Sabtu, Februari 11, 2012
Pembentangan Inovasi Kepada JPN Perak
10 Februari 2012, Jumaat - Admin dikejutkan dengan panggilan telefon dari Penolong PPD, Tn. Hj. Mohd Halim Musa yang meminta admin menyediakan dokumentasi inovasi dan membentangkan laporannya pada petang ini kepada wakil JPN Perak, iaitu Ust. Taufik dan Ust Heder. Turut hadir ialah Tn. Hj. Mohd Halim Musa dan Ust Mudakkir Masrom. Pembentangan tersebut selamat dijalankan di PSS SMK. Agama Slim River, Perak.
Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Sekolah 2012
Pendaftaran Calon Pascasiswazah Baru Universiti Malaya Feb 2012
08 Februari 2012, Rabu - Walaupun berhadapan dengan jadual yang agak sibuk dan menghadiri Majlis Perpisahan Pn. Hadijah Wahi pada petangnya, tetapi admin berkesempatan juga tiba di IPS Universiti Malaya untuk urusan pendaftaran pengajian ijazah lanjutan. Menuntut ilmu tidak mengenal usia, samada waktu sibuk atau lapang. Prinsip itulah yang memotivasikan admin untuk meneruskan kecemerlangan dalam apa jua bidang yang diceburi, walaupun berulang alik ke sana selepas waktu sekolah sejauh lebih 100 km sehala.



