Selamat Bercuti Dan Teruskan Kecemerlangan
Jumaat, Mac 22, 2013
Doaku agar seluruh warga sekolah sentiasa dilimpahi rahmat dan cemerlang alam apa jua bidang. Khusus untuk murid-murid, capailah barakah dalam kehidupan ini. Tunaikanlah perintah Allah s.w.t, jangan sesekali menderhaka kepada kedua ibubapa dan guru. Kejayaan mengapai 5A tidak akan bererti tanpa memiliki akhlak dan sahsiah mahmudah. Murid yang tidak mendapat 5A tidak bermakna tidak berjaya, andai kata kehidupan mereka dilimpahi barakah Allah s.w.t. Apa pun selamat bercuti buat semua..