendiri mengeluarkan kenyataan sinis dan mempertikaikan cadangan Kerajaan PAS Kelantan menjadikan solat lima waktu dan Jumaat sebagai syarat kenaikan pangkat serta pengambilan baru kakitangan awam di negeri itu. Tidak muslimkah mereka? Diharapkan Omar sedar bahawa beliau masih lagi seorang muslim dan wajib untuk menyokong cadangan ini dengan akal fikiran bukan membantah membuta tuli hanya kerana ingin jadi hero kepada kerajaan pemerintah.
  • Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (JPA), Tan Sri Ismail Adam juga tidak sepatutnya khuatir tentang mekanisme perlaksanaan peraturan ini. Perkara tersebut tidaklah terlalu sukar. Sekiranya peraturan itu dikuatkuasakan, dengan sendirinya mereka yang solat akan solat. Mereka yang tidak solat sudah awal-awal lagi tidak diambil bekerja.

Read more...

"Pemantapan Usrah" bagi Memperkasakan Tarbiyah Adalah Langkah Terbaik

Langkah PAS Kawasan Merbok menyusun kembali gerakerja pentarbiyahan di cawangan-cawangan dalam kawasan itu melalui pemerkasaan usrah adalah satu langkah yang betul dan tidak wajar di pandang remeh dalam keadaan PAS di era pemerintah. Melalui kajian yang dijalankan melalui tesis saya tentang usrah dalam PAS dan kebangkitannya, setiap kebangkitan (gelombang) yang berlaku sebenarnya berpunca daripada pemahaman dan maklumat yang sebenar yang diperolehi oleh akar umbi, antaranya melalui perbincangan dalam usrah. Usrah juga mentashihkan maklumat dan fakta yang menyeleweng di kalangan ahli hingga akhirnya mereka pula berperanan sebagai penyampai maklumat kepada orang ramai. Menurut Pengerusi Lajnah Tarbiyah PAS Kawasan Merbok, Ustaz Fakharuddin Fakhrulrazi dalam ucapan aluannya menegaskan kepentingan usrah sebagai pembinaan utama pentarbiyahan di dalam PAS. Melalui penyusunan itu, PAS Kawasan Merbok akan melaksanakan usrah mengikut zon cawangan-cawangan dengan naqib tetap yang dilantik.

Read more...

Temuduga Program Pengajian Diploma Pendidikan Ambilan Januari 2009

Tahun ini merupakan tahun kedua berturut-turut zaujahku menghadiri temuduga program pengajian Diploma Pendidikan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) ambilan Januari 2009. Tahun 2008, bertempat di UPSI, Tanjong Malim, Perak zaujahku berjaya untuk kemasukan Ambilan Januari 2008 dalam bidang Pengajian Bahasa Arab. Tetapi kerana keadaan yang tidak mengizinkan (pragnent) dan tidak dibenarkan mendaftar, kami mencuba lagi bagi tahun kedua.

Insyaallah temuduga kali ini akan dijalankan sebagaimana di bawah :

  • Pada 22 Julai 2008
  • BILIK VIVA 2, BLOK C, KAMPUS SULTAN ABDUL JALIL SHAH, UPSI, 35900 TANJONG MALIM, PERAK
  • Bermula seawal jam 9.00 pg
  • Kursus Pengajian Islam
Apapun, tahniah buat zaujahku.

Read more...

Berminat Menyambung MA di UKM?

Sesiapa yang berminat menyambung pengajian di peringkat MA atau Ijazah Tinggi boleh apply di UKM untuk kemasukan Disember 2008 secara sepenuh masa dan separuh masa. Klik di sini untuk dapatkan maklumat lanjut. Terima kasih

Read more...

Berminat Menjadi Penulis Modul OUM?

Read more...

Master : Antara Prasyarat Jundullah Di Abad Ini

Menulis tesis ilmiah adalah sesuatu yang menyulitkan, kecuali bagi sesiapa yang hobinya suka membaca dan mengkaji. Tak terkecuali diriku, walaupun kini sedang berada di Semester kedua pengajian master dalam bidang Dakwah dan Pembangunan Insan. Terima kasih buat zaujah tercinta, Rosnaniza dan permata hatiku, Faiz yang baru genap berusia 80 hari pada 10 Julai lalu yang memahami kondisi ini. Semua ulama'-ulama' muktabar menghabiskan masa berpuluh-puluh tahun memutalaah kitab-kitab silam dan menyebarnya ke seluruh pelosok dunia semata untuk dijadikan panduan dan benteng ummah di kemudia hari. Syahadah bukannya ukuran zaman itu, tetapi disiplin ilmu telah meletakkan mereka di kemuncak sehingga dikagumi dan dihormati oleh kawan dan laman.

Read more...

Keperluan Membaiki Peribadi Sebelum Berdakwah

Rabu, Julai 09, 2008

SESUNGGUHNYA dakwah Islamiyyah tidak akan terhenti selagi mana wujudnya aktivis dakwah (du’at) yang bercita-cita melunaskan tuntutan (1) syahadatain (maksud: mengajak manusia kepada 2 kalimah syahadah); (2) amar ma’ruf nahi mungkar (maksud: menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran); dan (3) mujtama’ as-salim (maksud: masyarakat yang sejahtera) hatta (4) khulafah Islamiyyah jadidah (maksud : neo-Khalifah Islamiyyah).

Maklumat lanjut sila klik di sini.

Read more...

Fatwa Dr Taha Jabir al-'Ulwani Tentang Fitnah Terhadap DSAI

Menurut Imam Ibnu al-Qaiyim al-Jauziyah dalam kitabnya at-Turuq al-Hukmiyyah dan beberapa pandangan ulama, mereka menolak dakwaan atau tuduhan yang datang daripada seorang yang dilihat tidak berlaku adil, khususnya daripada setiap tindakan, cara hidup terhadap orang yang mempunyai kedudukan baik dalam masyarakat, di mana dakwaan seumpama itu disifatkan sebagai 'Qazaf' dengan membawa empat orang saksi, ia bersandarkan kepada ayat 4, Surah an-Nur maksudnya :
"Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik.
Berita lanjut sila ke Harakah Daily

Read more...

Kenapa Tentera Campur Tangan Dalam Tugas Polis?

Jumaat, Julai 04, 2008

KUALA LUMPUR, 4 Julai (Hrkh) - Penglibatan tentera mengawas ketenteraman awam adalah tidak perlu dan mungkin bertentangan dengan Perlembagaan berikutan terdapatnya ura-ura pihak polis akan meminta bantuan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam mengawal ketenteraman awam sebagaimana yang disuarakan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hasan kelmarin.

Profesor Dr Abdul Aziz Bari ketika dihubungi menegaskan tugas menjaga ketenteraman awam adalah tanggung jawab pasukan polis sebagaimana yang disebut di dalam Akta Polis 1967.

Ia bertujuan untuk membolehkan proses demokrasi berjalan dengan lancar. Apa yang berlaku selama ini, ujar beliau, pasukan polis telah menyekat perhimpunan yang aman yang pada satu ketika pernah disahkan oleh Suhakam sendiri tindakan itu sebagai keras dan keterlaluan.

Dengan itu, kata Aziz lagi, polis tidak perlu mendapatkan bantuan tentera dan adalah lebih baik mereka menggunakan kekuatan dan sumber yang ada untuk mengawal dan menyelesaikan masalah jenayah yang kian meningkat.

Pensyarah Undang-Undang UIAM itu berkata, penggunaan tentera adalah merbahaya dan ura-ura yang disebut oleh Musa Hassan itu telah menghampiri garisan yang ditetapkan oleh Perlembagaan.

Katanya, Yang di-Pertuan Agong selaku Panglima Tertinggi Angkatan Tentera sebagaimana yang dipertuntukkan oleh Perlembagaan bertanggungjawab menghalang cubaan untuk mempolitikkan angkatan tentera sebagaimana yang telah berlaku kepada pasukan polis.

"Dalam keadaan yang sedemikian baginda wajib bertindak dan tidak membiarkan diri baginda diperalatkan oleh kerajaan melalui nasihat yang berbahaya kepada Perlembagaan," tegas Aziz.

Selain Yang di-Pertuan Agong, tegas beliau, kesemua Raja-Raja Melayu adalah Kolonel Yang Dipertua untuk pelbagai regimen, kor dan formasi di dalam Angkatan Tentera Malaysia. Sementara itu Majlis Raja-Raja juga mempunyai wakil di dalam Majlis Angkatan Tentera yang dipengerusikan oleh Menteri Pertahanan.

Aziz berpendapat Yang di-Pertuan Agong perlu bertindak kerana sudah tidak ada lagi sesiapa yang boleh diharapkan. Di dalam keadaan biasa mahkamah sepatutnya mentafsirkan peruntukan di dalam Akta Polis - seksyen 27 - yang menyekat perhimpunan aman dengan ketat termasuk membatalkan peruntukan itu.

Malangnya, kata Aziz, mahkamah membenarkan sekatan itu meskipun ia tidak munasabah. Polis sering menyebut kekecohan dan gangguan awam meskipun selama ini apa yang menimbulkan kekecohan ialah tindakan keras yang tidak perlu oleh pasukan polis sendiri. Dengan demikian adalah tidak wajar untuk pihak polis menyeret angkatan tentera terlibat sama dalam perkara ini.

Berita lanjut dalam harakahdaily.

Read more...

Koleksi Kuliah Online

Soal jawab agama Online

Allah

Photobucket

Muhammad

Photobucket

About This Blog

“Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu menelan api sepenuh perutnya dan mereka akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala. (An-Nisa'i : ayat 10)”

Wadi Arbain

Wadi Arbain

Kembali Dari Ardil Kinanah

Kembali Dari Ardil Kinanah

Jaulah Ke Semenanjung Sinai

Jaulah Ke Semenanjung Sinai

Doa Hari Sukan SK. Besout 4

Doa Hari Sukan SK. Besout 4

Ceramah Maulid SK. Besout 4

Ceramah Maulid SK. Besout 4

Kelas Tasmik

Kelas Tasmik

Our Blogger Templates

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP