Maksud Ayat : ... pada hari ini telah Ku-sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-redhai Islam itu menjadi agama bagimu... (Surah al-Maaidah : 3)
Photobucket

Tahniah Ustaz Abu Bakar, PJ Perak baru

Khamis, Jun 18, 2009

IPOH, 17 Jun (Hrkh) - Bekas Ketua Penerangan PAS Negeri Perak, Misbahul Munir Masduki yakin Ustaz Abu Bakar Hussein mampu menerajui PAS Perak dengan baik dengan kerjasama dari dewan dewan dan PAS kawasan-kawasan kerana beliau tidak keseorangan dalam memimpin PAS di negeri ini.
Iklan

Sehubungan itu, beliau mengucapkan tahniah kepada Ustaz Abu Bakar Hussein yang telah dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Perak yang baru seperti yang diumumkan oleh Presiden PAS, Dato' Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang dibuat dalam Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang pertama di Pejabat Agung PAS Pusat baru-baru ini.

Sebelum ini, Ustaz Abu Bakar adalah Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai Yang Dipetua PAS Kawasan Gopeng untuk beberapa penggal yang lalu. Dalam Pilihan raya umum yang lepas, beliau bertanding di DUN Pengkalan Baru dan hanya kalah dengan majoriti yang begitu kecil iaitu 14 undi. Beliau juga adalah pesara guru agama yang pernah berkhidmat di Sekolah Menengah Agama Izuddin Shah, Ipoh. "Pelantikan beliau sebagai Pesuruhjaya PAS Perak disambut baik oleh kawasan-kawasan dan dewan-dewan, " katanya. "Dengan pengalaman sebagai pendidik agama, seluruh PAS Kawasan di Perak mengharapkan agar pengalaman mentarbiyyah digunakan untuk mentarbiyah ahli-ahli PAS," jelasnya. Beliau sememangnya sangat meminati bidang tarbiyah haraki. Menurutnya, Markaz Tarbiyah Air Kuning sentiasa aktif dengan program-program tarbiyah yang dikendalikan oleh Lajnah yang dipengerusikan oleh beliau.

Pengisian tarbiyah begitu hidup sepanjang beliau menerajui lajnah tersebut, pembentangan kertas-kertas tarbiyah tidak hanya terikat dengan teks tertentu, malahan persoalan ekonomi, politik, ISA dan berbagai-bagai isu semasa di peringkat nasional dan antarabangsa turut diketengahkan. Tambahnya,Ustaz Abu Bakar tidak akan bersendirian memimpin negeri Perak, seluruh PAS Kawasan dan dewan-dewan akan membantu beliau bagi melaksanakan amanat dan mandat tersebut. "Saya yakin dengan kemampuan Ustaz Abu Bakar untuk menerajui PAS Perak, saya sependapat dengan Misbah,' kata Adun Titi Serong, Khalil Idham Lim.

Read more...

Mukhayyam Tarbawi : Tahniah DPP Tanjong Malim

Selasa, Jun 16, 2009

Tahniah kepada Dewan Pemuda PAS Kawasan Tanjong Malim kerana berjaya menganjurkan Mukhayyam Tarbawi pada 11 dan 12 Jun lalu. Sdr Amran, Pegawai Khas MB Perak turut hadir memeriahkan lagi suasana mukhayyam yang telah diadakan di Kem Ansor, Sungkai, Perak. Semoga tamrin kepimpinan seumpama ini akan terus menjadi agenda utama kepimpinan pemuda sesi ini. TAHNIAH ...

Read more...

Senarai barisan kepimpinan Pemuda PAS 2009-2011

Ketua : Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi
Timbalan Ketua : Ustaz Azman Shafawi Abd Rani
Naib Ketua : Ahmad Sabki Yusof

Setiausaha : Kamaruzaman Mohamad
Penolong Setiausaha : Khairul Faizi Ahmad Kamil
Bendahari : Mohd Adram Musa
Ketua Penerangan : Suhaizan Kaiat
Pengarah Pilihan Raya : YB Firdaus Jaafar

Ahli Jawatankuasa dipilih :
1 Ustaz Riduan Mohd Nor
2 Ustaz Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz
3 Ustaz Nazri Chik
4 YB Nasir Zakaria
5 Ustaz Kamal Shaari
6 Abdullah Karim
7 Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaakub

Ahli Jawatankuasa dilantik :
1 Zuraidin Abdullah
2 Sanusi Mohd Nor
3 Zamakhshari Muhammad
4 Anuar Ali
5 Yusainee Yahya
6 Mohd Sani Hamzan
7 Wan Sukhairi Abdullah
8 Dr. Mohd Zohdi Marzuki
9 Mohd Nazri Din
10 Mohd Fuad Othman

Read more...

Stadium Runtuh : Di Mana Mutu Sukan Malaysia?

Khamis, Jun 11, 2009

INSIDEN keruntuhan bumbung utama Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, Kuala Terengganu, Selasa (2 Jun) lalu masih diperkatakan masyarakat, terutama di Terengganu. Selain ulasan dan pandangan pelbagai pihak masih diberi liputan lewat media cetak dan elektronik, isu itu juga masih memanaskan forum-forum informal dalam masyarakat.

Kos pembinaan stadium itu dikatakan RM292 juta. Ia memuatkan kapasiti penonton sejumlah 50,000 orang. Selain menempatkan padang bolasepak, ia juga menyediakan gelanggang tertutup untuk prasarana boling dan skuasy.

Semasa pembinaannya dahulu yang tak sampai setahun jagung, di mana-mana saja wujud medan bual bicara, sama ada di anjung masjid dan surau, di atas wakaf dan hentian pengangkutan, di warung dan kafe, mahu pun di bengkel dan pejabat, cerita bumbung stadium runtuh meniti bibir rakyat. Pendek kata, hampir tidak ada warga negeri Terengganu yang mumayyiz dan akil baligh, yang tidak buta, pekak dan bisu, yang tidak ikut serta membicarakan isu tersebut. Projek kerajaan BARISAN NASIONAL, projek TERKINI, TERCANGGIH, ditulis dalam papan tanda yang besar,Bayangkan, hampir tiada lokasi strategik sepanjang beberapa jalan utama sekitar Kuala Terengganu yang tidak dipacakkan dengan papan tanda besar memaparkan gambar stadium yang bakal dibina itu. "Nak stadium? Impian Kini Menjadi Realiti!" begitulah lebih kurang bait tertulis di atasnya. Kata-kata itu disertakan dengan empat gambar projek besar BN yang kononnya sangat-sangat diimpikan seluruh rakyat, sedangkan ia hanyalah pemuas nafsu serakah dan ego para pemimpin BN sendiri. "Nak universiti? Nak lebuh raya? Nak lapangan terbang?" papan-papan tanda itu memasyhurkan projek mega BN itu.

Stadium ini merupakan stadium pertama di Pantai Timur menggunakan rumput TERmoden dikenali sebagai 'cow grass'. Sejarah lebih membanggakan bagi Terengganu ialah apabila SSMZA dikatakan stadium pertama di Asia menggunakan sistem bumbung tanpa kolum (space frame structure), yang mana kesemua 134 meter bumbungnya dibina tanpa tiang sokongan. Kalah semua stadium di Jepun, Korea mahu pun China. Tak usah disebut Thailand, Singapura atau pun Laos!

Sebaik siap, stadium itu menjadi gelanggang utama temasya sukan tahunan yang paling berprestij dalam negara. Sukan Malaysia (Sukma) 2008 berpusat aktiviti utamanya di SSMZA. Maka cerita dan gambar pelbagai sudut stadium yang baru siap dibina itu memenuhi tidak sedikit ruang media dan turut menerobos ruang minda rakyat.

Lokasi kompleks sukan itu yang berdekatan dengan Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) menyebabkan ia menjadi tumpuan untuk tujuan lain. Bermula musim haji lalu stadium tertutup bersebelahan SSMZA dijadikan tempat para hujjaj berhimpun sebelum bertolak ke tanah suci dari LTSM.

Kini, siapakah orang yang paling "panas" dengan insiden tersebut?

Read more...

KIAS Naik Taraf Jadi Kolej Universiti

KOTA BHARU, 7 Jun (Hrkh) - Kerajaan di bawah kepemimpinan ulama di Kelantan maju setapak lagi apabila Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias) akan dinaik taraf menjadi kolej universiti tidak lama lagi. Kias pada peringkat awal diwujudkan iaitu pada 1993 dikenali sebagai Maahad Dakwah Wal Imamah dan beberapa tahun kemudian dinaik taraf menjadi Kias. Kias menawarkan program ijazah berkembar dalam bidang Syariah dan Usuludin dengan beberapa universiti di luar negara. Manakala pengajian di peringkat diploma pula dalam bidang Syariah, Usuludin dan Dakwah Wal Qiadah. Tidak lama lagi Kias akan dikenali sebagai Kolej Universiti iatu setanding dengan Kolej Universiti Insaniah di Kedah dan Kolej Universiti Islam Selangor.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri, Dato' Mohd Amar Abdullah berkata, kolej universiti berkenaan akan dibangunkan di kampus induk di Nilam Puri. "Bagi menjadikan Kias sebagai sebuah kolej universiti beberapa kriteria ditetapkan kerajaan mesti dipenuhi, antaranya mempunyai perpustakaan dan dewan kuliah yang mencukupi. "InsyaAllah tahun hadapan Kias akan dinaik taraf menjadi kolej universiti dan pengambilan pelajar pertama dengan status kolej universiti akan dilakukan," katanya di sini.

Kias terletak kampus induk di Nilam Puri bersebelahan dengan pejabat Yayasan Islam Kelantan (Yik). Yik mempunyai kemudahan pejabat, asrama pelajar dan sebuah dewan. Mohd Amar berkata, pejabat Yik akan dipindahkan ke Pengkalan Chepa dan pembinaan bangunan pejabat baru akan dilaksanakan membabitkan kos sebanyak RM5 juta. "Pemindahan pejabat Yik ke Pengkalan Chepa dibuat memandangkan bangunan Yik di Nilam Puri akan diserahkan sepenuhnya kepada Kias," katanya. Menurutnya juga Kias sehingga kini merupakan antara institusi pengajian tinggi swasta terbaik dalam bidang agama di negara ini. Katanya juga Kias sekarang mempunyai tujuh pensyarah yang berkelulusan di peringkat PhD dan ramai tenaga pengajar mempunyai kelulusan di peringkat sarjana. "Bagi memenuhi kriteria kolej yang bertaraf universiti juga tiga kursus baru akan diperkenalkan iaitu Kejururawatan, Komunikasi serta Muamalat dan Ekonomi Islam," katanya. Beliau juga berkata, Kias juga sekarang mempunyai ramai pelajar dari luar negara termasuk China, Thailand dan Indonesia.

Read more...

Ketahui Fadhilat Bulan Sya'ban

Syaaban adalah bulan Rasulullah saw. Bersabda yang maksudnya " Dinamakan dengan syaaban (berserak-serak) itu adalah kerana di dalamnya terdapat banyak kebajikan yang berserak-serak.

1) Setiap amalam kebajikan akan digandakan oleh Allah dengan 700 kali ganda.
2) Allah akan menurunkan rahmatNya serta memberikan pengampunan umum kepada hambanya.
3) Sesiapa yang berpuasa 3 hari di awal, pertengahan dan di akhirnya maka Allah akan menuliskan baginya pahala 70 orang nabi, pahala beribadat selama 70 tahun.
4) Kelebihan malam nisfu Syaaban pula ialah sesiapa yang mendirikan solat sunat sunat dan menghidupkan malam itu dengan banyak berdoa, berzikir, berselawat, bertasbih, membaca al Quran dan sebagainya maka Allah akan membukakan untuknya 300 pintu rahmat disamping doanya tidak akan ditolak.
5) Orang-orang yang tidak diampunkan oleh Allah pada malam nisfu syaaban ialah mereka yang menyekutukan Allah dengan sesuatu, tukang sihir, tukang nujum, mereka yang suka bermusuhan, peminum arak, penzina, pemakan riba, derhaka terhadap kedua ibu bapa, pembuat fitnah dan mereka yang memutuskan tali silaturrahim.

Read more...

Piramid Antara Tarikan Pelancong ke Mesir

SEBUT saja Mesir, ramai yang terbayang atau teringatkan Piramid, Firaun dan Universiti Al-Azhar.

Piramid dan Firaun sejak sekian lama menjadi kebanggaan dan 'eksport' terkenal Mesir manakala Universiti Al-Azhar pula adalah institusi pengajian tinggi terulung yang banyak melahirkan ulama terkenal dunia.

Sejarah ketamadunan kuno yang lahir di Lembangan Sungai Nil di Kaherah itu menjadikan Mesir destinasi pelancongan yang menjadi tarikan sejak sekian lama.

Piramid di Giza adalah antara tarikan paling popular, hanya kira-kira 25 kilometer dari bandar raya Kaherah yang dianggarkan didiami 22 juta penduduk.

Giza menempatkan dua bahagian monumen dengan kumpulan pertama dikenali dengan tiga piramid utama iaitu Khufu, Khephren dan Menkaure serta Sphinx, patung singa berkepala manusia yang terletak berhampiran tiga piramid besar di situ.

Read more...

Warisan Islam di Timur Tengah

KETIKA berada di tengah kesibukan Chorsu Bazaar di Tashkent, ibu negara Uzbekistan, tiba-tiba seorang lelaki berumur lebih setengah abad menyapa penulis dan bertanya: "Malaysia?"

Penulis mengangguk tanda 'ya' tetapi sedikit hairan kerana bagaimana tekaannya tepat sedangkan rakyat negara itu sudah lama di bawah cengkaman Soviet Union yang membataskan hubungan dengan negara luar.

Lelaki itu terus mendekati dan memberi salam dengan menyebut 'Assalamualaikum'. Penulis segera membalas salamnya, membuatkan dia dilihat semakin berminat untuk meneruskan perbualan.

Dia kemudian mengucapkan dua kalimah syahadah sambil penulis menyebut sama apa yang diucapkannya, diikuti beberapa surah pendek yang dimulakannya dan membiarkan bacaannya disudahkan penulis.

"Amin, Alhamdulillah," kata lelaki berjanggut putih dan berjaket kulit hitam itu sambil bersalaman dengan penulis sebelum beredar dan hilang di celah kesibukan pengunjung bazar berkenaan.

Read more...

Qatar : Keajaiban Doha

DOHA atau nama Arabnya Ad-dawha bermaksud pokok besar adalah ibu negara Qatar, yang kini makmur di bawah pemerintahan Emir Sheikh Hamad Bin Khalifa Al-Thani.

Pada awal abad ke-20, ekonomi Qatar bergantung sepenuhnya kepada hasil perikanan dan mutiara. Oleh itu, tidak hairan apabila Doha mempunyai 350 bot mencari mutiara.

Bagaimanapun, apabila Jepun memperkenalkan pembiakan mutiara secara komersial pada 1930 menyebabkan seluruh rantau itu termasuk Qatar mengalami kemelesetan ekonomi sehingga menjadi sebuah negara miskin serta mundur.

Kesengsaraan rakyat Qatar tidak lama apabila pada 1930an, negara itu dianugerah Tuhan dengan penemuan hasil minyak yang kini boleh mengeluarkan 800,000 tong sehari.

Sejak itu Qatar terus makmur dan pemerintahnya, Sheikh Hamad terus tekun membangunkan negara yang kini menjadi anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC).

Read more...

Kota Cordoba : Kegemilangan Silam Umat Islam di Sepanyol

CORDOBA, satu daripada lapan negeri dalam Wilayah Andalusia di selatan Sepanyol atau dirujuk sebagai al-Andalus ketika di bawah penguasaan Islam yang mengembangkan pengaruhnya ke Eropah di bawah pimpinan Panglima Tariq Ibnu Ziyad.

Bagi umat Islam, pasti berasa sedih apabila melihat bekas masjid yang berubah fungsi menjadi gereja selepas wilayah itu jatuh ke tangan Kristian pimpinan Raja Ferdinand dan Permaisuri Isabelle.
Monumen yang pastinya pilu dilihat umat Islam ialah Le Mezquita, bekas masjid agung yang tersergam indah di tebing Sungai Guadalquiver yang merentasi bandarnya, tetapi kini berubah dengan elemen Kristian padanya.

Masjid berkenaan dibina pada zaman Khalifah Abdul Rahman II dan diteruskan oleh anak cucu baginda selama hampir dua abad sehingga siap seperti sekarang, indah dengan struktur dan seni bina hasil inspirasi arkitek Islam pada zaman itu.

Di dalamnya, ada puluhan atau ratusan tiang bermotif pohon palma yang dicat warna tanah dan merah muda seperti barisan jemaah sedang bersiap untuk bersolat.

Read more...

Persiapan Memasuki Bulan Allah "Rejab SyahrulLah"

Bersabda Rasulullah saw maksudnya " Rejab adalah bulan Allah, Sya'ban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku". Sesiapa yang berpuasa dalam bulan ini dengan penuh ikhlas semata-mata mengharapkan rahmat dari Allah maka ia layak mendapat ganjaran dari Allah seperti yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw maksudnya :

1) Sesiapa yang berpuasa sehari maka ia akan mendapat keredhaan Allah.
2) Sesiapa yang berpuasa 2 hari maka ia akan mendapat kemuliaan yang besar dari Allah.
3) Sesiapa yang berpuasa 3 hari maka ia akan dijauhkan dari Allaj dari dugaan dunia, diselamatkan dari penyakit yang berbahaya dan diselamatkan dari disiksa diakhirat dan fitnah dajjal.
4) Sesiapa yang berpuasa 7 hari maka akan dikunci oleh Allah 7 pintu neraka jahannam baginya.
5) Sesiapa yang berpuasa 10 hari maka akan dieprkenankan oleh Allah hayat dan permintaannya.
6) Sesiapa yang berpuasa 15 hari maka Allah akan menambahkan pula pahala amalannya berlipat kali ganda.
7) Orang yang berpuasa di bulan Rejab kelak di Syurga diberi minum air sungai yang bernama Rejab yang airnya lebih putih dari susu, lebih manis dari manisan dan lebih dingin dari salji.
8) Dalam bulan lain setiap amalan akan digandakan Allah 10 kebajikan, tetapi pada bulan Rejab akan digandakan sebanyak 70 kebajikan.
9) Digalakkan mendengar kisah dan peristiwa yang berlaku dalam bulan Rejab seperti Isra' Mikraj Rasulullah saw.

Read more...

Peristiwa Bulan jamadil Akhir

Terdapat 2 peristiwa penting dalam bulan ini :

1) Perlantikan Saidina Umar al-Khattab sebagai khalifah ar-Rasyidin yang kedua.
2) Berlakunya peperangan Yarmouk pada zaman saidina Umar al-Khattab pada tahun ke-13 Hijrah.

Fadhilat bulan-bulan Islam, sila klik

Read more...

Ulama Berjaya : 25 Tahun Menilai Kepimpinan Ulama'

Selasa, Jun 09, 2009

Wawancara bersama DR HARON DIN : Sejak PAs ditubuhkan tahun 1951, ia sebuah parti Islam yang tujuan utamanya untuk melaksanakan tuntutan Allah bagi mengislamkan masyarakat dan negara. Motto besar ketika itu, PAS ingin menegakkan sebuah negara Islam.Sesuai dengan nama, dasar dan matlamat, maka PAS dari awal dipimpin oleh ulama, bermula Almarhum Haji Ahmad Fuad daripada Bukit Mertajam. Pemangkin perjuangan ketika itu terdiri daripada ulama-ulama tanahair yang sejak dari awal dan sudah ada dalam Dewan Ulama PAS, termasuk Haji Ahmad Pahim dan Haji Ahmad Badawi.

Masyarakat pada awalnya sudah memahami bahawa PAS dipimpin oleh ulama-ulama yang berwibawa sehinggalah berlaku sedikit perubahan apabila PAS terpaksa dipimpin oleh Almarhum Dr Abbas Alias daripada kalangan profesional dan kemudiannya Almarhum Dato' Asri Muda. Seolah-olah memperlihatkan PAS tidak semestinya dipimpin oleh ulama tetapi juga boleh di kalangan profesional.

Sehinggalah Muktamar Tahunan 1983 membuat satu ketetapan, PAS mestilah menggariskan dengan jelas, ia mesti berdasarkan kepimpinan ulama.Peruntukan baru Majlis Syura Ulama dimasukkan dalam perlembagaan, dengan kriteria khusus keanggotaan syura ulama. Difahami secara umum dan secara spontan bahawa kepimpinan tertinggi PAS disandang oleh orang-orang yang diterima dalam PAS sebagai ulama.

Lagi

Read more...

PAS – Jamaah Harakah Islamiyyah dan Pilihanraya Umum

Apabila kita berbicara mengenai da’wah dan Jama’ah, sekali lagi kita ingin menegaskan bahawa Parti Islam SeMalaysia atau PAS sejak dilahirkan pada tahun 1951 muncul atas asas dan kesedaran untuk berdakwah dan menyahut tuntutan di dalam al-Qur’an dan as-Sunnah. Sejak kelahirannya 50 tahun dahulu, PAS telah meletakkan Islam sebagai dasarnya, iaitu Islam dari segi Undang-Undang Tubuhnya, perjalanannya, perjuangan setiap ahli dan barisan kepemimpinannya sehinggalah ke matlamatnya untuk memperjuangkan wujudnya didalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana didalamnya nilai nilai hidup islam dan hukum hukumnya menuju keredhaan Allah.

Kemunculan PAS di tengah-tengah masyarakat Malaysia bersama dengan beberapa kumpulan Islam yang lain tidak akan mengubah statusnya sebagai sebuah Jama’ah Harakah Islamiyyah utama berdasarkan ciri-ciri berikut:

(i) PAS adalah sebuah Jama’ah Islam yang ditubuhkan di atas kesedaran untuk melaksanakan tajdid sepenuhnya;

(ii) PAS adalah Jama’ah Islam yang mendukung dan memelihara kesyumulan Agama Islam dan kesejagatannya;

(iii) PAS adalah Jama’ah Islam yang memelihara tradisi ‘ilmiyyah dan ‘aqliyyah;

(iv) PAS adalah Jama’ah Islam yang berada di bawah Kepemimpinan ‘Ulama’;

(v) PAS adalah Jama’ah Islam yang realistik dan praktikal;

(vi) PAS adalah Jama’ah Islam yang berakarumbikan rakyat jelata dari semua lapisan masyarakat;

(vii) PAS adalah Jama’ah Islam yang mempunyai kekuatan dan kemampuan untuk membina sebuah ummah;

(viii) PAS adalah Jama’ah Islam yang menakankan ciri-ciri Hizbu’Llah;

(ix) PAS adalah Jama’ah Islam bersifat tersendiri, bebas dan tidak dikongkong oleh Kerajaan;

(x) PAS adalah Jama’ah Islam yang bersifat ‘Alamiyyah.[3]

Sumber : http://nasharudin.com
Info lanjut, sila klik di sini

Read more...

KEPIMPINAN DPPP 2009/2011

Sof Kepimpinan Exco DPPP yang baru

Ketua Pemuda : Ust Nasarudin Hassan

Timbalan Ketua Pemuda : Ust Azman Shapawi Abdul Rani

Naib Ketua Pemuda : Sdr Ahmad Sabki Yusof

Exco

Ustaz Riduan Mohamad Noor-197 undi
Ustaz Nik Mohamd Abduh Nik Abdul aziz - 194 undi
Ustaz Mohd Firdaus Jaafar - 176 undi
Ustaz Mohd Nazri Chik Zain - 165 undi
Suhaizan Kaiyat - 165 undi
Ustaz Nasir Zakaria - 152
Ustaz Kamal Ashari - 145
Kamaruzzaman Mohamad - 139 undi
Khairul Faizi Ahmad Kamil - 139 undi
Mohamad Adram Musa - 135 undi
Abdullah Abdul Karim - 127 undi
Dr Raja Ahmad Iskandar 126 - undi

Read more...

Keputusan Penuh Pemilihan AJK PAS Pusat Kali Ke-55 Sesi 2009/2011

Isnin, Jun 08, 2009

SHAH ALAM, 6 Jun (Hrkh) - Di bawah ialah keputusan penuh pemilihan PAS sesi 2009/2011:

Presiden : Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (Menang Tanpa Bertanding)

Timbalan Presiden : Nasharudin Mat Isa, (480)

Naib Presiden :

1)Tuan Ibrahim Tuan Man, (871)
2)Salahuddin Ayub, (824)
3)Mahfuz Omar, (636)


Ahli Jawatankuasa Kerja :

1) Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, (854)
2) Ustaz Idris Haji Ahmad, (799)
3) Dato' Kamarudin Jaffar (769)>
4) Dato' Seri Ustaz Azizan Abd Razak, (653)
5) Dato' Dr Hasan Mohd Ali (642)
6) Dr Mohd Hatta Md Ramli (638)
7) Ustaz Abdul Ghani Samsudin, (637)
8) Dato' Ustaz Abu Bakar Chik (622)
9) Mohamed Hanipa Maidin, (619)
10) Ir Amiruddin Hamzah, (606)
11) Dr Lo' Lo' Haji Mohamad Ghazali, (589)
12) Ustaz Ab Ghani Abdul Rahman,(584)
13) Dr Dzulkefly Ahmad, (576)
14) Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, (536)
15) Ustaz Hashim Jasin, (522)
16) Mazlan Aliman, (513)
17) Ustaz Taib Azamudden Md Taib, (508)
18) Dr Mujahid Yusof Rawa, (488)

Read more...

Rabu, Jun 03, 2009

Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-55

Read more...

Koleksi Kuliah Online

Soal jawab agama Online

Allah

Photobucket

Muhammad

Photobucket

About This Blog

“Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu menelan api sepenuh perutnya dan mereka akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala. (An-Nisa'i : ayat 10)”

Wadi Arbain

Wadi Arbain

Kembali Dari Ardil Kinanah

Kembali Dari Ardil Kinanah

Jaulah Ke Semenanjung Sinai

Jaulah Ke Semenanjung Sinai

Doa Hari Sukan SK. Besout 4

Doa Hari Sukan SK. Besout 4

Ceramah Maulid SK. Besout 4

Ceramah Maulid SK. Besout 4

Kelas Tasmik

Kelas Tasmik

Our Blogger Templates

LIVE PAGE POPULARITY

Life Traffic Feed

LIVE TRAFFIC MAP

LIVE RECOMMENDED READING

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP