Sabtu, Oktober 27, 2012
Sayembara Penulisan Tazkirah Kebangsaan Sempena Maulidur Rasul 1434H
Syarat sayembara penulisan tazkirah peringkat Kebangsaan digubal bagi memberikan panduan kepada para peserta yang ingin menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh Bahagian Pendidikan Islam (BPI) Kementerian Pelajaran Malaysia Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1434 H. Ia dianjurkan oleh Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam, Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sila klik untuk maklumat lanjut.
Jumaat, Oktober 26, 2012
Gambar Keluarga Sempena Hari Raya Aidil Adha 1433H
Gambar ini dirakam pada 26 Oktober 2012, sempena Hari Raya Aidil Adha 1433H bersamaan 10 Zulhijjah 1433H yang jatuh pada hari Jumaat. Bersama isteri dan anak-anak - Muhammad Faiz Farhan (4 tahun 6 bulan 6 hari), Nur Aisyah Humaira' (2 tahun 10 bulan) dan terbaru Nur Fatehah Syarha (2 bulan 3 hari).
Kem Literasi Al-Quran Negeri Perak 2012 (Ambilan 2)
Kem KLAQ Ambilan 2 diadakan pada 16-18 Oktober 2012 di Amir Chalet, Kg Baru, Ayer Tawar, Manjung, Perak dan disertai oleh 12 orang Urusetia dan Fasilitator serta 58 orang peserta.
Kem Literasi Al-Quran Negeri Perak 2012 (Ambilan 1)
Kem KLAQ Ambilan 1 diadakan pada 09-11 Oktober 2012 di Amir Chalet, Kg Baru, Ayer Tawar, Manjung, Perak dan disertai oleh 12 orang Urusetia dan Fasilitator serta 62 orang peserta.
Temuduga CBBP-TB KPM 2012
Temuduga dijalankan pada 04 Oktober 2012 di Bahagian Tajaan Pendidikan KPM, Cyberjaya, Selangor.
Lapor Diri Ke SK Aminuddin Baki
Admin mula melaporkan diri pada 18 September 2012 dan mula menjalankan tugas pada 24 September 2012.
Mesyuarat PIBG Kali Terakhir
Inilah mesyuarat PIBG kali terakhir yang disertai Admin. Jawatan Setiausaha yang disandang selama 3 tahun akan dipangku oleh Cik Najwatulsalmi Ismail sehingga Mesyuarat Agung akan datang. Gambar pada 21 September 2012.
Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri SK Besout 4 Tahun 2012
Majlis diadakan pada 14 September 2012, merupakan hari-hari terakhir Admin di SK Besout 4 kerana mulai 18 September 2012, Admin melaporkan diri ke SK Aminuddin Baki, Slim River, Perak.
Bacaan Yasin Perdana Sempena UPSR 2012
Majlis Bacaan Yasin Perdana sempena UPSR telah diadakan pada 06 September 2012 di Dewan Anjung Permata, SK Besout 4.
Khamis, Ogos 16, 2012
Program Ihya' Ramadhan dan Penutup Ihya Ramadhan 1433H
Majlis Khatam Al-Quran dan Penutup Ihya' Ramadhan 1433H telah dilangsungkan dengan jayanya pada 15 Ogos 2012.
Iftar Jamaie Pasti Al-Barakah Slim River Perak
Majlis telah diadakan pada 30 Julai 2012 dan dihadiri oleh pimpinan dari pelbagai peringkat. Admin mengambil kesempatan menyampaikan tazkirah. Layari laman berikut.










































-2.jpg)






