Maksud Ayat : ... pada hari ini telah Ku-sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-redhai Islam itu menjadi agama bagimu... (Surah al-Maaidah : 3)
Photobucket

Selamat Tahun Baru Hijrah 1433 H

Ahad, November 27, 2011

Sebenarnya, falsafah hijrah ini lebih besar daripada peristiwa Hijrah itu sendiri. Peristiwa hijrah Nabi s.a.w. dan para sahabat itu telah termaktub dalam hadis dan kitab2 sejarah, dan ianya takkan berulang lagi..

itu sajalah satu2nya hijrah yg tidak akan berulang sampai kiamat.. sbb Nabi s.a.w. dah takde.. Jadi, kita cuma mampu untuk mengulang membaca dan mendengar kisah2 hijrah Nabi s.a.w. dan para sahabat Baginda..
Namun, apa yg lebih penting adalah sejauh mana kita dapat memahami falsafah di sebalik hijrah itu sendiri…

1. Amal itu dikira berdasarkan niat
Ramai orang yang biasa mendengar hadis ini.. ramai juga yg biasa menggunakan hadis ini sebagai dalil dalam membenarkan amalan mereka.. tetapi tak ramai yg membaca hadis ini sampai habis.. sebab itu ramai yg tersalah guna atau memahami maksud hadis dengan fahaman yg salah. Hadis ini diriwayatkan dalam kebanyakan kitab2 hadis yg utama dan diletakkan di permulaan kitab.. seperti dalam kitab Matan Arba’in An-Nawawiah (Hadis 40 an-Nawawi).. sambungan daripada hadis itu adalah “Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya, maka baginya hijrah kerana Allah dan RasulNya.. dan sesiapa yang berhijrah kerana dunia atau kerana wanita yang ingin dikahwininya, maka hijrah itu adalah atas apa yg beliau berhijrah kepadanya (niat hijrahnya)”. Ia berkaitan dengan seorang pemuda yg mengikuti hijrah para Sahabat ke Madinah kerana untuk mengahwini seorang wanita.. maka dia mendapat wanita itu, tetapi tidaklah beliau mendapat maksud hijrah yg sebenarnya (iaitu hijrah kerana Allah dan RasulNya). Selain pentingnya niat, penting juga untuk memastikan amalan itu bertepatan dengan niat.. jika melakukan sesuatu amalan dengan niat Allah, maka amalan itu hendaklah sesuatu amalan yg dibenarkan syarak.. tidaklah wajar seorang yg membuka aurat, tetapi berkata hatinya itu baik kerana niatnya hanya Allah yang tahu.. sedangkan amalan membuka aurat itu sendiri adalah amalan yg bertentangan dengan syarak.. begitu juga seorang yang memakai serban jubah, tapi berniat supaya dipandang mulia oleh manusia, maka amalannya yg baik itu juga tidak akan diterima.. kerana niatnya bukanlah semata2 kerana Allah. Jadi, falsafah hijrah yg terkandung di dalam point ini, niat dan amalan hendaklah selari.. iaitu niat semata2 kerana Allah, dan amalan yg dilakukan juga adalah amalan yg diredhai Allah.

2. Hijrah itu membawa perubahan.. perubahan juga memerlukan hijrah
Selain daripada Hijrah Nabi s.a.w. dan para sahabat ke Madinah, umat Islam hanya mampu untuk berhijrah dari sudut yg lain. Umpamanya hijrah hati, iaitu berusaha untuk membaiki hati dan membuang segala sifat2 buruk dalam hati.. juga perubahan zahir, spt daripada tak bertudung, kepada bertudung.. daripada bertudung bawal, kepada bertudung labuh dan seterusnya.. iaitu perubahan2 yang membawa kita menjadi lebih baik daripada sebelumnya.. konsep hijrah adalah berusaha mencari / beramal dengan lebih baik daripada sebelumnya.. kalau sebelum ni elok2 dah bertudung labuh, tiba2 berubah memakai tudung pendek, maka itu bukanlah dinamakan hijrah. Seperti juga sesetengah daripada kita yang berhijrah ke tempat2 lain, demi mencari kerja yang lebih baik contohnya.. hijrah tempat ini juga merupakan sebahagian daripada konsep hijrah.. spt mana yang dijelaskan dalam sebuah hadis sahih berkenaan seorang lelaki Bani Israel yang telah membunuh 100 orang dan disuruh oleh seorang alim untuk berhijrah dari tempat tinggal asalnya.. berhijrah tempat ini bukan suatu kewajipan dalam merubah diri menjadi lebih baik, sebaliknya ia lebih memudahkan hati dan perasaan.
Jika masih tinggal di tempat yg lama, ada kemungkinan mereka2 yg mengenali kita sebelum kita bertaubat, akan terus2an mengungkit kisah silam kita, sehinggakan hati kita menjadi lemah untuk berubah menjadi lebih baik.. berbanding di tempat baru, ia lebih membantu usaha kita untuk berubah menjadi lebih baik.

3. Hijrah itu memerlukan pengorbanan
Nabi s.a.w. dan para sahabat berhijrah ke Madinah, tanpa membawa apa2 harta.. segala kemewahan dunia, mereka tinggalkan di belakang (Mekah) dalam keadaan mereka sendiri tidak mengetahui bagaimana nasib mereka nanti di Madinah.. namun, mereka yakin dengan janji Allah dan sabdaan Nabi s.a.w.. inilah keyakinan para sahabat yang tidak mampu digugat, kerana mereka berkorban diri dan harta mereka kerana Allah. Dalam kita melakukan hijrah untuk menjadi lebih baik, ada perkara yg perlu kita korbankan.. seorang wanita yang baru belajar2 untuk memakai tudung, akan terpaksa korbankan kehendak dirinya untuk memperagakan kecantikan rambutnya, semata2 kerana ingin belajar2 mentaati perintah Allah. Seorang pelakon yang berhijrah untuk memakai pakaian menutup aurat, terpaksa mengorbankan banyak job yang memerlukan dirinya membuka aurat, semata2 kerana tidak ingin kembali ke zaman silamnya..
Seorang pengurus syarikat perjudian, terpaksa mengorbankan kerjayanya dan pendapatannya yang lumayan, semata2 kerana ingin berubah dan mencari pekerjaan yang halal, walaupun gajinya kurang dan berpangkat rendah. Ini semua antara bentuk2 pengorbanan yang perlu dilakukan.. sama seperti pengorbanan Nabi s.a.w. dan Abu Bakr yang melakukan perjalanan yg jauh, dalam keadaan penuh bahaya, penuh ujian dsb.. namun, atas keyakinan bahawa Allah s.w.t. bersama2 mereka, maka Nabi s.a.w. dan Abu Bakr r.anhu meneruskan hijrah dengan penuh keyakinan.

4. Apabila ada golongan Muhajirin, maka wujudlah golongan Ansar
Apabila Nabi s.a.w. dan para sahabat telah sampai ke Madinah, mereka telah dipersaudarakan dengan golongan Ansar.. golongan Ansar inilah saudara dan sahabat sejati golongan Muhajirin (orang2 yg berhijrah).. mereka menerima saudara Muhajirin dengan hati yang terbuka, sehinggakan sanggup memberikan sebahagian harta, malah sanggup untuk menceraikan isteri2 mereka untuk dijadikan isteri kepada sahabat Muhajirin.. begitulah pengorbanan golongan Ansar yang tidak kurang hebatnya.
Dengan penerimaan hebat daripada sahabat Ansar, para sahabat Muhajirin tidak merasai kehilangan ahli keluarga (yg masih di Mekah) dan tidak risaukan tentang harta dan haiwan ternakan yg mereka tinggalkan di Mekah. Apabila ada hijrah dan nusrah (bantuan orang tempatan), maka Allah s.w.t. akan memberikan banyak keberkatan dalam negeri tersebut. Seorang yang berhijrah dari kampung ke bandar untuk bekerja, dan disambut dengan baik oleh jiran barunya, akan memudahkan urusannya dan menenangkan perasaannya.. selain mempunyai seseorang untuk berkongsi pandangan dan dapat mengubati kerinduan pada kampung halaman.. Seorang yang berhijrah kerana ingin memperbaiki dirinya, dan mendapat sokongan daripada sahabat baru di tempat beliau berhijrah, akan menjadikan beliau lebih kuat dalam azamnya.. insyaAllah, dengan sokongan itu, beliau akan dapat berusaha memperbaiki diri tanpa perlu memikirkan tentang pandangan buruk masyarakat terhadap kisah silamnya.

4. Hijrah memerlukan istiqamah
Apabila para sahabat berhijrah ke Madinah, mereka tidak teragak2 dan tidak terfikir2 untuk kembali ke Mekah, sehinggalah berlakunya perjanjian Hudaibiyah dan seterusnya Fath Mekah.. mereka berusaha memperbaiki iman dan amal mereka di Madinah, dan berusaha menyebarkan dakwah sehingga Islam berkembang melalui gerakan dakwah dan jihad yang berpusat di Madinah. Bila seseorang itu telah berhijrah daripada keburukan kepada kebaikan, atau daripada kebaikan kepada yang lebih baik, maka istiqamah itu penting supaya iman dan amalnya tidak menjunam turun. Umpama kita menendang bola menaiki bukit, bola itu kena sentiasa bergerak ke atas, sekalipun pergerakannya itu perlahan.. sehinggalah sampai kepada matlamat kita iaitu akhirat.. dan tidak boleh berhenti di pertengahan jalan.. kerana percayalah, apabila bola itu berhenti bergolek, maka ia akan mengundur dan menjunam lebih laju daripada semasa ia naik mendaki bukit. Apabila kita telah berazam dan melakukan hijrah terhadap amalan kita, maka istiqamahlah dalam azam dan amalan tersebut.. jangan biarkan ia terhenti, sehingga akhirnya azam itu akan hilang, dan kualiti amalan kita akan semakin menjunam.

5. Hijrahlah dengan ilmu
Apabila kita nak melakukan hijrah (terutama hijrah diri dan peribadi), maka dalamilah ilmu yang berkaitan.. jika nak berhijrah daripada tak menutup aurat kepada nak menutup aurat, maka belajarlah ilmu berkaitan aurat.. jangan main ikut2 orang.. nampak orang pakai macam tu, kita pun nak tiru dan pakai mcm beliau.. tanpa mengetahui sama ada cara pemakaian beliau itu betul2 mengikut garis panduan syarak atau tidak. Sama juga keadaannya jika nak berhijrah ke tempat baru.. kena dalami dulu ilmu yang berkaitan (spt jalan yang patut diikuti) sama ada berpandukan peta, GPS, tengok signboard, tanya orang dsb.. jangan buat2 pandai sendiri.. ikut je kereta di depan (kononnya plat W (Kuala Lumpur), dah tentu keretanya nak menuju ke Kuala Lumpur).. sedangkan mungkin beliau nak menuju ke Pantai Timur.. akhirnya, kita tersesat jalan sebab mengikut orang tanpa ilmu.


Artikel ini disalin dari blog ini

0 comments:

Catat Ulasan

Koleksi Kuliah Online

Soal jawab agama Online

Allah

Photobucket

Muhammad

Photobucket

About This Blog

“Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu menelan api sepenuh perutnya dan mereka akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala. (An-Nisa'i : ayat 10)”

Wadi Arbain

Wadi Arbain

Kembali Dari Ardil Kinanah

Kembali Dari Ardil Kinanah

Jaulah Ke Semenanjung Sinai

Jaulah Ke Semenanjung Sinai

Doa Hari Sukan SK. Besout 4

Doa Hari Sukan SK. Besout 4

Ceramah Maulid SK. Besout 4

Ceramah Maulid SK. Besout 4

Kelas Tasmik

Kelas Tasmik

Our Blogger Templates

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP