Doaku agar seluruh warga sekolah sentiasa dilimpahi rahmat dan cemerlang alam apa jua bidang. Khusus untuk murid-murid, capailah barakah dalam kehidupan ini. Tunaikanlah perintah Allah s.w.t, jangan sesekali menderhaka kepada kedua ibubapa dan guru. Kejayaan mengapai 5A tidak akan bererti tanpa memiliki akhlak dan sahsiah mahmudah. Murid yang tidak mendapat 5A tidak bermakna tidak berjaya, andai kata kehidupan mereka dilimpahi barakah Allah s.w.t. Apa pun selamat bercuti buat semua..Jumaat, Mac 22, 2013
Selamat Bercuti Dan Teruskan Kecemerlangan
Doaku agar seluruh warga sekolah sentiasa dilimpahi rahmat dan cemerlang alam apa jua bidang. Khusus untuk murid-murid, capailah barakah dalam kehidupan ini. Tunaikanlah perintah Allah s.w.t, jangan sesekali menderhaka kepada kedua ibubapa dan guru. Kejayaan mengapai 5A tidak akan bererti tanpa memiliki akhlak dan sahsiah mahmudah. Murid yang tidak mendapat 5A tidak bermakna tidak berjaya, andai kata kehidupan mereka dilimpahi barakah Allah s.w.t. Apa pun selamat bercuti buat semua..Selamat Tinggal SKAB
22 Mac, Jumaat - Tepat jam 1.00 tgh, diriku keluar dari bilik guru dan melangkah masuk ke pejabat sekolah untuk menandatangani buku kedatangan staf sekolah. Pen dan buku menjadi saksi, setakat ini sajalah perkhidmatanku di sekolah kebangaanku ini. Setelah menabur khidmat bakti hanya selama 6 bulan 6 hari sejak 16 September 2012. Sebelum itu, aku pernah berkhidmat di SK Besout 4 bermula 5 Februari 2006 sebagai guru j-QAF. Titipan terima kasih kepada GB, PK, Ketua Panitia, guru-guru, staf dan murid-murid yang telah memberikan banyak kerjasama dan spoorting dalam apa jua urusan, termasuk Ust. Che Muhsin yang akan buat relief apabila daku menjadi fasilitator KLaQ di Ayer Tawar, Manjung selama 10 hari pada bulan Okt dan Nov 2012, berkursus selama 3 hari di IAB Genting pada 20-22 Jan 2013 dan kursus selama lebih 3 minggu di PLGDP Sungai Karangan pada 28 Jan- 21Februari 2013. Pendek kata selalu keluar, meminjam kata kawan-kawan macam chip smore.
Latihan Kebakaran : Perkhidmatan Terakhir Untuk Warga Sekolah
Jamuan Perpisahan Di SK Aminuddin Baki Slim River
20 Mac, Rabu - Setinggi-tinggi penghargaan kepada warga sekolah yang telah menganjurkan satu majlis yang ringkas, tetapi cukup bermakna. Majlis diadakan sempena pengunduran diriku yang bakal menamatkan perkhidmatan di sekolah ini bermula pada 01 April 2013. Terima kasih kepada kelab guru dan Pengerusinya, Pn. Noridah Misran merangkap GC dan Pengacara majlis tersebut. Terima kasih juga kepada semua guru yang hadir. Tidak lupa juga kepada GB yang sudi membatalkan mesyuarat beliau bersama pihak JPN dan PPD pada hari tersebut semata-mata meraikan majlis yang diadakan, semua PK-PK dan rakan-rakan panitia. GB turut berucap. Sempat juga kurakamkan ucapan ringkas, terima kasih kepada warga sekolah dan mohon ampun dan maaf sekiranya terdapat kelemahan dan kecuaian sepanjang menjalankan tugas di sini.
Kursus Persediaan Program Pengajian Peringkat Ph.D Bagi Penerima HLP / CBBPTB 2013
Kursus persediaan ini bermula pada 28 Januari dan berakhir pada 21 Februari 2013 bertempat di Pusat Latihan Guru Dalam Perkhimatan (PLGDP), Sungai Karangan, Kedah.
Latihan Memanah
Memanah adalah sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Ia sebahagian daripada saranan Rasulullah s.a.w agar mengajar anak-anak dengan tiga aktiviti berfaedah, iaitu menunggang kuda, berenang dan memanah. Namun, mutakhir ini didapati aktiviti tersebut kurang diambil peduli oleh masyarakat Islam, sebaliknya dipelopori oleh golongan Barat.
Aktiviti diatas adalah persediaan pasukan memanah sekolah untuk mewakili Daerah Batang Padang ke peringkat negeri Perak.
11 Mac 2013 : Ulang Tahun Perkahwinan Kali Ke
Bersama anak-anak tersayang, setelah 6 tahun melayari alam rumahtangga bersama isteri tercinta, Rosnaniza Ismail. Tanpa sedar, kehadiran mereka menambahkan lagi seri dan sinar kebahagian suami isteri. Anak-anak - Muhammad Faiz Farhan (4 tahun 11 bulan), Nur Aisyah Humaira' (3 tahun 3 bulan) dan Nur Fatehah Syarha (6 bulan).
Majlis Sambutan Maulidur Rasul S.A.W Peringkat Sekolah 1434H / 2013
25 Januari, Jumaat - Tahniah kepada semua warga sekolah yang telah mengambil bahagian dalam menjayakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul s.a.w peringkat sekolah. Pihak sekolah dengan bantuan pasukan trafik Slim River telah mengambil langkah berani mengadakan perarakan di dalam bandar Slim River, pasar dan kedai-kedai berhampiran semata-mata meninggikan syiar Islam, turut disertai oleh seluruh warga sekolah. Beberapa acara sampingan turut diadakan.
Taklimat Hari Akhir Persekolahan 2012
Taklimat disampaiakan oleh Pn. Suraya Harun yang bakal meneruskan khidmat bakti beliau di SK Tualang Sekah, Malim Namaw, Perak







+kecil.jpg)



























