"Tanggal 20 Oktober 1947, lahirlah seorang pejuang Islam yang bernama Abdul Hadi bin Awang.... Tanggal 20 Oktober 2008, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang akan berumur 61 tahun, Selamat Hari Lahir, buat Tuan Guru. Semoga Hari ini lebih baik daripada hari semalam..... Semoga Tuan Guru dikurniakan nikmat panjang umur dan bagi meneruskan perjuangan ini. Semoga perjuangan Tuan Guru terus berterusan dengan semangat yang membara dengan obor-obor perjuangan Islam yang berpandukan Al-Qur'an dan Al-Sunnah.
Isnin, Oktober 20, 2008
Selasa, Oktober 14, 2008
Ustaz Wan Mahmud Kembali Ke Rahmatullah
11 Oktober 2008 – Bekas pensyarah subjek Bahasa Arab KIAS yang cukup dikenali di kalangan bekas-bekas pelajar khususnya, Ustaz Wan Mahmood bin Daud meninggal dunia hari ini kira-kira pukul 9.00 pagi di rumahnya di Pasir Puteh. Allahyarham merupakan tenaga pengajar di KIAS selama hampir 7 tahun dan mengambil cuti sakit pada pertengahan tahun 2005 akibat barah otak yang dihidapinya. Bagaimanapun, allahyarham tidak dapat menyambung kembali perkhidmatan di KIAS kerana penyakitnya tidak berjaya diubati. Jenazahnya telah disembahyangkan di Masjid Pondok Tok Guru Daud Bukit Abal iaitu masjid allahyarham bapanya sendiri yang merupakan seorang tuan guru yang terkemuka. Turut sama hadir untuk menyembahyangkan jenazah ialah Ketua Ekesekutif KIAS, Dr Johari bin Mat serta para pensyarah yang lain. Tidak ketinggalan beberapa orang bekas pelajar KIAS yang turut sama hadir mengiringi perjalanan terakhir seorang guru yang dikasihi. Allahyarham pastinya akan dikenang sebagai seorang guru yang telah memberikan banyak sumbangan dalam mendidik pelajar-pelajarnya. Sepanjang berada di KIAS, allahyarham pernah dilantik sebagai penasihat PMKIAS dan penyelaras pusat bahasa. Semoga Allah merahmati roh allahyarham dan mengganjarinya dengan sebaik-baik ganjaran.
- Berita daripada Alumni KIAS
Majlis Ihtifal & Hari Anugerah Cemerlang Pasti
Makluman kepada semua, program Ihtifal & Hari Anugerah Cemerlang Pasti Kawasan Tanjong Malim akan diadakan pada ketetapan berikut:
- Tarikh : 19 Oktober 2008
- Masa : 8.00 pagi
- Tempat : Maahad Abbasiah, Sungkai
- Perasmi : Ustaz Tarmizi bin Ab Rahman (AJK Badan Perhubungan Pas Perak)
Semua rakyat Malaysia dijemput bersama menjuayakan majlis tersebut.