DALIL KEWUJUDAN POLITIK DI DALAM ISLAM
Khamis, Mei 22, 2008
Sejak berkembangannya fahaman Sekularisme di kebanyakan pelusuk dunia, ramai menjadi terkeliru dengan istilah2 seperti 'politik kotor', tiada politik dalam Islam, Islam tiada kaitan dengan politik dan pelbagai lagi.
Justeru percubaan memisahkan politik dari prinsip Islam ini sentiasa diperjuangkan oleh musuh-musuh Islam dan anak buahnya dari kalangan umat Islam sendiri.
As-Shahid Sayyid Qutb berkata : Islam yang dikehendaki oleh Amerika dan kepimpinannya di timur tengah, bukanlah Islam yg menentang penjajahan, kezaliman, komunisme tetapi sebenarnya mereka tidak mahu islam memerintah, mereka mahu Islam yang membicarakan perkara yang membatalkan wudhu' sahaja, dan bukan persoalan ekonomi islam, politik islam, masyarakat islam dan kewangan islam.
Bagi mengembalikan kefahaman umat, menjadi kewajiban bagi merujuk kepada rujukan utama Islam dalam hal kesempurnaan Islam dalam kepelbagaian bidang kehidupan: Sesungguhnya orang yang kami berikan kpd mereka kekuasaan di atas muka bumi, mereka mendirikan solat, menunaikan zakat, menyuruh kepada kebaikan, melarang kemungkaran, dan kepada Allah mereka menyerahkan penghujung segala usaha" : Dan telah Kami turunkan kepada kamu, Kitab (al-Quran) yang didalamnya mengandungi penerangan terhdp semua perkara serta menjadi petunjuk dan rahmat dan membawa berita gembira bg muslimin"
Al-Hadith :
Mafhum : "Apabila keluar tiga orang semasa bermusafir maka telah mesti ke atasnya melantik seorg drnya sbg ketua" ( Riwayat Abu Daud dan At-Tabrani, dgn sanad yg shohih)- Mafhum : "Sebaik-baik jihad adalah perkataan yang haq dihadapan pemerintah yang zalim"
- Mafhum : " Penghulu para syuhada; adalah Hamzah ra, kemudian lelaki yang bangun kpd pemerintah yang zalim lalu mengajaknya kpd kebenaran dan melarangnya dr kemungkaran lalu ia dibunuh krn itu" ( Al-Hakim mentashihkan hadith ini)
- Mafhum : "Brgsp yang mati, dlm keadaan tiada padanya suatu bai'ah( iqrar janji taat kpd pemimpin Islam) maka matinya seumpama dlm keadaan Jahiliyyah" (Riwayat Muslim)
0 comments:
Catat Ulasan