Kesyataan Presiden PAS Tentang Sebatan Ke Atas Orang Islam Minum Arak
Khamis, Ogos 27, 2009
Berikut adalah teks penuh Presiden PAS bwehubung isu "hukuman sebat ke atas orang Islam yang minum arak" " : sila klik.
Random Picture |
![]() |
Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Husin |
Berikut adalah teks penuh Presiden PAS bwehubung isu "hukuman sebat ke atas orang Islam yang minum arak" " : sila klik.
Read more...
BUKIT MERTAJAM: PAS mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir dengan majoriti 4,551 undi.Pada pilihan raya kecil ini, PAS diwakili Pesuruhjaya Pulau Pinang, Mohd. Salleh Man manakala Barisan Nasional (BN) pula Setiausaha Umno Permatang Pauh, Rohaizat Othman.Salleh memperoleh 9,618 undi. Rohaizat pula 5,067 undi.Undi rosak adalah sebanyak 83. Seramai 14,832 orang ataupun 73.1 peratus keluar mengundi pada pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir hari ini. Jumlah pemilih adalah seramai 20,290 orang.Pada Mac 2008, PAS memenangi kerusi Permatang Pasir buat kali ketiga dengan kelebihan 5,433 undi.
maklumat lanjut : Sila Klik
"SELAMAT BERPUASA KEPADA SELURUH MUSLIMIN DAN MUSLIMAT, SEMOGA ALLAH MEMBERIKAN KEMENANGAN DAN KEKUATAN KEPADA SEMUA"'
Read more...22 Ogos 2009 – Hari ini hari pertama Ramadhan…Saya sekeluarga kembali ke Kelantan setelah sekolah bercuti Cuti Pertengahan Semester Kedua. Walau bagaimana pun, saya terpaksa kembali ke sekolah lebih awal kerana bakal menduduki peperiksaan PTK pada 27 Ogos nanti di SMK. Sungai Kruit. Sungkai, Perak. Terasa kemeriahan tatkala berasa di negeri yang mendapat jolokan "Serambi Mekah" itu.
Read more...15 Ogos 2009 – Tahniah Ust Arman di atas kelahiran putera kedua beliau seminggu lepas dan ini menambahkan lagi pejuang Allah di alam ini. Saya sebenarnya berkesempatan menziarahi beliau pada petang ini.
Read more...15 Ogos 2009 – Ramainya graduan... Saya sekeluarga sebenarnya berkesempatan ke Pesta Konvokesyen UPSI yang berlangsung selama seminggu di kampus utamanya di Tanjong Malim, Perak.
Read more...13 Ogos 2009 – Bacaan Yaasin dan Solat Hajat Perdana khusus untuk murid-murid tahun enam yang bakal menduduki peperiksaan UPSR telah dilaksanakan di Masjid Salamuddin Felda Besout 4, Sungkai, Perak. Selain daripada saya yang diwajibkan hadir, terima ksih kepada En. Zulkapli Piai, En. Mohamad Zahrani dan En. Shamsol Kamal serta Pengerusi PIBG, En. Mahhadee Ramli yang meluangkan masa hadir bersama-sama. Datang lagi yee...
Read more...08 Ogos 2009 – Makluman buat sahabat-sahabat yang mengenali atau terputus hubungan, saya kini menggunakan nombor baru 013-5195057.
Read more...08 Ogos 2009 – Saya berkesempatan mengunjungi Perpustakaan Pendeta Zaa’ba mencari rujukan untuk disertasi yang belum siap lagi. Juga berkesempatan menziarahi FESKUM yang berlangsung hampir 2 minggu.
Read more...06 Ogos 2009 – Satu hari tiga destinasi…Itulah ungkapan yang paling sesuai bagi mengisi cuti rehat pada hari ini. Bertolak awal pagi ke Putrajaya kerana urusan isteri, seterusnya ke Hospital Serdang menziarahi Sdr. Abdul Rahim Hassan yang terlantar di hospital berkenaan setelah mengalami kemalangan jalanraya dalam perjalanan ke tempat kerja berhampiran Sungai Besi. Juga berkesempatan menguruskan pendaftaran pengajian Sarjana untuk semester 4.
Read more...31 Julai 2009 – Hari ini saya berkesempatan bertemu dan berbincang dengan penyelia, Dr. Fakrul Adabi Abdul Kadir, seorang pensyarah kanan di Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Pada hari ini juga terdapat pembentangan proposal ijazah tinggi (Sarjana dan Ph.D) di jabatan sama.
Read more...25 Julai 2009 – Satu pembentangan laporan Kajian Tindakan peringkat sekolah telah diadakan bertempat di Makmal Komputer SK. Besout 4. Turut diadakan pada hari ini ialah kursus “Attachmeng File Melalui e-Mail” yang disampaikan oleh En. Hamran Ismail dan En. Zulkapli Piai. Kajian Tindakan berkenaan telah dijalankan oleh saya sendiri dalam di bawah panitia Agama Islam yang bertajuk “Meningkatkan Penguasaan RAQMU atau nombor dalam Bahasa Arab di kalangan murid tahun 3 Amanah melalui kaedah “SIFRUL ARQAM”. Sebelum ini pembentangan telah dilakukan kepada Pn. Normah Sulaiman (PK. Ko-Kurikulum merangkap penasihat Kajian Tindakan sekolah) sebanyak beberapa kali dan Pn. Hjh. Latifah Hj. Salleh (Guru Besar) pada 21 Julai 2009.
Read more...24 Julai 2009 – Hari ini isteriku pula dijemput menyampaikan ceramah agama sempena “Israk dan Mikraj Rasulullah saw” di SK. Besout 5. Terima kasih di atas jemputan tersebut.
Read more...20 Julai 2009 – Hari ini zaujatiy mula menjalani praktikum di SMK(F) Besout, Sungkai, Perak, setelah tujuh bulan mengikuti kursus Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) ambilan Januari 2009 di UPSI. Semoga najah.
Read more...14 Julai 2009 – Tahniah rakyat Manek Urai, bijak memilih pemimpin. Sesuai dengan slogan kita yang inginkan "Baldatun Tayyibatun wa Rabbun Ghafur". Rakyat Manek Urai keluar mengundi bagi menunaikan kewajipan mereka.
Read more...04 Julai 2009 – Seminar Penghayatan Al-Quran khusus untuk Guru-Guru Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah Daerah Batang Padang 2009 diadakan di SMKA Slim River, Slim River, Perah. Ceramah tersebut disampaikan oleh YBhg. Ustaz Anhar Bin Opir, pensyarah Pendidikan Islam UPSI. Saya dan En. Hamran Ismail, PK. Pentadbiran dari SK. Besout 4 turut hadir.
Read more...26 Jun 2009 – Terima ksih kepada pihak pentadbiran Maahas Al-Abbasiah yang telah mengadakan ceramah “Remaja Acuan Al-Quran” di Maahad Al-Abbasiah, Sungkai, Perak. Syukran di atas jemputan.
Read more...Assalamualaikum Wrt. Wbh
Selamat Datang
Sebarang cadangan dan komen antum untuk tujuan penambahbaikan amatlah dialu-alukan.
Syukran
© Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009
Back to TOP