Maksud Ayat : ... pada hari ini telah Ku-sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-redhai Islam itu menjadi agama bagimu... (Surah al-Maaidah : 3)
Photobucket

Rabu, Disember 24, 2008

Selamat Pengantin Baru Ustaz Hafiz dan ustazah Siti Rohani




20 Disember 2008 – Selamat pengantin baru diucapkan kepada dua orang bekas pelajar KIAS, Ustaz Mohd Hafiz bin Mahmud dan pasangannya Ustazah Siti Ruhani binti Abd Samat yang telah mendirikan rumah tangga hari ini. Ustaz Hafiz merupakan siswa Maahad Dakwah wal Imamah (sebelum ditukar kepada KIAS) sesi 1999/2002 manakala Ustazah Siti Ruhani pula siswi Diploma Usuluddin 2000/2003. Kedua-dua mereka merupakan bekas pimpinan PMKIAS di mana Ustaz Hafiz merupakan bekas presiden PMKIAS sesi 2000/2001 dan isterinya bekas exco PMKIAS 2001/2002. Ustaz Hafiz yang juga merupakan bekas Yang di Pertua KPKM Mesir kini bertugas sebagai guru di sebuah sekolah YIK di Pasir Puteh manakala Ustazah Siti Ruhani juga bertugas sebagai guru YIK di Gua Musang. Majlis kesyukuran telah diadakan hari ini di rumah Siti Ruhani di Kg Pangkal Gong, Pulai Chondong. Tahniah diucapkan kepada pasangan ini. Bagaimanapun, penulis sekeluarga berkesempatan berkunjung ke rumah pengantin perempuan pada petang 23 Disember di Pulau Chondong.

Read more...


PAS Selangor melalui detik bersejarah dengan kemasukan Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan, Kapten (B) Dato' Zahar Hashim beserta 13 orang AJK bahagian dan 28 orang Ketua Umno cawangan hari ini. Beliau digantung jawatannya oleh Majlis Tertinggi Umno berikutan kelantangannya membuat teguran terhadap kepimpinan parti yang didokonginya selama 26 tahun. Selama lapan bulan masa diambil untuk berbincang mengenai pro dan kontra menyertai parti pembangkang (yang sudah menjadi kerajaan di Selangor) sesama rakan-rakan Umno di PJ Selatan. 26 tahun menganggotai Umno, sebagai Ketua Bahagian, Ahli Dewan Undangan Negeri, banyak lagi faedah, kemudahan sebagainya telah dinikmati beliau dan rakan-rakan.

Keputusannya menyertai PAS tidak didorong sesiapa, tiada permintaan apa-apa, tiada tawaran apa-apa, katanya beliau sudah lama memikirkannya, sejak Mac 2008 lagi. Bahkan keperluan material bukan matlamat untuk menyertai parti pembangkang. tahniah kepada beliau, semoga senantiasa istiqamah dengan kemasukan tersebut. Lain padang, lain kemuncupnya ...

Read more...

Tanggal 20 Disember baru-baru genaplah 8 bulan usia faiz. Harapan buat anakanda tersayang agar senantiasa sihat walafiat selalu. Anugerah anak daripada Allah kadang kala diuji dengan seribu macam kesulitan. Sebagai ibubapa pastinya perlu banyak bersabar dengan pelbagai kerenah anak yang tidak diduga. Kini dengan usia tersebut, anakanda sudah boleh berdiri dan ...

Read more...

Selasa, Disember 23, 2008

Hilangnya Sebutir Permata






Tahun 2009 bakal menyaksikan perjuangan dan pengorbanan PAS Kawasan Tanjong Malim bakal teruji lagi. Terdahulu, setelah penghijrahan AF Ust Zulqarnain Hj. Hassan ke Kelantan kerana menguruskan ayahanda yang sakit (jumpa doktor pakar), seterusnya memaksa beliau menukar haluan dengan bertugas sebagai pensyarah di KIAS, Nilam Puri dan meninggalkan jawatan PK. HEM Maahad al-Abbasiyah, Sungkai, Perak. Pernah menjawat jawatan sebagai Setiausaha Dewan Ulama’ Negeri Perak, YDP PAS Kawasan Tanjong Malim dan calon pilihan raya N.58 Slim dalam pilihanraya umum ke-12 baru-baru ini. Dan terkini, Dewan Pemuda PAS Kawasan Tanjong Malim pula akan lebih merasai situasi yang sama apabila Cikgu Asri Abdul Hamid pula bakal meninggalkan alam kepemudaan PAS Tanjong Malim setelah kembali ke kampung halaman di Sik, Kedah dan bertugas di sana. Beliau bertugas di SMK(F) Besout selama hampir 10 tahun dan pernah memegang pelbagai jawatan penting dalam pemuda dan MTD. Jawatan Bendahari, Lajnah Ekonomi, Jabatan Pasti dan Portfolio Keculaan adalah sebahagian daripada jawatan yang pernah disandang beliau. Juga merupakan seorang yang aktif di sekolah dengan jawatan Setiausaha PIBG dan sukan sekolah.

Read more...

Perginya Seorang ‘Amilin




Semasa artikel ini ditulis, sudah hampir sebulan pemergian ayahanda Yusuf yang lebih dikenali “Ayah Mat” ke Rahmatullah akibat kanser. Beliau mula dilantik sebagai Penghulu di Mukim Pasir Kelang, Kuala Krai, Kelantan sejak kemenangan APU dalam pilihan raya 1990 sehinggalah 15 tahun kemudian akibat masalah kesihatan. Beliau yang ringan tulang, mudah didekati, mesra dan suka berterus terang tanpa berselindung adalah seorang petugas atau “’amilin” dalam kerja-kerja jamaah, politik dan kemasyarakatan. Beliau ayahanda angkat penulis semasa berlangsungnya Projek Bakti Siswa (Baksis) pada April 2001 di sana sehinggalah ke hari ini. Dikenali kerana kebun yang luas hinggakan orang tempatan menggelarkannya “Pok Mat Sodok”, suatu istilah yang sinonim dengan beliau lantaran kegigihan dan bersiap sedia dalam apa jua situasi. AL-FATIHAH untuk Allahuyarham …

Read more...

Selasa, Disember 02, 2008

Kepada sahabat yang telah menghadiri temuduga Diploma Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI)Ambilan Januari 2009, semakan kemasukan ke IPTA boleh dibuat mulai sekarang. Klik here

Read more...


Untuk download teks khutbah Teks Khutbah 'Aidil-Adha 1429H, anda boleh klik di sini

Read more...


Dewan Pemuda PAS Pusat terlebih dahulu mengucapkan takziah kepada Isteri dan seluruh ahli keluarga MP Kuala Terengganu merangkap Timbalan Menteri Pelajaran Dato' Razali Ismail yang meninggal dunia di Genting Highland jam 6.30 petang kelmarin .

Beliau merupakan ahli parlimen Kuala Terengganu selama dua penggal berturut-turut. Difahamkan Allahyarham Dato' Razali 59' , rebah etika bermain badminton di institut Aminudin Baki. Semoga mencucuri rahmatnya kepada almarhum dan menggolongkannya dikalangan hamba - hambanya yang soleh .

Dalam pilihanraya umum Mac lalu, beliau menewaskan Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu dan calon bebas, Maimun Yusuf. Dato' Razali menang dengan majoriti tipis 628 undi. Allahyarham mendapat 32,562 undi, manakala Mohamad memperolehi 31,934 undi. Maimun, seorang nenek yang dipercayai calon paling tua, pula mendapat 685 undi. Berikutan kematian al marhum , satu pilihanraya kecil akan diadakan Kuala Terengganu dalam tempoh 60 hari ini .

Umumnya dalam apa jua keadaan , Dewan Pemuda PAS telah diletakkan dalam keadaan bersiap sedia menghadapi pilihanraya samaada pilihanraya umum atau pun pilihanraya kecil . Ekoran kekosongan kerusi di Parlimen KuaLA Terengganu dengan kembalinya penyandang MP sebelum ini ke rahmatillah , insyaallah Dewan Pemuda PAS Pusat akan segera memanggil seluruh exconya untuk mengadakan mesyuarat bagi menyusun tindakan akhir demi merampas kembali kerusi Parlimen Kuala Terengganu .

Sebelumnya , Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu pasti sahaja telah meletakkan seluruh kekuatannya mengambil peranan utama bagi menggerakkan jentera pilihanraya pemuda menghadapi pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu ini Insyaallah .

Bahkan saya mengharap agar semua anggota pemuda di seluruh negara bersiap sedia dengan segala upaya untuk bila - bila masa dikerah turun bagi membantu jentera PAS memenangi semula kerusi Parlimen Kuala Terengganu itu .

Berasaskan statistik pilihanraya lepas dan perkembangan politik tanahair dewasa kini , saya yakin kita ( PAS ) mampu memenangi kerusi Parlimen Kuala Terengganu .


Justeru itu , persiapan yang saya maksudkan tadi bukan sahaja terhenti pada persiapan material dan fizikal tetapi apa yang lebih penting ialah persiapan spiritual berupa munajat dan pergantungan kepada Allah swt .

Mulai sekarang , semua pemuda jangan lupa untuk terus menitip doa ke hadhrat Azza wa Jalla sebagaimana biasa atau rutin kita lakukan dalam kehidupan kita sebagai seorang pejuang agar Allah swt terus membekalkan kekuatan dan ketabahan serta kesabaran untuk mara berjuang memburu kemenangan bagi Islam atau kita syahid kerananya .

Aktiviti dakwah fardiyyah sewajarnya di pertingkatkan lagi oleh semua anggota pemuda bukan sahaja terhad kepada kawasan pilihanraya semata - mata tetapi disemua peringkat dan kawasan setelah banyak perkara yang telah kita lakukan dalam usaha memahamkan masyarakat kepada Islam dan perjuangannya. Kerana kita tidak pernah berpuas hati apa yang kita lakukan . Insyaallah kita pemuda PAS akan senantiasa melakukan suatu yang terbaik demi perjuangan Islam ini .

Kita masuk pilihanraya dan kita hadapi pilihanraya adalah kerana Islam . Kita mahu kemenangan adalah kerana Islam . Kita mengharapkan kita berjaya untuk terus memartabatkan Islam di negara kita ini khasnya .

Sekali lagi , kepada seluruh anggota pemuda PAS khasnya pemuda PAS Terengganu agar siap untuk kita menawan kembali kerusi Parlimen Kuala Terengganu .

Read more...

Sambutan Hari AIDS Sedunia 2008

Isnin, Disember 01, 2008


Tanggal 1 Disember 2008 merupakan ulang tahun ke-20 sambutan Hari AIDS Sedunia yang mula diperkenalkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 1988. Konsep Hari AIDS Sedunia bermula pada 1988 dengan Sidang Kemuncak Menteri-Menteri Kesihatan Sedunia untuk Program Pencegahan AIDS. Semenjak tahun itu, Hari AIDS Sedunia disambut di seluruh dunia dengan membawa slogan dan tema yang berbeza hampir setiap tahun. Tema yang berbeza-beza diberikan WHO adalah berkaitan dengan kumpulan sasaran dan hala tuju tertentu dalam usaha menentang penularan HIV dan AIDS bagi tahun tersebut.

Untuk tahun ini, ‘kepemimpinan’ dipilih sebagai tema sambutan kerana telah terbukti bahawa komitmen yang baik dan berterusan oleh pemimpin amatlah penting bagi memastikan kejayaan sesuatu usaha menangani masalah tertentu, terutama sekali dalam aspek menangani wabak HIV/AIDS. Kepemimpinan yang baik datang dari pemimpin yang berani bertindak, inovatif, berwawasan dan sanggup bertahan dalam menghadapi rintangan dan cabaran yang mendatang.

Dalam aspek HIV/AIDS, kepemimpinan amat penting dan perlu ada di setiap peringkat iaitu peringkat keluarga, masyarakat, negara dan antarabangsa. Tema sambutan ini diharap dapat membantu menggalakkan usaha kepemimpinan serta melahirkan jaguh menentang AIDS di setiap sektor dan peringkat masyarakat di Malaysia dan juga di peringkat antarabangsa.

Ini dapat dilihat melalui aktiviti-aktiviti sambutan yang telah dirancang dan dilaksanakan di seluruh Malaysia.

Aktiviti :

Seperti tahun-tahun sebelumnya, kempen sambutan Hari AIDS Sedunia 2008 tertumpu kepada aktiviti-aktiviti yang dapat memberi kesedaran kepada masyarakat. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dirancang sempena kempen sambutan Hari AIDS Sedunia tahun ini ialah :




  • Sambutan Hari AIDS Sedunia Peringkat Kebangsaan dan Negeri.

  • Seminar berkaitan Kepemimpinan di peringkat agensi kerajaan, badan bukan kerajaan dan individu dalam menangani HIV/AIDS.

  • Larian AIDS oleh Persatuan Pegawai Penerangan (Pelajaran Kesihatan) dengan kerjasama Kelab PROSTAR Malaysia.

  • Aktiviti pendidikan kesihatan di kemudahan kesihatan dan hospital kerajaan.

  • Aktiviti pendidikan kesihatan melalui media massa.

Maklumat lanjut : Sila klik

Read more...

Sikap ibu bapa antara punca anak lupa agama

Hakikatnya, bukan wanita saja yang lupa pada agama. Lelaki juga bahkan tanggungjawab mereka sebenarnya lebih berat kerana Allah (SWT) meletakkan kelebihan kepada lelaki sehingga mereka menjadi pelindung kepada wanita. Jika ramai wanita hari ini melupakan agama, sebahagiannya berpunca daripada lelaki yang juga meninggalkan agama sehingga mereka gagal melindungi wanita mereka daripada melanggar hukum agama.

Apakah gejala lupa kepada agama berpunca daripada kurangnya pendidikan ibu bapa? Pernyataan itu sebenarnya menggambarkan apa yang disebut Rasulullah SAW dalam hadisnya yang bermaksud: "Setiap anak Adam itu dilahirkan dalam keadaan fitrah, ibu bapanya yang menjadikan ia Yahudi, Majusi dan Nasrani".

Ibu bapa adalah madrasah (sekolah) pertama bagi anak. Sebelum anak dihantar ke institusi pendidikan formal bermula dari tadika, sekolah dan peringkat lebih tinggi, anak mempelajari asas pembentukan pandangan hidup (akidah) dan sahsiah (keperibadian dan akhlak) daripada ibu bapa mereka. Inilah objektif pendidikan sebenar. Pendidikan ialah menurunkan nilai sehingga lahir insan mempunyai pegangan hidup yang mantap dan jitu. Bagi umat Islam, nilai itu ialah nilai Islam yang berteraskan tauhid. Asas tauhid yang mantap menatijahkan tingkah laku, tutur kata dan tindakan didasarkan tuntutan syariat Islam.

Jika hari ini kita melihat anak perempuan dan lelaki mendedahkan aurat, bergaul bebas tanpa batas, terbabit dengan pelbagai gejala sosial, maka itu adalah natijah daripada pendidikan yang mereka terima di rumah - pastinya tidak menepati apa yang dikehendaki Islam.

Mereka mungkin terpelajar dan mencapai kejayaan cemerlang dalam akademik, tetapi itu bukan matlamat pendidikan. Pendidikan Islam bukan sekadar menguasai bidang teknikal dan akademik, tetapi lebih menjurus pemupukan nilai dan pembentukan akhlak. Ia tidak bermakna Islam mengetepikan akademik kerana ia adalah bahagian penting daripada pembinaan kebudayaan dan tamadun, tetapi mesti diasaskan atas pendidikan tauhid yang mantap. Beberapa kajian menunjukkan kesilapan mendidik anak pada peringkat awal (antara umur tiga hingga tujuh tahun) menyebabkan kecelaruan nilai dan keruntuhan akhlak pada peringkat umur 13 hingga 20 tahun.

Berdasarkan penilaian ini, masalah yang berlaku pada kelompok umur remaja sebenarnya boleh dikesan pada peringkat awal pendidikan. Siapakah yang bertanggungjawab pada peringkat umur di bawah tujuh tahun kalau bukan ibu bapa. Boleh kita simpulkan di sini ibu bapa menjadi satu daripada punca kepada sikap umat Islam yang melupakan agama mereka hari ini.

Pendidikan awal penting dan Rasulullah SAW berpesan kepada ibu bapa supaya menyuruh anak mendirikan sembahyang pada usia tujuh tahun. Ia bermakna pada umur itu anak tadi sudah patut menerima dan mematuhi suruhan agama. Ia juga bermakna anak sudah terbiasa dengan suasana ibu bapa dan keluarga yang mendirikan dan mementingkan ibadat solat di rumah. Jika mereka tidak terbiasa melihat ibu bapa dan seisi keluarga mendirikan solat, bagaimana mungkin anak boleh meniru dan melakukan perbuatan sama.

Sebenarnya, ini juga satu isyarat bahawa pendidikan yang sebenar ialah dengan amal. Pendidikan hanya akan berlaku apabila pengajaran berlaku dalam bentuk amal, bukan dalam bentuk kata-kata. Ia juga menunjukkan hanya ibu bapa yang terdidik dengan kehidupan Islam mampu mendidik anak dalam acuan dikehendaki agama. Kemudian kita lihat Rasulullah SAW menyuruh ibu bapa memukul anak yang masih meninggalkan solat ketika berusia 10 tahun. Pengajarannya ialah apabila anak sudah berusia 10 tahun, nilai kehidupan sepatutnya sudah mewarnai jiwanya sehingga dia akan melakukan suruhan agama dan meninggalkan larangannya tanpa disuruh.

Jika masih meninggalkan solat pada usia itu, ia satu petanda nilai belum terbina dengan baik sehingga hukuman perlu digunakan bagi memperbetulkan keadaan. Apabila anak memasuki umur baligh keadaan menjadi lebih sukar jika jiwa mereka tidak dipupuk dengan nilai yang berlandaskan syariat Islam.

- Penulis ialah pensyarah di Universiti Putra Malaysia dan boleh dihubungi di e-mel wanitajim0@yahoo.comThis e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it

Read more...

Al-Fatihah




26 November - Hisyam Mat Jusoh, sahabatku di SMU(A) Arabiah Pasir Mas meninggal dunia dalam kemalangan di Kg. Nyiur Tujuh, Jerteh, Terengganu. Aku tak sempat menziarahi jenazah beliau, bagaimana pun berkesempaan bertahlil pada malam kedua dengan widda, juni an gulit. Berita lanjut boleh dibaca di blog sahabatku : Widda

Read more...

Koleksi Kuliah Online

Soal jawab agama Online

Allah

Photobucket

Muhammad

Photobucket

About This Blog

“Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu menelan api sepenuh perutnya dan mereka akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala. (An-Nisa'i : ayat 10)”

Wadi Arbain

Wadi Arbain

Kembali Dari Ardil Kinanah

Kembali Dari Ardil Kinanah

Jaulah Ke Semenanjung Sinai

Jaulah Ke Semenanjung Sinai

Doa Hari Sukan SK. Besout 4

Doa Hari Sukan SK. Besout 4

Ceramah Maulid SK. Besout 4

Ceramah Maulid SK. Besout 4

Kelas Tasmik

Kelas Tasmik

Our Blogger Templates

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP