TAKRIF SIYASAH ATAU POLITIK
Isnin, Jun 02, 2008

"Sasa- yasusu- siyasatan wa riasah" yang membawa maksud tadbir, perintah, mengetuai (Lisan al-Arab, Dar al-kutub al-ilmiah)
Menurut istilah para ulama' terdahulu membahagikan kepada 2 :
1. Makna 'Am : Mentadbir urusan manusia dan urusan dunia mereka dengan syariat Deen.
Dengan ini kita dapati mereka mentakrifkan 'Khilafah'yang mafhumnya sebagai : "Sebagai pengganti tugas Rasul dalam menjaga Agama dan mentadbir Dunia dengan berpaksikan agama".
2. Makna Khas : Tindakan-tindakan yang dibuat oleh Imam bersumberkan hukum2 dan ketetapan2 samada bertujuan untuk menghalang kerosakan atau mencegah kerosakan yang belum melanda atau pemulihan terhadapnya. (Lihat as-Siyasah as-Syariyyah - Dr. Yusoof al-Qaradhawi, Muassasah al-Risalah, hlm 31)
Sebagai contoh, kepelbagian tindakan yang dilakukan oleh Khalifah Abu Bakar ra yang membakar peliwat, Umar ra yang mencukur rambut Nasar bin hajjaj akibat digilai oleh perempuan Madinah semasa pemerintahan mereka. Semua tindakan ini berubah menurut kepentingan maslahat setempat dan zaman.

Menurut As-Syahid Imam Hasan Al-Banna : 'Sasah adalah kajian tentang persoalan umat Islam samada dalam dan luar negeri, ia tidak terikat dengan ikatan kepartian semata-mata" (Mabadi' al-usul fi mu'tamarat al-khassah, muaassah al-islamiyyah, 1980, hlm 104)
Perkataan asal siyasah digunakan oleh Rasulullah SAW dalam mafhum hadithnya : "Dahulunya Bani Israel dipimpin oleh para Nabi, tatkala wafat seorang Nabi maka dibelakangnya terdapat Nabi (lagi) dan sesungguhnya tiada seorang pun lagi Nabi selepas Aku( Rasulullah ), dana diikuti oleh para pemimpin...".
Imam Ibnu Qayyim pula menolak pembahagian kaedah hukum kepada syariat dan siyasah, sebagaimana ada sesetengah kumpulan yang membahagikan Islam kepada Islam syariat, Islam hakikat. Adapun pembahagian yang tepat menurutnya adalah samada shahih atau batil ( Lihat Turuq hukmiyah, hlm 13-19 ).
0 comments:
Catat Ulasan